Friday, 26 August 2011

Al fatihah buat arwah Opah

Di saat memasing menghitung Aidilfitri yang bakal menjelang berapa hari je lagi, kitorang dikejutkan dengan khabar duka. Tanggal 23 Ramadan bersamaan 23 Ogos 2011, di bulan yang penuh keberkatan ini, Opah yang disayangi telah dijemput menemui Yang Maha Kuasa.

Opah, mak kepada abah aku, pergi dalam keadaan tenang dan tanpa disangka. Kali akhir aku jumpa Opah adalah pada bulan Jun baru ni. Opah kelihatan sihat ketika tu. Tapi siapa mampu menduga....selang 2 bulan, semuanya berubah.

Masih terkenang-kenang lagi perbualan aku dengan Opah bulan Jun hari tu, Opah beria-ria minta kitorang sekeluarga balik beraya di kampung tahun ni. Semua berkumpul di kampung. Namun, manusia hanya mampu merancang. Tuhan lebih berkuasa, lebih sayangkan Opah. Apapun, hasrat Opah tetap tercapai, semua anak beranak, cucu cicit balik berkumpul menziarahi jenazah Opah.

Makcik aku cerita, katanya Opah siap suruh beli tikar baru..katanya senang bila anak beranak, cucu cicit balik beraya nanti. Ya..tikar tu digunakan, tapi sebelum raya...

Aku cucu sulung, dan memang sangat rapat dengan Opah dan Atuk masa kecik-kecik dulu (tak tau mengapa bila dah besar panjang, rasa macam jauh je...ke sebab dah jarang baik kampung???). Masa kecik dulu, banyak masa aku dihabiskan kat kampung, duduk dengen Opah dan Atuk. Kata mak, depa siap nak bela aku lagi.

Aku ingat aku cukup kuat untuk melihat arwah. Tapi, airmata tak mampu ditahan. Semua yang ada kat situ merah-merah matanya. Paling tak tahan, masa diberi peluang untuk jirus air ke badan arwah, Tuhan je tau betapa sedihnya aku. Airmata berjurai-jurai depan makcik-makcik yang tengah uruskan jenazah (Nurin hana tanya, kenapa ibu nangis..). Satu lagi, masa kitorang diberi peluang untuk cium Opah buat kali terakhir. Sayu hati aku. Sedaya upaya aku tahan air mata supaya tak keluar masa nak cium Opah. Tenang je wajah Opah, seperti orang sedang tidur.

Atuk, aku tengok teresak-esak menangis. Manakan tidak, berpuluh-puluh tahun depa hidup bersama, Opah yang uruskan makan minum, tiba-tiba teman hidup dipanggil terlebih dahulu. Jangan tak tau, Atuk cukup suka air tangan Opah. Walau anak yang masak, masakan Opah jugak yang dicari. Masakan Opah tak sama dengan masakan orang lain.

Aku tak boleh bayangkan macamana perasaan Atuk masa Raya nanti. Dan yang paling harunya, di saat semua yang berkumpul kat rumah Atuk akan beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing selepas cuti Raya nanti.... Masa aku nak balik petang tu pun lepas pengkembumian, Atuk menangis...

Pastinya kehilangan Opah amat dirasai. Sebab Opah sihat sebelum ni, sakit-sakit biasa tu adalah, tapi taklah kritikal manapun. Tiba-tiba je Opah pergi..... 

Al-fatihah buat arwah Opah....Moga roh arwah ditempatkan di sisi orang yang beriman. Dan, semoga Atuk diberi kekuatan menghadapi dugaan besar ini.....

Aku akan sentiasa merindui Opah.....

No comments:

Post a Comment