Wednesday, 26 September 2012
Friday, 21 September 2012
Friday, 14 September 2012
Thursday, 13 September 2012
Catatan Pengalaman LASIK - 3 (akhir)
Alhamdulillah, hari ni genap sebulan tiga hari aku dah buat LASIK.....
Alhamdulillah, syukur diberi peluang untuk kembali menikmati penglihatan yang jelas tanpa bantuan cermin mata lagi.... Alhamdulillah...
Moga dipermudahkanlah juga selepas ni.
Berdasarkan pemeriksaan post-LASIK baru-baru ni, alhamdulillah kedua-dua mata dalam keadaan baik. Rasa syukur sangat sebab dapat kembali nikmat yang tidak ternilai ni..
Juga semakin selesa dengan keadaan baru ni. Cuma sesekali terlupa yang dah takda spek kat muka ni. Sebelum ni memang dah jadi habit, kejap-kejap nak naikkan spek atas hidung, atau cubaan nak bukak spek. Raba-raba...eh..dah takda la spek... hehehheheh...lupa daaaa.... Al-maklum la, 25 tahun pakai spek...dah jadi sebahagian dari diri kan.....
Okay, kita sambung kembali cerita ni...
10 Ogos 2012:
Finally, hari yang dinanti tiba jua....
Dengan lafaz bismillah, ...........PCMC dituju untuk appointment jam 9 pagi. Serius, aku sangat-sangat berdebar dengan apa yang bakal aku lalui nanti...... Namun, kita berserah padaNYA, mohon yang terbaik...
Persediaan sebelum LASIK surgery, tidak dibenarkan memakai sebarang perfumes, deodarant dan mekap. Datang dalam keadaan natural la kiranya....
Macam hari tu jugak, sampai awal dalam 8.30 pagi, orang dah ramai kat klinik mata. Terus mendaftarkan diri dan bagitau datang untuk appointment LASIK surgery. Bila orang kat kaunter tu suruh pergi terus ke LASIK Centre, terus aku bagitau tentang requirement untuk jumpa pakar optometris, Mr Yap belum dibuat lagi. Aku telah dimaklumkan sebelum ni perlu jumpa Mr Yap terlebih dahulu. Sebenarnya kita kena jumpa pakar optometris semasa full screening tapi aku punya lewat sikit sebab optometris tu takda hari tu.
Sepertimana Prof Muhaya yang baik hati, begitu jugak la Mr Yap. Sangat-sangat friendly dan buatkan kita rasa sangat selesa bersembang dengannya. Mr Yap periksa tahap penglihatan kita untuk tahu power yang tepat dan untuk buat calculation untuk LASIK serta bagi penerangan mengenai prosedur LASIK yang sangat jelas dan mudah faham, guna terms layman la kekdahnya. Mr Yap tunjuk demo penglihatan kita lepas buat LASIK. Perbincangan ni terbuka untuk apa-apa persoalan atau kemusykilan yang kita ingin tahu lebih lanjut...... selesai tu, barulah diminta pergi ke Eye & LASIK centre untuk prosedur seterusnya......
Kat Eye & LASIK centre, ada beberapa orang "senasib" tengah tunggu giliran. Kiranya sesi menunggu tu macam tempoh bertenang la.... Nampak beberapa orang yang dah selesai buat LASIK dan terserlah ke excited an depa, muka semua happy je..... Good sign....hahahahha.... Di sini kita akan diberi borang untuk diisi (tandakan je sebenarnya, sebab soalannya, ya/tidak) dan tandatangan. So, sesapa yang pakai contact lense, silalah bawak peneman bersama or else jenuh la mengangkat-ngangkat borang tu ke atas ke bawah sebab tak berapa jelas nak baca. Orang yang pakai contact lense kan kena off lense tu sebelum surgery. Pakai spek okay lagi, masih boleh pakai sampai la tiba turn nak surgery...
Seawal pukul 12 macam tu kot, aku dipanggil masuk ke satu bilik, ala-ala bilik menunggu untuk yang nak buat LASIK dan bilik rehat untuk yang dah selesai. Time aku masuk tu, ada 2-3 orang tunggu turn nak buat macam aku. Yang dah selesai dalam tiga orang kot. Masa ni baru terasa nervous yang amat dan dapat rasakan bunyi degup jantung aku tu memang kuat sesangat... Ke orang sebelah pun boleh dengar? Berperang dengan perasaan sendiri. Kat sini, kita disiapkan sebelum di bawa masuk ke bilik surgery. Bukan siap apapun, pakai baju sarung khas tu, penutup kepala, pastu duduk diam-diammengenangkan nasib diri.. cuba membayangkan apa yang bakal dilalui kelak... Kecut perut ni memang tak hilang-hilang lagi... aku perlu ubat untuk menenangkan diri...so, minta ubat penenang dengan misi.... hehehhehe...taklah... Baca la apa-apa ayat Quran apa yang patut untuk menenangkan jiwa/fikiran dan segala-galanya la... Alhamdulillah, sangat-sangat membantu. So, kalau korang rasa berdebar masa tunggu tu, bacalah ayat Quran, mohon dipermudahkan semua. Aku set kan dalam kepala, operasi LASIK tu berjalan dengan lancar, dan aku dapat melihat dengan jelas lepas tu. Aku bayangkan yang positif dan baik-baik je.....
