Monday, 21 February 2022

5 tahun di sini

Februari 2022.
Alhamdulillah, genap 5 tahun sudah di sini.
Siapa sangka, siapa menduga, boleh sampai sejauh dan selama ini πŸ˜….

Sesukar manapun, sepayah manapun, semua kita redah je, dengan nawaitu kita buat yang terbaik apa-apa yang dipertanggungjawabkan. Selebihnya, kita berserah sahaja.
Every storm in your life is followed by a rainbow.
Without colors, life would be so boring, it adds beauty to life. 

Dalam kehidupan, dah tentu bukan sentiasa lurus je jalannya.
Kadang-kadang ada bengkang bengkoknya, malah selalu kita kena tempuh jalan macam ni. 
Ada simpang kanan dan kirinya.
Ada bukit, gunung-ganang, semak samun yang kena tempuhi sebelum sampai destinasi dituju.

Kita la yang tentukan mana satu pilihan yang kita nak ambil.
Nak ambil simpang itu atau ini.
Semua pilihan ada risikonya sendiri, tak boleh lari.

Apapun, semuanya adalah pengalaman, mengajar kita menjadi lebih kuat daripada semalam.

Masih segar di ingatan, jejak kaki ke sini dengan berbekalkan seribu satu cerita menyeramkan, kalau boleh kita rumuskan begitu.
Ini bukan khabar angin, tapi berdasarkan pengalaman sebenar pencerita.
Orang kata, telinga ni dengar cerita yang tak best belaka, tiada yang best melainkan tak best semua 😌. Masa ni rasa ramainya yang ambil berat pasal kita.
Bohonglah kalau kata langsung tak terkesan.
Orang gila je kot takda rasa apa-apa.
Gigil jugaklah kaki. 
Berperang dengan perasaan sendiri.
Sampai tahap dah terfikir, adakah patut kita tolak tawaran masa tu.
Paling-paling pun, kena blacklist setahun dua, mungkin.
Masa tu terfikir juga, kenapalah dalam banyak-banyak orang, insan terpilih itu adalah aku.
Apapun, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segalanya . Dia tahu apa yang terbaik untuk kita semua. 

Berbekalkan doa penguat semangat, pergi lapor diri.
Dan kini, 5 tahun lepas tu... ehhh, masih "bernyawa" la...hahahhah.
Tips nya senang je, layankan je la mana yang kita terdaya. 
Kita positifkan je la diri. Kita cari/cipta la bahagia dan keseronokan tu sendiri. 
Pekakkan telinga, sesekali (ke banyak kali...hahahah) bisukan mulut kalau rasa tiada keperluan nak membantah masa tu. Kita iya kan je semuanya dulu. 
Lepas tu kita cari la jalan macamana nak selesaikan...hahahha.
Kita kawtim la semula dengan justifikasi sekuat mungkin. In sha Allah ok. 

Rupa-rupanya, pada masa tu, orang tu tak la susah sangat nak diuruskan.
Kalau kena gayanya, ok je. 
Jangan buat apa yang tidak disukainya.
Semua mesti datang dengan good justification
Tapi biasalah, sebelum sampai ke tahap tu, bernanah jugalah telinga kan kena bebel..hahahha.  
Kesabaran perlu tebal. Hati kena kental.
Paling penting, jangan lupa doa banyak-banyak moga dipermudahkan segala urusan kita. Belajar la doa sikit, boleh buat hembus-hembus.. hahahhaha.
Apa orang kata, alah biasa tegal biasa. Hah..camtu la. 
And the best thing is, my team is really great. 
Susah senang harung bersama. Saling support each other. 

"Experience is the teacher of all things".

Happy 5th Anniversary 😊...
And many more years to come? Errrr.. harapnya di tempat lain pulak la ye lepas ni... 


Wednesday, 3 February 2021

Dulu-Dulu - mengaji

Dulu-dulu kebiasaannya, rumah tok imam, ustaz, ustazah jadi tumpuan kanak-kanak belajar mengaji.
Sesi mengaji akan dibuat di rumah je dan biasanya selepas Maghrib.

