Check pamplet, program pagi ni mula jam 8.30 pagi, so dengan semangat kobar-kobar, awal-awal aku turun breakfast kat coffeehouse....sesudah subuh kekdahnya....^___^.
Humang aiii....memang banyakkkkkkkkkk pilihan makanan kat coffeehouse tu, tapi yang aku berani makan hanyalah roti, roti dan roti, selain cereal..... Rasa was-was pulak nak makan yang lain. Depa serve pork & non pork tu sekali. Takpa la, roti pun rotila.... Tapi sedap gilesss roti tu...sampai sekarang terasa-rasa lagi...very the gebu....crunchy di luar, lebut di dalam....yummehhhh....
Humang aiii....memang banyakkkkkkkkkk pilihan makanan kat coffeehouse tu, tapi yang aku berani makan hanyalah roti, roti dan roti, selain cereal..... Rasa was-was pulak nak makan yang lain. Depa serve pork & non pork tu sekali. Takpa la, roti pun rotila.... Tapi sedap gilesss roti tu...sampai sekarang terasa-rasa lagi...very the gebu....crunchy di luar, lebut di dalam....yummehhhh....
roti yang sangat yummehhhhh....rugi pulak masa tu tak bungkus dalam tisu...bawak balik bilik...hehehehe..buruk perangai....
ngengada..makan roti dengan pisau bagai....well....omputeh kata.....^___^
bar makanan
bar makanan lagi. depan bar ni ada buffet table, tapi tak snap...malu arrrr....
Lepas isi perut lebih kurang, ada la 5 minit je kot aku kat coffee house...ate...bukannya teman boleh makan yang lelain tu... Naik level 2, lokasi kursus. Sampai-sampai je, dah nampak sorang ahkak omputeh berdiri depan bilik dengan senyuman lebar... Rupanya ahkak tu la trainer nya... Very friendly, from NZ tapi tinggal kat australia. Agaknya memang style omputeh, style tegurnya buatkan kita rasa sangat dihargai dan rasa dekat dengan dia... Kita patut tiru benda-benda baik macam tu...
Orang lain tak nampak bayang lagi. Tengok bilik macam kecik je... tak ramai kot participantnya... Berdasarkan jadual atas meja tu, kursus mula pukul 9 daaaa....... sebab awal lagi, aku lepak-lepak kat luar dulu.
Bila bos turun, aku sebagai membuktikan anak buah yang taat setia, pun mengekor bos masuk dalam. Tapi.....walau taat setia, aku tak duduk meja sekali dengan bos, duduk meja lain. Ala....macamana nak berkembang kan...kalau asyik berkepit je dengan bos kannn.... ^____^. Kena tunjuk jugak kat bos, "i can survive..." ^___^. Eksen.....tak hengatttt.... ^___^. Kebetulan meja yang aku duduk tu, ada pegawai dari malaysia jugak, spad. Ada la jugak kawan nak cakap melayu sebab tiga orang lagi kat meja tu orang arab....uae.
Sempat la jeling-jeling jam tangan ahkak arab yang duduk sebelah aku, marc jacob ko..... ^___^ ....sempat lagi jeling menjeling tu... Dia dah sampai singapura sejak jumaat lepas, maknanya dah duduk sini 5 hari, dah pegi jalan-jalan merata, shopping bagai... siap bawak famili lagi..... so, kesimpulan yang korang boleh buat? Ahkak tu dah berjaya menyumbang kepada kemakmuran ekonomi kota singa.....^___^
Peserta kursus tak ramai pun, tak sampai 20 orang pun rasanya. 4 dari uae, the rest dari Malaysia dan brunei. Ada la sembang-sembang kosong tanda peramah dengan salah seorang dari brunei tu, aku tanya dalam bahasa melayu, dia balas balik in english. tapi bila diorang berborak sesama diorang, elok je cakap bahasa melayu/brunei... Errrkkk...tak ngerti aku..........Saja nak ek la tu.......
Seperti yang dijangkakan, language medium sepanjang kursus adalah bahasa omputeh aka english. Tapi english yang digunakan bukan macam yang kita biasa dengar dan guna kat sini....kita kan lebih terdedah dengan american english. Tapi ahkak trainer pakai australia/nz english... So, hari tu memang kepala otak aku ni bekerja penuh maksima....^___^... Ahkak trainer tu memang best, very helpful dan buatkan kita tak bosan duduk dalam bilik tu. Very energetic. Tapi mata aku ni lain macam sikit, walau best macamana pun bila tiba time dia nak terkatup tu, jenuh nak menahannya... ^___^. Memang alergic sikit dengan ceramah-ceramah nie.... Kena cover-cover sikit, bos kat belakang tu... ^____^. Ke entah-entah bos pun dah lentok.....? Tapi kan...eye contact trainer ni memang superb. Dapat rasakan dia punya eye contact tu cover semua orang yang ada dalam bilik tu. Ke aku je rasa cam tu sebab dia perasan mata aku dah nak melena tu pasal dia asyik ber eye contact dengan aku je.... ^___^.
Selain ceramah, ada group discussion dan presentation jugak. Prot pret prot pret la semua orang. Sesekali aku sembang dengan akak spad tu pakai bahasa Melayu la...yang ahkak arab tiga orang tu pulak cakap bahasa arab... biasa la bila kita jumpa puak yang sama, tak boleh nak elak mesti cakap bahasa yang sesama faham..... Kedua-dua presentation tu kitorang bagi chance kat ahkak dan abang arab buat.... kita nak dengar cerita pasal negara diorang pulak la kannn...