Pukul 12 lebih, aku dipanggil ke bilik surgery. Giliran aku sudah tiba.............. Arjuna hati dah menunggu kat luar bilik bercermin tu. Untuk pengetahuan, sesiapa yang menemani kita masa tu dibenarkan melihat operasi LASIK tu sepenuhnya daripada luar. Siap boleh tangkap gambar atau rakam video lagi melalui cermin dinding bilik tu. Aku tunggu di luar bilik tu sekejap sebab ada orang tengah buat LASIK kat dalam tu. So, nampak la sikit-sikit apa yang terjadi kat dalam tu...(tak berapa jelas sebab spek dah simpan sesiap dalam beg...hehehheh...).
Sekali lagi, orang tu pun keluar dengan senyuman gembira...again..good sign.....
Ok, kat dalam bilik surgery, kita akan diminta baring. Sebelum tu, kita diminta baca huruf kat papan "E" yang biasa kita jumpa kalau buat pemeriksaan mata. Sah-sah la tak nampak apa benda pun...kelabu asap semuanya... Kemudiannya, nursemekap siapkan bahagian muka pulak. Bersihkan muka, kelopak mata lepas tu letak tuala untuk tutup rambut dengan telinga. Titik ubat bius dalam mata....... Dan..lepas tu operasi pun bermula............ Prof Muhaya duduk di bahagian atas hujung kepala kita. Prof mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah.
Di dalam ni mata kita akan "ditemukan" dengan dua buah mesin canggih, mesin pertama untuk buat corneal flap (flap cutting procedures). Melibatkan aktiviti hiris menghiris.....bunyi macam ngeri kannn...Jangan takut la...bukan pakai pisau pun...Semua aktiviti adalah tanpa pisau (bladeless). Operasi akan dimulakan dengan mata kanan yang telah disengkang dengan satu alat yang dapat elakkan mata daripada berkelip, sementara tu mata kiri ditutup dengan plaster. Sebelum buat LASIK ni, ada jugak aku fikir camana la nak tahan mata ni daripada nak berkelip kan, penat jugak nak jegil sepanjang prosedur. Hehehheh... Rupanya ada alat khas yang diketipkan kat mata...Bila dah pakai tu, kalau berkelip pun mata tak boleh tutup... Selesai mata kanan, prosedur yang sama diulang untuk mata kiri pulak. Kita perlu fokus pada titik lampu berwarna hijau sepanjang proses kat mesin ni.
Selesai tu, katil khas tempat baring tu akan dipusingkan ke mesin kedua pulak. Pesakit tak perlu bangun, baring je diam-diam kat situ. Di mesin kedua ni pulak, lapisan kornea mata dibentuk semula menggunakan laser. Kali ni, mata kita kena fokus pada titik lampu berwarna merah pulak. Masa ni, kita akan terbau hangit sekejap. Jangan bimbang gundah gulana, takda apa-apa yang terbakar. Tu adalah normal semasa laser. Dimulakan dengan mata kanan dan proses yang sama diulang untuk sebelah mata lagi. Yang ni pun sama, tak rasa apa-apa. Kita nampak cahaya, lepas tu nampak jari prof macam sapu-sapu kat mata kita.., tapi tak rasa apa-apapun...
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Keseluruhan prosedur mengambil masa dalam 10-15 minit. Tapi prosedur mesin menyentuh mata kita hanya beberapa saat je. Sekejap sangat (tapi masa buat tu rasa macam alahai lamanya lah hai.....)...
Sepanjang prosedur tu berjalan, jiwa, hati dan fikiran kita akan diisi dengan pengisian rohani oleh Prof Muhaya di samping ditemani sayup-sayup cd alunan zikir terapi hafiz hamidun yang dipasang. Maknanya, kita dapat two in one la...Jiwa (spiritual) juga dirawat, di samping fizikal (mata).
Sebaik je bangun dari katil khas tu, serta merta aku boleh baca huruf-huruf kat papan "E" tadi. Speechless...rasa nak menangis pun ada... Tak sangka, selama-lama ni aku bergantung hidup dengan spek, oh spek ku...ko la jantung hatiku....... tapi sekarang tak perlu lagi... Dan buat pertama kalinya jugak aku dapat menatap wajah kesayangan hamba, sang arjuna ku dengan jelas sejelasnya dari jarak sebegitu...rasa magic pun ada...