Kumpulan mengaji ni ramai, daripada pelbagai peringkat umur. 
Kanak-kanak hingga ke pra-remaja.
Macam di kawasan rumah dulu, boleh dikatakan selorong tu semua mengaji rumah yang sama. 
Jadinya, kami akan pergi secara berjemaah la.
Malam kan, jadi abang-abang yang pra-remaja tu akan jaga adik-adik yang masih sekolah rendah ni.
Jauh jugak nak berjalan ke rumah mengaji tu.

Sesungguhnya, bukanlah senang nak menuntut ilmu ni, kata orang. 
Ada pelbagai cabaran...hahahaha.
Antara cabaran yang kumpulan kami perlu tempuhi sebelum berjaya sampai ke rumah mengaji adalah anjing.
Ye, kawasan kejiranan turut diduduki oleh non-muslim. 

Entah kenapa, anjing tu memang sangat garang.
Macam anti sangat dengan kumpulan kami.
Pantang melintas depan rumah, mesti kena salak kuat.
Paling menakutkan, dia akan mengejar kami walaupun hanya berlari di sebelah pagar.
Salakan dan kejaran hanya berhenti apabila bayang kami hilang...hahahha.. 
Mujur ada pagar rumah. 
Boleh bayangkanlah kalau dia terlepas dari pagar atau melompat keluar dari pagar.
Mujur itu tak pernah berlaku.  
Ada sekali, sampai tercicir selipar dek lari ketakutan tu.
Satu hal pulak, nak patah balik ambil selipar.

Bila sampai rumah mengaji, semput dah semua..hahahah...
Kepenatan berlari. 
Baru lepas exercise semua.

Dan, sesi berlari ni akan berulang semula bila balik dari mengaji.
Katalah mengaji lima hari seminggu, lima hari tu la kejadian "menakutkan" ini  berlaku.
Anjing tu hanya senyap bila tuan rumah ada di rumah.
Kalau tak, sesi berlari akan berterusan sama ada pergi dan balik mengaji.




Wednesday, 30 September 2020

hati terguris kereta tersagat

#throwback. 

 Pagi.
Sangat tenang.
Keadaan sekeliling sunyi.
Sesekali terdengar bunyi enjin kereta yang di parkir masuk.
Kawasan parkir pun masih banyak kosong, belum ramai yang datang.
Masih banyak ruang-ruang kosong di sana sini.
Sangat selesa boleh menyelit di mana-mana sahaja.
Tanggal 17 Julai 2020.

Tiba-tiba, ketenangan itu terganggu.
Bunyi sagat tiang kuat betul.
Siapakah empunya menjadi mangsa tu?
Tapi kenapa dekat sangat bunyinya ni?
Errrkkkk...
Huwaaaaa.....menangis tak berlagu.
Kesayangan kakak yang tersagat ituewww...ouchhh.
Ok..ok... tenang please.

Tarik nafas dalam-dalam.
Undur sikit kereta ke belakang dan masuk terus ke parking.
Bukak seatbelt, bukak pintu kereta dan berjalan ke arah tepi kiri kereta.
Aduhhhhh....hati ini tersagat melihat pemandangan di depan mata.
Macam manalah boleh terkena ni.
Inilah laluan setiap pagi sejak musim PKP ni.
Kawasan laluan tu memang lapang selapangnya, tiada apa pun yang menghalang pembelokan sempurna.
Berangan? Hmmm..
Terlebih yakin semasa melibas tiang parkir tu? Hmmm...
Tersalah menganggar jarak tiang dengan kereta? Hmmm...ni macam betul.


Begitulah, kalau benda nak jadi.
Memang tak disangka-sangka kan.
Dugaan di pagi hari.

Begitulah, yang orang kata, musibah kecil untuk elak musibah lebih besar. 

Dengan itu, terbanglah πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ demi kemaslahatan kereta. 





