Thursday, 18 August 2011

Nostalgia ruangan Salam Perantau

Selak-selak surat khabar hari ni, terpandangkan ruangan salam perantau, ala...kat ruangan yang siarkan gambar-gambar orang-orang kita kat oversea sana sambil depa mengucapkan selamat hari raya pada kaum keluarga, sahabat handai.

Macam-macam gaya kan depa. Yelah, nak masuk surat khabar, nak bagi orang kampung tengok, mestilah bagi gambar yang paling cun kan... Takkan pulak nak hantar yang paling serabai kottt.... Masa ni la para gadis para jejaka Malaysia nak usha sama kan.....heh..heh...

Dulu-dulu aku cukup suka baca ruangan tu. Bukan apa, saja suka tengok gaya depa. Yelah...kita ni tak pernah pergi oversea sana kan...so dapat tengok gambar pun jadilahkan.. Satu lagi, kot ada kengkawan yang kita kenalkan...

Satu tika dulu, en asrul pun pernah masuk ruangan tu. Masa muda belia dulu la. Masa tu kitorang kawan-kawan je lagi... tapi selalu berutus surat. Ala-ala best friend la. Aku dah bertahun tak jumpa dia, so memang aku tak ingat langsung camna la rupanya budak asrul ni. Tak terbayang dek akal aku rupa parasnya tu. Zero okay... Kalau orang tanya, dia hensem ke? Entah... aku pun lupa.

Disebabkan kegemaran aku belek ruangan tu, yang menyebabkan aku terperasan en asrul ada dalam tu. Camna aku kenal pulak? Lohhh...kan ada namanya dan nama universiti kat situ. Lagipun, instinct tu kuat kata tu memang dia. Nasib baik memang dia pun...haha..hah... 

Saja aku potong baik-baik gambar tu, letak balik cermin kabinet buku. Bukan apa, nak buat sumber inspirasi...hah..hah..takda maknanya...Masa tu bukannya kitorang ni couple pun lagi... Saja, hajatnya bila dia balik nanti, boleh tunjuk kat dia. aku ingat lagi, en asrul dalam gambar tu pakai baju melayu hitam, rambut panjang (berikat) dengan beberapa orang kawan-kawannya.

Alih-alih tu, satu hari aku tengok gambar tu dah takda kat tempat biasa. Eh, mana pulak ghaibnya ni. Nak kata adik aku kebas sebab minat, mustahil..sebab adik-adik aku semuanya laki-laki. Setahu aku takda la yang songsang. Mak aku? Lagi la mustahil, mana lak nak letak abah aku tu. Selidik punya selidik, laaaa......abah aku buang dah gambar tu.... Heh..heh..., dia ingat mamat mana.

Rupa-rupanya, tu la menantunya kemudian harinya ...hehh..hehhh...

No comments:

Post a Comment