Thursday, 21 January 2010

TIPS SUPAYA HUBBY RAJIN TOLONG BUAT KEJE RUMAH

Assalamualaikum.
Duk kemas-kemas meja desktop (al-maklum la, zaman study bakal berakhir tak lama lagi...en hubby dah komplen, heh..heh...Al-maklum la, student kan, meja memang sepah giler la), terjumpa satu artikel yang menarik kat mingguan wanita. Tentang macamana kita nak buat hubby kita rajin @ ringan tulang bantu buat keje rumah. Jom baca.....
(1) PASTIKAN SUAMI TIDAK TERLALU PENAT.
- jika kita nak minta bantuannya buat keje rumah, pastikan hubby bukan dalam keadaan yang terlalu penat. Janganlah, kita nampak jer hubby balik keje, terus minta dia sidai kain. Tak kuasanya dia nak tolong....
(2) BERIKAN ALASAN YANG LOGIK.
- bagi alasan2 yang logik & mampu diterima akal, kenapa kita perlukan bantuannya selesaikan keje rumah. Contohnya, kita penat sangat ke. Jangan pulak guna alasan, nak tengok drama kat tv...hah..hah...
(3) TAWARKAN SUAMI LAKUKAN TUGAS BERAT.
-  ada certain keje rumah yang perlukan tenaga ekstra,macam bersihkan bilik air, baiki barang rosak. Biasanya kaum lelaki ni suka kalau kita hargai tenaganya, rasa macho la skitkan, heh..heh..
(4) SENTUH PERASAANNYA.
-  cuba rayu hubby dengan menyentuh perasaannya. Kita kena pastikan hubby paham kenapa kita perlukan bantuannya Kalau caranya tepat & dapat menyentuh hatinya yang peka, insyaallah kita dapat membuatkan hubby terus offer diri bantu kita.
(5) RAYU DENGAN HADIAH.
- heh..heh...macam2 hadiah kita boleh tawarkan. misalnya, masakkan favourite food hubby dan macam2lah. 
(6) UCAPAN TERIMA KASIH.
- janganlah lupa ucapkan terima kasih jika hubby nak bantu kita. & pujilah hubby bila dah abis buat keje tu. Ni satu bentuk motivasi kat hubby, akan membuatkan hubby rasa cukup berharga coz' dapat ringankan beban isteri terchenta.
(7) MASA YANG SESUAI
- kita ni kalau nak minta tolong kat orang, kenalah tengok masa juga.Misalnya, ketika hubby tengah relaks takda buat apa-apa & mood pun elok, masa ni mungkin kita boleh minta tolong kat hubby.


1 comment:

  1. baguslah tips ni..kene praktikan ni..huhu..tq ;)

    ReplyDelete