Untuk makan tengah hari, training company tu deal dengan hotel untuk sediakan makanan halal sebab most of us muslim. Nasib baik...baru ingat nak masak maggi kat bilik... ^___^. Tapi makanan halal tu disediakan secara ala-carte aka hidang. Sementara tunggu dihidangkan, f&b manager kot..bawak kitorang tour kat bufet section ,bagitau mana yang pork & non pork (katanya kitorang boleh makan yang ni jugak la...selain ala-carte tu..). Ada tomyam, & so on... Aku tak minat sangat nak ambik pot sebab aku tau memang aku tak akan akan ambik makanan tu semua sebab walau pun dia kata boleh makan, masalahnya bekas makanan tu semua diletak sebelah menyebelah. So, ada kebarangkalian, sudu, senduk yang digunakan untuk cedok adalah sama. So, takpala...aku tunggu makanan ala-carte tu je la.
Ini la dia...nasi putih, fillet ikan masak sos, papadom, ayam kari, acar mentah. Bismillah....jemput makan....portion nasi nampak kecik tapi alhamdulillah kenyang malah tak abis pun makan...jaga body tak boleh makan banyak
Sesi belah petang tu habis awal sikit sebelum pukul 5. Katanya nak bagi peluang orang pegi shopping. Habis je kursus, salam-salam dengan rakan semeja dan trainer (esokkan aku dah balik... kursus tu ada 3 modul lagi sambung esok sampai jumaat..yang kitorang pergi ni hanya modul 1 je..), naik atas pastu turun bawah semula, merayap dekat-dekat hotel tu. Cadangnya nak cari sauvenir sikit. Yang aku tau tuju,mustafa centre tu je. Memang besar...... aku masuk dalam tu sambil duk hafal jalan masuk, takut tak jumpa jalan yang aku masuk tadinya...haru kalau sesat dalam shopping complex.........^___^. Tak habis ronda pun sebab rasa macam masuk mall kat sini jugak, barang-barang lebih kurang je...di situ, selamat duit aku..... ^___^
Tak tau nak pergi mana lagi, aku patah balik ke hotel...Tup-tup terserempak dengan bos. Bos baru nak mulakan journey. aku pun joint la sekali....Padan muka aku, kekonon nak jalan sendiri last-last follow bos jugakkk... ^___^. Kitorang jalan kaki je..entah jalan mana yang bos bawak...dia pun tak tau, ikut kaki je....jalan punya jalan...jumpa la kitorang kedai jual sauvenir.... yeaaaaaa.............!!!!! finally....... borong..jangan tak borong...tapi tak beli banyak pun...duk kelam kabut takut bos hilang di mata, so sambar mana yang nampak je...Bila balik malaysia, alamak..tak cukup la pulakk...untuk ahli keluarga, lupa daaaa....nasib baik ada jugak beli sikit untuk buah hati dua orang tu.....
sebenarnya, nak snap gambar bangunan tu, tup-tup kereta cantik lalu daaaaa.....
kalau malam sebelum tido dengan perasaan berdebar, malam ni tido dengan perasaan teruja nak balik.....yahooooo..................................
sebahagian dari lobi hotel
Sebab semangat nak balik, pepagi dah bangun dan turun breakfast. Lagipun flight awal pun, 9.50 pagi. Pukul 7 lebih kitorang pun bertolak ke airport. Naik teksi yang dipandu oleh orang Pakistan yg baru dapat taraf residence. Datang sini 2005, 2008 dah dapat...cepatnya... Bos aku ramah benar...di interview nya mamat teksi tu... Disebabkan dia bukan local, so gps la yang guide kitorang. Tak kisah la, janji sampai dgn selamatnya...tapi menahan la aku all the way tu, abang teksi...tak mandi pagi ke..??? Bau badan ke ketiaknya kot....sesak nafas dibuatnya.......mujur la airport tak jauh mana...kalau tidak, kena bantuan oksigen lepas tu.... ^____^. So, peringatan la untuk sesapa (termasuk la aku...) yang nak deal dengan orang ramai khususnya, pastikanlah badan kita bersih dan wangi takda bau-bauan "harum menusuk' tu...Jangan la lokek benar nak beli pewangi ke, deodorant ke, bedak ke...bagi wangi supaya orang yang nak berurusan dengan kita rasa selesa, bukannya rasa nak muntah tahan bau busuk.....sekian, terima kasih....
Sebab awal sangat sampai airport sampai ahkak imigresen tu pun sound kata "dik, awal lagi ni...". Tak pa la kak, datang awal boleh ronda-ronda kat dalam..... Jalan-jalan cuci mata....hakikatnya, jasad je kat changi, tapi hati dah terbang jauh balik ke putrajaya........ oh kanda.....oh anakanda........ ^____^
Alhamdulillah....walaupun kursus yang dihadiri hanya sehari, tapi aku dapat menimba air ilmu di situ..... Dan secara automatiknya, dalam profil kerjaya aku, ada la catatan tambahan tentang berkursus kat oversea (heheh..memang la orang lain galak gi kursus oversea sebulan dan lebih, tak kecoh pun....ai kena terima hakikat di situ.... Kat sini, dapat kursus kat luar walau sehari ni pun dah berganda syukurnya...sebabnya kitorang memang susah nak keluar, pastu kena dicalonkan, barulah merasa.... Jadilah...daripada takda kannn.... ). Pasport aku pun telah berjaya di renew setelah habis tempoh bertahun-tahun lepas.... ^___^. Kiranya ada chance la nak gi coti-coti oversea.....tak gitu Yangggggggggggggg..............................^____^
No comments:
Post a Comment