Tuesday, 15 September 2020

kasih ibu hingga ke syurga

Mak. 
Ibu.
Mama.
Mommy.
Mom.
Bonda.
Umi.
dan pelbagai panggilan nama kepada wanita cantik yang lahirkan kita.

Kakak panggil emak kakak, mak. Tapi kakak nak dipanggil sebagai mom... ehhh ibu oleh anak kakak sendiri hehhehh...

Sampai sekarang, mak tetap ambik berat hal anak2 walaupun anak2 tu dah beranak pinak πŸ˜…. 
Layanan masih seperti zaman dulu-dulu. 
Tiada bezanya.

Sentiasa menitip pesan setiap kali bersalam untuk balik rumah.
Tidak pernah lekang dari mulutnya suruh hati-hati selalu, jaga diri baik-baik. 
Bila sidai kain tu, cepat-cepat sikit.
Balik kerja, cepat-cepat masuk dalam rumah.
Pandu kereta elok-elok.
Banyak lagilah yang mak selalu pesan. 

Bagitu juga sebelum tamatkan perbualan di telefon. 
Kata-kata nasihat pastinya mengakhiri perbualan. 

Mak sentiasa risaukan hal anak-anaknya. Takut kalau apa-apa jadi pada anak-anaknya.
Teringat dulu, masa adik lelaki kakak nak jalani pembedahan, dah tentu yang paling risau mak.
Tak putus-putus doanya untuk anak lelakinya itu.
Hatta, kakak pernah nampak air mata mak mengalir mengenangkan anak-anaknya.
 
Inilah agaknya yang dikatakan "anak2 akan sentiasa menjadi anak kecil di mata ibu bapa nya". 
Kasih ibu hingga ke syurga.

Kakak sayang mak πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜.

Monday, 13 July 2020

Ada Ke Lagi Perempuan Begitu Begini...?

Hai.

Ada kawan up status ni dalam fb nya tentang persoalan-persoalan yang sering berlegar-legar dalam media sosial: 

1) ada lagi ke perempuan yang berani keluar rumah tanpa mekap?
2) ada lagi ke perempuan zaman sekarang yang gaul kunyit pakai tangan?
3) ada ke perempuan yang tak suka emas?
4) ada ke perempuan yang pandai parking reverse?

Kakak pun kehairanan, kerelevenan nya soalan-soalan ni ditanya oleh netizen. Macam...duhhh..mata ke atas, tangan di dada. 
Kesimpulan yang mampu kakak simpulkan, dah takda soalan yang nak ditanya..hahahhaha.

Ok, jom kita kupas sikit. 

1) ada lagi ke perempuan yang berani keluar rumah tanpa mekap?

Aduiii... berlambak dik zen oiii... kena bukak mata besar-besar la dik.. atau adakah maknanya semua perempuan kelihatan begitu cantik sepertinya bermekap sampai tak dapat nak bezakan mekap dengan tidak..hahahha.

Kakak pun sangat-sangat jarang nak berbedak kalau keluar. Sebab malas nak cuci muka beria bagai kalau panggilan 5 waktu memanggil. Selalunya memang muka togel je. Natural beauty gitu....hahahha.

Alah, kalau pergi opis pun, cuma pakai pelembab, foundation, bedak, lipstik. Ready to go to. Senang dan pantas.

2) ada lagi ke perempuan zaman sekarang yang gaul kunyit pakai tangan?

La... dik zen, abis tu gaul pakai apa? Kaki kah? Hahahhah...
Sebenarnya ramai dah sekarang ni gaul pakai sudu atau senduk. Ok je, ikut la mana-mana yang selesa. Janji ikan/ayam/daging bersalut elok dengan kunyit.

Kakak suka gaul dengan kaki..ehhh..tangan... Dah terbiasa.
Nak elakkan tangan kuning lepas tu, make sure lepas gaul kunyit tu, cepat-cepat sabun tangan tu. Alahh...lepas memasak kan banyak aktiviti basuh pinggan, in sha Allah hilanglah kekuningan di tangan tu..

