Thursday 29 December 2011

SBPA dan Umur Pencen...Apa Yang Menjadi Pilihan Hati???

Sejak dapat borang option SBPA dan Pencen tu, berkali-kali dibelek-belek borang depan belakang, keluar masuk envelope, ambik calculator tekan-tekan. Paling best, siap compare lagi gaji dengan kengkawan...penting tu...nak check sama ada HR dah letak gaji tu betul ke tak. Kita kena faham la, depa proses banyakkkk borang so tak banyak, sikit, mesti ada keberangkalian berlaku kesilapan kan.....Macam sorang kawan tu, masa baru dapat borang last week, bukan main sengih sampai ke telinga, beza gaji lama dengan baru banyak. Bila kami compare gaji kat borang, eh...terdapat kemusykilan di situ..bagaimana gajinya bisa sama dengan orang yang setingkat pangkat darinya... Check-check...salah sudaa.... See...kesilapan yang nampak kecil tapi kalau kita tak perasan, impaknya besarrrr...di kemudian hari...Jenuh tu nak bayar balik gaji terlebih bayar tu...

So, moral of the story, masih sempat untuk korang-korang kat luar sana untuk check betul-betul tangga gaji yang diberi dalam borang tu...Jangan main tenyeh je ye... Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tenyeh..tanggung la akibatnya.. ^__~

Jangan kelam kabut.... tarikh untuk opt SBPA telah dipanjangkan hingga 15 Januari ni...so masih ada masa lagi untuk semak apa yang patut dan mana-mana yang tak berapa nak faham tu, bolehlah dapatkan clearance dulu... Selamat memikir...Aku dah pun sign dan pilih untuk SBPA. Pada aku, kita kena follow mainstream supaya tak terlepas segala benefit yang ada. Apa-apa pun, tepuk dada, tanyalah selera...

Umur persaraan aka pencen (opsyen umur persaraan paksa), macam mana pulak??? Korang pilih lanjutkan sampai 60 tahun atau kurang? Ha..yang ni aku masih dalam dilema lagi. Sama ada nak kekal pencen pada umur 58 yang telah dipilih beberapa tahun lepas atau extend kan ke 60.... Dalam beberapa hari ni aku sibuk tengok pro & cons pilih salah satu umur tu...

Sebenar-benarnya, benda tu tak patut jadi isu punnnn....sebabnya sama ada korang pilih 58 atau 60, tapi masih boleh dapat ganjaran pencen kalau korang pilih untuk bersara awal (persaraan pilihan), contohnya, tak larat dah nak kerja sampai 58 atau 60 (ikut mana yang dipilih), so by umur 55 tahun korang pun pencen awal dan korang akan dapat pencen tu pada masa tu jugak, tak payah tunggu sampai 58 atau 60 tu. Aku memang malas nak kerja lama-lama (ikhlas dari lubuk hati sanubari... ^___^. Juga luahan hati orang yang tak bercita-cita tinggi...). Duk fikir nak pencen awal jee... Targetnya masa umur 55 tahun nanti la.

Tapi, semalam baru aku perasan, untuk melayakkan kita dapat pencen sebanyak 60% daripada gaji pokok yang terakhir nanti, kita perlu berkhidmat at least 30 tahun...Ye..30 tahun. Kalau kurang dari tu, still dapat pencen jugak tapi sikit laaa. Cuba ko bayangkan, katakanlah gaji pokok ko masa tu rm60k, 60% dari rm60k tu adalah dalam rm36k....yang akan ko dapat tiap-tiap bulan selagi masih bernafas di muka bumi ni... Hah...sapa nak bagi tu..... ERRR.. SILA BERHENTI BERANGAN SEKARANG JUGAK EK.....GAJI KITA TAKKAN SAMPAI LEVEL TU PUNYA....KENA SEDAR DIRI SIKIT YE.. ^__^

Bila dikira tempoh servis, aku hanya akan mencapai tempoh 30 tahun servis pada umur 56 tahun!!!!! Arrgghhhh...Tidakkkk.... tak kesampaian la hajat nak pencen awal camni...Huh..huh..sapa suruh masuk servis lambat... Kan dah kena...Oh arjuna ku..nampak gayanya, u pencen dulu la dari i..unless umur pencen swasta dinaikkan sampai 60 tahun...^__^

Tapi, semua tu masih tak relevan dengan nak pilih 58 atau 60? Macam aku tulis kat atas tadi, ko pilih 58 ke, 60 ke, still boleh pencen awal sebelum tu dan dapat pencen masa tu jugak. So, apa masalahnya di situ untuk buat pilihan...??? Err..err..err...errr......