Ok, selepas LASIK, kita dibekalkan dengan empat jenis ubat, pain killer, 2 jenis ubat titis untuk digunakan dalam tempoh seminggu (vigamox dan maxidex) dan satu jenis ubat titis (vismed) untuk kegunaan sebulan. Ubat titis untuk sebulan tu bertindak seperti air mata palsu la..eye lubricant drop.....supaya mata tak kering... Lepas LASIK memang mata kita akan rasa kering sikit terutama kalau duduk direct dengan aircond. Pain killer tu tak pakai pun...sebab memang tak rasa sakit langsung. Dalam tempoh beberapa jam selepas LASIK, mata kita akan rasa pedih sikit, dan berair. Rasa macamana ek? Rasanya macam waktu kita kupas bawang tu kot... Don't worry, dalam tempoh beberapa jam (2-3 jam kebiasaannya) rasa pedih tu akan hilang. Titikkan je vismed tu.
Selepas berehat dalam sejam lebih, kami terus bergerak balik. Sepanjang jalan tu aku sibuk membaca macam-macam tulisan yang ada kiri kanan jalan tu. Rasa begitu teruja. Perasaan yang terlalu sukar untuk digambarkan...... oh ya, Sebelum balik, kita kena set next appointment untuk post-LASIK.
Ok, tentang kosnya pulak.
Macam biasa, kalau nakkan sesuatu yang amat bernilai, dah tentu ada harga yang perlu kita laburkan untuk tu....Tapi, apalah sangat harganya tu kalau nak dibandingkan dengan impak utama LASIK tu, nikmat penglihatan jelas yang kita perolehi tu...ternyata mengatasi pelaburan tu....berbaloi..memang berbaloi...
Ada dua pakej yang ditawarkan untuk LASIK iaitu premium LASIK rm6990 untuk yang berumur 40 tahun ke bawah dan laser blended vision rm7990 untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Tapi, biasanya kalau umur kita dah dekat-dekat 40 pun akan dinasihatkan untuk buat blended vision. Bergantung pada keputusan pemeriksaan mata dan pandangan doktor. Blended vision ni doktor akan buat untuk rabun jauh dan dekat sekali. Macam kes aku, aku dinasihatkan untuk buat blended vision sebab dah ada sign rabun dekat tu, walaupun ai mudah remaja lagi, lambat lagi nak umur 40....hehhehehe....
Kosnya diakui memang agak mahal..... Tapi, untuk sesuatu yang memang amat-amat kita inginkan, apa salahnya buat pelaburan sikit...tapi faedah/kesan yang kita perolehi amat besar.....
Dari segi pantang larang. Pemakanan, memang takda pantang apapun, semua boleh makan.
Cuma, tangan tu jangan gatal nak gosok-gosok mata bagai atau sentuh mata tu... ni untuk elak flap yang dibuat kat mata tu terlari... Dalam erti kata lain, jaga mata dari sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan termasuk bila tidur tu jangan tertekan mata, pastu kena ingat jangan gosok masa tidur, kot la tak sedar kan...sesapa yang ada masalah tangan gatal tu, boleh la pakai pelindung mata ketika tidur... Do not rub or apply pressure to the eye..
Pastu kalau nak basuh rambut, pastikan syampu tak terkena mata. Kaedah yang digalakkan adalah basuh style salun rambut...yang memang basuh rambut saja tu.. Bila mandi pun, sabun (sabun muka/mandi) jangan terkena kat mata. Lindung mata dari terkena air bersabun. Jangan percik air kat mata.. Don't splash water into eyes or submerge them under water. Don't swim/dive for the first 2 months. Advisable avoid contact sports for the first 2 months.
So, kepada yang berminat nak buat LASIK tapi agak takut, jangan bimbang, ia langsung tak menyakitkan...
Kepada yang mata elok tu, bersyukur dan jagalah anugerah tu sebaik mungkin. Hargailah mata anda....
Alhamdulillah, syukur diberi peluang untuk kembali menikmati penglihatan yang jelas tanpa bantuan cermin mata lagi.... Alhamdulillah...
Moga dipermudahkanlah juga selepas ni.
Berdasarkan pemeriksaan post-LASIK baru-baru ni, alhamdulillah kedua-dua mata dalam keadaan baik. Rasa syukur sangat sebab dapat kembali nikmat yang tidak ternilai ni..
Juga semakin selesa dengan keadaan baru ni. Cuma sesekali terlupa yang dah takda spek kat muka ni. Sebelum ni memang dah jadi habit, kejap-kejap nak naikkan spek atas hidung, atau cubaan nak bukak spek. Raba-raba...eh..dah takda la spek... hehehheheh...lupa daaaa.... Al-maklum la, 25 tahun pakai spek...dah jadi sebahagian dari diri kan.....
Okay, kita sambung kembali cerita ni...
10 Ogos 2012:
Finally, hari yang dinanti tiba jua....
Dengan lafaz bismillah, ...........PCMC dituju untuk appointment jam 9 pagi. Serius, aku sangat-sangat berdebar dengan apa yang bakal aku lalui nanti...... Namun, kita berserah padaNYA, mohon yang terbaik...
Persediaan sebelum LASIK surgery, tidak dibenarkan memakai sebarang perfumes, deodarant dan mekap. Datang dalam keadaan natural la kiranya....
