Showing posts with label tadika. Show all posts
Showing posts with label tadika. Show all posts

Thursday, 12 December 2013

Dilema ibu bekerjaya selepas miliki anak

Tajuk artikel dalam akhbar kosmo beberapa hari lepas, sangat menarik perhatian aku..
Ya...sebagai seorang ibu yang bekerja... malah bukan aku saja, semua ibu di luar sana yang bekerja memang agak di persimpangan dilema sikit bila dah ada anak ni... 
Fikir kat mana nak hantar anak lepas habis cuti bersalin...

Kalau ikutkan naluri mak-mak yang ada dalam diri aku ni, memang teringin sangat nak besarkan anak sendiri, siapkan makan minum, hantar pergi sekolah, dan macam-macam lagi la... dalam erti kata lain, berhenti kerja la...

Hmmm...tapi.... tapi.... T_______T
Mari la kita berdoa sama-sama supaya Arjunaku cepat-cepat jadi jutawan...

So, perihal penjagaan anak ni, 
Ada beberapa pilihan yang boleh kita pilih... terpulang la pada memasing...

Salah satu pilihan, ambik maid... 
tapi kalau anak sorang macam tak berbaloi la...
Tapi, kalau ada kemampuan, takda salahnya...
Ok what, balik rumah penat-penat, tak perlu runsing tengok rumah bersepah-sepah...
dah ada orang siap kemaskan... 
kita pun kurang stress tengok rumah macam tongkang pecah...

Rumah pengasuh?
Kebanyakan kawasan perumahan mesti ada jiran-jiran yang ambik upah jaga budak..
Tapi, kami memang dari awal tak bercadang nak hantar anak ke rumah pengasuh...
Walaupun, dekat-dekat rumah tu ada kakak yang ambik upah...
Entah la...tak terbukak pulak hati ke situ...

Mak Pak?
Sesetengah orang lebih prefer hantar anak ke rumah mak pak kita sendiri..
Lebih dipercayai....
Lebih yakin la..sebab  ahli keluarga sendiri..
Tok dengan nenek mesti la sayang cucu kan...
Tapi, pun kami tak sanggup nak buat macam tu...
Selain dari jarak yang agak jauh...
Tak sampai hati la pulak nak susahkan depa....
dulu-dulu masa kita kecik mak pak jaga kita...
La ni bila kita dah besar, kita pakat hantar anak ke depa pulak untuk jaga anak-anak kita...
Apapun terpulang la kepada memasing...
Memasing ada sebab dan pandangan tersendiri..
Tau apa yang terbaik buat family memasing...

So, apa yang kami pilih?
Pusat jagaan kanak-kanak aka nursery/taska....
Memang berat hati nak hantar...
Tapi kena kuatkan semangat dan berdoa moga semuanya selamat...
Sapa kata tak takut....
Tapi, macam aku katakan tadi, kami hanya mampu tawakal dan berserah segalanya pada Dia moga anak kami sentiasa berada bawah lindungan-NYA...
Kalau ikutkan bimbang takut tu, jawabnya aku kelek anak sekali kat opis la...

Sebelum bersalin lagi, kami survey dulu beberapa nursery/taska yang ada kat sini...
Cadangnya nak hantar yang dekat dengan ofis, tapi penuh katanya...
Telah di booking oleh mak pak yang memang ada anak-anak kat situ..

Takda criteria spesifik pun yang kami tetapkan masa pilih nursery/taska tu...
Kadang-kadang gerak hati tu penting...
Masa kita survey tu, kita rasa selesa...
Survey ni maksudnya kena pegi tempat tu, masuk dan lihat sendiri tempat tu..
Satu benda penting yang kami tengok, taska tu mesti takda buaian...
Kami taknak anak tidur dalam buai...biar tidur bawah je...
Lepas tu para pengasuhnya kelihatan menyakinkan di pertemuan pertama...
Hat ni memang payah la sikit sebab kat depan memang lembut pijak semut pun tak mati...
belakang mana kita tau kan....
Awal-awal dulu tiap kali lunch bila berkesempatan,
aku akan ke nursery bagi direct feeding kat Nurin hana...
So berdasarkan pemerhatian rambang tu... ok la...

Oh ya, satu lagi yang kami tengok, pengasuh tu biasa handle susu badan..
penting tu....

Alhamdulillah.. ditemukan dengan nursery/taska sekarang...
Nak kata berpuas hati sangat tu, tidaklah...
Tapi kami ambik pendekatan tak perlu lah cerewet sangat
Asalkan anak kami dijaga dengan baik, sihat, dah memadai...
Macamana keadaannya kami hantar masa pagi-pagi..
Begitulah jugak masa kami ambik waktu petang...
Takda patah riuk, cedera sana sini...

Kita kena faham jugaklah...ramai kanak-kanak yang cikgu tu kena handle..
So, aku tabik spring la kat depa... jaga budak-budak ni kena sabar banyak
Aku sendiri pun kalau kat tempat depa, belum tentu mampu...