Takpa, masih boleh fikir lagi....esok baru nak kena submit borang....^__^

(Info: Sesapa yang berhajat nak pilih opsyen persaraan paksa kepada 60 tahun: ... sekiranya sebelum mencecah umur tersebut katakan pada umur 55, kita telah diminta untuk bersara atas kepentingan perkhidmatan (bukan atas sebab kesihatan atau disiplin ye..), faedah-faedah pencen yang akan diterima akan dikira sehingga ke umur 60 walaupun hakikatnya servis korang tak sampai pun umur tu... Kiranya, ni kelebihan kalau pilih 60 la..- ni berdasarkan semakan dengan bahagian terlibat).

Wednesday 28 December 2011

Kiss Me....

lama tak nampak gula-gula "kiss me" ni kan....ada lagi rupanya...
ni stok pemanis mulut untuk aku dan kengkawan yang datang bertandang kat bilik opis... ^___^

Tuesday 27 December 2011

Bercanda di kolam

Memang seronok bila dapat luangkan masa bercuti bersama buah hati pengarang jantung yang dua orang tu. Hujung tahun ni, kami agak sibuk sikit, dengan pindah rumahnya, dengan aku outstation nya. Jadinya, masa bersantai bersama Nurin hana agak terhad.

So, bila ada masa terluang tu, jangan disia-siakan, tak gitu.....???

Nurin hana memang suka air. kalau nampak kolam, muka ceria je.
  
cubaan belajar berenang dari jurulatih "terlatih"....
 
Bila Nurin hana happy, automatik ibu dan papa jugak happy. Kebahagiaan Nurin hana, kebahagiaan kami berdua jugak.... we love you Nurin hana.....

Friday 23 December 2011

Mee rebus ramli, terbaekkkk

Pernah makan mee rebus????
Mesti biasa makan kan...
Macamana pulak dengan mee rebus ramli????
Bukan ramly burger ye...Ni mee rebus ramli, berlokasi di perak sana nun...

Rasanya, orang perak khususnya ipoh, mesti sangat-sangat familiar dengan mee rebus ni. Kalau tak pernah makan pun, at least mesti biasa dengar namanya. Tapi, sapa tak pernah makan, rugilah...sebab rasanya memang terbaekkkk........

Restoran mee rebus ramli yang terletak dekat jalan kuala kangsar, tasek, ipoh ni memang lokasi wajib untuk kami terjah bila balik kampung. Kampung atok aku kat depan tu je... dekat bebeno...
Tapi, kengkadang tak merasa pun sebab salah timing pegi, kedai tutup. Alhamdulillah, kali ni kedai bukak dan kami berdua pekena mee rebus tu sampai dua kali, sekali masa sampai kampung, kali kedua sebelum balik. Siap tapau bawak balik putrajaya lagik....hehhehehhh...sedap sangat la tu....

tangan akak kita tu, Nurin hana...sibuk suruh ambik gambar tangannya jugak..

Pada kami berdua, mee rebus sangat sedap di tekak kami. Kuahnya pekat, secukup rasa. Dilengkapi dengan kuih cekodok (rasanya la..) dipotong-potong, cili merah potong, tauhu, telur rebus dan tak lupa, limau yang perlu diperah kat kuah untuk menambahkan lagi kick nya.... Hmmm..terasa-rasa lagi kat tekak kesedapannya... Apsal la depa tak bukak branch kat sini... 