Macam hari tu jugak, sampai awal dalam 8.30 pagi, orang dah ramai kat klinik mata. Terus mendaftarkan diri dan bagitau datang untuk appointment LASIK surgery. Bila orang kat kaunter tu suruh pergi terus ke LASIK Centre, terus aku bagitau tentang requirement untuk jumpa pakar optometris, Mr Yap belum dibuat lagi. Aku telah dimaklumkan sebelum ni perlu jumpa Mr Yap terlebih dahulu. Sebenarnya kita kena jumpa pakar optometris semasa full screening tapi aku punya lewat sikit sebab optometris tu takda hari tu.
Sepertimana Prof Muhaya yang baik hati, begitu jugak la Mr Yap. Sangat-sangat friendly dan buatkan kita rasa sangat selesa bersembang dengannya. Mr Yap periksa tahap penglihatan kita untuk tahu power yang tepat dan untuk buat calculation untuk LASIK serta bagi penerangan mengenai prosedur LASIK yang sangat jelas dan mudah faham, guna terms layman la kekdahnya. Mr Yap tunjuk demo penglihatan kita lepas buat LASIK. Perbincangan ni terbuka untuk apa-apa persoalan atau kemusykilan yang kita ingin tahu lebih lanjut...... selesai tu, barulah diminta pergi ke Eye & LASIK centre untuk prosedur seterusnya......
Kat Eye & LASIK centre, ada beberapa orang "senasib" tengah tunggu giliran. Kiranya sesi menunggu tu macam tempoh bertenang la.... Nampak beberapa orang yang dah selesai buat LASIK dan terserlah ke excited an depa, muka semua happy je..... Good sign....hahahahha.... Di sini kita akan diberi borang untuk diisi (tandakan je sebenarnya, sebab soalannya, ya/tidak) dan tandatangan. So, sesapa yang pakai contact lense, silalah bawak peneman bersama or else jenuh la mengangkat-ngangkat borang tu ke atas ke bawah sebab tak berapa jelas nak baca. Orang yang pakai contact lense kan kena off lense tu sebelum surgery. Pakai spek okay lagi, masih boleh pakai sampai la tiba turn nak surgery...
Seawal pukul 12 macam tu kot, aku dipanggil masuk ke satu bilik, ala-ala bilik menunggu untuk yang nak buat LASIK dan bilik rehat untuk yang dah selesai. Time aku masuk tu, ada 2-3 orang tunggu turn nak buat macam aku. Yang dah selesai dalam tiga orang kot. Masa ni baru terasa nervous yang amat dan dapat rasakan bunyi degup jantung aku tu memang kuat sesangat... Ke orang sebelah pun boleh dengar? Berperang dengan perasaan sendiri. Kat sini, kita disiapkan sebelum di bawa masuk ke bilik surgery. Bukan siap apapun, pakai baju sarung khas tu, penutup kepala, pastu duduk diam-diam
Pukul 12 lebih, aku dipanggil ke bilik surgery. Giliran aku sudah tiba.............. Arjuna hati dah menunggu kat luar bilik bercermin tu. Untuk pengetahuan, sesiapa yang menemani kita masa tu dibenarkan melihat operasi LASIK tu sepenuhnya daripada luar. Siap boleh tangkap gambar atau rakam video lagi melalui cermin dinding bilik tu. Aku tunggu di luar bilik tu sekejap sebab ada orang tengah buat LASIK kat dalam tu. So, nampak la sikit-sikit apa yang terjadi kat dalam tu...(tak berapa jelas sebab spek dah simpan sesiap dalam beg...hehehheh...).
Sekali lagi, orang tu pun keluar dengan senyuman gembira...again..good sign.....
Ok, kat dalam bilik surgery, kita akan diminta baring. Sebelum tu, kita diminta baca huruf kat papan "E" yang biasa kita jumpa kalau buat pemeriksaan mata. Sah-sah la tak nampak apa benda pun...kelabu asap semuanya... Kemudiannya, nurse
Di dalam ni mata kita akan "ditemukan" dengan dua buah mesin canggih, mesin pertama untuk buat corneal flap (flap cutting procedures). Melibatkan aktiviti hiris menghiris.....bunyi macam ngeri kannn...Jangan takut la...bukan pakai pisau pun...Semua aktiviti adalah tanpa pisau (bladeless). Operasi akan dimulakan dengan mata kanan yang telah disengkang dengan satu alat yang dapat elakkan mata daripada berkelip, sementara tu mata kiri ditutup dengan plaster. Sebelum buat LASIK ni, ada jugak aku fikir camana la nak tahan mata ni daripada nak berkelip kan, penat jugak nak jegil sepanjang prosedur. Hehehheh... Rupanya ada alat khas yang diketipkan kat mata...Bila dah pakai tu, kalau berkelip pun mata tak boleh tutup... Selesai mata kanan, prosedur yang sama diulang untuk mata kiri pulak. Kita perlu fokus pada titik lampu berwarna hijau sepanjang proses kat mesin ni.
