Showing posts with label apa2 je. Show all posts
Showing posts with label apa2 je. Show all posts

Wednesday, 27 November 2013

Kisah Dulu Dulu....



sapa generasi tahun 50an hingga 80an, angkat tangan tinggi-tinggi!!!!!!!!
well, dulu main tengah jalan memang biasa...main galah panjang ramai-ramai. 
susun buluh atau selipar buat line atau lukis dengan kapur papan hitam tu atas jalan atas lukis je atas tanah... masa tu memang satu kampung tu la kawan kita... 
kita kenal dengan semua budak-budak sebaya atau lebih kurang baya-baya kita... 
mak pak kita pun kenal kawan kita tu anak sapa...
petang-petang memang meriah giler...penuh budak-budak tengah jalan

antara games yang paling popular zaman aku tu, rounders (betul ke eja?)... 
syok giler main tu.... ada dua team, satu tukang pukul bola, satu team lagi tukang baling dan tangkap bola... masa tu tak pernah pulak dengar ada tingkap rumah orang pecah kena bola tenis kuning/hijau tu...
asal petang je, penuh la budak-budak tengah-tengah jalan tu... 
games ni yang best nya bila tiba turn ko dapat baling bola kat kawan tu... mencicit lari..hehehhe... 
satu lagi yang best main baling selipar... 
sama macam tadi, yang best nya sebab ada chance baling bola baik punya kat kawan.... 
time biasa saja-saja ko nak baling bola kat dia, memang takda la...
kena pelangkung la jawabnya...hehhehehe...

main video games? aku tak pandai...sebab kat rumah pun takda... 
tapi aku suka rakam lagu radio kat kaset. kat radio masa tu kan ada ruangan pilih-pilih lagu tu, biasanya lagu-lagu memang best...
so aku akan standby siap-siap tepi radio, 
bila dengar je juruhebah radio sebut nak main lagu, terus jari duduk atas butang rakam. 
Dengar je intro muzik, terus "tap"... hahahah..tak payah beli kaset, rakam je..
macam-macam lagu ko dapat...
kalau beli kaset, belum tentu semua lagu sedapkan... 
ni kalau rakam sendiri, apa je lagu yang ko suka boleh masuk...errr..ni kira cetak rompak jugak ke?hehehhehe
kaset rakaman yang sama tu akan diulang rakam sampai la riben ke apa namanya kat dalam kaset tu, rosak atau terkeluar.....
masa tu baru la menggagau carik kaset lama-lama bapak punya...
tapi kena hati-hati..kang kena pelangkung, salah ambil kaset yang masih digunapakai...
saja cari penyakit la tu...
paling tak suka masa rakam lagu tu, 
tengah sedap-sedap rakam tu tetiba juruhebah radio (dulu kita panggil juruhebah, takdanya deejay bagai....) mencelah tengah-tengah lagu...
saja je tau...nak spoilkan rakaman ai...
tapi benda tu jarang-jarang la berlaku....biasanya kita akan dapat rakam solid satu lagu...
tak macam sekarang, bila kita tengah dengar satu lagu, berapa kali la deejay tu mencelah...sudahnya, ko dengar lagu ke, dengar deejay bercakap...hehhehehe...

kengkadang bila terlebih rajin, siap rakam suara sendiri...eh, sedap jugak suara aku ni....hahhahah...ala-ala juruhebah radio...angan-angan mat jenin...suara ke laut...

dulu pun, takda cd bagai...kita tengok movie pakai video...
boleh sewa kat kedai, macam-macam movie ada..
dulu yang top dah tentu movie dari seberang...cerita hantu...tau je la kan..cerita hantu indo memang seram kaw-kaw punya...macam real je...
tengok malam-malam...sudahnya, bila nak tido menggigil takut...hahahhah..
berselimut sakan..duk bayangkan hantu dalam cerita tu duk sebelah...

masa tu, teknologi memang la tak secanggih zaman sekarang...
tapi kita tetap seronok menikmati zaman kanak-kanak, remaja kita....
bila dikenang-kenang semula....boleh buatkan kita tersengih bak kerang busuk... :D
antara kenangan terindah...................