Okay, sesapa berminat, boleh datang sini..
Alamat: 767, Taman Tasek Jaya, Jln Kuala Kangsar, Tmn Tasik, Ipoh

image: google

Thursday 22 December 2011

6 hari 5 malam di Melaka

Coti-coti Malaysia ke? 6 hari 5 malam, lama tu... boleh kering kontang poket dibuatnya tu..
Eleh... takda maknanya... aku keje la... uruskan seminar kat negeri hang tuah ni.

Bayangkan selama tu aku kat negeri hang tuah ni, selama tu jugaklah aku terpaksa berpisah dengan lil’ princess. Arghh.. kerinduan aku...

Tu satu hal... sepanjang2 aku kat sana, aku dah jadi orang hilang upaya sementara. Iya.. telinga tak bisa dengar dua-dua belah. Jangkitan telinga, kata doktor. Bila tiba sakit tu, tuhan je tahu. Demam tiap kali telinga tu berdenyut sakit. Nak berjalan pun rasa sakit. Memula tu, telinga kiri bengkak sampai ke cuping telinga tu. Selang dua hari, telinga kanan pulak. Elok-elok boleh dengar sebelah, terus tak dengar dua-dua belah. Setiap hari dengar macam orang bertukang dalam telinga. Macam konsert ada rasanya dalam telinga ni...

Selaku urus setia, patutnya kena ambik note masa seminar tu. Tapi aku boleh pandang tanpa perasaan dan pura-pura dengar je la. Nasib baik, ada anak buah yang boleh diharap. Bos pun memahami. Tensen tau, depa pot pet pot pet diskus macam-macam, gelak tawa, tapi aku tak boleh nak tangkap sebijik butir pun. Sudahnya...jadilah aku bak patung cendana, takda perasaan...

Bila tak boleh dengar jugak, macam mana aku nak bercakap dengan Nurin hana? Sedih tau...tak boleh nak tepon, sebab kalau tepon pun tak guna, aku tak boleh dengar suara gemersik anak aku tu. Dengan Papa nya daya lagi sebab masih boleh ber sms.

Sepanjang tempoh tu jugak, aku rasa berat aku turun...selera makan kurang sebab tak boleh nak kunyah makanan. Kunyah dengan gigi depan je, mana nak lalu. Moncong je la mulut bila makan. Sebab tak selesa, aku lebih rela minum milo 3 in 1 dengan nesvita oat sambil direndam roti dalam milo tu. Breakfast dengan dinner, tu la makanan aku. Lunch, aku gagah jugaklah makan sikit kat cafe hotel.

Kawan baik aku masa kat melaka adalah ubat tahan sakit aka ponstan. Sebenarnya, ponstan dan panadol adalah dua ubat yang aku tak suka nak ambik dan akan cuba elak selagi boleh. Tapi, kali ni aku tak daya nak menolak lagi. Kena telan jugak ponstan, kalau tak aku akan terbaring seharian kat katil. Tu pun, aku hanya akan telan bila dah betul-betul sakit, nak elakkan aku ambik banyak ubat tu. Cuma ada satu malam tu, aku telan siap-siap sebelum sakit gara-gara nak pegi makan ikan bakar kat alai...

Bos belanja makan ikan bakar wehh... rugi la kalau tak pegi. Kebetulan, masa tu keadaan pun agak baik sikit. Bolehlah berpoya-poya kejap..Jadilah...daripada tak ke mana langsung...

Monday 19 December 2011

Happy Birthday My Dear Hubby


I searched my wallet and found it empty
I searched my pockets and found some few coins
Then I searched my heart and I found you
Then I realized how rich I am
Happy birthday MY DEAR SWEETIE, MY BUDDY, MY LOVE, MY EVERYTHING......... EA!


If wrinkles must be written upon our brows let them not be written on the heart. The spirit should not grow old - James garfield




source: http://www.birthdaymessages.com/
image: google

Wednesday 14 December 2011

Rindu serindu rindunya

Sabar sayang...tak lama lagi ibu balik ye...

