Wednesday, 15 August 2012

Nostalgia Kad Raya

Satu-satunya kad raya yang aku dapat so far tahun ni. Tak tau la kot ada jugak yang dipos ke rumah lama.. Jadilah dari takda kan..... One is better than nothing...betul tak...



Kalau dulu-dulu zaman belajar, bukan main meriah lagi aktiviti mengirim dan menerima kad raya. Macam-macam saiz dan design ada. Nak saiz kecik, saiz besar semua ada. Bajet ciput, beli je la kad raya yang kecik. Alah...saiz doesn't matter right...? Yang penting ingatan tulus ikhlas tukang bagi tu. Lagipun, mana ko nak? Masih dapat kad raya walau pun saiz cute je.... ataupun langsung tak dapat? 

Satu lagi ingat tak ayat ni, "pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"..... kiranya ayat wajib kat dalam setiap kad. Nak kreatif lagi, tulis kat sampul.... Belum bukak lagi orang yang terima tu dah nampak, mulalah raba-raba poket carik duit nak beli kad raya untuk balas. Hahahahhaha....zaman sekarang ada ke orang tulis macam tu lagi? Klasik tu....

Kalau dulu, awal-awal Ramadhan dah sibuk borong kad raya, pastu memunggah buku-buku dalam almari mencari buku alamat yang hanya setahun sekali kita keluarkan. Segala mak nenek alamat ada dalam tu. Kalau hilang, nangis la nak retrieve balik semua alamat tu... Masa tu mana la nak cari handphone macam sekarang ni kan... Masa tu, bukan main rancak tulis alamat satu satu rakan taulan yang ada. Pas tu, hari-hari duk tunggu balasan kad raya tu.... Rasa seronok giler bila check peti surat ada kad raya untuk kita.... Bagai nak berteriak..."lihatlah dunia...aku dapat kad raya..." gila poyo.... Hahahahahha....

Pastu mana-mana stem yang boleh dipakai lagi, kita recycle. Kadang-kadang ada jugak stem yang tak kena cop so dah jimat kat situ, boleh tempek kat sampul kad raya lagik.... Kreatif maaa.....

Bila dekat-dekat nak raya, aktiviti menempek kad raya pun bermula. Disebabkan zaman remaja aku banyak dihabiskan kat kolej so aku tempek kat board depan meja tulis je la... Penuh satu board, Ala board kecik tu pasal boleh penuh.... Bila-bila study dan boring tu, boleh la baca kad tu satu-satu.... Lepas tu jiwang sensorang....hahahahah.... Ada jugak orang gantung kat ranting pokok buat jadi hiasan, selalunya kat ruang tamu rumah. Bukan ranting besar, kecik je. Takpun, gantung kat dinding..ikutlah kreativiti memasing...

Hmmm...tapi sekarang ni rasanya kemeriahan kad raya tu dah tak sehangat dan segah dulu. Dah hujung-hujung posa baru sibuk cari kad raya... Sibuk cari stem. Sibuk cari buku alamat yang sampai sudah dicari tak jumpa.......

Sebenarnya, budaya kad raya ni masih ada lagi. Tapi bentuk lebih moden,kekdah nya. Kad raya sekarang ni dah canggih, secara elektronik atau maya je. Hanya boleh dibaca, didengar kalau ada lagu raya tapi tak boleh dipegang secara real macam dulu-dulu. So, tak boleh la nak tempek-tempek kat board atau gantung kat ranting pokok hiasan kat ruang tamu sambil minum sirap makan kuih raya boleh belek kad raya yang bergantungan tu.....

Tak tau, adakah masa anak-anak kita bila besar nanti wujud ke tak lagi kad raya "original" yang boleh baca, dengar dan pegang...? 
Tapi tak mustahil ada lagi sebab hidup ni kan macam roda, berputar je. Macam fesyen....yang dulu-dulu punya style boleh keluar balik popular semula..... So, kita tunggu dan lihat... 
Sementara masih ada kad raya original ni, marilah kita kelebek sepuasnya.......
Kepada yang tak dapat kad raya tu, janganlah sedih....Pegi je la beli pastu pos kat diri sendiri..... Bukan orang tau pun kannnnnn...........hahahhahahah....

No comments:

Post a Comment