Thursday, 30 June 2011

Tips: Teh dan kecantikan

Wahhh...rupanya bagus la teh hitam yang kita selalu minum tu. Selain dibuat minuman, teh hitam tu juga banyak khasiatnya. Bagus..bagus...Biasanya kalau lepas minum, kita akan buang uncang teh tu kan. Bak pepatah, habis manis, sepah dibuang.

Lepas ni nampaknya cepatlah habis stok uncang teh dalam rumah ni....

Jom kita tengok apa khasiat dan kegunaan teh hitam ni....

1) Boleh digunakan sebagai penyental atau pupur untuk menyegarkan kulit. Teh hitam yang sudah dihancurkan dan dibancuh dengan beberapa bahan lain seperti krim pelembap boleh dijadikan pupur serta disapukan rata dan di urut pada kulit wajah mahupun seluruh tubuh. Amalan itu boleh membantu anda memiliki kulit yang mulus dan halus. Antioksidan bersama vitamin E yang ada dalam teh akan membantu menanggalkan sel kulit mati manakala dengan kaedah urutan yang lembut dan betul, khasiatnya akan terus meresap ke dalam kulit dan melancarkan perjalanan darah serta membuatkan kulit berseri dan sihat.

2) Mengembalikan kesegaran tubuh. Pertama sekali, sapukan tubuh anda dengan krim susu dan sebaik saja ia meresap ke dalam kulit, bolehlah berendam dalam tab mandian yang berisi air teh hitam selama 20 minit. Detik itu akan membuatkan perasaan anda dibuai rasa nyaman dan rehat yang cukup menyenangkan manakala minda berserabut perlahan-lahan kembali segar.

3) Begitu juga untuk wajah, jika ada jerawat timbul cara mudah untuk atasi ialah merendamkan uncang teh hitam dalam air panas selama beberapa minit. Tanggalkan uncang berkenaan dan ketika masih panas letakkan teh itu terus pada bahagian kulit wajah yang tampak cela, antara lima hingga 10 minit. Jangan bilas teh yang diletakkan pada tanda cela itu kerana ia akan berterusan ‘memerangi’ masalah itu sepanjang hari.

4) Teh hitam juga amat ajaib sebagai astringen atau bahan yang boleh mengecutkan tisu dan saluran darah bagi pengawalan pengaliran darah. Apa yang perlu anda lakukan ialah bancuh air teh dan percikkan pada wajah sama ada dalam keadaan air teh itu sejuk atau suam.

5) Cara lain yang boleh dibuat bagi menyegarkan wajah dan tampak muda ialah mencampurkan daun teh yang sudah diramas ke dalam krim wajah. Kemudian, urut perlahan-lahan wajah mengikut teknik putaran yang betul.

6) Membantu anda rambut yang cantik, tampak hitam dan berkilauan meskipun kesannya tidak lama ia mampu meningkatkan daya penampilan. Syampu rambut seperti biasa, kemudian bilas dengan air biasa. Seterusnya, bilas dengan air teh hitam yang sudah direndam. Biarkan sekurang-kurangnya lima minit dan perah air daripada rambut. Keringkan rambut secara semula jadi dan anda boleh perbezaannya.

7) Bagi yang mempunyai bahagian bawah mata yang gelap dan sembab atau berasa pancaindera itu amat letih, boleh juga memanfaatkan teh hitam. Caranya, begitu mudah iaitu dengan meletakkan uncang beg teh hitam pada bahagian berkenaan dan jangan terkejut, masalah itu dapat diatasi dengan cepat. Kaedah itu bukan saja membuatkan mata segar tetapi turut membantu melambatkan timbulnya garis-garis halus pada bahagian bawah mata.

8) Teh hitam boleh ‘menyelamatkan’ keadaan kaki anda yang berasa letih atau tertekan terutama apabila berjalan jauh. Isikan air suam dalam bekas dan campurkan air teh hitam. Rendamkan kaki anda antara 10 hingga 20 minit dalam air teh itu. Oleh kerana teh juga mempunyai anti fungus, rendaman itu turut membantu anda memiliki kaki yang cantik dan sihat.