3) ada ke perempuan yang tak suka emas?

Kakak suka emas... yang seadanya la.. takda la gelang sampai ke siku.

Tapi memang ramai je kawan-kawan yang tak minat emas. Yelah, selera masing-masing berbezakan.
Ada tu lebih suka koleksi pandora. Ada jugak minat silver.

Tapi kena ingat ni baik-baik, tak semua yang takda emas aka barang kemas di tangan tu maknanya tak berduit ye. Hah, salah tu kalau ada tanggapan sebegitu.
Berlambak yang lebih suka melabur duit beli benda-benda lain macam periuk belanga, pinggan mangkuk, etc..etc...
Ikut suka masing-masinglah kan...

4) ada ke perempuan yang pandai parking reverse?

HAhahha...kakak mengaku, kakak tak berapa mahir reverse parking.
Boleh la... tapi kalau ada pilihan lain, i'll choose other options tu.
Tapi ramai kawan-kawan kakak, sangat hebat reverse parking ye.. sap sap sui je. Laju je reverse. Tabik spring toing toing toing...

Kalau kakak, terhegeh-hegeh nak masuk. MIntak maaf lah kalau ada kereta kat belakang, silalah tunggu dengan penuh kesabaran, sucikan hati jangan mengata macam-macam ye.

# Rumusan: Kita semua adalah berbeza antara satu sama lain. Raikan perbezaan yang ada :)

Friday, 26 June 2020

Raya PKP 2020

Hai.

Macamana Raya tahun ni?
Raya tetap Raya, kannn.....
Walaupun kemeriahan tak begitu terasa.
Adik-adik tak dapat balik beraya sekali. Masing-masing kena beraya di rumah sendiri. Tapi takpa, sebab masih dapat beraya dengan keluarga kan, cuma takda mak ayah je lah kat sebelah. Nampak fizikal di handphone saja.

Tahun ini buat pertama kalinya kita semua beraya dalam keadaan norma baharu.
Takda aktiviti beraya rumah saudara mara dan jiran tetangga.
Malah, ramai yang beraya di rumah sendiri je, tak boleh balik kampung. Gara-gara aktiviti merentas negeri masih tak dibenarkan masa tu.

Kakak masih beraya macam biasa. Maafkan kakak... apa nak buat, kampung sepelaung je bak kata orang tua. Rumah mertua pun dekat-dekat situ jugak.
Cuma kali ni beraya sehari je lah. ikut SOP katanya.
Biarlah orang lain tak ikut. Demi kemaslahatan keluarga dan diri sendiri.
Dapat balik kampung, merentas daerah tu pun dah besar rahmatnya. Dapat jumpa mak abah.
Kalau tak, kakak salah seorang yang menangis kat bucu katil di pagi Raya.
Walaupun dah ready sebenarnya kalau tak boleh merentas daerah... tapi jauh di sudut hati mestilah sedihkan... selama-lama ni tak pernah tak beraya dengan mak abah kan.

Rasanya Raya kali ni best jugak...
Tak perlu kejap-kejap sinsing lengan kena basuh gelas, pinggan mangkuk, tambah lauk, buat air..hehehheh..
Rehat banyaklah kali ni. Heaven rasanya hahahahah...
Kerjanya di hari Raya kejap-kejap bukak tudung saji, heeeeeeeeeeeeeeeee...

Kakak pesan dah kat mak abah, jangan ajak sesapa pun datang rumah. Kalau ada orang telefon bagitau nak datang pun, suruh tangguhkan dulu hasrat murni tu.
Tau, kunjung mengunjung di hari Raya amalan mulia. Tapi tak sesuai masa tu.
Rasanya semua orang faham kan...
Ohh tak, ada jugak yang tak faham. Tetap kunjung mengunjung.
Takpalah, kita jaga kita je sudah..
Maybe kakak hover, tapi biarlah.. diri kita, family kita kan...
Kita sendiri je tau apa yang terbaik buat family kita.