Cikgu-cikgu pun beradap, hormat dengan ibu bapa..
So, sampailah kini, Nurin hana dah umur enam tahun,
masih transit di situ...dan in sha Allah, jugak selepas ini....
Terima kasih para cikgu dan pengetua nursery/taska/tadika....
menjaga anak kami dengan baik....

Sebenarnya, pilihan ada banyak di luar sana....
cuma kita kena pandai memilih....dan berhati-hati memilih...
Terpulanglah memasing....


Friday, 22 March 2013

Sawi

Balik dari school, Nurin hana sibuk bagitau yg cikgunya suruh bawak "sayur sawi" esok. Eh, nak buat apa bawak sawi. Heran jugak la. Esok ada 2 lagi paper exam, jawi dgn pendidikan seni. So, kalau fikir logiknya sawi tu mesti utk pendidikan seni la patutnya kan.... tapi.... Boleh buat apa dengan sawi? Sepanjang-panjang riwayat hidup mak kamu ni, tak pernah la pulak bergelumang dengan sawi untuk pendidikan seni... Ke, cikgu nak ajar masak? Tapi apsal sawi je?

 (sumber: google)

So, sebagai mak yang prihatin, aku sms cikgu tanya, kena bawak sawi je ke? Sekali.... Tau apa reply cikgu......
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



"Bukan sawi kak.... Kena bawak bendi...."

(sumber: google)


Hahahhaah.... Camna la pulak bendi boleh tukar ke sawi tu... Jauh benar bezanya... Nak nak budak tenit tu bukan pemakan sayur, tak tau pun sayur tu nama sawi....

Bila ditanya, katanya dia tak ingat la cikgu sebut apa.... Ni kes main hentam saja la ni.....Hmmm..macam-macam....

Nasib baik la mak kamu ni sms cikgu. Kalau tak, penuh bergaya la esok gi school dgn sawinya.... Hahahahh....

Hmmm....Bendi ni mesti nak guna utk cop cop kat kertas lukisan tu... Macam kita dulu-dulu... Potong bendi, pastu sapu berus yg dah colek kat water color tu kat tempat kena potong tu pastu cop cop cop.... Takpun, tak payah susah payah, celup je kat water color tu... ^___^

Tuesday, 11 December 2012

Konsert "JLo"......

Hahahhah...JLo la sangattt......
Ni bukan JLo...tapi Nurin hana...
Buat ke sekian kalinya, sekali lagi Nurin hana joint persembahan untuk konsert tadikanya. Nampaknya tahap keyakinan semakin meningkat. Takda malu-malu berada di atas pentas, dan boleh melaksanakan dengan baik setiap rutin langkah tarian yang diajar oleh cikgunya. Well done my dear...

Sebagai tanda sokongan dan bukti ibu dan papa yang prihatin, dah tentulah kami berdua hadir dan seperti paparazi dan mamarazi, sibuk meng snap gambarnya sedang menari... abis persembahannya, terus simpan kamera besar..hahahhah...pilih kasihhh sangat...

Keseluruhannya majlis berjalan lancar walau ada kelemahan di sana sini..
Teguran ikhlas untuk tadikanya, sebaik-baiknya cikgu letak tagging pada kerusi yang dikhaskan supaya tidak diduduki oleh orang tidak berkenaan. Kami dah pilih port sesuai sangat, tup-tup cikgu datang dan bagitau semua yang dah ramai duduk situ yang bahagian  tu untuk pelajar 6 tahun dan yang akan dapat hadiah.. Ooo..awat tak habaq mai siang-siang... Kan senang kalau dah ada tagging...

Ada banyak persembahan...dan enjoy sesangat tengok budak-budak riang ni atas pentas... Macam-macam gaya ada... Ada yang sangat lincah..ada pulak yang terpinga-pinga... Biasalah..budak-budak... Yang penting, takda sesapa yang menangis atas pentas atau lari turun bawah...hahhahaha...walaupun berdiri tegak macam tiang, takda satu pergerakan walau seinci pun....sekurang-kurangnya berani tampil ke atas pentas...bravo anak-anak...

