Friday, 20 April 2012

Pengalaman Berbudi Pada Tanah


Banyak-banyak pokok, pokok apa yang menjadi idaman hati?

Sepanjang "17 tahun" (sweet seventeen sepanjang masa...^___^)  hidup aku ni....hanya sekali aku pernah tanam pokok. Pokok mangga harum manis kat ilp kangar, masa kat ofis lama dulu. Agaknya dah besar dan banyak buahnya sekarang ni... Kawan-kawan kat jtm sana, tolong tengok-tengokkan pokok mempelam teman tu, banyak ke buahnya? Kalau ada berlebih-lebih tu, bak mai la sepuluh bijik duapuluh bijik... ^___^.

Ingat lagi masa tu, tengahari buta, kitorang semua gigih menanam pokok buah kat ilp kangar. Ada anak pokok mangga, rambutan dan jambu kalau tak salah. Lepas meeting pengarah-pengarah bersama kp, so aku pun tumpang sekaki tanam walaupun aku bukannya pengarah. Tapi aku masuk meeting tu, okay la tu..kiranya melayakkanlah aku untuk joint sekali membanting tulang empat kerat menyangkul tanah tengahari buta tu.... Mana-mana yang berjaket bagai tu, kena bukaklah, ni bukannya masa untuk “biar panas asal bergaya...”....^___^

Apsal aku pilih mangga harum manis? Aikkk..kata kat perlis kannnn, so mesti la tanam pokok mangga yang menjadi kebanggaan orang perlis ni....Lagipun, aku suka je mangga ni, sedap dan manis tapi maha susah nak dapat.... Masa kat uum dulu merasa la makan, member bawak.

Sejak dari saat dan detik tu, tak pernah la aku menceburkan diri dalam aktiviti tanam menanam ni lagi. Setakat tengok sang arjuna menanam pokok betik dan pokok mangga je la...

Tapi semenjak dua menjak pindah jalan H ni, agak terpengaruh nengokkan sang arjunaku sibuk menanam itu ini... petani bandar la katakan... Kiranya petani bandar ni berjaya menghasut aku untuk menglibatkan diri dalam aktiviti ni. Jangan tak tau, kalau ikut petani bandar ni, tanah luas so kalau boleh pokok durian pun nak ditanamnya sekali. Tak payah la yang... lama benor nak tuai hasilnya tu...

Menengokkan kerajinan sang arjuna, maka tuan permaisuri pun tak mau la tinggal port. Dah sampai seru gamaknya untuk merasa beli pokok. Bab tanam, sang arjuna la handle...teman tak reti... Tumpang sekaki beli pokok cili api, pokok ulam raja dengan pokok limau purut. Memandangkan aku chef kat rumah so aku lebih suka beli pokok-pokok yang boleh digunakan dalam masakan/makanan. Berangan nak rak, bukak-bukak tingkap terus petik masuk dalam periuk kuali semua...^____^

Oleh kerana aku nak hasil yang pantas, cepat dan tuntas, maka pokok-pokok yang aku beli memang dah ada hasil yang boleh dituai. Pokok cili yang aku beli tu memang tengah subur dengan cili, eii..memang geram nengoknya... beberapa kali petang, pergi petik cili dengan Nurin hana...rasa macam kat kebun cili...hahaha..hahah..melampau punya imaginasi... ^____^

Walaupun aku tak pasti masa bila sebenarnya boleh petik cili ni, tapi aku belasah je. Rasa macam dah merah tu, aku petik je la. Tapi kehairanan wujud jugak kat sanubari ni, apsal cili-cili aku tu ala-ala bonsai je... kemetot-kemetot..memang spesies gitu gamaknya...Nak kata ikut tuannya ni ha, tinggi lampai je kennn...

Pokok ulam raja pun dah ready untuk petik je. Konon-konon nak buat amalan makanan sihat, makan ulam hari-hari. Tapi tu la, bila dah ada depan mata, tak kuasa pulak nak makan. Kalau kena beli tu, bukan main semangat nak mencari merata....

Pokok limau purut pulak, tinggi kan main..eerr...patutnya pokok tu merimbun ke atau menegak je? Duk tunggu buah, tak nampak bayang lagi. Daunnya dah banyak la aku gunakan...





Satu hari, semasa lawatan tapak, aku terperasan, apsal pokok-pokok aku kering semacam je..warna sudah tukar kekuningan, ala-ala layu gitu....

Selang beberapa hari lepas tu, keadaan pokok bertambah teruk. Hidup segan mati tak mahu, macam tu umpamanya. Apsal pulak ni.?? Nak kata tak siram, hari-hari aku tengok arjuna siram, sekali pagi, sekali petang. Tu la rutin wajibnya sejak dua menjak jadi petani bandar ni...lewat macamana pun balik kerja, pokok-pokok semua tu tak pernah miss terima kunjungan hormat dari petani Bandar. Bertuahlah ko wahai pokok.... Nak harapkan aku siram, takda la...sibuk la katakannnn..... Dengan petani bandar tu, bukan setakat bersiram bagai, siap berbaja lagik. So, kat mana silapnya? Tanah tak sesuai ke? Oh ya, kebanyakan aktiviti tanam menanam kat rumah ni menggunakan pasu. Sebab tanah rumah ni macam berbatu sikit, ko cangkul-cangkul, mesti jumpa batu punya. Takut pokok tak sesuai tanam kat situ. Tu pasal, pokok mangga, pokok ciku hatta pokok rambutan duduk dalam pasu....

Satu hari kitorang pergi tempat pujaan hati sang arjuna, nurseri pokok la.... beli pokok lagi. Kat situ ada pakar pokok kan, so aku Tanya la apsal pokok aku ala-ala hidup segan mati tak mau tu... berdasarkan story telling aku, brader pokok tu kata, maybe sebab telah berlakunya lebihan siraman di situ. Katanya lagi, terlampau banyak air pun tak boleh, nanti pokok tu lemas.... bukan lemas, tu aku yang kata...Hehehehhh...

Bila banyak air, pokok boleh mati sebab tanahnya akan tampung banyak sangat air, akarnya dan tanah keliling pun jadi basah je, lebih kurang gitu la kata brader pokok tu...aku pun tak berapa nak paham sangat. Yang aku jelas, pokok tak boleh siram banyak air. Brader pokok bagilah tips kat kitorang, balik rumah, bongkar pokok tu dan check akar pokok tu. kalau akar tu elok lagi, boleh tanam kat tempat lain guna tanah yang lain. Tapi kalau akarnya dah macam busuk, rosak, ucapkan je la selamat tinggal romeo...

Balik-balik tu, sang arjuna pun bongkar tanah. Hmmm...nampaknya teori brader pokok tak dapat disangkal lagi. Akar pokok aku memang dah rosak, tak mampu diselamatkan lagi, terpaksa dikuburkan sahaja.... Tanah kat bahagian dalam tu pun lembab je, kesan banyak sangat air... Huh...huh...

Kata orang patah tumbuh patah berganti......tapi luka aku masih belum sembuh sepenuhnya...masih meratapi ‘pemergian’ pokok cili dan pokok ulam raja kesayanganku....T____T 
Tunggu semangat pulih semula, boleh beli pokok masakan baru. Baru ni aku beli pokok hiasan, macam pokok krismas tu...tak tau apa namanya tah... cantik... harap pokok ni tak terima nasib yang sama macam pokok-pokok aku yang dah pergi tak kembali lagi tu...

No comments:

Post a Comment