Monday, 18 March 2013

Yang Lepas Biarkan Berlalu



Usahlah terlalu ditangisi apa yang telah berlaku. Apa yang telah berlaku, telah pun berlaku. Apa yang hilang, usahlah dikesali. Patah tumbuh hilang berganti. Siapa tahu, mungkin itu yang terbaik buat kita.....

Simpan kemas semua yang telah berlalu sebagai lipatan dalam sejarah kenangan. 

Tidak salah, kita mengimbas kembali kenangan lalu. Kerana itulah yang telah menjadikan kita sepertimana ketika ini. Usah diratapi, dikesali. Jadikanlah iktibar dalam meneruskan langkah ke hadapan, bukan undur ke belakang. Yang baik dijadikan teladan. Yang buruk dijadikan sempadan. 
Kenang yang manis-manis saja.... Yang duka biarkan terpendam usah digali lagi, kelak diri sendiri yang berduka jika jiwa tak ampuh menahannya......   

#coretan saja-saja setelah melalui hari yang memenatkan...#
Salam ceria..... ^__^

Friday, 2 November 2012

SUNYI

Ada orang...
tapi seperti tiada orang....
Ada bunyi....
tapi seperti sunyi sepi....
Bagai tiada sesiapa di situ.............


Tiada sahutan...
tiada bualan...
tiada sapaan...
tiada gerakan...tiada apapun...
bagai memasuki dimensi ruang baru...
asing..sungguh terasing...
ruang kosong.....

sumber: google.

Wednesday, 30 May 2012

Thursday, 10 May 2012

Thursday, 3 May 2012

Orang minyak separa jadian...

Semenjak aku berkasih sayang dengan kereta ni, banyak kali jugaklah aku pegi tuang minyak sendiri (selebihnya, mintak tolong suami tersayang la tuangkan...heh..heh...).

Mula-mula dulu tu, ngaku memang cuak la jugak, al-maklumlah...tak biasakan....
Siap mintak tolong mamat bangla kat petronas tu. Kayuh pelan-pelan, belajar la tuang sendiri. Kiranya tak pernah la jadi sebarang kes masa sesi tuang menuang tu...semuanya berlangsung dengan jaya. Markah penuh di situ...So, dah tak heran la dengan mamat bangla tu, boleh eksen lagi.....^___^ poyo tak hengatttt....

Tapi, nak dijadikan cerita, telah terjadi satu insiden di satu hari pagi yang nyaman di satu ketika di sebuah stesen minyak biru di lokasi pinggir bandar yang dipenuhi kepelbagaian bangsa termasuk indon, bagla hatta mat black. Internasional gituuuuuuu........... 

Alkisahnya gini, arjuna singgah stesen minyak, lepas cucuh fuel pump nozzle kat tangki minyak kereta, bergegas dia masuk ke kedai menshopping, bagai tiada masa lain lagi. Dan aku disuruh tarik nozzle bila tangki minyak kereta dah penuh. Tengah syok-syok duduk dalam kereta teman Nurin  hana main games, tetiba dengar bunyi kat tangki kereta "oii..oiii....tarik la oiii...dah penuh ni...". So, aku pun keluar kereta, dan terus tarik pump nozzle  tu. Dan apa jadi lepas tu...?????

;
;
;
;
;
;
;
;
;
;


Bagaikan ada kuasa magik...........minyak melimpah ruah...........terpancut sana sini dari  pump nozzle. Cuba korang bayangkan macam air laju yang keluar dari getah paip petang-petang yang korang buat basuh kereta, main simbah-simbah tu. Hah.....macam tu la rupa keadaannya masa tu. Kalau ada orang kat belakang kereta  masa tu, sahih lagi pasti tanpa mampu dipertikaikan lagi, bermandi minyak le orang tu jawabnya..... T___T

Dan secara automatiknya, sebab tangan mulus aku yang tengah pegang pump nozzle  tu, tak sempatlah aku menepis tempias percikan hujan minyak tu yang secara mesranya jugak memercik manja baju aku, tudung aku... Bagai terpaku sebentar........
Arghhh...kenapalah ada orang yang begitu kejam sekali.......... T____T
Chisssss.....ni mesti kes budak pump attendant kat dalam kedai tu jeles tengok aku pakai baju cantik pagi-pagi ni, dia pakat lepaskan lagi minyak tu walaupun dah penuh..... (statement cubaan menegakkan benang yang basah kena minyak....).
Nyampah tau....abis baju aku bau minyak. Dengan tudung sekali bau. Sipi2 nak jadi orang minyak hari tu... Dah la aku nak pergi ikut rombongan cik kiah menghantar orang bertunang.....

