Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, 26 April 2013

Pentingnya Komunikasi Ibu Bapa dengan Anak


Sumber: Artikel Utusan Malaysia (25/4/2013)

KOMUNIKASI merupakan perkara penting yang menjadi pengikat hubungan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak.

Komunikasi yang berkesan akan mendatangkan hasil yang baik kepada kedua-dua belah pihak. namun jika sebaliknya mungkin jurang antara ibu dan anak-anak semakin renggang dan tidak mesra. Apatah lagi anak-anak itu ibarat kain putih, ibu dan bapalah yang bertanggung- jawab mencorak masa depan mereka.
Namun, dalam mendidik anak-anak, ibu bapa harus peka terhadap perilaku dan respons anak-anak mereka. 
Ini kerana setiap anak berbeza sifat dan tindakan yang turut membentuk personaliti mereka.

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Asmawati Desa berkata, kemahiran komunikasi adalah satu katalis dalam membantu individu mempertingkatkan kemahiran sosial mereka.

"Kebolehan dan keupayaan berkomunikasi secara berkesan dapat membantu mempertingkatkan jati diri, mengukuhkan kepercayaan dalam hubungan, memperkuatkan semangat dan daya saing selain mengeratkan hubungan antara rakan-rakan.

"Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kepercayaan, penghormatan dan kekaguman orang lain terhadap individu tersebut," katanya bersempena wacana isu-isu munakahat kemahiran keibubapaan di Institut latihan Islam Malaysia (ILIM) baru-baru ini.

Tambahnya, berdasarkan ilmu psikologi, terdapat lima personaliti berbeza yang terdapat pada setiap orang anak dengan perbezaan umur dan gaya hidup mereka.

"Personaliti tersebut adalah mempunyai sifat yang bersungguh- sungguh dalam setiap perbuatan yang dilakukan dan teliti, sentiasa menyenangkan, ektraversi, keterbukaan ke arah pengalaman dan neurotisme.
"Dalam kelima-lima aspek tersebut anak dengan personaliti neurotisme mempunyai sifat negatif dan kurang keyakinan diri, selain cepat berasa panik dan mudah bimbang terhadap sesuatu perkara.

"Amat penting bagi Ibu bapa mengenali personaliti anak mereka bagi memudahkan proses komunikasi," kata Dr. Asmawati.

Katanya lagi, untuk membina 'jambatan rasa' di antara anak-anak dan ibu bapa, perlakuan menyatakan sayang antara resipi berkesan yang perlu diamalkan.

Perlakuan tersebut boleh dinyatakan melalui tindakan dan ucapan yang menunjukkan kasih sayang.

"Antaranya meningkatkan masa berbual dan berkongsi cerita, berbincang secara terbuka serta sentiasa bersabar melayani kerenah mereka dan bukannya dengan memerintah.

"Ibu bapa juga seharusnya menjadikan anak-anak seperti kawan baik seperti sentiasa peka kepada minat serta kecenderungan mereka terhadap sesuatu perkara," katanya.

Dr. Asmawati berkata, dalam memastikan keberkesanan komunikasi antara kedua-dua belah pihak, terdapat empat aspek penting yang menjadi kayu ukur iaitu mendengar, bercakap, berfikir dan komunikasi bukan lisan.

Katanya, ibu bapa digalakkan mencari waktu dan suasana yang sesuai untuk berbincang dan bermesra dengan anak-anak supaya mesej serta nasihat yang diberikan diserap anak-anak dengan berkesan.

"Kaedah mendengar secara aktif dan penuh penghayatan menjadikan kita turut rasa dihargai apabila anak-anak memilih kita untuk berkongsi pengalaman dengan mereka," katanya.

Menurut Dr. Asmawati lagi, kemahiran mendengar perlu dipelajari oleh ibu bapa kerana sebanyak 60 peratus masalah dalam komunikasi adalah berpunca daripada kegagalan 'mendengar'.

"Aktiviti mendengar sering disalah erti dengan hear iaitu hanya perbuatan mendengar tanpa memahami dan merasai perasaan orang yang sedang bercakap.

"Sebaliknya, kaedah mendengar yang sebenar adalah listening , satu kemahiran yang perlu dipelajari. Ia melibatkan proses memahami apa yang di dengar dan dalam masa yang sama cuba merasai situasi penyampai tersebut," katanya.

Ujar beliau, terdapat beberapa peraturan mendengar yang efektif bagi memastikan komunikasi kedua-dua belah pihak berkesan.

Seeloknya kata Dr. Azmawati lagi, apabila anak bercakap, ibu bapa perlu berhenti bercakap dan memberi tumpuan untuk mendengar sepenuhnya maklumat yang hendak disampaikan.

Pada masa yang sama tunjukkan minat melalui isyarat bukan lisan seperti angguk, kontak mata, ekspresi muka dan sebagainya.

Lakukan kontak mata dan buatkan individu tersebut berasa selesa.

"Selain itu, elakkan tindakan yang mengganggu seperti perlakuan mengetuk-mengetuk meja, jangan menyampuk, empati dan bersabar dan tidak membuat anak tersebut berasa tidak dihiraukan," katanya.

Beliau berkata, untuk memberi kepuasan dan tidak timbul salah faham kedua-dua belah pihak, jika anak ingin menceritakan apa yang mereka rasai dan masa pula tidak mengizinkan, beritahu anak-anak bahawa perbincangan tersebut akan dilakukan kemudian.

"Dalam proses mendengar secara aktif, tujuan ibu bapa mendengar adalah benar-benar untuk berhajat membantu anak mengatasi masalah.

"Selain itu, mereka sentiasa bersedia untuk menerima pendapat anak walaupun besar kemungkinan pandangan anak adalah berbeza," kata Dr. Asmawati.