9) Melembapkan bibir. Gunakan uncang teh untuk membersihkan bibir selama lima minit dan bibir tidak perlu dibilas.

10) Mengatasi bau mulut. Teh juga digunakan untuk mengatasi bau mulut. Caranya ialah menjadikan teh sebagai ubat berkumur.

11) Menyejukkan kulit. Mendinginkan kulit yang terbakar sinar matahari. Caranya ialah dengan merendamkan beberapa uncang teh dan biarkan sejuk setelah itu tampal uncang teh pada bahagian terbakar sinar matahari.

12) Mengatasi luka bakar ringan. Caranya sama untuk mengubati kulit terbakar sinar matahari iaitu dengan merendam satu uncang teh dan biarkan sejuk dan tampalkan pada bahagian yang terkena.

13) Mengatasi uban. Caranya rendam tiga uncang teh dalam satu cawan air mendidih. Tambahkan satu senduk makan rosemary yang dikeringkan. Biarkan semalaman dan tapis. Untuk menggunakannya ialah seperti menyapu syampu rambut seperti biasa, lalu tuangkan campuran teh pada rambut. Pastikan semua rambut dibasahi teh. Selepas semua dibasahi oleh teh, jangan dibilas dengan air tetapi keringkan dengan tuala. Lakukan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

14) Meredakan gusi berdarah. Jika gusi anak berdarah kerana gigi sulungnya patah, hentikan pendarahan dan redakan sakit dengan cara, basahi uncang teh dengan air sejuk. Tekankan langsung pada bahagian yang terkena

Sesungguhnya kecantikan itu milik semua.....:-)

(Sumber: Berita Harian)

Wednesday, 29 June 2011

Cerita Rabu

Hari ni hujan dari pagi tadi....sejuk...nyaman...tapi aku kat ofis, rasa panasss....almaklumlah..ada meeting pagi tadi...meeting yang semua orang tak nak masuk, kalau diberi pilihan...hah..hah...tapi mana ada pilihan camtu. Semua kena masuk beb...WAJIB....(siap ada yang saja plan meeting kat luar dengan agensi lain hari meeting ni sebab nak mengelak....pandai korang yeee...).

Okay, salah satu benda yang aku belajar kat sini dalam tempoh setahun dua bulan ni adalah belajar mengkebalkan diri termasuk telinga, jiwa, hati dan otak. Ya..itu resepi untuk terus bertahan.. Aku masih lagi dalam proses belajar ilmu tu....So disebabkan ilmu tak berapa nak ada, so hati tu lembut lagi la...Kalau kena laser, hati sayuuu...jauhhhhhh.....je....heh..heh.... Harapannya, tak lama lagi semakin kuat dan kental seterusnya kebal.....Strategi..strategi...

Semenjak dua menjak ni jugak, memang rasa busy sangat. Beban kerja tak lah bertambah banyak sangat..tapi kerja sedia ada tu bertambah mencabar bila sampai stage seterusnya....Lepas tu, meeting..meeting.... Kalau meeting yang aku organize, lagilah parah...nak kena siapkan minit pulak. Itulah skill yang sangat-sangat dah berkarat. Dah asah semula sejak masuk kerja ni, tapi tahap kekaratan masih tinggi lagi. Ke sebab dulu-dulu, minit anak buah yang ambil dan sediakan, pastu pass kat kita, kita semak dan amend apa yang patut...Hahhahh....hahaa...Hambik nko...sekarang ni walaupun gred dah up sikit, tapi kena buat kerja a sampai z jugak sebijik macam masa 41 dulu...Apo nak buek...lain tempat lainlah environment nya..

Mulalah aku rindukan ofis lama aku...rindukan anak-anak buah aku yang agak ramai dan sangat-sangat membantu. Walau kerja banyak, tapi boleh delegate separuh kat anak buah. :D. Boss...situ ada kosong lagi tak...?