Setelah bertekak berdiskusi panjang lebar dengan arjuna......demi sebuah penjelasan konkrit.....kitorang berjaya menyimpulkannya, bahawasanya......
Mungkin masa aku tarik pump nozzle  tu, aku tertekan. Tu pasal minyak terpancut.
Aku biasanya tuang minyak dengan memegang  pump nozzle, tak macam kebanyakan orang selalu sangkut je kat kereta, macam yang arjunaku selalu buat. Free hand gituuu... So, ai tak biasalah nak tarik  pump nozzle  yang tersangkut kat kereta tu...tu pasal tertekan tu.....^___^

So, rombongan cik kiah hari tu turut disertai oleh orang minyak separa jadian..... ^____^. Dalam hati takut jugak, kang rentung pulak aku kena sambar api..... ^____^

Pengajarannya, “Yang, next time isi minyak, tolong tarik sendiri  pump nozzle  tu ye......"

Wednesday, 18 April 2012

Kerana gas, hati kepanasan


(image: pakcik google)

Elok-elok aku tengah semangat memasak malam semalam, tup-tup dengar bunyi api dapur, burp..burp..macam nyalaannya tu putus-putus…arghhh..sudahhh…buat hal masa ni pulak…
Dan seperti yang diduga, kejap-kejap tu jugak terus padam api dapur tu. 

Huwwwaaaa......Gas habis pulakkk……. 

Sup kat atas dapur tengah jerang. Kuali baru nak panaskan nak goreng-gorengan… Jam udah pukul 6.45 petang. 
Tapi tak la bimbang mana. Sebab brader tong gas sedia berkhidmat. Arjuna terus telefon brader tong gas, order setong. So, sementara tunggu gas tu, layanlah budak kecik tu dulu….

Tunggu..punya tunggu….tak jugak sampai-sampai tong gas. Telefon tu sebelum pukul 7 malam, patutnya dah sampai la. Aku dah kira-kira, jarak tempat depa selalu melepak ke rumah aku, tak jauh mana pun. 5 minit je pun boleh sampai. Takpun gedabak gedebuk mesti dia hantar lepas maghrib kan…. Tapi idak jugak sampai. Nak kata sesat, dah bagi alamat, pastu takda pulak dia telefon tanya direction ke apa. Tunggu lagi…. Dah pukul 8 malam. Apapun tak masak lagi kecuali nasi. Apa cerita ni….

Bila telefon, susah pulak tu nak dapat. Berapa kali cik abe duk telefon. Hati sudah panas. Hati jugak sudah gundah gulana. Bimbangkan budak kecik cakap pasal nak makan nasi. Biasanya jam 8-8.30 memang time makan malam dah tu. Aku siap boleh naik atas pergi baca novel lagik. Nak redakan hati…

Akhirnya, cik abe pergi sendiri kedai beli. Dah pukul 9, apa ceritanya, sorang pun tak makan lagi dalam rumah ni. Aku dah ready nak simpan bahan-bahan masakan dalam fridge balik, kot cik abe nak order pizza ke kannn… Cik abe kata, dia dah telefon,brader gas tu kejap kata kat present 10 la, kejap present 18 la…Pastu kata pukul 10 baru boleh hantar. Whatttttt!!!! Pukul 10????? Orang dah nak tidur dah masa tu bang oiii.......Ingat nak buat apa dengan tong gas tu? So, darah pun sudah naik, cik abe terus kata “cancel je la order”… Ambik kunci kereta angkat tong gas, berdesup ke kedai. Sudahnya, dekat pukul 10 malam baru boleh makan.... Huh..huh...