Selesai tu, katil khas tempat baring tu akan dipusingkan ke mesin kedua pulak. Pesakit tak perlu bangun, baring je diam-diam kat situ. Di mesin kedua ni pulak, lapisan kornea mata dibentuk semula menggunakan laser. Kali ni, mata kita kena fokus pada titik lampu berwarna merah pulak. Masa ni, kita akan terbau hangit sekejap. Jangan bimbang gundah gulana, takda apa-apa yang terbakar. Tu adalah normal semasa laser. Dimulakan dengan mata kanan dan proses yang sama diulang untuk sebelah mata lagi. Yang ni pun sama, tak rasa apa-apa. Kita nampak cahaya, lepas tu nampak jari prof macam sapu-sapu kat mata kita.., tapi tak rasa apa-apapun...
Sepanjang prosedur tu berjalan, jiwa, hati dan fikiran kita akan diisi dengan pengisian rohani oleh Prof Muhaya di samping ditemani sayup-sayup cd alunan zikir terapi hafiz hamidun yang dipasang. Maknanya, kita dapat two in one la...Jiwa (spiritual) juga dirawat, di samping fizikal (mata).
Sebaik je bangun dari katil khas tu, serta merta aku boleh baca huruf-huruf kat papan "E" tadi. Speechless...rasa nak menangis pun ada... Tak sangka, selama-lama ni aku bergantung hidup dengan spek, oh spek ku...ko la jantung hatiku....... tapi sekarang tak perlu lagi... Dan buat pertama kalinya jugak aku dapat menatap wajah kesayangan hamba, sang arjuna ku dengan jelas sejelasnya dari jarak sebegitu...rasa magic pun ada...
Ok, selepas LASIK, kita dibekalkan dengan empat jenis ubat, pain killer, 2 jenis ubat titis untuk digunakan dalam tempoh seminggu (vigamox dan maxidex) dan satu jenis ubat titis (vismed) untuk kegunaan sebulan. Ubat titis untuk sebulan tu bertindak seperti air mata palsu la..eye lubricant drop.....supaya mata tak kering... Lepas LASIK memang mata kita akan rasa kering sikit terutama kalau duduk direct dengan aircond. Pain killer tu tak pakai pun...sebab memang tak rasa sakit langsung. Dalam tempoh beberapa jam selepas LASIK, mata kita akan rasa pedih sikit, dan berair. Rasa macamana ek? Rasanya macam waktu kita kupas bawang tu kot... Don't worry, dalam tempoh beberapa jam (2-3 jam kebiasaannya) rasa pedih tu akan hilang. Titikkan je vismed tu.
Selepas berehat dalam sejam lebih, kami terus bergerak balik. Sepanjang jalan tu aku sibuk membaca macam-macam tulisan yang ada kiri kanan jalan tu. Rasa begitu teruja. Perasaan yang terlalu sukar untuk digambarkan...... oh ya, Sebelum balik, kita kena set next appointment untuk post-LASIK.
muka happy......selesai suda...... Ni lebih kurang sejam lebih selepas LASIK. Spek hitam tu termasuk dalam pakej LASIK. So kalau sesapa datang nak buat LASIK, tak payah bimbang nak cari spek hitam, memang tersedia dah...
spek yang amat berjasa........
kenangan bersama Prof Muhaya, masa jumpa untuk post-LASIK hari tu...
Moga Allah merahmati dan memberkati kehidupan beliau.. Terima kasih Prof...
Ok, tentang kosnya pulak.
Macam biasa, kalau nakkan sesuatu yang amat bernilai, dah tentu ada harga yang perlu kita laburkan untuk tu....Tapi, apalah sangat harganya tu kalau nak dibandingkan dengan impak utama LASIK tu, nikmat penglihatan jelas yang kita perolehi tu...ternyata mengatasi pelaburan tu....berbaloi..memang berbaloi...
Ada dua pakej yang ditawarkan untuk LASIK iaitu premium LASIK rm6990 untuk yang berumur 40 tahun ke bawah dan laser blended vision rm7990 untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Tapi, biasanya kalau umur kita dah dekat-dekat 40 pun akan dinasihatkan untuk buat blended vision. Bergantung pada keputusan pemeriksaan mata dan pandangan doktor. Blended vision ni doktor akan buat untuk rabun jauh dan dekat sekali. Macam kes aku, aku dinasihatkan untuk buat blended vision sebab dah ada sign rabun dekat tu, walaupun ai mudah remaja lagi, lambat lagi nak umur 40....hehhehehe....
Kosnya diakui memang agak mahal..... Tapi, untuk sesuatu yang memang amat-amat kita inginkan, apa salahnya buat pelaburan sikit...tapi faedah/kesan yang kita perolehi amat besar.....
Dari segi pantang larang. Pemakanan, memang takda pantang apapun, semua boleh makan.
