Thursday, 29 December 2011

SBPA dan Umur Pencen...Apa Yang Menjadi Pilihan Hati???

Sejak dapat borang option SBPA dan Pencen tu, berkali-kali dibelek-belek borang depan belakang, keluar masuk envelope, ambik calculator tekan-tekan. Paling best, siap compare lagi gaji dengan kengkawan...penting tu...nak check sama ada HR dah letak gaji tu betul ke tak. Kita kena faham la, depa proses banyakkkk borang so tak banyak, sikit, mesti ada keberangkalian berlaku kesilapan kan.....Macam sorang kawan tu, masa baru dapat borang last week, bukan main sengih sampai ke telinga, beza gaji lama dengan baru banyak. Bila kami compare gaji kat borang, eh...terdapat kemusykilan di situ..bagaimana gajinya bisa sama dengan orang yang setingkat pangkat darinya... Check-check...salah sudaa.... See...kesilapan yang nampak kecil tapi kalau kita tak perasan, impaknya besarrrr...di kemudian hari...Jenuh tu nak bayar balik gaji terlebih bayar tu...

So, moral of the story, masih sempat untuk korang-korang kat luar sana untuk check betul-betul tangga gaji yang diberi dalam borang tu...Jangan main tenyeh je ye... Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tenyeh..tanggung la akibatnya.. ^__~

Jangan kelam kabut.... tarikh untuk opt SBPA telah dipanjangkan hingga 15 Januari ni...so masih ada masa lagi untuk semak apa yang patut dan mana-mana yang tak berapa nak faham tu, bolehlah dapatkan clearance dulu... Selamat memikir...Aku dah pun sign dan pilih untuk SBPA. Pada aku, kita kena follow mainstream supaya tak terlepas segala benefit yang ada. Apa-apa pun, tepuk dada, tanyalah selera...

Umur persaraan aka pencen (opsyen umur persaraan paksa), macam mana pulak??? Korang pilih lanjutkan sampai 60 tahun atau kurang? Ha..yang ni aku masih dalam dilema lagi. Sama ada nak kekal pencen pada umur 58 yang telah dipilih beberapa tahun lepas atau extend kan ke 60.... Dalam beberapa hari ni aku sibuk tengok pro & cons pilih salah satu umur tu...

Sebenar-benarnya, benda tu tak patut jadi isu punnnn....sebabnya sama ada korang pilih 58 atau 60, tapi masih boleh dapat ganjaran pencen kalau korang pilih untuk bersara awal (persaraan pilihan), contohnya, tak larat dah nak kerja sampai 58 atau 60 (ikut mana yang dipilih), so by umur 55 tahun korang pun pencen awal dan korang akan dapat pencen tu pada masa tu jugak, tak payah tunggu sampai 58 atau 60 tu. Aku memang malas nak kerja lama-lama (ikhlas dari lubuk hati sanubari... ^___^. Juga luahan hati orang yang tak bercita-cita tinggi...). Duk fikir nak pencen awal jee... Targetnya masa umur 55 tahun nanti la.

Tapi, semalam baru aku perasan, untuk melayakkan kita dapat pencen sebanyak 60% daripada gaji pokok yang terakhir nanti, kita perlu berkhidmat at least 30 tahun...Ye..30 tahun. Kalau kurang dari tu, still dapat pencen jugak tapi sikit laaa. Cuba ko bayangkan, katakanlah gaji pokok ko masa tu rm60k, 60% dari rm60k tu adalah dalam rm36k....yang akan ko dapat tiap-tiap bulan selagi masih bernafas di muka bumi ni... Hah...sapa nak bagi tu..... ERRR.. SILA BERHENTI BERANGAN SEKARANG JUGAK EK.....GAJI KITA TAKKAN SAMPAI LEVEL TU PUNYA....KENA SEDAR DIRI SIKIT YE.. ^__^

Bila dikira tempoh servis, aku hanya akan mencapai tempoh 30 tahun servis pada umur 56 tahun!!!!! Arrgghhhh...Tidakkkk.... tak kesampaian la hajat nak pencen awal camni...Huh..huh..sapa suruh masuk servis lambat... Kan dah kena...Oh arjuna ku..nampak gayanya, u pencen dulu la dari i..unless umur pencen swasta dinaikkan sampai 60 tahun...^__^

Tapi, semua tu masih tak relevan dengan nak pilih 58 atau 60? Macam aku tulis kat atas tadi, ko pilih 58 ke, 60 ke, still boleh pencen awal sebelum tu dan dapat pencen masa tu jugak. So, apa masalahnya di situ untuk buat pilihan...??? Err..err..err...errr......

Takpa, masih boleh fikir lagi....esok baru nak kena submit borang....^__^

(Info: Sesapa yang berhajat nak pilih opsyen persaraan paksa kepada 60 tahun: ... sekiranya sebelum mencecah umur tersebut katakan pada umur 55, kita telah diminta untuk bersara atas kepentingan perkhidmatan (bukan atas sebab kesihatan atau disiplin ye..), faedah-faedah pencen yang akan diterima akan dikira sehingga ke umur 60 walaupun hakikatnya servis korang tak sampai pun umur tu... Kiranya, ni kelebihan kalau pilih 60 la..- ni berdasarkan semakan dengan bahagian terlibat).

No comments:

Post a Comment