Thursday 30 June 2011

Tips: Teh dan kecantikan

Wahhh...rupanya bagus la teh hitam yang kita selalu minum tu. Selain dibuat minuman, teh hitam tu juga banyak khasiatnya. Bagus..bagus...Biasanya kalau lepas minum, kita akan buang uncang teh tu kan. Bak pepatah, habis manis, sepah dibuang.

Lepas ni nampaknya cepatlah habis stok uncang teh dalam rumah ni....

Jom kita tengok apa khasiat dan kegunaan teh hitam ni....

1) Boleh digunakan sebagai penyental atau pupur untuk menyegarkan kulit. Teh hitam yang sudah dihancurkan dan dibancuh dengan beberapa bahan lain seperti krim pelembap boleh dijadikan pupur serta disapukan rata dan di urut pada kulit wajah mahupun seluruh tubuh. Amalan itu boleh membantu anda memiliki kulit yang mulus dan halus. Antioksidan bersama vitamin E yang ada dalam teh akan membantu menanggalkan sel kulit mati manakala dengan kaedah urutan yang lembut dan betul, khasiatnya akan terus meresap ke dalam kulit dan melancarkan perjalanan darah serta membuatkan kulit berseri dan sihat.

2) Mengembalikan kesegaran tubuh. Pertama sekali, sapukan tubuh anda dengan krim susu dan sebaik saja ia meresap ke dalam kulit, bolehlah berendam dalam tab mandian yang berisi air teh hitam selama 20 minit. Detik itu akan membuatkan perasaan anda dibuai rasa nyaman dan rehat yang cukup menyenangkan manakala minda berserabut perlahan-lahan kembali segar.

3) Begitu juga untuk wajah, jika ada jerawat timbul cara mudah untuk atasi ialah merendamkan uncang teh hitam dalam air panas selama beberapa minit. Tanggalkan uncang berkenaan dan ketika masih panas letakkan teh itu terus pada bahagian kulit wajah yang tampak cela, antara lima hingga 10 minit. Jangan bilas teh yang diletakkan pada tanda cela itu kerana ia akan berterusan ‘memerangi’ masalah itu sepanjang hari.

4) Teh hitam juga amat ajaib sebagai astringen atau bahan yang boleh mengecutkan tisu dan saluran darah bagi pengawalan pengaliran darah. Apa yang perlu anda lakukan ialah bancuh air teh dan percikkan pada wajah sama ada dalam keadaan air teh itu sejuk atau suam.

5) Cara lain yang boleh dibuat bagi menyegarkan wajah dan tampak muda ialah mencampurkan daun teh yang sudah diramas ke dalam krim wajah. Kemudian, urut perlahan-lahan wajah mengikut teknik putaran yang betul.

6) Membantu anda rambut yang cantik, tampak hitam dan berkilauan meskipun kesannya tidak lama ia mampu meningkatkan daya penampilan. Syampu rambut seperti biasa, kemudian bilas dengan air biasa. Seterusnya, bilas dengan air teh hitam yang sudah direndam. Biarkan sekurang-kurangnya lima minit dan perah air daripada rambut. Keringkan rambut secara semula jadi dan anda boleh perbezaannya.

7) Bagi yang mempunyai bahagian bawah mata yang gelap dan sembab atau berasa pancaindera itu amat letih, boleh juga memanfaatkan teh hitam. Caranya, begitu mudah iaitu dengan meletakkan uncang beg teh hitam pada bahagian berkenaan dan jangan terkejut, masalah itu dapat diatasi dengan cepat. Kaedah itu bukan saja membuatkan mata segar tetapi turut membantu melambatkan timbulnya garis-garis halus pada bahagian bawah mata.

8) Teh hitam boleh ‘menyelamatkan’ keadaan kaki anda yang berasa letih atau tertekan terutama apabila berjalan jauh. Isikan air suam dalam bekas dan campurkan air teh hitam. Rendamkan kaki anda antara 10 hingga 20 minit dalam air teh itu. Oleh kerana teh juga mempunyai anti fungus, rendaman itu turut membantu anda memiliki kaki yang cantik dan sihat.