Cuma, tangan tu jangan gatal nak gosok-gosok mata bagai atau sentuh mata tu... ni untuk elak flap yang dibuat kat mata tu terlari... Dalam erti kata lain, jaga mata dari sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan termasuk bila tidur tu jangan tertekan mata, pastu kena ingat jangan gosok masa tidur, kot la tak sedar kan...sesapa yang ada masalah tangan gatal tu, boleh la pakai pelindung mata ketika tidur... Do not rub or apply pressure to the eye..
Pastu kalau nak basuh rambut, pastikan syampu tak terkena mata. Kaedah yang digalakkan adalah basuh style salun rambut...yang memang basuh rambut saja tu.. Bila mandi pun, sabun (sabun muka/mandi) jangan terkena kat mata. Lindung mata dari terkena air bersabun. Jangan percik air kat mata.. Don't splash water into eyes or submerge them under water. Don't swim/dive for the first 2 months. Advisable avoid contact sports for the first 2 months.
So, kepada yang berminat nak buat LASIK tapi agak takut, jangan bimbang, ia langsung tak menyakitkan...
Kepada yang mata elok tu, bersyukur dan jagalah anugerah tu sebaik mungkin. Hargailah mata anda....
Sunday, 19 August 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Di kesempatan dan ruang yang ada ini, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Mohon ampun dan maaf segala salah dan silap. Moga Aidilfitri ini diraikan dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan bersama orang tersayang.
Friday, 17 August 2012
Catatan Pengalaman LASIK – 2
Bila hati dah nekad, langkah seterusnya pun dibuat...........
Aku memilih untuk buat LASIK dengan Prof Muhaya di Prince Court Medical Centre (PCMC). Kawan-kawan aku pernah buat dengan Prof Muhaya dan testimonial yang menyakinkan. Kosnya...hmmm...boleh tahan...... tapi apalah sangat duit tu kalau nak dibandingkan dengan nikmat penglihatan yang jelas terang benderang selepas tu. Apa salahnya melabur untuk dapatkan sesuatu yang berharga....
Apa itu Lasik Surgery? (Petikan wall fb Prof Muhaya)
Untuk mereka yang ingin bebas dari kacamata untuk melihat. Kaedah tanpa pisau Visumax femtosecond laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Tidak menyakitkan. Lasik hanya untuk mata yang sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat. Mata malas tidak sesuai. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat juga boleh buat lasik.
Ini hanya untuk mereka yang rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan. Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat pemeriksaan. Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik di letak. Prosidur dimulakan dgn Alfatihah dan zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.

==============================
Langkah pertama, aku sms no hp yang diberi dalam fb Prof Muhaya. (Sila like fb Prof Muhaya, banyak ilmu di situ....). Respond yang sangat pantas diterima tak lama lepas tu. Bermula dengan sekadar pertanyaan LASIK buat ke masa bulan puasa ni...?"", selang dua hari seterusnya, aku sms semula untuk buat appointment untuk pemeriksaan mata (comprehensive eye screening) nak tengok sesuai ke tak mata aku buat LASIK. Terus one lady called aku dan bagi tarikh 6 Ogos. Mula dengan sms pertanyaan tu sampai tarikh appointment tu semua tu berlaku dalam masa tiga hari saja.........!!!! Cepatkan........
Okay, sebelum kita boleh menjalani LASIK, kita kena jalani dulu comprehensive eye screening, mata kita akan diperiksa secara terperinci untuk pastikan sesuai ke tak untuk buat LASIK. Pemeriksaan tu semuanya menggunakan mesin yang canggih, hanya perlu tadah mata untuk diperiksa.... Sebelum hari pemeriksaan, sesiapa yang pakai contact lense, kena off lense seminggu sebelum tu. Yang pakai spek, takda masalah.....
So, 6 Ogos tu bertemankan roommate merangkap soulmate, enche arjuna, pagi-pagi kami bertolak ke PCMC. Debar jugak....boleh ke mata aku ni buat LASIK......ye la..power kan tinggi.....kita berserah saja la pada yang Maha Esa...
Appoinment pukul 9.30 pagi tapi tersampai awal sangat la pulak, 8.30 dah tercongok kat kaunter pendaftaran di tingkat 3, klinik mata. Over excited apa.... heheheh.... Lepas daftar, kena pergi LASIK Centre di aras yang sama tapi sebelah hujung blok. Selepas menunggu beberapa minit, aku dibawa masuk ke sebuah bilik yang ada beberapa mesin khusus untuk check mata... Tak salah, mesin pertama untuk check power mata dan sama ada mata kita penuhi kriteria-krietria tertentu untuk buat LASIK. Debar jugak bila nurse kata pemeriksaan seterusnya hanya akan dilakukan sekiranya aku melepasi pemeriksaan pertama tu. Alhamdulillah....lepas jugak.
