Friday, 20 July 2012

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh @ Colmar Tropicale, Berjaya Hills - Part 1

So far, sejak 2 tahun lebih aku di sini, tak pernah miss lagi joint teambuilding bahagian. Memula dulu kat cherating, pastu tahun lepas nilai dan tahun ni lokasi dipilih adalah Colmar Tropicale, Berjaya Hills.... Tempat jatuh lagi dikenang...inikan pulak tempat bercanda di atas bukit........... ^___^ Aku pernah menyumbang keringat (dan airmata...) di Berjaya Hills, so tempat ni memang dekat dengan hati dan jiwa aku... So, bila berpeluang ke sini lagi, rasa dejavu gitu..... ^___^

sunyi sepi bagai dilanggar garuda....hari jumaat...kalau bukan weekdays, memang lengang tempat ni. Boleh main lumba lari dari hujung sini sampai hujung sinun....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tapi.........sebelum kita bersukaria berteambuilding aka pemukiman ni, kena la meeting dulu. Meeting SKT separuh penggal... semua cuak je nak masuk meeting ni... pasal kerja banyak tak beres lagi laaaa..... Rasa tak best la jugakkan, kena sembur-semburan petangnya, malamnya pulak nak berteambuilding... tapi, what to do...pasrah je la.... Tapi, nampaknya cuaca meeting nyaman je....^____^...selamatttttt...............

Bilik aku kat sini ke? no...no...no..... Bilik aku mengadap panorama hijau. Agaknya mesti best dapat duduk bilik facing macam ni...boleh usha orang lalu lalang...
Ni la bilik aku untuk 3 hari 2 malam tu. Luas ya amat...siap boleh main kejar-kejar lagi....tapi masalahnya ai takda partner nak berkejar-kejaran... T____T.... jadi bujang seketika....Enche hubby dengan Nurin hana hanya datang keesokannya.... So, meanwhile aku berkejar-kejaran sensorang la sambil mengflash back kenangan lalu sambil berdiri di tingkap bagai gadis ayu menatap panorama hijau dan padang golf......

Ni baru hall je, belum bilik tido nya...yang agak tersorok sikit. Masa memula aku bukak pintu, terkejut boboii...apsal lapang je bilik aku ni..mana katil nak tido. Aku hanya nampak meja makan macam kat atas tadi, pastu sofa menonton tv. Adakah depa bagi salah bilik? Bilik yang tidak punya bilik tido??? Adakah...???
Rupa-rupanya, bila kita masuk ke dalam sikit, maka kenampakkanlah bilik tido nya....denga katil besar dan selesa..king bed. Depa letak p&p kat blok fushia. 

panorama kehijauan dari tingkap bilik....

No comments:

Post a Comment