Friday, 15 March 2013

Kurangkan Garam Dalam Makanan


Lebih 30% Rakyat Malaysia Hidap Darah Tinggi 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 32.7 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kini menghidap penyakit darah tinggi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata ini dikesan melalui kajian rintis mengenai pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan kaedah analisis air kencing selama 24 jam pada tahun lepas.

"Kandungan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia ialah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram sehari.

"Dalam kajian yang sama, didapati sos kicap soya merupakan makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi dan kaum lelaki merupakan golongan yang mengambil lebih banyak garam berbanding wanita," katanya dalam perutusan sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2013.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melaksanakan langkah pengurangan garam dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan menyasarkan tekanan darah (BP) pada paras optimal iaitu 120/80 mmHg atau kurang.

"Selain itu, hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja makan.

"Gunakan perisa asli seperti rempah ratus, daun sup atau limau untuk menambah perisa berbanding penggunaan garam, sos atau penambah perisa yang lain," katanya.

Liow juga menyeru orang ramai supaya mengambil dua sajian buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran sehari, amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan dan pupuk minda sihat melalui penanganan stres, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.

Katanya pengambilan garam secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan kejadian penyakit darah tinggi.

"Pengurangan pengambilan garam boleh mengurangkan tekanan darah dan kejadian strok serta penyakit jantung," katanya. Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia ke-6 yang akan berlangsung pada 11 hingga 17 Mac, ditujukan khusus kepada industri makanan, katering, pengusaha atau pengendali makanan (chef) dan tukang masak di restoran dengan tema " Less Salt Please" (Kurangkan Garam).

Kata Liow, pihak kementerian sedang berusaha merangka strategi pengurangan garam untuk Malaysia.
"Antaranya sebanyak 16 item makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi iaitu daripada kategori biskut, kicap, mi segera, makanan ringan dan daging beku telah diturunkan kandungan garamnya sebanyak dua hingga 40 peratus daripada tahap asal sejak tahun 2011 hingga 2012," katanya. -BERNAMA

sumber: mstar online

Tuesday, 12 March 2013

Jaga Perut, Elakkan Selepas Makan Buat Benda-Benda Ni...

Kita semua suka makan......... Errr..ada ke orang yang tak suka makan? Rugilah satu nikmat yang Tuhan beri.... Macam ada salah sorang bos kat opis ni cakap, orang yang kena diet bagai ni boleh dikatakan macam dah hilang nikmat makan tu.... Ni bukan aku kata ye....

Dalam kita suapkan macam-macam dalam mulut kita ni, jangan lupa kena jaga perut kita ni.. perut oh perut kenapa nko boroi... ehhh..tetiba....hehehehe.... Yang penting makanlah secara berpada-pada. , barulah ada maknanya makan.

Ada beberapa perkara yang kita kena elakkan buat selepas makan..............

1) MEROKOK

Kita biasa tengok para jejakawan (jugak segelintir kaum hawa) menjadi naga aka merokok lepas makan. Rasanya semua orang tahu merokok tu bahaya, tapi....? Hmmm....tepuk dada check la peparu...

Ok, secara umumnya merokok lepas makan adalah lebih bahaya sebab sama macam merokok 10 batang rokok. Daun tembakau tu mengandungi kandungan asid yang tinggi yang boleh menyebabkan sistem percernaan kita jadi perlahan. Protein makanan akan ditukar kepada yang kompleks, jadi susah la nak hadam.

2) MAKAN BUAH-BUAHAN SERTA MERTA

Sebaik je habis makan, jangan terus suap buah-buahan pulak. Sebab tindakan tak menyempat-nyempat tu akan menyebabkan perut kita kembung. Sebaik-baiknya, ambil buah-buahan dalam tempoh 1 hingga 2 jam lepas makan atau sejam sebelum makan. Bila perut kembung, akan bagi kesan pada penghadaman kita... Jagalah perut anda, gituewww.......

Walau bagaimanapun, kalau ikut sunnah Nabi SAW, kita makan buah dulu sebelum makan makanan lain....

3) MINUM TEH

Biasanya, lepas dah makan-makan tu, mesti kita akan tutup sesi makan-makan hari tu dengan paling kurang secawan air teh. Rupa-rupanya, kebiasaan minum teh lepas makan tu tak elok.... Kandungan asid yang tinggi dalam daun teh tu akan menyebabkan perut kita susah nak hadam makanan..

4) LONGGARKAN TALI PINGGANG ANDA

Ni biasanya jejakawan la... lepas makan baik punya banyak, terus longgarkan tali pinggang sebab perut dah sendat mendat..... Lepas ni biarkan je tali pinggang tu. Sebab dikatakan bila dilonggarkan tali pinggang tu akan memudahkan usus terbelit dan terhalang. 


5) MANDI
 .

Maksudnya di sini, bukan tak payah mandi langsung ye.... Ni mandi sebaik saja lepas makan.... 
Mandi lepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita....

Satu lagi, ada terbaca somewhere, mandi lepas makan pun boleh menyebabkan perut kita buncit.... Kalau nak mandi, kena tunggu dulu dalam sejam ke...

6) BERJALAN-JALAN KE SANA SINI 


Hah, lepas ni, sila duduk dendiam lepas makan ye. Jangan merayap sana sini.... 
Berjalan lepas makan dikatakan boleh menyebabkab sistem percernaan tidak dapat berfungsi untuk menyerap nutrisi makanan yang kita makan.

7) TERUS TIDUR

Memang best kan, lepas makan pakat carik bantal pulak... Mata berat semacam je, nak-nak kalau lepas bukak posa tu, seakan bantal melambai-lambai... Mata bagai digam-gam...

