Showing posts with label infertility. Show all posts
Showing posts with label infertility. Show all posts

Wednesday, 20 July 2011

Menanti Lagi Detik Indah itu...

"Eh, sorang lagi ke? Bila nak tambah lagi?"

"Yang sulung ni dah besar ni, sesuai untuk dapat adik lagi..".

"Takda lagi ke?"

Hmmm....tu antara lontaran pertanyaan demi pertanyaan yang diaju kat aku. Adakah tu tanda si penanya prihatin? Atau kaki sibuk? Takpalah, kita berprasangka baik sajalah, semua orang yang tanya tu sebab ambil berat kat kita kan...

Aku faham, orang tengok Nurin hana pun dah besar, 4 tahun dah pun. Nurin hana sendiri pun dah pandai minta adik. Ayat yang selalu diulang-ulangnya, "Nurin hana sorang je. Takda abang, takda kakak, takda adik.." Errkk..tergamam aku.."Na, kalau adik tu boleh beli kat kedai, dah lama ibu beli ...". Masalahnya, adik tu bukannya barang mainan, yang boleh di merata-rata (tolak kes jual beli bayi ye..).

Ya, kitorang suami isteri ni tergolong di kalangan pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak ni. Aku tahu, masalah ini turut dikongsi oleh ramai pasangan di luar sana. Bukan semua orang bertuah, baru kawin sebulan dua, dahpun "melekat" ataupun orang tua selalu kata, "dah berisi". Semua tu kan rezeki masing-masing...Tu kengkadang aku tak faham, macamana orang boleh tergamak buang bayi merata-rata. Tak tau ke dia, yang dibuangnya tu adalah "harta" yang sangat berharga. Tapi, begitulah, masa ada, tak dihargai. Bila takda, mengharap-harap pulak..

Kelahiran Nurin hana adalah "magis", kalau aku boleh katakan begitu. Setelah puas berusaha ke sana sini, moden, tradisional, akhirnya baru membuahkan hasil setelah 5 tahun menanti.

Setelah kelahiran Nurin hana, kitorang terus berusaha untuk yang seterusnya pula. Sesetengah pasangan, mungkin kesukaran dihadapi untuk mendapatkan anak pertama saja, tapi alhamdulillah lebih mudah untuk yang kedua dan seterusnya. Ni adalah berdasarkan pengalaman bff aku, ica. Ica juga hadapi masalah seperti kami. Tapi, setelah lahir yang pertama, lahir yang kedua dan yang ketiga. Mudahkan..Sekali lagi, semua tu rezeki Tuhan.

Tapi, nampaknya tidak begitu pada kitorang suami isteri. Nampaknya, laluan kali ni jugak sukar sepertimana terdahulu. Tapi, kitorang takkan putus berusaha. Insyaallah, selagi diizinkan-NYA, akan terus berusaha dan berusaha. Sesungguhnya, Tuhan lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya...

Apapun, kitorang tetap bersyukur, telah dikurniakan seorang anak yang sihat dan comel. Berbanding di luar sana, yang masih ramai menanti detik itu.

Thursday, 13 January 2011

Sudah tiba masanya....

Setelah berehat panjang, aku dan en asrul sepakat untuk meneruskan kembali projek besar yang dah lama terhenti. Projek menambah bilangan ahli keluarga..heh..heh...


Usaha pertama ke arah menjayakan projek besar tu, appointment dengan Gyne. dah pun dibuat. Dan berdasarkan perbincangan, satu keputusan bersama telah dicapai. Insyaallah esok pagi aku akan jalani minor operation, D&C and polypectomy. Doakan semoga semuanya berjalan lancar ye....  


Sebelum ni, selalu orang tanya, tak nak tambah anak lagi ke? Dah kahwin, orang tanya bila nak ada anak. Bila dah beranak sorang, orang tanya lagi bila nak tambah lagi. Takpalah, tu tandanya orang prihatin dengan kita. Tak gitu?


Sebenarnya, bukannya taknak tambah lagi anak, memang NAKKKKKkkkk SANGATTTT...Malahan, kitorang tak pernah amalkan apa-apa perancang keluarga pun. Cuma rezeki tu belum ada lagi.


Jangan tak tau, aku idamkan anak 5 orang, tau. Tapi tu dulu la...memandangkan tahap umur sekarang ni, aku tak fikir sasaran tu akan tercapai. Buat masa ni, memadailah dapat tambah seorang dua lagi adik untuk Nurin hana....heh..heh...nak lebih jugak...


Sebenarnya, kitorang termasuk dalam golongan pasangan yang sukar dapat anak yang tak diketahui punca masalahnya. Nurin hana adalah anugerah terindah yang Tuhan berikan pada kitorang setelah puas berusaha.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, dengan dibantu kepakaran Gyne dr hamid serta izin-NYA, aku dapat merasa pengalaman mengandung dan melahirkan Nurin hana. Momen indah yang dah lama ditunggu...


Awal tahun lalu, beberapa kali kitorang ada buat rawatan bersesuaian. Tapi, percubaan-percubaan tu tak berjaya. Nampaknya, Tuhan masih ingin menguji hamba-hambanya ini.

Biasanya, lepas satu-satu rawatan, pesakit kena berehat sebulan dua, lepas tu baru sambung rawatan lagi.

Tapi, lepas percubaan-percubaan tu tak berjaya, kitorang memutuskan untuk mencuba secara semula jadi semula dulu. Di samping, menguatkan semangat, tekad dan kesabaran. Hanya yang pernah ada pengalaman buat rawatan sebegini je yang tau macam mana perasaannya. Sebab tu, semangat dan kesabaran yang kuat sangat-sangat diperlukan.

So, tahun ni kitorang akan all out semula, berjumpa dengan Gyne dan memulakan semula rawatan sewajarnya. En asrul, sila simpan cuti secukupnya yerr dan jaga poket selalu...heh..heh.....


So, Nurin hana...sabar ye....ibu dengan papa akan terus berusaha dapatkan adik untuk awak ye...supaya awak ada kawan bermain dan bergaduh...Nanti awak tak sunyi lagi.....