Friday, 8 January 2010

Tesis ku

Assalamualaikum.

Lama betul tak update blog ku ini. Busy la mengerjakan tesis nyawa ku tu. Busy gilosss...
Bila dapat balik paper dah di'examine' oleh external examiner tu on sunday, klam kbut aku betulkan apa yang patut. Namapun kena buat correction..kan. Memang kat examiner letter tu, tertulis 'pass with minor correction', tapi adohaii.......tang 'minor correction' tu agak complicated skit. Pendek kata, blurrr tak reti nak buat...:(
Luckily, ada supervisor yang really really helpful. TQ la doc.....banyak sangat i tanya kat u..sampaikan u mesti ingat "apa ker tak brapa credik budak ni.." : D Tak kisah la..janji siap paper aku...
My dear friends, Kellie & Kavitha send for hard cover binding on tuesday morning. Aku biasa la..slow skit, tuesday night baru aku gi hantar kat seri kembangan sana, near UPM. We all under same supervisor, Dr Chandra. Korang..bebudak UUMKL kalau nak carik supervisor for tesis, aku highly recommend Dr Chandra nie. He's based in Sintok. Tapi percaya la, u all takkan kecewa punya. Berbaloi-baloi..hah..hah....
Memandangkan aku ni kan study sambil jadik full housewife, so terpaksa la aku meng'print' sendri hasil kerja ku tu. Saat-saat tu, terkenang opis terchenta.....bukan missed..tapi..terkenang tang kemudahan kat sana yang boleh digunapakai, heh..heh... :D . Bestnya kalau aku duk kat opis masa tu cam kengkawan yang lain.....(tak mo citer, korang mesti boleh teka apa yang aku bayangkan kan tu.....hah..heh...). Printer laser jet canon aku nie memang banyak jasa spjg aku blaja nie. Sayang kat dia.... :D. Tapi, kali nie aku akan print satu dokumen yang banyak dekat-dekat 100 pages, bukan satu, tapi 5 salinan. Mampu ker printer terchenta bertahan. Dah jadik heavy duty lak. Tawakkal jer la. Kang kalau print kat kedai, huii mesti mahal punya, kalau sekeping singgit, bayangkan 97 pages x 5 copies. Tak pa la, biarlah aku print pelan-pelan. Biar lambat asal selamat. Lagik pun, kualiti terpelihara. Ni bukan kes kedekut maaa....
Alhamdulillah, mission printing sukses. Mr Hubby balik keje petang tu, terus we all gi carik kedai kat seri kembangan sana, kat flat ikan...bebudak UPM mesti tau punya. Aiyooo..kat kedai, problem lain lak muncul. Ingatkan paper aku boleh terlepas, rupa-rupanya facing same problem with Kellie & Kavitha. Kitorang punya tesis nie nipis jer so kedai susah skit nak buat cover dia. Title panjang bebenor so, kat spine buku tu (tulang buku) tu problem, terlalu lebar tak boleh match dgn 'kenipisan' buku tesis tu, huh..huh....Uncle kedai bagi solution pendek kan title. Adoii..camna nak pendekkan? Tu title yang dah dipersetujui oleh supervisor. Sib baik, sbelum gi kedai aku dah call supervisor, ala-ala 'remind' him yang aku akan call dia nanti masa kat kedai kalau ada problem. Sib baik la supervisor aku sudi menadah telinga. Doc suruh buang title kat tulang buku tu, just tinggalkan nama, degree and year. Settle!!!!
Aku rasa lega teramat bila dah slamat menghantar tesis tu untuk binding. Rasa nyaman jer, hah..hah....
Cmna la rupanya tesis aku tu ye..... 

p/s: TQ Kavitha taking mines also & courier together with yours and Kellie.
p/s: TQ Dr Chandra for your guidance, comments, help, etc....


No comments:

Post a Comment