Lepas ni, kena buang la perangai tu. Bila kita terus tidur lepas makan, makanan yang kita ambik sebelum tu tak dapat dicerna/hadam dengan betul. Ini boleh menyebabkan gastrik dan jangkitan dalam usus.

sumber: google

Friday, 22 February 2013

Mudah Lupa? Ni Dia Tips Menguatkan Daya Ingatan

Hahahhaha....macam biskut kan...kejap ada...kejap takda....
Lama blog tak ber update... kesian...terabai sudah...

Ok, hari ni 22 Februari 2013, nak berkongsi sedikit knowledge sharing tentang cara-cara nak elak kita ni mudah lupa........
Almaklum la....sejak umur dah masuk late 20s ni....hehehheh...propa sungguh..... Tapi, betul la kan...makin meningkat umur, kesihatan tu kena la jaga lebih sikit, jaga makankan... Bila umur dah makin naik ni (ada ke umur makin turun???? heheheh...), memang diakui la ingatan pelan-pelan jadi slow la sikit... Zaman muda remaja dulu, kalau baca buku, sekali je boleh ingat semua point penting. La ni, hmmm...hazabedah sekali, nak ingat point muka pertama pun payah... Situasi ni memang paling terasa masa aku sambung belajar3-4 tahun lepas... seksanya nak ingat dan faham bila baca buku... ambil masa nak ingat.... So, moral of the story, adik-adik kat luar sana, masa tengah bergetah otak bersinar-sinar neuron-neuron otak tengah ligat tu, sila-silalah belajar ye bila berpeluang tu... jangan bila umur dah naik, baru sibuk...... Bulehhhh...tapi kena keje keras extra sikit la...

Pernah tak, satu hari kita dah fikir dah apa nak buat, alih-alih bila tiba masanya, eh, apa tadi yang aku kena buat? Aku kadang-kadang dah plan baik punya ambik sesuatu, bila sampaikan tempat tu, tiba-tiba blur..apa nak buat...apa nak ambik. rasanya nak buat sesuatu kat sini tadi. puas la fikir tapi tak ingat jugak........ sedangkan tadi dah terfikir dah apa bendanya yang kita nak buat nanti.... #lupa..

Kalau dulu-dulu, pelupa ni dikaitkan dengan orang-orang yang dah berumur je. Tapi sekarang ni orang muda pun ramai dah lemah ingatan atau mudah lupa. Orang tua-tua kata sebab banyak minum/makan makanan dan minuman ada semut....

Sumber: Berita Harian, 14 Februari 2013
Ada 12 makanan yang dikatakan mampu meransang dan menguatkan daya ingatan kita:


Apa ni anak-anak? Ye...sayur popeye....aka sayur bayam.... Dulu kecik-kecik, mak selalu cakap, kalau nak kuat macam popeye, kena makan sayur bayam... Ooo...rupanya, bayam ni pun boleh kuatkan daya ingatan.... Rugi pulak sekarang ni takda kartun popeye kat tv kan...kalau tak lagi senang kerja mak-mak nak suruh anak-anak memasing makan sayur.... Ye la, sapa tak nak kuat kan......

Hari tu masa cuti-cuti Malaysia, kat legoland, ada seorang budak ni nak main satu game tu tapi tak boleh sebab tak cukup tinggi. Tau apa mak dia kata kat anaknya, "tu la, ibu suruh makan sayur tak mo, sebab tu la tak tinggi"..... hehehehe....

Ok, dikatakan, bayam yang diambil tiga kali sehari boleh mengembali dan menajamkan ingatan kita. Pasai apa, daunnya yang warna gelap tu mempunyai kandungan mineral dan vitamin (E dan K) yang tinggi.


Sungguh mengujakan sekali warnanya... yummyyyyy.... Buah beri juga termasuk dalam senarai makanan yang boleh membantu menguatkan fungsi otak kita. Semua jenis beri, termasuk strawberi, beri hitam, rasberi, kranberi, beri biru, ceri.

Ha....yang ni mesti ramai tahu, elok untuk otak kita. Makan kismis bagus. Boleh je sama ada makan begitu saja atau dimasukkan dalam masakan, macam nasi minyak kan ada kismis. Ikut selera masing-masing. Dikatakan terdapat zat besi dalam kismis, yang membina darah memastikan bekalan oksigen yang cukup disalurkan ke otak. Bila oksigen kurang, nanti kita cepat mengantuk, lembap, pelupa atau lemah dalam berfikir. Tu pasal kanak-kanak digalakkan makan kismis untuk daya ingatan yang kuat.  


ohhh...yang ni sedap ni kalau letak banyak-banyak dalam masakan. Rasa berangin je nanti.
Halia dikatakan bagus untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Boleh dimakan mentah sebagai ulam atau letak dalam masakan. Selain itu, bagus jugak untuk merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Nak tau macamana kekdahnya, sila-silalah google ye.... 

Ini kacang merah. Kalau makan pau, suka pau kacang merah...sedappp.... Errkkk.. teringin pulak nak makan pau yik mun...dulu ada jual kat petronas p9, tak pasti pulak sekarang ada lagik ke tidak. Dah lama tak tengok. Kacang merah mengandungi vitamin B1 yang diperlukan untuk otak terutama bagi proses sintesis asetilkolina mempengeruhi ingatan dan kekurangannya. 


Telur bermanfaat menambah kekuatan otak sebab ia lengkap dengan segala protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan aktif tambahan. Huh, banyak tu zatnya.... Tu belum campur tang kuning telur. Bahagian kuningnya pula mengandungi banyak zat (kolin) yang membantu perkembangan memori dan daya ingatan serta boleh mengatasi masalah lemah tenaga batin fizikal dan minda.


