Wahai anak ibu dan papa, Nurin Farhanah....
Hari ni, genap sudah usiamu 4 tahun. Begitu cepat masa berlalu. Bagaikan baru semalam dilahirkan dan mendengar tangisan pertamamu....
Masih terkenang lagi saat pertama kali dirimu belajar meniarap, belajar menyusur, belajar merangkak, belajar berjalan, belajar bercakap. Masih terasa lagi saat dirimu berada dalam pelukan ibu waktu menyusukanmu. Tetap terasa hangatnya pelukan dan ciumanmu pada ibu dan papa. Semua itu adalah kenangan terindah dalam hidup ibu dan papa. Kehadiranmu nyata membahagiakan dan menceriakan hidup ibu dan papa.
umur 1 hari, sejurus selepas dilahirkan. masih kelihatan darah
umur 1 hari. selepas dibersihkan
1 bulan
1 tahun
Selamat Hari Lahir buat buah hati pengarang jantung ibu & papa, semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Ibu dan papa sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu, sayang... Sesungguhnya, dirimu adalah anugerah terindah yang Tuhan berikan pada ibu dan papa. We love you...
selamat hari jadi Nurin..moga jadi anak yg solehah & membanggakan ibu & ayah..
ReplyDelete* cantiknya rambut dia..suka tgk :)