(sumber: google)
Lepas beberapa pemeriksaan kat situ, bergerak pulak ke klinik mata tempat pendaftaran tadi. Ada lagi beberapa jenis pemeriksaan mata kat sini. Sepatutnya pada hari yang sama aku akan dibawa jumpa pakar optometris kat situ, Mr Yap tapi kena tangguh hari lain sebab Mr Yap takda. Dah selesai semua pemeriksaan mata, duduk-duduk kat ruang menunggu, tunggu turn nak jumpa Prof Muhaya pulak. Tak sabar nak tau result macamna.....advisable or not untuk buat LASIK ni...
Keseluruhan proses ni makan setengah hari jugak... Ramai orang dan banyak mesin nak kena lalui.... Masa pemeriksaan mata di klinik mata, ubat akan dititik kat dalam mata untuk besarkan anak mata dan satu lagi tak ingat untuk apa. Ubat tu akan menyebabkan penglihatan kita jadi kabur dan nampak double vision. Mula tu aku heran jugak, eh apasal kelam je pemandangan ni sedangkan spek kat muka tu. Bila tanya nurse, oooo...rupanya memang tu common lepas titik ubat tadi....
Masa jumpa Prof Muhaya...kelu lidah nak berkata-kata..selama ni tengok dalam tv, suratkhabar je, sekarang ni dah ada depan mata... Menurutnya mata aku sihat dan mempunyai ketebalan yang cukup dan sesuai untuk diLASIKkan. Alhamdulillah... Katanya, fokus pada kesan selepas LASIK nanti yang mana aku akan melihat dengan jalas tanpa perlu pakai spek lagi...sentiasa berfikiran positif..... Prof Muhaya yang sangat baik dan sentiasa positif serta menitipkan kata-kata yang baik.... Sorry la takda gambar sebab aku masuk jumpa Prof Muhaya sensorang je...Padahal ada je kamera dan hp dalam beg. Tak terlintas langsung..Over excited dapat jumpa Prof Muhaya dan dah tentu over excited jugak bila dibagitau boleh buat LASIK......
Settle kat situ, berurusan dengan nurse pulak untuk tarikh LASIK. Aku diberi tarikh 10 Ogos untuk LASIK. Ada orang yang buat sehari selepas, terpulanglah macamana. Dalam pukul 3.30 kot, settle everything. Debar tunggu hari Jumaat pulak...
Thursday, 16 August 2012
Catatan pengalaman LASIK - 1
25 tahunnnnnn..............
Ye..............sudah 25 tahun......... umur? Heheheh.....tu umur dua tiga tahun lepas...hehehhe...
25 tahun aku pakai spek aka cermin mata.... Rabun, apa nak kata lagikan....aku dan cermin mata umpama bff. Punyalah lama pakai spek....... boleh sambut jubli perak dah tu...hehheehehhe... Power pun kemain tinggi. Asal check je, mesti power bertambah..... Paling malas bila kena buat spek baru, sebabnya kosnya...mak aiiii..mahal benor...seribu paling kurang, walaupun aku pilih bingkai yang paling cikai sekali, sebab cermin tu itself makan duit banyak. Power tinggi so kena buat pakai kaca la, tak boleh plastik macam biasa tu, kalau tak lagi la terserlah ketebalan cermin tu. Kaca tu macam boleh reduce kan ketebalan tu la kiranya... Bukan aku cakap ek..ni orang kedai spek cakap.... Kenapa aku tak pakai contact lense? Pernah buat....tapi boleh bertahan beberapa hari je pakai...pedih dan sangat susah nak pakai dalam mata ni rasanya... aku dari segi penjagaan tu, takda masalah sebab aku memang teliti sikit bab bersih-bersih ni tapi tang nak pakai tu yang tak boleh blahhh.... Berapa kali praktis, tak jugak lepas-lepas. Pakai terbalik tu toksah cakap la.. Apakehal nya kalau tiap-tiap pagi ko kena ngadap cermin berjam-jam semata-mata nak pakai mata??? Isssh...tak boleh la...
Orang kata pakai spek ni pandai...ye ke camtu??? Kalau camtu, aku ni tergolong dalam kategori orang pandai la... Ke pepandai je buat mitos tu....hehehehheh....Dalam famili aku, hanya aku, Cain dan Ijat yang specky, selain Pak Haji.
Spek memang tak pernah lekang dari muka kecuali bila mandi dan tido. Selain tu memeng melekap je la. Aku ingat lagi, orang kedai spek tu kata kena pakai spek selalu baru boleh kurang power. Caittt.....tak pernah-pernah pun power spek aku turun. Menaik lagi ada la.... Tapi, tak kisah pun pakai spek sepanjang masa sebab "barulah nampak cerah dan jelas pemandangan..". Dah terlalu biasa pakai spek sampai kalau takda spek tu rasa macam tak lengkap je muka... Macam kita touch up bagai muka, tup-tup lupa nak pakai lipstik, camtu la lebih kurang. Dah lali dah dengar orang asyik sibuk duk tegur "eh tebalnya spek...", "kalau bukak spek, boleh nampak tak",bla..bla..bla....... Eh, of course la aku boleh nampak walaupun bukak spek tapi tak jelas la......