Apa kena tah brader tong gas ni....sebelum-sebelum ni, okay je.... bila kita telefon, tak lama lepas tu sampai la depan rumah. Takpun kalau lambat, dia bagitau. Ni, pakat senyap je...Bila tanya baru terhegeh-hegeh nak bagitau. Hmmm...pakcik tokey...tolong tengok-tengok sikit pekerja pakcik tokey ni....

Friday, 23 March 2012

Thursday, 22 March 2012

Takda Mood

Hari ni mood rasa tak stabil...


Tertekan dengan ceramah yang aku kena bagi next Monday.

Tertekan nak siapkan slide ceramah tu yang tajuknya bukan kepakaran aku.

Tertekan dengan kerja yang perlu disiapkan sebelum berakhirnya first quater this year. Beban kerja carry forward dari officemate terdahulu. Aku bertukar sektor so ambil alih kerja orang la.

Tertekan tarikh birthday Nurin hana semakin dekat, tapi apa pun tak rancang lagi....

Jugak, tertekan nak tunggu meeting petang ni, tak tau apa nak kena.....

Semuanya menyesakkan kepala aku...memeningkan kepala.....


Fuh..fuh..tarik nafas, lepas...tarik nafas, lepas...

Mudah-mudahan, semua dapat dibereskan dengan baik dan berjalan dengan lancar.....Insyaallah...

Wednesday, 14 March 2012

Sila balik keje on time....

Teman suka bebenor statement ni.... ^____^
sumber: fb

Thursday, 19 January 2012

Kita yang kian berubah...

Handphone, tab, dan segala aneka gajet peralatan IT memang bagus. Sebab memudahkan, menyenangkan kita untuk bersembang dengan orang lain, tengok internet, main angry bird, layan facebook, dan macam-macam lagik la.... Pendekata, semua urusan di hujung jari gitu....

Tapi, sama ada kita sedar atau tak, atau buat-buat tak sedar, semua gajet tu menyebabkan komunikasi dua hala dengan orang sebelah atau terdekat dengan kita dah jadi kurang atau hampir pupus...

Kita biasa tak nampak, pasangan/famili yang duduk semeja tapi buat hal masing-masing. Sorang sibuk main games kat hp, sorang lagik pulak sibuk mengulit tab. So, kat mana komunikasi tu? Kalau dulu-dulu tu, meriah meja tu dengan pot pet pot pet... Kiranya dunia ni kami yang punya la... Sembang nak rak tak hirau kat orang keliling dah.

Sekarang ni, sesekali ko tengok aku, aku tengok ko, pastu tangan duk mengulit. membelek gajet masing-masing tak abis-abis. Ohh..sungguh senyap sekali... Bagai berada dalam dunia berbeza...

Kalau kat rumah pulak, takda dah istilah layan tv sesama. Masing-masing macam duduk dalam dunia sendiri. Terasing. Yang apak nya duduk kat meja makan duk ralit main games kat hp. Mak nya pulak sibuk shopping online kat pc, takpun layan games jugak. Anak? Layan tv sensorang la... Dah la sehari suntuk duduk kat sekolah/tadika/nurseri, balik rumah ingat nak berkasih sayang dengan apak dengan mak, huh...hampehhh... Apak dengan mak sibuk benda lain.

Teknologi ni memang bagus. Tapi, kalau kita terlalu taksub dan lupa benda penting lain yang ada kat keliling kita, memang bawak padah la jawabnya.... Sapa tau, mungkin lepas ni takda dah nak cakap-cakap sesama kita. Nak cakap apa, minta apa, pakai sms atau message kat fb, tweet atau emel je.. Semua dah jadi bisu disebabkan gajet...

Zaman memang akan sentiasa berubah. Kita juga kena berubah tapi berubah tanpa mengenepikan nilai2 kehidupan dan kekeluargaan yang ada...

ini jugak peringatan untuk diri sendiri...

Wednesday, 18 January 2012

Wednesday, 28 December 2011

Kiss Me....

lama tak nampak gula-gula "kiss me" ni kan....ada lagi rupanya...
ni stok pemanis mulut untuk aku dan kengkawan yang datang bertandang kat bilik opis... ^___^