Wednesday 7 December 2011

Jadual Pembayaran Gaji 2012

Didedikasikan khas untuk semua orang keje gomen...
(sumber: Surat Pekeliling Akauntan Negara bilangan 6 tahun 2011, http://www.anm.gov.my/)


Thursday 1 December 2011

Konsert sehati berdansa artis popular

Baru-baru ni kami suami isteri pegi tengok konsert. Awesome... Hebat artis-artis yang buat persembahan. Kiranya, tak sudah-sudah la lampu flash kamera snap sana sini. Artis-artisnya cun dan lawa-lawa. Tak kelip mata memandang...heh..heh...macam-macam pakaian, sopan, seksi, moden, tradisional, semua ada.
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Heh..heh..heh...bukan konsert apa pun, konsert tadika.....

Sabtu baru ni, tadika Nurin hana buat majlis graduasi dan aprisiasi 2011 aka konsert. Our dear princess pun masuk salah satu persembahan. Menari lagu "bunyi gitar" bersama-sama kawan-kawan sekelasnya.

Sebelum ni bukan main giat lagi Nurin hana duk praktis kat rumah. Cuma beberapa minggu nak konsert tu tah kenapa langsung tak praktis dah... agaknya jemu dah kot, kat tadika dah berlatih selalu. Ke rasa dah terror, tak payah praktis lagi...hehheehehehhh...

Aku nyaris-nyaris tak dapat joint majlis ni. Kebetulannya pulak tarikh konsert bertembung dengan teambuilding ofis aku. Nasib baik big bos bagi pelepasan petang tu sekejap. Berkejarlah EA ke hotel angkut aku pegi tempat konsert. Nasib hotel tu dekat je, kalau tak, putih mata la aku nak tengok Nurin hana berdansa. Thanks darling.

Aduhh..sakan anak dara sorang ni kat atas pentas tu. Tak sangka pulak ada bakat terpendam. cuma harapnya biarlah bakat tu seiring jugak dengan belajar ye nak....

Nurin hana & friends nampak begitu yakin sekali kat atas stage tu, takda riak-riak takut langsung. Dan mereka ingat setiap step tarian dengan begitu baik sekali. Well done kids... Persembahan-persembahan macam ni satu pendedahan yang bagus untuk anak-anak ini bagi bina keyakinan dan keberanian. Aku kalau duk atas stage tu pun, belum tentu boleh perform well. Darah gemuruh la katakan.........

So, jom layan few photos yang sempat aku snap pakai iphone. Kamera kat cik abe, ingatkan cik abe tangkap gambar rupanya masing-masing sibuk memvideo kan Nurin hana tengah berdansa guna hp...heh..heh..heh...
ngantuk ni...baru bangun tido...dalam kete on the way tu, bukan main lena tido...kejut pun tak jalan...
 
tarraaaa.....ni la baju berdansanya. kan main seksinya...nasib baik budak yang pakai. kalau la orang dewasa pakai cam ni, mau terbeliak mata sumer orang...
masa mula-mula naik stage tu, Nurin hana kat depan, tetiba dah duduk belakang pulak. yang tinggi-tinggi sumer duduk belakang...terpaksalah ibu dengan papa nya berdiri dekat dengan stage tepi tu semata-mata nak dapat angle yang terbaik...hehhehe....macam pro je...
kat belakang stage, lepas abis persembahan
amboi...anak aku bukan main pegang erat tangan "boipren" tariannya tu...
malu-malu kucing....Nurin hana dengan "bakal menantu" kami...hehehehhh... bersama nabil, pasangannya untuk tarian tu. Nurin hana pernah cakap kalau dia tak pegi school, nanti nabil takda girl nak menari sama. diorang kan menari secara berpasangan...
tadi bukan main jaraknya, ni bukan main rapat lagik....bahaya ni...hehehehhhh
lapo...lunch makan sikit je, tak lalu la tu...tak sabo nak berdansa...
waktu untuk main...
classmates. diorang berdansa lagu "kain pelekat" sebab tu baju lain. tengah-tengah tu dania, yang sebelah tak ingat nama. dania ni dari baby lagi sama school dengan Nurin hana..
 
 alamak...jatuh saham ni kalau bakal mak mertua nampak ni...masa ni dah abis konsert, tu yang kosong sumer bangku.
 bangku sikit punya banyak kosong, tapi port bawah bangku jugak best....anak-anak sedang bergossip

Kerana mulut badan binasa

Kerana mulut badan binasa...
Kerana tangan abis semua merana....