Madu itu manis...............
Madu hat yang makan tu la....bukan madu bermadu tu.....hehehhe....
Ia sangat berkhasiat, ada macam-macam jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik, enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan minda. Nampaknya kena mula makan balik madu ni...Dah lama betul tinggal. Lepas ni dengan Nurin hana, dengan sugar hubby, semua kena makan ni. Masa Nurin hana kecik-kecik, tiap-tiap hari bagi dia makan madu, supaya antibody badannya kuat. Tak tau appasal berhenti bagi dah...Hmmmm...

Madu ni jugak ada pelbagai zat galian macam kalisum, sulfur, fosforus dan lain-lain yang baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Dikatakan juga madu boleh merawat penyakit mental, hindarkan kepenatan otak bekerja.
Disyorkan minum 2 sudu teh madu pada pagi dan malam atau dimasukkan dalam minuman.

Sapa suka salmon, angkat tangan.......!!!! Selepas ni, korang boleh teruskan makan dan sesiapa yang tak suka boleh cuba-cuba makan. Sebabnya, ikan salmon berlemak dikatakan makanan berkhasiat untuk otak kerana kaya lemak omega 3 DHA dan EPA. Penting untuk meransang pertumbuhan dan perkembnagan fungsi otak.

Penggemar coklat boleh senyum lebar lepas ni.... Ya...makanan kesukaan ramai ni banyak kelebihannya. Kandungan aktioksidanya meransang aliran darah ke otak. Dan ini membolehkan otak lebih berfungsi menerima data. Kandungan kafein yang ada dalam coklat pula akan menajamkan minda. Disyorkan amal sekurang-kurangnya satu pertiga auns sehari.   

Dua jenis nutrisi ini iaitu susu dan yogurt penting bagi pertumubuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim sebab makana daripada produk susu mengadungi protein dan vitamin B yang tinggi. Kedua-duanya mengadungi protein dan karbohidrat yang bertukar sebagai sumber tenaga bagi keperluan otak. 

Kedua-duanya juga, membantu menajamkan ingatan, bekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air, yang bagus untuk meransang pertumbuhan badan dan otak.Disyorkan sekurang-kurangnya minum segelas susus pagi dan malam kerana khasiat untuk kesihatan umum.

Oat, makanan kegemaran ketika bersahur di bulan puasa. Makan oat boleh bantu kita rasa lebih kenyang. Ok, oat sebenarnya kaya dengan sumber vitamin E, B dan potassium, omega 3, folat dan kalsium yang berupaya menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat mengandungi serat yang membantu otak berfungsi dengan baik.

Tuesday, 6 November 2012

Tips: Mari Jimat Masa Di Dapur....



Kebanyakan kita ni, balik je kerja, letak beg, tak sempat nak bernafas rehat, tanpa sempat tukar uniform pun terus sarung apron, ... Terus berperang kat dapur..kelekang kelekung..kelekang kelekung... Sambil-sambil main masak-masak tu, sempat lagi pegi masukkan kain baju kotor dalam mesin basuh... Bayangkan, tu pakat ada dua tangan dua kaki...... Kata orang masa tu kan emas... mana yang sempat tu, kita buat la... Multitasking gituuuu.... 

Okay, ni ada satu artikel nak dikongsikan tentang macamana kita nak jimatkan masa kat dapur tu. Maknanya, masuk je dapur dah boleh start masak... tak perlu nak buat yang basic-basic preparation to cook tu... Kekdahnya, kita siap sediakan apa yang patut lebih awal dulu....

(Sumber: NST 10 okt 2012)
1) Be Prepared. 
Siap sedia lebih awal..... antaranya, stok bahan mentah atau benda yang digunakan untuk masak tu dah tersedia dalam fridge atau pantry. Bukannya bila nak masak, baru pegi beli.. So, kena pastikan senarai barang-barang nak beli masa shopping tu ada. Dalam situasi aku, rumah jauh bukan main dari kedai runcit so kalau asam keping habis la contohnya, takkan la cik abe nak start enjin kereta gi belik asam keping semata...tu buang minyak namanya... solution? tak payah bubuh asam keping...hehehehe... 

Artikel tu jugak nasihatkan untuk guna peralatan memasak/dapur yang bagus sebab katanya walaupun mahal sikit tapi boleh bantu kita sediakan makanan dengan lebih cepat dan jimat masa. Yang ni tak pasti pulak aku... Mungkin dimaksudkannya macam mikrowave tu kot... 

Tempat penyimpanan bahan masak pun kena tersusun, dilabel secara kemas. So, senanglah nak cari bila kita nak guna. Kan dah jimat masa tu... Bukannya sampai kena punggah satu fridge/pantry nak mencari satu bahan je pun... Tu buang masa..dah la punggah tadi dah ambik masa, nak kemas pun satu hal lagi....

2) Plan Out Meals With Calendars Or Menu Planners.
Hahahhaha.....jangan tiru macam aku...bila petang baru fikir apa nak masak balik keje nanti. Paling teruk, dah masuk dapur, check-check apa ada, baru decide nak masak apa... Tapi masak untuk dua orang plus satu budak kecik, tak la susah sangat nak fikir... Biasanya ikut selera budak kecik tu la...

Menurut artikel ni, bila kita duk tercangak-cangak, terfikir-fikir apa nak masak, melambatkan lagi proses nak masak. Cadangannya, kita gunakan kalendar dan catatkan apa makanan yang disukai oleh setiap orang dalam rumah dan dari situ boleh plan masak apa. Letakkan jugak hari-hari yang kita tak perlu masak, maknanya makan luar la.... Bagaimanapun, kesesuaian menu yang kita nak masak untuk satu-satu hari tu jugak bergantung kepada bahan masak yang tersedia kat dapur. Paling penting, menu sihat...