Tuesday, 31 May 2011

Tips Bertemu Bos - buku nota

Ini adalah tips yang aku pelajari masa mula-mula masuk kerja dulu.

Sebelum tu aku nak tanya, apa benda penting yang kita kena bawak atau ada masa pergi jumpa bos? Atau adakah kita melenggang kangkung ke bila dipanggil?

Handphone? Yelah, zaman sekarang ni handphone umpama nadi kehidupan. Tak boleh berenggang langsung. Berkepit je ke hulu ke hilir. Couple pun tak begitu intim sbb ada orang sampai dalam toilet pun boleh guna Handphone sambil melepaskan hajat...
Tapi, Handphone bukan jawapannya.

Sebenarnya adik-adik, silalah bawa BUKU NOTA apabila dipanggil menghadap bos. Diulang tulis semula, BUKU NOTA atau mat saleh panggil NOTE BOOK. Janganlah masuk bilik bos buta-buta macam tu je.(dah bawa buku tu, janganlah pulak tinggalkan pen/pensil...nanti terpaksa pulak, "excuse me bos, may i borrow your pen please.."). Tak payah buku besar-besar, yang kecil pun okay, janji yang korang selesa untuk tulis.

Ramai generasi adik-adik junior sekarang yang lupa tentang kepentingan membawa buku nota tu. Bos suka kalau kita catit apa point-point penting yang dia cakap, terutama arahan-arahan tugas yang diminta untuk kita buat. Ala...macam kalau kita order makanan kat kedai, kan tak best kalau kita prang pung prang pung order macam-macam, waiter/s tu tak tulis apa pun, main ingat kat kepala je. Mesti ada yang tertinggal atau tersalah nanti kan...

Macam tu jugak, kalau bos bagi arahan, jangan main ingat kat kepala je. Dah tentu bolah terlupa punya. Yelah, banyak benda kita nak kena buat kat ofis kan. Di sinilah pentingnya kita tulis kat buku. Insyallah, tak lupa punya sebab hari-hari kita akan buka buku tu kan..untuk semak apa yang patut.

Oh ya, kemahiran ambil short hand tak diperlukan kat sini ye, so jangan bimbang. Yang penting boleh tulis dengan laju cara masing-masing, lepas tu boleh faham dan baca apa yang ditulis. BTW, aku respect dengan orang yang boleh tulis dengan kemas masa ambil catatan bos (kecuali secretaries/P.A). Kalau aku, tulisan doktor pun kalah...Lepas tu, mula pening nak baca balik apa yang aku tulis...hahh..haha...

Dan, biasakan juga diri untuk mengulang semula arahan-arahan yang telah diberi oleh bos tadi, untuk pastikan pemahaman kita betul dan lebih jelas. Sedia fahamlah, kadang-kadang, mula-mula cakap macam ni, 5 minit lepas tu macam tu pulak. So, kepastian tu penting okay.. 

So, apa lagi, mana-mana yang takda buku nota lagi, pergilah beli satu. Takpun kalau nak jimat, rembat je lah buku jabatan..untuk tugasan rasmi kan...

p/s: so far, belum pernah nampak lagi orang ambil catatan bos guna ipad bagai...

Wednesday, 18 May 2011

Dalam Hati Ada Taman....

Diam tak diam, hampir sebulan lebih tiada entry dari "rumah" ni. Selalu jenguk, tapi tak sempat nak buat apa.  Kesian "rumah" ni, penuh bersawang dah.......

Okay, entry kali ni khusus untuk seseorang...

Sebenarnya, memang agak lewat untuk aku ucapkan trillion thank you, terima kasih kepada my darling, en asrul. Tapi, better late, than never...

Apa yang dilakukannya semasa mother's day tempohari, sangat-sangat menyentuh perasaan. Walaupun ianya suatu yang sangat simple, tapi amat manis dan berharga sekali. Tak perlu seutas rantai, mahupun sebentuk cincin berlian, cukup sekadar memasak nasi goreng untuk sarapan pagi. Tentunya mengujakan menikmati air tangan si dia. 