Hah...nampak tak mesin apa kat atas tu? Company canggih-canggih mungkin dah lupus dah mesin ni. Kitorang je pakai lagik...

Ni la yang dinamakan mesin punch card aka mesin pengetik kad perakam waktu. Iya...memanglah tak canggih macam kat ofis korang semua... Kitorang masih guna cara lama, ketik pagi datang keje, ketik petang waktu balik. 

Apsal sampai ada tiga mesin? ni untuk membezakan waktu pejabat wp1 (7.30-4.30) atau wp2 (8-5) atau wp3 (8.30-5.30). Kelazimannya, masa yang tertera kat setiap mesin tu adalah berbeza. Mungkin lewat  atau cepat 3-4 minit. Jangan tanya apsal berbeza. Yang aku tau, perbezaan tu menyenangkan orang yang lewat sikit dari masa wp sepatutnya, so boleh punch kat mesin satu lagi.

Tapi................ Kalau korang masuk wp3 dan lewat masuk masa jam mesin tu dah bunyi (mungkin dah 8.31) pastu korang tengok jam mesin kat wp2 atau wp1 tu belum lagi menunjukkan ke angka 8.30, mesti rasa cam "ahhh lega...selamat kad aku dari merah...". Bila korang punch kat mesin wp1/wp2 tu, yaa...masa memang lah 8.29 atau 8.28 tertera kat kad tu, tapi kalernya tetap merah....Agaknya depa dah set mesin tu kot sampai boleh detact yang kad kita tu untuk wp lain...

Eh, sebenarnya aku bukan nak citer pasal tu. Tapi, masih pasal punch card ni jugak la....

Mulai hari ni, kitorang kat tingkat 7 ni kena naik atas ke tingkat 12 untuk sesi ketik mengetik ni.... Bahagian aku ni ada kat tingkat 7 dan tingkat 12. Sebelum ni mesin punch card tu ada kat setiap tingkat. Ala-ala dapat kuasa autonomi la. Tapi sekarang special privillage dah ditarik balik....
Perpindahan tu kononnya, untuk eratkan silaturahim sesama bahagian antara tingkat 7 dan 12. Ala, ni mesti  kes nak elakkan berlakunya aktiviti mempunch card untuk orang lain ni... Tu la korang, sapa suruh mintak kawan pi punch untuk korang, kan abis semua kena naik turun la ni...

Lepas ni sapa mai lambat, abis la..kena berkejar ke tingkat 12 nak selamatkan kad dari ciuman lipstik merah... At least sebelum ni, sempatlah lagik nak punch on time. Tapi, ada bagusnya jugak, lepas ni semua pakat mai awal la, takda la last last minute baru sampai. 

Tapi......yang tak bestnya masa balik la.... Aku kan jenis balik awal jugak, segan gak kat bebudak atas tu. Kat sini, tak heran sebab diorang dah biasa, tau aku memang akan balik sama ada seawal jam 5 atau kalau lewat sikit pun dalam 5.30 macam tu. Apa nak buat, komitmen sebagai ibu yang nak kena ambik anak dari tadika, pastu komitmen sebagai isteri nak main masak-masak kat rumah. Ala...kalau ada keje penting, aku balik lewat jugak (heh..hehhhh..boleh dibilang dengan jari berapa kali aku balik lewat..). 

Takpa la, depa yang balik lewat tu sebab mungkin banyak keje nak kena buat lagi, pastu rumah dah ada maid, dah siap serba serbi... Eh, aku takda banyak keje ke? Keje tu, memanglah banyak tapi pandai-pandailah nak buat camna kan... Family first... Lagipun, aku memang suka balik awal.....