3) Use The Internet...
Ini aku selalu guna.... lagi mudah..type je resepi apa kita nak...berderet macam-macam resepi keluar...
Cara ni digunakan bila kita tak tau apa nak masak, dan bergantung pada bahan masak yang kita ada, cari dalam internet resepi yang menggunakan bahan-bahan tu... So boleh pilih mana yang sesuai dan kita rasa mesti sedap punyaaaa.... 

4) Take Out Supplies Beforehand...
Sebelum kita tidur malam atau keluar rumah pergi keje tu, disarankan untuk keluarkan peralatan-peralatan dapur dan bekas-bekas rempah ratus letak setempat. Bila nak masak, semua dah ready, tinggal capai je... 
Meja makan pun boleh siap awal-awal, dalam artikel ni kata boleh minta anak kita untuk bantu. Tapi pada aku, takpun minta je tolong enche hubby terchenta...apa salahnya tolong isteri kan...nak makan sedap kan...nak makan cepatkan... so, meh la ringankan tulang tolong apa patut.

5) Pre-Cut And Place In The Fridge For Storage
Untuk jimat masa, potong siap-siap sayur atau bahan-bahan masak yang lain, bahagi-bahagikan ikut berapa banyak yang kita nak pakai dan simpan dalam bekas bersih dalam peti sejuk. Kalau kekdah aku, bila beli bahan mentah untuk masak, macam ayam ikan daging udang semua, aku akan siang siap-siap, basuh bersih-bersih dan simpan dalam bekas yang dibahagikan beberapa bahagian. Satu bekas untuk digunakan satu kali masak. So, senang keje, hanya perlu thaw je... 
Satu lagi, kalau ikut kekdah makcik aku, dia akan blend siap-siap campuran bawang merah, bawang putih untuk guna masa menumis dan simpan untuk stok contohnya seminggu. 

6) Make Seasonings In Advance...
Disarankan untuk mana-mana masakan yang guna campuran rempah dan perasa, boleh asing dan siapkan awal-awal, letak dalam bekas. Bila nak guna esoknya, senang.

7) Save Time With Slow Cooker Recipes..
Menurut artikel ni, untuk daging yang liat biasanya tu, masak resepi guna slow cooker. Masukkan je bahan-bahan sepatutnya dan slow cooker akan buat kejenya sendiri. Lebihan masakan tu boleh digunakan untuk digunakan dalam resepi lain pulak... Aku takda slow cooker, so tak reti lah macamana kekdah penggunaannya...

8) Prepare Meals In Batches And Freeze...
Penulis artikel ni sarankan mana-mana resepi masakan yang sesuai, biasanya  western style seperti lasagna, pie dan casseroles boleh disediakan lebih awal dan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Masak satu bahagian untuk kegunaan malam tu dan simpan selebihnya untuk guna kemudian.


So? Tips dah bagi..apa lagi...bolehlah praktikkan mana yang sesuai... bukan untuk sapa pun, untuk kesenangan kita jugakkan...bila balik keje tu taklah terkejar-kejar semua nak buat...kita kena akui, kita ni hanya ada dua tangan, dua kaki... Masa yang terhad mulai sampai ke rumah dari opis hingga masuk tido tu, gunakanlah sebaik-baiknya seperti luangkan masa dengan anakanda (selalu rasa bersalah sangat...dapat luang masa singkat je...).. jugak dengan enche hubby....

Kita ni walau diberi masa 24 jam sehari pun, rasa macam tak cukup je kan...  Macam-macam nak buat la kononnya.....sampai tak sempat tu, tak sempat ni... Agaknya, mesti best kalau ada 30 jam sehari, mesti boleh buat macam-macam....Hahahahha... Iyo la tu.... samalah jugak kekdahnya...

Friday, 21 September 2012

Friday, 13 July 2012

Jom Tengok Jangka Hayat Barang Kosmetik

Knowledge Sharing................ (sumber: BH, 4 Jun 2012, Buletin Pengguna Jan 2009)
(sumber: achik google)

Artikel yang amat berguna terutama kepada mereka yang bergelar wanita sama ada adik, ahkak-ahkak, makcik-makcik yang suka bermain dengan kaler aka mekap di muka .... (err...mungkin sesuai jugak utk para pria yang suka jugak.... ^____^)
(sumber: achik google)
  

Antara yang menarik:

Katanya, semua barangan kosmetik tak harus digunakan lepas 3 tahun tarikh pembuatan. Tapi....hah..ada tapinya jugak...jangka hayat sebenar bergantung kepada kandungan bahan kimia dan bahan pengawetnya.
Cuba tengok kat kotak alat mekap tu biasanya ada tertulis tarikh pembuatan tu. Boleh la kira 3 tahun tu, dah expired atau belum... Boleh la jadikan habit untuk check tarikh ni...

Jangka hayat barang kosmetik (andaian digunakan dan disimpan dalam keadaan yang disyorkan..):
1) mascara - 3-6 bulan. 
Perlu guna 3-6 bulan lepas dibuka. 
Sebabnya, berus mascara yang dicelup banyak kali dalam bekas boleh tinggikan lagi risiko pencemaran.

2) moisturizer - 3-12 bulan
Umumnya,moisturizer perlu guna ikut jangkamasa dicadangkan, terutama yang ada minyak atau ekstrak tumbuhan. Sebabnya, bahan organik macam extra tumbuhan akan hilang fungsinya beransur-ansur.