Juga makan tengahari di tempat yang dah lama aku teringin nak pergi, dek penangan red velvet cake. Ya, dah lama aku mengidam nak makan kek tu. Dan, di sini yang aku tahu, kek tu hanya ada terjual kat little white cafe. Tak terduga, yang aku akan dapat menikmati keenakan kek tu, juga makan tengahari yang lazat.

Tak cukup dengan itu, kuntuman bunga mawar menyusul selepas itu. Rasa nak menitik air mata tatkala nurin hana menyerahkan bunga tu, sambil mengucapkan "ibu, selamat hari ibu...." bersama en asrul. Sebenarnya, tak perlu hadiah mahal, cukup sekadar ucapan tulus dari insan-insan yang aku sayang, bisa membuatkan aku bahagia dan gembira. Hadiah pula adalah umpama bonus.

Biarpun di mata orang lain, apalah sangat semua tu, tapi padaku, apa yang dilakukan oleh en asrul amat mahal harganya dan menyentuh perasaan. Itulah dia, en asrul dan sisi romantiknya.....

 hasil tangan nurin hana, bekas potpuri

Wednesday, 13 April 2011

Makan-Makan Session Lab Members @ Sari Ratu Kelana Jaya


Setelah 6 minggu dalam Lab, akhirnya tiba juga ke penghujungnya. So, untuk meraikan penat lelah kitorang selama 6 minggu tu, Lab aku telah pergi horey-horey dengan makan-makan session. 

Tempat pilihan, di Sari Ratu, Kelana Jaya. Salah seorang kawan Lab, pn najihah yang arrange semuanya. Tau-tau je, makan bila sampai kat restoran tu. Thanks pn najihah, bersungguh-sungguh merealisasikan makan-makan session ni supaya sukses, sampaikan kami rasa bagaikan makan di rumah pn najihah pulak..heh..heh...
Seawal jam 11 pagi, kami dah bergerak ke sana. Taklah jauh mana, sejengkal je pun. Semua dah sampai, kecuali beberapa orang lagi, dr zul, en zamani, en saiful, en kamarul. Padahal, diorang antara yang terawal bertolak. Dah lama tunggu, baru nampak batang hidung masing-masing. Diorang salah tempat rupanya...heh..heh....

Kitorang booking 7 meja, dan setiap meja ada set makanan sendiri. Banyak jugak menu yang pn najihah dah order. Memang nyummy......
 fresh orange yang menyegarkan...
rupa kuah macam kari, rasanya lebih kurang, tapi bukan.... ni gulai kepala ikan masak asam pedas. kuah memang sikit, terpaksa bercatu kitorang makan. tapi, rasa memang superb...
Udang sambal. Siap ada petai..lpas makan, mulut semua bau petai...aku tak makan petai tapi sambalnya sangat terasa kepetaiannya..
ni namanya Gado-gado. macam pecal. ada taugeh, kangkung, kacang panjang, keropok dan kuah kacang
Ayam kampung goreng special (bambu). serbuk dia tu sedap
Ikan nila goreng. aku sangat suka makanan ni. ikan goreng je, tapi, sangat-sangat sedap dan crunchy. presentation pun menarik kan...
 ni la yang dinamakan keropok kulit kerbau. camna nak describe rasanya ek...err..macam keropok biasa cuma agak tawar
agak-agak apa ni? dipotong kecil-kecil, bagi mudahkan untuk makan.
kalau nak tau, ni adalah belud belado. serius...tak nampak macam belud langsung. Kalau aku tak tau tu belud, sah-sah aku makan punya. nasib baik aku tak makan belud
 cendol
 ice ream tapai pulut

Kesimpulannya, memang sedap, sampaikan memula tu aku makan pakai sudu, lepas tu terus pakai tangan...fuhh...barulah terasa nikmat sebenar...


