Kerana tangan abis semua merana....
Hah...nampak tak mesin apa kat atas tu? Company canggih-canggih mungkin dah lupus dah mesin ni. Kitorang je pakai lagik...
Ni la yang dinamakan mesin punch card aka mesin pengetik kad perakam waktu. Iya...memanglah tak canggih macam kat ofis korang semua... Kitorang masih guna cara lama, ketik pagi datang keje, ketik petang waktu balik.
Apsal sampai ada tiga mesin? ni untuk membezakan waktu pejabat wp1 (7.30-4.30) atau wp2 (8-5) atau wp3 (8.30-5.30). Kelazimannya, masa yang tertera kat setiap mesin tu adalah berbeza. Mungkin lewat atau cepat 3-4 minit. Jangan tanya apsal berbeza. Yang aku tau, perbezaan tu menyenangkan orang yang lewat sikit dari masa wp sepatutnya, so boleh punch kat mesin satu lagi.
Tapi................ Kalau korang masuk wp3 dan lewat masuk masa jam mesin tu dah bunyi (mungkin dah 8.31) pastu korang tengok jam mesin kat wp2 atau wp1 tu belum lagi menunjukkan ke angka 8.30, mesti rasa cam "ahhh lega...selamat kad aku dari merah...". Bila korang punch kat mesin wp1/wp2 tu, yaa...masa memang lah 8.29 atau 8.28 tertera kat kad tu, tapi kalernya tetap merah....Agaknya depa dah set mesin tu kot sampai boleh detact yang kad kita tu untuk wp lain...
Eh, sebenarnya aku bukan nak citer pasal tu. Tapi, masih pasal punch card ni jugak la....
Mulai hari ni, kitorang kat tingkat 7 ni kena naik atas ke tingkat 12 untuk sesi ketik mengetik ni.... Bahagian aku ni ada kat tingkat 7 dan tingkat 12. Sebelum ni mesin punch card tu ada kat setiap tingkat. Ala-ala dapat kuasa autonomi la. Tapi sekarang special privillage dah ditarik balik....
Perpindahan tu kononnya, untuk eratkan silaturahim sesama bahagian antara tingkat 7 dan 12. Ala, ni mesti kes nak elakkan berlakunya aktiviti mempunch card untuk orang lain ni... Tu la korang, sapa suruh mintak kawan pi punch untuk korang, kan abis semua kena naik turun la ni...
Lepas ni sapa mai lambat, abis la..kena berkejar ke tingkat 12 nak selamatkan kad dari ciuman lipstik merah... At least sebelum ni, sempatlah lagik nak punch on time. Tapi, ada bagusnya jugak, lepas ni semua pakat mai awal la, takda la last last minute baru sampai.
Tapi......yang tak bestnya masa balik la.... Aku kan jenis balik awal jugak, segan gak kat bebudak atas tu. Kat sini, tak heran sebab diorang dah biasa, tau aku memang akan balik sama ada seawal jam 5 atau kalau lewat sikit pun dalam 5.30 macam tu. Apa nak buat, komitmen sebagai ibu yang nak kena ambik anak dari tadika, pastu komitmen sebagai isteri nak main masak-masak kat rumah. Ala...kalau ada keje penting, aku balik lewat jugak (heh..hehhhh..boleh dibilang dengan jari berapa kali aku balik lewat..).
Takpa la, depa yang balik lewat tu sebab mungkin banyak keje nak kena buat lagi, pastu rumah dah ada maid, dah siap serba serbi... Eh, aku takda banyak keje ke? Keje tu, memanglah banyak tapi pandai-pandailah nak buat camna kan... Family first... Lagipun, aku memang suka balik awal.....
No comments:
Post a Comment