(image: pakcik google)
Elok-elok aku tengah semangat memasak malam semalam, tup-tup
dengar bunyi api dapur, burp..burp..macam nyalaannya tu putus-putus…arghhh..sudahhh…buat
hal masa ni pulak…
Dan seperti yang diduga, kejap-kejap tu jugak terus padam api dapur tu.
Huwwwaaaa......Gas habis pulakkk…….
Sup kat atas dapur tengah jerang. Kuali baru nak panaskan nak goreng-gorengan… Jam udah pukul 6.45 petang.
Tapi tak la bimbang mana. Sebab brader tong gas sedia berkhidmat. Arjuna terus
telefon brader tong gas, order setong. So, sementara tunggu gas tu, layanlah budak
kecik tu dulu….
Tunggu..punya tunggu….tak jugak sampai-sampai tong gas. Telefon
tu sebelum pukul 7 malam, patutnya dah sampai la. Aku dah kira-kira, jarak
tempat depa selalu melepak ke rumah aku, tak jauh mana pun. 5 minit je pun
boleh sampai. Takpun gedabak gedebuk mesti dia hantar lepas maghrib kan…. Tapi
idak jugak sampai. Nak kata sesat, dah bagi alamat, pastu takda pulak dia
telefon tanya direction ke apa. Tunggu lagi…. Dah pukul 8 malam. Apapun tak
masak lagi kecuali nasi. Apa cerita ni….
Bila telefon, susah pulak tu nak dapat. Berapa kali cik abe
duk telefon. Hati sudah panas. Hati jugak sudah gundah gulana. Bimbangkan budak
kecik cakap pasal nak makan nasi. Biasanya jam 8-8.30 memang time makan malam dah tu. Aku siap boleh naik atas pergi baca novel lagik. Nak redakan hati…
Akhirnya, cik abe pergi sendiri kedai beli. Dah pukul 9, apa
ceritanya, sorang pun tak makan lagi dalam rumah ni. Aku dah ready nak simpan
bahan-bahan masakan dalam fridge balik, kot cik abe nak order pizza ke kannn…
Cik abe kata, dia dah telefon,brader gas tu kejap kata kat present 10 la, kejap
present 18 la…Pastu kata pukul 10 baru boleh hantar. Whatttttt!!!! Pukul 10????? Orang dah nak tidur dah masa tu bang oiii.......Ingat nak buat apa dengan tong gas tu? So, darah pun sudah naik, cik abe terus kata “cancel je la order”… Ambik kunci kereta angkat tong gas, berdesup ke kedai. Sudahnya, dekat pukul 10 malam baru boleh makan.... Huh..huh...
Apa kena tah brader tong gas ni....sebelum-sebelum ni, okay je.... bila kita telefon, tak lama lepas tu sampai la depan rumah. Takpun kalau lambat, dia bagitau. Ni, pakat senyap je...Bila tanya baru terhegeh-hegeh nak bagitau. Hmmm...pakcik tokey...tolong tengok-tengok sikit pekerja pakcik tokey ni....
babe, makan kat kedai je la...setianya menunggu cik abang tong gas tu...ehhehe
ReplyDelete