Thursday, 20 January 2011

Mak, selamat hari jadi

Alhamdulillah,tahun ni umur mak genap 56 tahun.
Angka tu menunjukkan betapa banyak perkara dan peristiwa yang telah dilalui dalam hidup . Suka, duka, semua bersatu mewarnai hidup.

Walau ke mana aku melangkah, mak tetap di hati dan ingatan.
Mak, adalah guru terbaik yang mengajar aku tentang kehidupan.

Pada aku, mak adalah wanita tercantik sekali. 
Tiada orang lain dapat menandingi kecantikan dalaman dan luaran yang dimiliki mak.
Kelembutan dan kasih sayangnya yang tak bertepi pada anak-anak amat aku kagumi.

Mak, selamat hari lahir.
Semoga mak terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang dan sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmatNYA.
Akak sayang mak....

3 comments:

  1. selamat hari lahir juge buat mak ibunurin..semoga dipanjangkan usianye..dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete