Pagi-pagi ni sesampai di ofis sebaik je bukak berita online, mata terus terpaku kat skrin, membaca tiap-tiap bait ayat yang tertera sambil bibir tersenyum (lebih tepat kalau dikatakan tersengih..heh..heh..) dan minda menerawang jauh memikirkan sesuatu (apa nak buat nanti...heh..heh...).
Saya pasti sekarang ni semua orang gomen senyum sampai ke telinga...(walaupun kena marah kat ofis...). Gembira dengan berita yang diumumkan oleh PM.
Sedikit petikan :
KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.
Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri. (Sumber: berita harian online).
Alhamdulillah. Walaupun tak banyak mana, tapi cukuplah menampung mana-mana yang patut perbelanjaan untuk Raya ni..heh..heh...
Tapi, jangan boros sangat. Jimat cermat skit.....kalau ikut perkiraan, gaji bulan depan lambat, lepas raya....so, simpan-simpan le sikit untuk lepas raya sementara tunggu dapat gaji lagi. Tau-tau je le, biasanya Raya ni memerlukan belanja yang agak banyak. Karang, lepas Raya, poket dah kering.
Untuk para bos-bos jusa ke atas, tak payah le jeles ekk...Tapi rasanya depa tak heran pun dengan pengecualian untuk dapat 'duit raya' tu. Gaji dah besar.......heh..heh...
p/s: hmmm....pesara pun dapat tu.....heh..heh...boleh le nurin hana, syafiq dan faris kutip duit raya dari atok lebih sikit...hehh..heh....
No comments:
Post a Comment