So, selamat tinggal akademi MAS. Selamat tinggal Lab. Buat kawan-kawan se Lab, siapa sangkakan, dari tak kenal kita jadi rapat dan boleh bergurau senda. Selamat kembali ke alam pekerjaan masing-masing kat ofis. Semoga kita bertemu di lain masa, di lain ketika. Sudah tentu perkataan ini akan sentiasa kekal dalam ingatan kita semua, "Frankly speaking, i hate u, from day one." Ungkapan dari mulut en jalil...heh...heh...


p/s: masa mengandung Nurin hana dulu, ada teringin nak makan sari ratu, tapi asyik tertangguh je. Akhirnya, merasa jugak...)

Tuesday, 12 April 2011

Meraikan Hari Jadi Yang Tersayang

Apa lagi yang seronok dan membahagiakan, kalau tak menghabiskan masa bersama yang tersayang terutama di hari istimewanya. Tentunya, ia suatu yang selalunya indah untuk dikenang di kemudian hari.

Atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, tahun ni, perancangan untuk menyambut hari istimewa Nurin hana sepertimana tahun-tahun sebelumnya, tidak menjadi. Namun, sambutan bersama ibu dan papa tetap ada, sebagai tanda kasih sayang dan menghargai serta meraikan hari istimewanya.

So, hari tu dipenuhi dengan aktiviti daripada pagi sampailah malam. Mula-mula, bawak Nurin hana pergi aquaria dulu. Ni adalah pertama kali kami bertiga menjejakkan kaki ke sini. Bukan main jauh nak berjalan kaki dari klcc ke aquaria. Di sepanjang-panjang jalan tu, Nurin hana bertanya, mana fish, kata nak tengok fish... Dah tak sabar la tu...

Dan nampaknya, Nurin hana memang enjoy pergi sana. Terutama bila tengok ikan-ikan yang besar tu. Ikan-ikan kecil ni dia tak minat sangat. 
 
  

(Tapi, gambar-gambar dalam aquaria tu gelap, sebab tak dibenarkan guna flash kamera. So, semua gambar dalam tu, malap je...)

Bila melihat Nurin hana gembira, dah tentu ibu dan papanya pun gembira. 

Setelah menghabiskan masa dalam 2-3 jam dalam tu, destinasi seterusnya adalah menonton wayang. Sekarang ni tengah berputar cerita Rio. Cerita ni memang enjoy, sesuai untuk kanak-kanak. Hari tu makan mcd so dapat complimentary tiket for children untuk cerita Rio ni. So, beli dua tiket dewasa dapat tiket kanak-kanak satu secara percuma. Buat julung kalinya juga, pergi menonton wayang dengan tiga seat. Biasanya beli tiket dewasa dua je, lepas tu Nurin hana duduk atas riba kitorang (biasanya, riba papa la...). So, kali ni Nurin hana dapat seat sendiri. Tapi, sekejap je bertahan duduk situ. Akhirnya duduk atas riba papa jugak....

Selesai dua aktiviti, seperti biasa pastinya diakhiri dengan makan besar session. Dan tempatnya dah tentu di bagan lalang. Sangat sesuai untuk makan-makan seafood dengan gembira tanpa bimbang belanja yang mahal. 

Tapi, nampaknya kat sini, ibu dan papa je happy (makan sedap, mana tak happy nya...), Nurin hana agak kebosanan. Takda selera nak makan. Makan lebih kurang je, tu pun nasi dengan kuah sup je. Taknak lauk, walaupun papa dah order macam-macam. Tu pun Nurin hana makan sebab janji dengannya kalau makan banyak, nanti boleh beli pistol belon sabun lepas makan. Nurin hana nampak budak-budak lain main, tu yang dia minta. Kitorang pun apalagi, buat perjanjianlah, kena makan dulu, baru boleh beli... Nasib baik jugak berjaya.   
On the way balik rumah lepas tu, tanya Nurin hana, samada dia happy tak? Katanya happy.... Aku tak pastilah adakah Nurin hana benar-benar faham happy tu macamana... Apapun, berdasarkan gerak badan, memang dia nampak happy....