3) bedak asas - tanpa minyak (12 bulan). Pelembap, krim/bedak asas padat/kompak (18 bulan). Yang tanpa miyak, jangka hayatnya pendek sebab cepat kering berbanding bedak asas lain. 
Bedak kompak pula mungkin akan alami kekeringan lebih awal sebab bercampur dengan minyak semulajadi daripada kulit yang tertinggal pada span yang digunakan.

4) Loose powder - 2 tahun. 
Biasanya boleh simpan sampai 3 tahun dari tarikh pembuatan tapi lepas 2 tahun bedak mungkin kering dan tak selembut dulu.

5) Concealer - 12-18 bulan. 
Jenis batang adalah concealer tahan paling lama. Kita boleh tau dia dah expired bila jadi kering dan tak lembut lagi masa guna. Jenis cecair pulak akan terpisah dan berketul-ketul bila expired.

6) blusher - 2 tahun. Krim pemerah pipi, 12-18 bulan
Lepas 2 tahun, blusher mungkin jadi lebih kering dan seakan-akan licin sebab campuran minyak daripada kulit. Warna jugak akan berubah. Krim pemerah pipi lebih pendek jangka hayat sebab ada emulsi yang tak stabil.

7) eye shadow - 2 tahun. Jenis krim pulak 12-18 bulan. 
Berbeza jangka hayat sebab eye shadow dari jenis berpigmen, yang krim pulak ada emulsi tak stabil macam kat krim pemerah pipi tu.

8) eyeliner dan lip liner - 2 tahun. 
Boleh tahan lama sebab kerap ditajamkan so pertumbuhan bakteria terhad.

9) Lipstik - 2 tahun
Boleh tahan lama sebab formula campuran pigmen dan lemak. Kalau nampak buih-buih atas lipstik tu, tak bermakna dah rosak, tapi adalah titisan kelembapan yang boleh dilap.

10) Lip gloss - 18 bulan- 2 tahun. 
Tak boleh tahan lama macam lipstik sebab formula pembuatan berbeza. Dikatakan sangat terdedah dengan pencemaran abkteria sebab ada kelembapan tinggi. 

Thursday, 3 November 2011

PETUA 8P PERKAHWINAN BAHAGIA

(image: cik google)
1) PUJIAN

Setiap pasangan perlu memuji antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan seperti masakan dan penampilan pasangan anda

2) PELUKAN

Hasil dari kajian ahli psikologi mendapati dengan pelukan dapat memberi semangat dan memberi ketengan kepada pasangan sepanjang hari

3) PENGHARGAAN

Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal.

4) PERHATIAN

Kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5) PERSEFAHAMAN

Adalah mustahil untuk kita sentiasa memahami sifat atau perangai pasangan kita. Persefahaman akan dapat dicapai apabila kita dapat duduk berbincang dan sikap toleransi antara satu sama lain.

6) PERGAULAN

Pergaulan yang dimaksudkan di sini ialah pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas.

7) PERCUTIAN

Kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang juah daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) PERMOHONAN

Iaitu berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

sumber: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Monday, 3 October 2011

Meraih perhatian si kecil

(sumber: Utusan Malaysia, 22 Sept 2011)

Kesibukan ibu bapa berkerja kerap kali membuatkan masa untuk berada di sisi anak-anak begitu terbatas.

Maka tidak hairanlah apabila si kecil lebih mesra dan selesa dengan pembantu rumah atau adik beradiknya yang lain berbanding dengan ibu bapa sendiri.

Mengimbangi keadaan itu banyak cara boleh dilakukan bagi 'membayar balik' masa bersama anak-anak yang hilang disebabkan kesibukan bekerja di pejabat.

Antara tip mudah yang boleh dilakukan:


1) Jangan bawa balik kerja ke rumah


Ketika di rumah, masa ibu bapa sepatutnya milik penuh anak-anak bukannya membuat kerja-kerja pejabat yang dibawa pulang.
Sebaiknya luangkan masa sepenuhnya untuk bermesra dan bergurau senda dengan anak-anak.

Hmmm...kengkadang kesibukan di opis sambung menyambung ke rumah. Berangkut bagai semua kerja-kerja opis tu buat kat rumah. Kesian anak kan....dahlah kita takda kat rumah sehari suntuk, bila dah ada depan depa pun, kita still sibuk nak buat kerja opis lagi. Sebab tu, aku kalau bawka kerja opis balik aku akan buat lepas dia tidur atau.....tak buat terus sebab aku dah tertidur masa nak tidurkan dia....

2) Keluar bersiar-siar


Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan bawalah anak-anak keluar. Banyak yang boleh dituju atau dilakukan seperti keluar makan, ke taman permainan, bermain di pantai, berkunjung ke zoo atau muzium. Lebih bagus kalau tempat atau aktiviti yang mahu dilakukan sesuatu yang disukai anak-anak. Apa yang penting aktiviti itu dilakukan hanya membabitkan ibu bapa dengan anak-anak.

Ni aktiviti yang selalu dipraktikkan. Bila weekend, bawak Nurin hana breakfast kat kedai. Sesekali pegi jogging kat taman sama-sama. Bawak main kat taman. Pergi jalan-jalan makan angin. Penting tu, supaya dia tak terperap dalam rumah je. Terbuka minda. Dahlah kat rumah tu bila toleh kanan nampak papa, toleh kiri nampak ibu. Pendek kata pergilah sudut manapun dalam rumah, memang nampak ibu dengan papa je la... Kalau ada adik, bolehlah main-main dengnan adik kan...Apa nak buat, belum rezeki nak tambah ahli keluarga...

