Pagi ni pergi ofis dengan kaki yang sakit. Tapak kaki, pergelangan kaki, semua sakit. Ni gara-gara semalam berjalan ke sana sini, ke hulu ke hilir kat klia. Inilah yang dinamakan tuntutan kerja.
Eh, aku dah tukar kerja kat klia ke? Atau buat part time? Hah.hhah..,..takda maknanya nak ber part time atau berhenti kerja. Aku bertugas menyambut delegasi luar sampai kat klia. Sebagai courtesy pada mereka. Alah..yang orang panggil lo (liason officer) tu...
So, seawal 11.30 pagi aku dan teman-teman sepetugasan dah berada di klia. Dengan blazer hitam, slack hitam (aku ngelat, pakai jeans hitam....tak suka pakai slack). Huii...sebijik macam orang kerja airport sampaikan banyak kali kena jadi kaunter pertanyaan. Passengers salah sangka, ingat kitorang ni orang airport. Layan je lah...
Bila flight dah mula sampai, masing-masing tak memang kaki berjalan ke sana sini. Dari gate sana ke gate sini. Pastu dari main terminal ke satelit terminal. Bukan senang nak 'tangkap' delegasi yang sampai tu. Yelah, kita bukannya kenal pun diorang tu. Sekadar mempamerkan tanda pengenalan untuk kenalpasti siapakah delegasi tu.
Beberapa kali jugaklah, terlepas delegasi dari beberapa negara. Sampai-sampai je kat gate yang dikatakan delegasi akan keluar dari situ, tengok-tengok dah takda orang pun. Rupa-rupanya flight awal. Takpun, kita tunggu gate sini, diorang keluar kat gate lain. Kelam kabut juga dibuatnya. Bukan apa, diorang kena naik flight domestik pulak ke langkawi. Karang takut ada masalah pulak. Tapi, nasib baik semuanya berjalan lancar. Mana-mana delegasi yang yang tak dapat di'tangkap', akhirnya ditemui di gate menunggu ke langkawi. Nasib baik takda yang hilang..fuhhh...kalau tak, teruk kena menjawab kat bos besar nanti...
Dalam masa bertugas tu, sempatlah jugak mata menjeling-jeling kedai bebas cukai kat terminal satelit. Alamak...bestnya....Kawan aku kata, terminal satelit lagi happening. Dalam duk jeling menjeling tu, sempatlah sambar lipstik kat situ... Alang-alang dah sampai kan... Opss...semua aktiviti luar tugas tu dilakukan selepas selesai tugas menyambut delegasi terakhir ye.....
Ada masa senggang dalam dua jam setengah sebelum nak pastikan semua delegasi terakhir ke langkawi selamat berada di gate menunggu ke sana. Berkira-kira jugak nak sambar kasut kerja ke, hand bag ke, tapi mengenangkan dua jam setengah lagi nak kena pergi bye bye delegasi semua tu tadi, hajat tu terpendam je lah. Ye lah, kalau beli, kat mana pulak nak disorok bungkusan tu, lepas tu nak diusung sama berjumpa delegasi tadi. Huii..tak patut...tak patut... Sungguh tak elok di pandangan mata. Kalau lisptik tadi, oklah, boleh simpan dalam beg je. Takpa kasut, takpa hand bag, kalau ada jodoh kita, nanti kita jumpa lagi ye...
Dalam 8 malam baru settle semua dan kitorang semua boleh tarik nafas lega...... Settle satu kerja...
Dan tugas lo ni adalah satu pengalaman baru bagi aku. Thanks dr ane masukkan nama dalam team, walaupun last minute. Penat tapi enjoy sebab bertugas dengan team yang sempoi dan diselia oleh dr ane yang memang best.
No comments:
Post a Comment