Monday, 11 April 2011

Berjalan-jalan di klia di hujung minggu

Pagi ni pergi ofis dengan kaki yang sakit. Tapak kaki, pergelangan kaki, semua sakit. Ni gara-gara semalam berjalan ke sana sini, ke hulu ke hilir kat klia. Inilah yang dinamakan tuntutan kerja.

Eh, aku dah tukar kerja kat klia ke? Atau buat part time? Hah.hhah..,..takda maknanya nak ber part time atau berhenti kerja. Aku bertugas menyambut delegasi luar sampai kat klia. Sebagai courtesy pada mereka. Alah..yang orang panggil lo (liason officer) tu...

So, seawal 11.30 pagi aku dan teman-teman sepetugasan dah berada di klia. Dengan blazer hitam, slack hitam (aku ngelat, pakai jeans hitam....tak suka pakai slack). Huii...sebijik macam orang kerja airport sampaikan banyak kali kena jadi kaunter pertanyaan. Passengers salah sangka, ingat kitorang ni orang airport. Layan je lah...

Bila flight dah mula sampai, masing-masing tak memang kaki berjalan ke sana sini. Dari gate sana ke gate sini. Pastu dari main terminal ke satelit terminal. Bukan senang nak 'tangkap' delegasi yang sampai tu. Yelah, kita bukannya kenal pun diorang tu. Sekadar mempamerkan tanda pengenalan untuk kenalpasti siapakah delegasi tu.

Beberapa kali jugaklah, terlepas delegasi dari beberapa negara. Sampai-sampai je kat gate yang dikatakan delegasi akan keluar dari situ, tengok-tengok dah takda orang pun. Rupa-rupanya flight awal. Takpun, kita tunggu gate sini, diorang keluar kat gate lain. Kelam kabut juga dibuatnya. Bukan apa, diorang kena naik flight domestik pulak ke langkawi. Karang takut ada masalah pulak. Tapi, nasib baik semuanya berjalan lancar. Mana-mana delegasi yang yang tak dapat di'tangkap', akhirnya ditemui di gate menunggu ke langkawi. Nasib  baik takda yang hilang..fuhhh...kalau tak, teruk kena menjawab kat bos besar nanti...

Dalam masa bertugas tu, sempatlah jugak mata menjeling-jeling kedai bebas cukai kat terminal satelit. Alamak...bestnya....Kawan aku kata, terminal satelit lagi happening. Dalam duk jeling menjeling tu, sempatlah sambar lipstik kat situ... Alang-alang dah sampai kan... Opss...semua aktiviti luar tugas tu dilakukan selepas selesai tugas menyambut delegasi terakhir ye.....

Ada masa senggang dalam dua jam setengah sebelum nak pastikan semua delegasi terakhir ke langkawi selamat berada di gate menunggu ke sana. Berkira-kira jugak nak sambar kasut kerja ke, hand bag ke, tapi mengenangkan dua jam setengah lagi nak kena pergi bye bye delegasi semua tu tadi, hajat tu terpendam je lah. Ye lah, kalau beli, kat mana pulak nak disorok bungkusan tu, lepas tu nak diusung sama berjumpa delegasi tadi. Huii..tak patut...tak patut... Sungguh tak elok di pandangan mata. Kalau lisptik tadi, oklah, boleh simpan dalam beg je. Takpa kasut, takpa hand bag, kalau ada jodoh kita, nanti kita jumpa lagi ye...

Dalam 8 malam baru settle semua dan kitorang semua boleh tarik nafas lega...... Settle satu kerja...

Dan tugas lo ni adalah satu pengalaman baru bagi aku. Thanks dr ane masukkan nama dalam team, walaupun last minute. Penat tapi enjoy sebab bertugas dengan team yang sempoi dan diselia oleh dr ane yang memang best.