Kalau tak salah, persembahan kelas Nurin hana giliran yang ke enam rasanya.. Aku sempat le menjengah ke belakang pentas sebelum persembahan tu, mak aiii...meriahnya bunyi...suara cikgu, suara budak-budak..sama-sama naik... hai..camna la cikgu kawal budak-budak yang ramai ni ye...
Belakang pentas..berdebar tunggu giliran..eh, ye ke...? tengok semua happy je...
Muka macam tepung gomak memasing...cikgu la yang mekapkan depa semua ni....sepit rambut kat kepala tu, bila dah habis konsert, cikgu kutip balik...ingatkan sekali pakej baju tu...heheheh..

apa yang duk teleng tu...??? Bila tiba giliran kelas Nurin hana, ibu dan papa pun sibuk ke depan... bukan hanya setakat 1 kamera, tapi tiga sekaligus...hahhhahaa....gelojoh sungguh... kamera besar, kamera kompak dan dah tentu iphone..senang, nak upload terus dalam fb...

pheewwittttt....anak sapa la ni.... Baju ni cikgu beli...masa awal pendaftaran dulu, salah satu item yang kena bayar adalah duit untuk konsert. Dari situlah, datangnya baju ni... Baru best konsert macam ni, ada pakaian khas...baru nampak menarik... Yang tak bestnya, lepas tu, baju tu tak tau nak buat apa dah... Macam tak sesuai nak pakai sebagai baju harian mahupun jenjalan. Cuma seluar tu la yang boleh re-cycle balik... Tahun lepas punya baju lagi parah, baju merelit, skirt pun merelit...camna nak pakai balik...sudahnya duduk dalam closet je la...

 kenapa tak terbang-terbang lagi ni...sayap dah angkat tinggi ni...

 ewahhhh....gelek..jangan tak gelek.....kata tarian arabkan..mesti la ada gelek menggelek..
Mujur la budak-budak yang gelek ni...kalau tak...mau para bapak duduk kerumun ket depan pentas je la jawabnya..hahahhaha...

Ada tiga jenis baju untuk tarian ni dengan tiga color, pink, biru muda dan ungu. Nurin hana dapat yang color ungu...

well done my dear...tak sia-sia training berbulan lamanya.....

Sunday, 3 April 2011

Temasya Sukan Generasi 2011

Pagi ni Nurin hana tetap kena bangun awal pagi sebab ada temasya sukan tadikanya jam 9. Dua tiga hari sebelum ni Nurin hana demam panas dan batuk. Mula-mula tu risau jugak, sempat ke sembuh sebelum hari temasya sukan ni. Kesian kat dia, memang semangat nak pergi sukan tu. Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik, demamnya pun dah kebah. Pagi ni bila ditanya sama ada nak pergi sukan atau tak, Nurin hana semangat sekali. Katanya dah baik demam. 

Kami keluar awal sikit supaya sempat breakfast dulu. Pekena mee goreng mamak, dan Nurin hana pilih roti canai. Dah kenyang perut, baru ada tenaga nak bersukan..kan...

Lepas pendaftaran, masuk dewan, mak aii....hingar bingarnya...Budak-budak menangis. Sana menangis, sini menangis. Biasalah, kalau ada ibu bapa kat tepi, automatik budak-budak ni akan jadi lemah gemalai dan nak berkepit je. Mujur, anak aku tak masuk dalam list...Heh..heh...Good girl, Nurin hana.... 

Jenuh jugak cikgu-cikgu tu cuba kawal keadaan, pujuk budak-budak yang menangis tu. Aku rasa ibu bapa lepas serahkan anak-anak tu pada cikgu, tinggalkan jelah diorang kat situ. Taulah cikgu tu nak kawal camna. Tak perlu mundar mandir dekat-dekat situ. Elok-elok dah slow down sikit menangis tu, bila nampak je ibu bapa, mesti menangis baliklah jawabnya....

Sukan mula lewat sikit dari jadual. Yelah, dah kata jam 9 mula, masa tu lah ibu bapa baru sampai, nak daftar bagai, lepas tu nak bagi keadaan tenang sikit. Camana nak bersukan kalau ada yang meraung-raung lagi, bergayut kat lengan mak pak tak nak lepas. Biar lambat, asal keadaan semua terkawal... 

Seperti tahun lepas, ada pelbagai aktiviti sukan, bermula dari bayi sampailah umur 6 tahun, jugak ada aktiviti untuk ibu bapa dan cikgu-cikgu. Nurin hana masuk acara lari bawa gelung. Jugak, acara beragam menggunakan barangan terpakai. Memang fun tengok anak-anak kecil ni bersukan, macam-macam telatah. Gelihati pun ada...
bilo la nak sotat ni...bosan bona den nunggu ni...
alamak, putus pulak selempang ni, baru nk pose vogue. ni acara perbarisan
apalah dibuatnya budak-budak ni...heh..heh..sebenarnya, ni adalah salah satu aktiviti pertandingan menggunakan barangan terpakai. So, aku rasa tu adalah tempat main golf sebab Nurin hana bila ditanya, katanya golfing
tengah raba bola yang jatuh dalam lubang. Nurin hana jadi golf player
 yes..my girl..lari...lari.... sungguh patuh pada peraturan..betul-betul lari pusing setiap kerusi tu..
 i'm the winner....yahooo....
teman sepertadikaan dan sepermainan

Masuk medal ni, dah ada tiga koleksi Nurin hana. Tiap tahun kumpul 1 medal. Tahun depan, masuk sukan lagi ye...