3) Minta bantuan si kecil


Ibu bapa sering menyuruh anak-anak bermain sendiri supaya mereka tidak menganggu ketika ibu bapa sedang sedang bercakap di telefon atau ketika sedang memasak di dapur.
Jadi supaya si kecil tidak menjadi 'pengganggu' sekali gus tidak membuatkan diri mereka berasa kurang penting, libatkan mereka dalam kegiatan anda yang tidak terlalu rasmi.
Antaranya, seperti meminta mereka bersama-sama membantu mencuci kereta, berkebun, mengemas rumah atau membantu memasak di dapur.
Ini akan membantu membenihkan rasa percaya pada diri sendiri kerana dengan cara sedemikian anak akan berasa dihargai atas usahanya.

Yes, anak-anak memang suka kalau kita libatkan dia dalam semua aktiviti yang kita lakukan. Lagipun, elok untuk didik dari kecil untuk tolong ibu bapa kan. Melentur buluh biarlah dari rebung. Nurin hana memang suka benar kalau dapat tolong kitorang. Antara part yang paling dia suka adalah, cuci pinggan dan cawan. Bukan pinggan dan cawan kaca ye, plastik je. Sebijik cawan akan mengambil masa seperti membasuh berbijik-bijik cawan. Main air la...apa lagi.. Tapi, at least, ada usaha di situ untuk tolong basuh kan... Nurin hana pun dah pandai lipat kain baju dia, dek gara-gara selalu benar tolong kitorang. Walaupun tak kemas mana macam yang kita buat tapi pujian tetap diberikan sebagai tanda penghargaan. So, next time dia akan tolong lagi...

4) Hadiah


Tidak harus selalu memberikan hadiah untuk membuat anak gembira. Sebaliknya, pelukan, ciuman, pujian, belaian dan sentiasa berada di sisinya merupakan hadiah yang luar biasa yang boleh diberi oleh oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Secara emosi, pelukan, ciuman, pujian dan belaian akan membekas di benak anak dan membuatkan si kecil selalu mengingati dakapan hangat ibu bapa mereka.
Mereka akan berasa dilindungi secara fizikal mahupun emosi.

Setuju sesangat. Hadiah paling best untuk anak adalah pelukan, ciuman, pujian dan sewaktu dengannya. Lagipun, masa kecik ni la kita boleh nak peluk-peluk dan cium selalu. Esok dah besar, tak nak nya dia. Tapi, apa salahnya pun kalau dah besar panjang pun, masih lagi dipeluk dan dicium oleh ibu bapa.
Aku percaya, anak yang selalu dipeluk dengan penuh kasih sayang, akan lebih mendengar kata (dalam erti kata lain, tak degil la...).

Thursday, 30 June 2011

Tips: Teh dan kecantikan

Wahhh...rupanya bagus la teh hitam yang kita selalu minum tu. Selain dibuat minuman, teh hitam tu juga banyak khasiatnya. Bagus..bagus...Biasanya kalau lepas minum, kita akan buang uncang teh tu kan. Bak pepatah, habis manis, sepah dibuang.

Lepas ni nampaknya cepatlah habis stok uncang teh dalam rumah ni....

Jom kita tengok apa khasiat dan kegunaan teh hitam ni....

1) Boleh digunakan sebagai penyental atau pupur untuk menyegarkan kulit. Teh hitam yang sudah dihancurkan dan dibancuh dengan beberapa bahan lain seperti krim pelembap boleh dijadikan pupur serta disapukan rata dan di urut pada kulit wajah mahupun seluruh tubuh. Amalan itu boleh membantu anda memiliki kulit yang mulus dan halus. Antioksidan bersama vitamin E yang ada dalam teh akan membantu menanggalkan sel kulit mati manakala dengan kaedah urutan yang lembut dan betul, khasiatnya akan terus meresap ke dalam kulit dan melancarkan perjalanan darah serta membuatkan kulit berseri dan sihat.

2) Mengembalikan kesegaran tubuh. Pertama sekali, sapukan tubuh anda dengan krim susu dan sebaik saja ia meresap ke dalam kulit, bolehlah berendam dalam tab mandian yang berisi air teh hitam selama 20 minit. Detik itu akan membuatkan perasaan anda dibuai rasa nyaman dan rehat yang cukup menyenangkan manakala minda berserabut perlahan-lahan kembali segar.

3) Begitu juga untuk wajah, jika ada jerawat timbul cara mudah untuk atasi ialah merendamkan uncang teh hitam dalam air panas selama beberapa minit. Tanggalkan uncang berkenaan dan ketika masih panas letakkan teh itu terus pada bahagian kulit wajah yang tampak cela, antara lima hingga 10 minit. Jangan bilas teh yang diletakkan pada tanda cela itu kerana ia akan berterusan ‘memerangi’ masalah itu sepanjang hari.

4) Teh hitam juga amat ajaib sebagai astringen atau bahan yang boleh mengecutkan tisu dan saluran darah bagi pengawalan pengaliran darah. Apa yang perlu anda lakukan ialah bancuh air teh dan percikkan pada wajah sama ada dalam keadaan air teh itu sejuk atau suam.

5) Cara lain yang boleh dibuat bagi menyegarkan wajah dan tampak muda ialah mencampurkan daun teh yang sudah diramas ke dalam krim wajah. Kemudian, urut perlahan-lahan wajah mengikut teknik putaran yang betul.

6) Membantu anda rambut yang cantik, tampak hitam dan berkilauan meskipun kesannya tidak lama ia mampu meningkatkan daya penampilan. Syampu rambut seperti biasa, kemudian bilas dengan air biasa. Seterusnya, bilas dengan air teh hitam yang sudah direndam. Biarkan sekurang-kurangnya lima minit dan perah air daripada rambut. Keringkan rambut secara semula jadi dan anda boleh perbezaannya.

