Mujur ada perhimpunan bhg hari tu, barulah kami semua bagaikan dihentam batu atas kepala. Apa kes bos punya birthday pun tak ambik tau. Dah la bos tu sebaik2 bos...
So, sbg tanda nak menghargai bos kami yang sangat baik tu dan tak pernah menyusahkan kami juga merangkap untuk mencover rasa bersalah ya amat kami tu, kami berpakat buat surprise party Jumaat tengahari baru ni. Kami jemput semua kat aras 7 tu je. Tak daya la kami nak jemput satu bhg.....bajet ciput dikkk...
Tapikan....nyaris party tergendala. Last minute tu, awal jam 12 tu, semua bos kena panggil ke atas oleh bos besar, mesyuarat tergempar. Alamak, party patutnya start jam 12.15. Hari Jumaat kan, kena rushing sikit sbb budak2 lelaki nak pergi sembahyang Jumaat. Terpaksalah kami mententeramkan perut-perut yang keroncongan yang dah siap sedia tunggu tu...^__^.
Dalam 12.30, bos pun turun. Kami ajak pergi pantry, tapi bos nak ke washroom dulu. Kena lalu tepi pantry. Dan entah siapalah yang mengangakan pintu pantry seluas-luasnya, so bila bos lalu automatik bos tertoleh ke dalam dan nampaklah segala apa yang ada dalam pantry tu....Alamak...surprise yang sudah tak menjadi daaa....^__^
bos kami yang comel dan baik hati. happy belated birthday bos...
alhamdulillah, rezeki semua, makanan banyak dan ada macam-macam. ada kfc, murtabak raja yang dibawa khas dari kelate sana, pisang goreng, ubi2an goreng, keropok lekor. dunkin donut pun ada, bos bawak...eh, bos ni macam tau-tau je kita nak buat party kat dia... ^__^. Tak lupa ada cendol dan taufufa. dan sudah tentulah ada kek kan...apalah ertinya harijadi tanpa kek kan???
No comments:
Post a Comment