Pagi-pagi raya adik dah video call dengan mak. Adegan air mata pun berlakulah.
Yelah, hati seorang mak kan.. walaupun anaknya tu bukan beraya seorang, siap ada keluarga dan anak-anak, siap juadah Raya bagai. Mak tetap seorang mak, walaupun anak-anaknya dah besar panjang.

Menu Raya: ada rendang ayam, rendang tok, kuah lontong/lodeh, kuah kacang.
Kat rumah mertua pulak dah tentu ada menu wajib, asam pedas tetel selain rendang-rendangan tu.
Ada jugak lemang, ketupat palas, nasi impit, lontong.
Oh ya, ada sesuatu yang lain kat rumah mertua, lemang pulut hitam. Hmmm...sedap jugak, first time jumpa.
Kesudahannya, burrpppp...
Perut kenyang dan muncit, hati senang tapi gusar jugak dengan kemuncitan tu...hahahahah...





Kali ni sesi beraya paling singkat.
Dalam masa sehari, settle kan dua-dua buah rumah. Malam terus balik rumah.
Biarpun singkat tapi bermaknalah jugak, yelah dapat beraya dengan mak abah.
Cuma bila bangun tidur pagi Raya kedua tu, ehh..dah ada kat rumah sendiri ke ni? Hahahahah.
Selalunya pagi-pagi breakfast kat kampung habiskan saki baki lauk Raya yang masih ada.
Kali ini, kat meja makan rumah sendiri je. Menikmati hasil tapauan semalam.




Thursday, 18 June 2020

Emas Berduri

Hai..

"oh kome.. derghoyan udah luruh
Lebih baik cepat pergi suluh
Lambat sikit kome dapat habuk
Kalau tido jawabnye tinggey pokok"..



Yezza, musim durian sudah kembali.
Ke sana ke sini, gerai jual durian merata.
Tertarik dengan satu status yang bertebaran di wasap dan fb.
Katanya, durian dilahirkan di Malaysia, dibesarkan di Malaysia tapi harga mahal.
Betul jugakkan..hehehheh...

Harga durian memang mahal sekarang.
Bagaikan membeli emas kekdahnya.
Cuma beli emas, boleh simpan atau dileburkan kemudian.
Beli durian, hadam di perut je, hehehhe.
Mungkin sebab masih di awal musim, jadinya harga mahallah kot.
Mungkin bila dah banyak buah luruh nanti, harga jatuh..kannn. Marilah kita doakan sama-sama....dapatlah berkendurian puas-puas.

Tapi itulah, mahal macamana pun, tetap ada pembelinya. Yelah, penggemar durian ni ramai.
Walaupun mulut memberontak merungut tentang mahalnya durian ni, tapi kehendak hati siapa mampu tolakkan.
Umpamanya tiada apa yang mampu menghalangnya daripada mencium bau durian di tangan selepas selesai menjamahnya.
Lagipun kita bukan beli durian hari-hari kan?
Nak rasa, kita belilah jugak.
Ke ada yang beli hari-hari? Aiyoooo...kayanya beliau...hahahhah.

Untunglah sesiapa yang ada durian durian. Boleh tunggu buah luruh dan kutip bawah pokok dan terus takuk. Fresh from dusun tu..huhhuhuhuh..

Sekarang ni nak lebih selamat, kakak beralih beli durian yang dah siap letak dalam bekas. Jadi takda rasa kecewa bila beli berbiji-biji durian, tapi yang eloknya sebiji dua je.
Setakat ini, alhamdulillah semua durian dalam bekas yang kami beli dalam keadaan elok.
Berbaloi la beli.

Kalau nak cuba, boleh cari ezydurian (FB) dan durian.kotak (IG).
Rasanya banyak je delivery kat luar sana. Cuma kena rajin mencari la.
Dua ni yang memang kami dah cuba dan berpuas hati la.

Hmmm...tengok gambar durian lalu lalang kat wall FB, teruja pulak rasanya..hahahha...