7) Bagi yang mempunyai bahagian bawah mata yang gelap dan sembab atau berasa pancaindera itu amat letih, boleh juga memanfaatkan teh hitam. Caranya, begitu mudah iaitu dengan meletakkan uncang beg teh hitam pada bahagian berkenaan dan jangan terkejut, masalah itu dapat diatasi dengan cepat. Kaedah itu bukan saja membuatkan mata segar tetapi turut membantu melambatkan timbulnya garis-garis halus pada bahagian bawah mata.

8) Teh hitam boleh ‘menyelamatkan’ keadaan kaki anda yang berasa letih atau tertekan terutama apabila berjalan jauh. Isikan air suam dalam bekas dan campurkan air teh hitam. Rendamkan kaki anda antara 10 hingga 20 minit dalam air teh itu. Oleh kerana teh juga mempunyai anti fungus, rendaman itu turut membantu anda memiliki kaki yang cantik dan sihat.

9) Melembapkan bibir. Gunakan uncang teh untuk membersihkan bibir selama lima minit dan bibir tidak perlu dibilas.

10) Mengatasi bau mulut. Teh juga digunakan untuk mengatasi bau mulut. Caranya ialah menjadikan teh sebagai ubat berkumur.

11) Menyejukkan kulit. Mendinginkan kulit yang terbakar sinar matahari. Caranya ialah dengan merendamkan beberapa uncang teh dan biarkan sejuk setelah itu tampal uncang teh pada bahagian terbakar sinar matahari.

12) Mengatasi luka bakar ringan. Caranya sama untuk mengubati kulit terbakar sinar matahari iaitu dengan merendam satu uncang teh dan biarkan sejuk dan tampalkan pada bahagian yang terkena.

13) Mengatasi uban. Caranya rendam tiga uncang teh dalam satu cawan air mendidih. Tambahkan satu senduk makan rosemary yang dikeringkan. Biarkan semalaman dan tapis. Untuk menggunakannya ialah seperti menyapu syampu rambut seperti biasa, lalu tuangkan campuran teh pada rambut. Pastikan semua rambut dibasahi teh. Selepas semua dibasahi oleh teh, jangan dibilas dengan air tetapi keringkan dengan tuala. Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

14) Meredakan gusi berdarah. Jika gusi anak berdarah kerana gigi sulungnya patah, hentikan pendarahan dan redakan sakit dengan cara, basahi uncang teh dengan air sejuk. Tekankan langsung pada bahagian yang terkena

Sesungguhnya kecantikan itu milik semua.....:-)

(Sumber: Berita Harian)

Tuesday, 31 May 2011

Tips Bertemu Bos - buku nota

Ini adalah tips yang aku pelajari masa mula-mula masuk kerja dulu.

Sebelum tu aku nak tanya, apa benda penting yang kita kena bawak atau ada masa pergi jumpa bos? Atau adakah kita melenggang kangkung ke bila dipanggil?

Handphone? Yelah, zaman sekarang ni handphone umpama nadi kehidupan. Tak boleh berenggang langsung. Berkepit je ke hulu ke hilir. Couple pun tak begitu intim sbb ada orang sampai dalam toilet pun boleh guna Handphone sambil melepaskan hajat...
Tapi, Handphone bukan jawapannya.

Sebenarnya adik-adik, silalah bawa BUKU NOTA apabila dipanggil menghadap bos. Diulang tulis semula, BUKU NOTA atau mat saleh panggil NOTE BOOK. Janganlah masuk bilik bos buta-buta macam tu je.(dah bawa buku tu, janganlah pulak tinggalkan pen/pensil...nanti terpaksa pulak, "excuse me bos, may i borrow your pen please.."). Tak payah buku besar-besar, yang kecil pun okay, janji yang korang selesa untuk tulis.

Ramai generasi adik-adik junior sekarang yang lupa tentang kepentingan membawa buku nota tu. Bos suka kalau kita catit apa point-point penting yang dia cakap, terutama arahan-arahan tugas yang diminta untuk kita buat. Ala...macam kalau kita order makanan kat kedai, kan tak best kalau kita prang pung prang pung order macam-macam, waiter/s tu tak tulis apa pun, main ingat kat kepala je. Mesti ada yang tertinggal atau tersalah nanti kan...

Macam tu jugak, kalau bos bagi arahan, jangan main ingat kat kepala je. Dah tentu bolah terlupa punya. Yelah, banyak benda kita nak kena buat kat ofis kan. Di sinilah pentingnya kita tulis kat buku. Insyallah, tak lupa punya sebab hari-hari kita akan buka buku tu kan..untuk semak apa yang patut.

Oh ya, kemahiran ambil short hand tak diperlukan kat sini ye, so jangan bimbang. Yang penting boleh tulis dengan laju cara masing-masing, lepas tu boleh faham dan baca apa yang ditulis. BTW, aku respect dengan orang yang boleh tulis dengan kemas masa ambil catatan bos (kecuali secretaries/P.A). Kalau aku, tulisan doktor pun kalah...Lepas tu, mula pening nak baca balik apa yang aku tulis...hahh..haha...

Dan, biasakan juga diri untuk mengulang semula arahan-arahan yang telah diberi oleh bos tadi, untuk pastikan pemahaman kita betul dan lebih jelas. Sedia fahamlah, kadang-kadang, mula-mula cakap macam ni, 5 minit lepas tu macam tu pulak. So, kepastian tu penting okay.. 

So, apa lagi, mana-mana yang takda buku nota lagi, pergilah beli satu. Takpun kalau nak jimat, rembat je lah buku jabatan..untuk tugasan rasmi kan...

p/s: so far, belum pernah nampak lagi orang ambil catatan bos guna ipad bagai...