Assalamualaikum.
Demi kasih, demi sayang, ibu & bapa sanggup berkorban untuk anaknya. Tapi, tak dinafikan, ada jugak ibu & bapa yang sanggup 'mengorbankan' anak sendiri demi memenuhi hati hitam tu. Tapi, aku percaya, bilangan ibu & bapa yang sayangkan anaknya lebih ramai daripada bilangan yang kalau kita boleh pangil dungu tu.
Citer pasal kasih & sayang ni, aku teringat dengan 2 citer yang mengenengahkan tema tu. Pernah tak tengok citer Changeling & Papadom? Seriously, tak rugi punya tengok both movie. Air mata aku berderai-derai tengok citer tu. Changeling, dari awal sampai abih, memang touching giloss..sedih... Papadom, citer komedi, tapi tang penghujungnya, touching wooo...
citer tentang seorang bapa @ pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja hingga berjaya kejar cita2nya, tapi at the same time, terlupa tanggungjawab pada isteri & his one & the only doughter. Bila isterinya meninggal, situasi mula berubah. Demi kasih sayang terhadap arwah isterinya, dia mula berubah dan setiasa berada di sisi anaknya di mana saja berada. Bila anak kesayangannya tu pegi belajar di kolumpo, tanpa pengetahuan anaknya, bapa ni curi2 pegi kolumpo jugak dan sanggup bekerja sebagai tukang kebun kat ipt tu semata2 supaya dapat setiasa dapat melihat anaknya. Sejak tu, pelbagai kisah berlaku......suka...duka...
movie ni adalah based on true story. seorang ibu tunggal yang kehilangan anak lelaki berumur 9 tahun. anaknya terpaksa ditinggalkan di rumah buat pertama kalinya sebab kesulitan mencari pengasuh, apabila si ibu dipanggil bertugas. tanpa disangka, hari tu la merupakan hari terakhir dia dapat melihat anaknya. sejak itu, si ibu tak pernah berhenti berusaha mencari anaknya. sehinggalah satu hari, si ibu dipertemukan dengan seorang budak lelaki yang dikatakan sebagai anaknya. tapi, budak tu bukan anaknya!!! ironinya, budak tu mengaku kat semua press & orang yang ada kat stesen keretapi tu bahawa itu adalah ibunya!!!tak ke haru tu..ibu kata tu bukan anaknya, sedangkan budak tu kata tu ibunya...sebenar-benarnya budak tu memang memang bukan anak dia, ada criter balik klambu sebenarnya. bayangkanlah, seorang ibu mesti kenal amat2 anak sendirikan, tanda2 kat badan dsbnya. apa perasaan korang kalau berada kat tempat dia?siap kena hantar mental hospital lagi sbb mempertikaikan kerja polis (actually,hanya bagitau polis budak tu bukan anaknya, tapi dia pulak dipersalahkan..kesian..). rupa2nya polis memang silap..
Sesungguhnya kasih ibu dan bapa sepanjang hayat......
No comments:
Post a Comment