Tuesday 25 January 2011

Tuah...sungguh bertuah

Setelah berehat panjang di rumah (cuti bersambungan: cuti rehat 1 hari, cuti mingguan sabtu ahad 2 hari, mc 3 hari dan diakhiri dengan cuti thaipusam 1 hari.....), kedatanganku kat ofis pagi jumaat lepas dikejutkan dengan berita tak terduga...

Aku menang cabut bertuah..........!!!!!
Ni yang dikatakan tuah...sungguh bertuah..heh..heh...
Aku katakan sungguh bertuah sebabnya, aku tak dapat datang dinner malam tu. tapi, dah tersurat ada rezeki untuk aku jugakkan....

Alkisahnya, jabatan tempat aku bekerja, buat dinner tapi kebetulan aku mc hari tersebut so tak dapatlah aku nak datang. En asrul suruh je aku pergi. Tapi tak kuasa lah aku. Kang dikata dek orang pulak, pergi ofis tak boleh, tapi pergi makan, bolehlah pulak.....Tambah-tambah pulak bos-bos besar semua ada tu....jangan cari penyakit....

Hah..hah...berbaloi-baloi jugak RM70 yang kena paksarela bayar untuk dinner tu. Untuk makluman, dinner tu bukan free ye,p&p semua kena bayar ikut gred. Kalau ikutkan hati, malas nak joint tapi apa kan daya, wajib.....Kiranya balik modal jugaklah kan RM70 yang aku dah labur tu kan...

So, apa yang aku dapat untuk cabutan bertuah tu? 

Tarrraaaa......rak buku ikea, laiva. 
inilah dia rupa bookcase hadiah cabutan bertuah yang aku menang tu....(gambar ehsan google)
 
Kotaknya, berat ya amat. Nasib baik staff aku tolong angkat masuk kete. Nak harapkan aku, tak terangkatlah jawabnya, bermastatutin je la kat ofis silap gayanya. Anyway, thanks zam tolong angkat bawak masuk dalam kete.

Walaupun aku sangat berkobar-kobar nak tengok rak buku tu terpasang dalam rumah, namun apa kan daya, kesudahannya, rak tu tetap duduk dalam kotak. Tak da tempat nak pasang lagi. Kat ruang tamu tu dah crowded sangat. Pasang kat tingkat atas, takda gunanya pulak nanti.....Nantilah ye rak...duduk dululah dalam kotak tu...Ada space nanti, kitorang punggah yer...

Nak ucapkan tahniah jugak kepada penerima-penerima hadiah cabutan bertuah utama, home theater, ipad dan laptop.

Percayalah, semua orang kat sini memasang angan-angan untuk menang ipad..hahh...hah...(termasuklah aku...), walaupun tu adalah hadiah kedua. Grand prize, home theater. Laptop yang ketiga...Tapi, takda sapapun yang bercerita pasal home theater dengan laptop tu. Semua gilakan ipad....hah..hah...

No comments:

Post a Comment