Disebabkan aku sayaanggggggg (sayang le sesangatkannnnn...) spek tu, dah umpama nyawa tu..... Aset terpenting yang apa-apahal, kena selamatkan dia dulu la...kekdahnya... Aku memang jaga spek sebaik-baiknyalah. Kaca, so penjagaannya lebih rumit. Kalau orang lain mungkin sesuka hati je letak merata-rata, macam enche arjuna, bukak spek terus humban cam tu je... huiii..tak sayang harta...pastu melilau cari tak jumpa spek sebab tak ingat dah humban ke mana....manalah akhak ko ni tak bising.....
Aku tak...aku akan letak tempat elok yang confirm bebas daripada terjatuh dan sebagainya...... Aku jaga harta memang lain macam sikit....
Tapi....tu la....walau camna pun jaga dengan sepenuh hatinya, berapa kali jugak spek ter accident......
Mula-mula sekali accident masa zaman sekolah menengah, adik aku si choi tarik bingkai masa tengah main-main dengan dia. Natijahnya? Bingkai sebelah patah terus, tak boleh repair langsung. So kena beli cermin mata baru. Lepas tu, rekod bersih la walaupun bawak masuk air bagai, masih kekal selamat di situ...
Hujung-hujung ni, kerap pulak accident nya. Ada sekali tu, jatuh dalam bilik air....alkisahnya terbawak sekali masuk dalam, so just letak atas rak toileteries tu, sekali sebaik je selesai, prakkk...terjatuh...mujur tak apa-apa...takut terpecah je.. tapi kena adjust sana sini la sebab alignment dah lari sikit...
Pastu bengkok pulak bila letak dalam poket jeans masa ambik air sembahyang.... Jenuh la nak betulkan posisi semula. Yang paling susah adalah nak betulkan alignment spek tu. Ehhh..ehhh..jangan memain ek..spek pun ada alignment tau... Masa kita buat spek tu, kedai tu dah set betul-betul spek kita tu ikut mata kan....itu sebab kepala tak pening masa pakai. Bila alignment sudah lariii... kepala pun pusing la pening oooo..... Yang paling latest, kepala atau lebih spesifik, muka terlanggar tiang khemah kenduri kawin sepupu aku kat ipoh. Entah camna, boleh terlanggar. Memang dah nampak tiang kat depan tu, pastu kepala berpaling kat sebelah jap tengok something, bila berpaling terus terlupa kata ada tiang depan tu. Apalagi, ke dalam la cermin mata. Sekali lagi alignment lari.... Berminggu jugak nak betulkan tapi memang obvious la bingkai bahagin depan tu dah bengkok sikit.
Tapi kini, ALHAMDULILLAH...... AKU BOLEH MELIHAT DENGAN JELAS.....DAN PALING BEST TANPA BANTUAN SPEK ATAU CONTACT LENSE...........
Bayangkan, selepas berpuluh tahun bergerak kemana-mana dan buat aktiviti perlukan bantuan spek, sekarang dah tak perlu lagi.....
Aku telah pun selamat menjalani LASIK (kaedah pembedahan refraktif - pembetulan masalah penglihatan). Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan mudah. Semoga terus dipermudahkan selepas ni....
Apa tu LASIK?
LASIK or Lasik (laser-assisted in situ keratomileusis), commonly referred to simply as laser eye surgery, is a type of refractive surgery for correcting myopia, hyperopia, and astigmatism. LASIK is performed by ophthalmologists using a laser.
LASIK is similar to other surgical corrective procedures such as photorefractive keratectomy, PRK, (also called ASA, Advanced Surface Ablation) though it provides benefits such as faster patient recovery. Both LASIK and PRK represent advances over radial keratotomy in the surgical treatment of vision problems, and are thus viable alternatives to wearing corrective eyeglasses or contact lenses for many patients.
(sumber: http://www.drmuhaya.com)
Sebenarnya, dah lama aku fikirkan pasal LASIK tapi pelbagai perasaan bergejolak kat dalam merangkap belum bersedia. Bila arjunaku suruh buat spek baru, mesti aku akan ulang skrip sama je.. "tak payah, nanti nak buat LASIK". Mesti berbulu je dia...sebab status sama je, tak buat-buat pun...hehehehhe....
Pengalaman bersembang sendiri dengan tuan punya badan merangkap kawan yang pernah buat, membulatkan tekad lagi. Thanks Pn Sharifah & Noi, memberikan inspirasi. Pengalaman depa menguatkan lagi semangat aku. Tambah pulak, kos nya dah ready, duit elaun belajar dulu...hehehhe....
Menerusi pengalaman kawan-kawan, kombinasi pengalaman orang lain melalui FB Prof Muhaya, menjadi panduan dan meningkatkan keyakinan juga keberanian...... Ye la, benda ni kan melibatkan mata...salah satu komponen penting badan kan... Setelah fikir masak-masak, so aku rasa dah tiba masanya.....

Subscribe to:
Posts (Atom)