9) Melembapkan bibir. Gunakan uncang teh untuk membersihkan bibir selama lima minit dan bibir tidak perlu dibilas.

10) Mengatasi bau mulut. Teh juga digunakan untuk mengatasi bau mulut. Caranya ialah menjadikan teh sebagai ubat berkumur.

11) Menyejukkan kulit. Mendinginkan kulit yang terbakar sinar matahari. Caranya ialah dengan merendamkan beberapa uncang teh dan biarkan sejuk setelah itu tampal uncang teh pada bahagian terbakar sinar matahari.

12) Mengatasi luka bakar ringan. Caranya sama untuk mengubati kulit terbakar sinar matahari iaitu dengan merendam satu uncang teh dan biarkan sejuk dan tampalkan pada bahagian yang terkena.

13) Mengatasi uban. Caranya rendam tiga uncang teh dalam satu cawan air mendidih. Tambahkan satu senduk makan rosemary yang dikeringkan. Biarkan semalaman dan tapis. Untuk menggunakannya ialah seperti menyapu syampu rambut seperti biasa, lalu tuangkan campuran teh pada rambut. Pastikan semua rambut dibasahi teh. Selepas semua dibasahi oleh teh, jangan dibilas dengan air tetapi keringkan dengan tuala. Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

14) Meredakan gusi berdarah. Jika gusi anak berdarah kerana gigi sulungnya patah, hentikan pendarahan dan redakan sakit dengan cara, basahi uncang teh dengan air sejuk. Tekankan langsung pada bahagian yang terkena

Sesungguhnya kecantikan itu milik semua.....:-)

(Sumber: Berita Harian)

Wednesday 29 June 2011

Cerita Rabu

Hari ni hujan dari pagi tadi....sejuk...nyaman...tapi aku kat ofis, rasa panasss....almaklumlah..ada meeting pagi tadi...meeting yang semua orang tak nak masuk, kalau diberi pilihan...hah..hah...tapi mana ada pilihan camtu. Semua kena masuk beb...WAJIB....(siap ada yang saja plan meeting kat luar dengan agensi lain hari meeting ni sebab nak mengelak....pandai korang yeee...).

Okay, salah satu benda yang aku belajar kat sini dalam tempoh setahun dua bulan ni adalah belajar mengkebalkan diri termasuk telinga, jiwa, hati dan otak. Ya..itu resepi untuk terus bertahan.. Aku masih lagi dalam proses belajar ilmu tu....So disebabkan ilmu tak berapa nak ada, so hati tu lembut lagi la...Kalau kena laser, hati sayuuu...jauhhhhhh.....je....heh..heh.... Harapannya, tak lama lagi semakin kuat dan kental seterusnya kebal.....Strategi..strategi...

Semenjak dua menjak ni jugak, memang rasa busy sangat. Beban kerja tak lah bertambah banyak sangat..tapi kerja sedia ada tu bertambah mencabar bila sampai stage seterusnya....Lepas tu, meeting..meeting.... Kalau meeting yang aku organize, lagilah parah...nak kena siapkan minit pulak. Itulah skill yang sangat-sangat dah berkarat. Dah asah semula sejak masuk kerja ni, tapi tahap kekaratan masih tinggi lagi. Ke sebab dulu-dulu, minit anak buah yang ambil dan sediakan, pastu pass kat kita, kita semak dan amend apa yang patut...Hahhahh....hahaa...Hambik nko...sekarang ni walaupun gred dah up sikit, tapi kena buat kerja a sampai z jugak sebijik macam masa 41 dulu...Apo nak buek...lain tempat lainlah environment nya..

Mulalah aku rindukan ofis lama aku...rindukan anak-anak buah aku yang agak ramai dan sangat-sangat membantu. Walau kerja banyak, tapi boleh delegate separuh kat anak buah. :D. Boss...situ ada kosong lagi tak...?