Friday, 9 August 2013

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah... Kita telahpun selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan... Mudah2an kita berpeluang bertemu Ramadhan akan datang...

Di kesempatan dan ruang yang ada ini, kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap, keterlanjuran bahasa... 

Salam aidilfitri buat semua daripada kami sekeluarga... Mudah2an Aidilfitri ini membawa kebahagiaan buat kita semua. 
Selalunya waktu raya ini lah kita berpeluang bertemu sanak saudara dan rakan taulan yang waktu2 biasa kita jarang dapat jumpa.. Tu yang jadi bila jumpa, eh..siapa ni ye..macam kenal tapi siapa ye? Hahahhaah...

Selamat bercuti panjang juga kepada sesiapa yang dapat cuti panjang, termasuk aku... Hahahahha... Setelah 3 tahun bekerja di jabatan ni, ini lah pertama kali dapat enjoy cuti dalam erti kata cuti...heaven....

Salam Aidilfitri, ikhlas daripada keluarga kecil kami...


Monday, 5 August 2013

Mood raya sudah mariiiii....


penangan mood raya punya pasal.... hahahhah....
ini la roomate kat opis aku.... kitorang kan duduk berkongsi satu bilik besar... 4 lelaki, 3 wanita...
so, kiranya para roomate lelaki dah terror la bab mekap-mekap bagai ni...hari-hari tengok pemandangan kaedah memakai lipstik, sapu bedak, etc... jangan korang jadi geng lembut sudah la....hahahhaha...

Wednesday, 17 July 2013

Rojak

Phewww...#kesatpeluh#

Lamanya tak jenguk rumah ni... Kesian...kurang kasih sayang dah....  Macam-macam jadi sepanjang persunyian ni....

Kesibukan luar biasa membataskan masa yang ada untuk bersenggang... Kapal besar yang aku tumpang ni mendapat nakhoda baru so pelbagai haluan yang diinginkan... Anak-anak kapal ni la yang tak menang tangan... Bersilat dalam kapal, pastikan takda yang tenggelam.. Sampaikan anak kapal tak tau nak pegang apa dah, tenggelam timbul jadinya... Baru pegang ni, muncul benda baru pulak. Letak dulu yang lama, godek yang baru, sebab yang baru lebih penting.. Tetiba, arghhhh...nak yang lama tu pulak... Dan yang baru pun pun jalan sekali... Plus extra baru... Maka jadi la, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran......

Sekarang ni pun, dah dapat kotak. Esok lusa sibuk la pulak nak punggah barang masuk kotak. Bye bye bilik yang aku bertapa selama 3 tahun lebih ni... Aku dan rakan-rakan seangkatan kena pindah tempat lain untuk bagi ruang pegawai lain nak masuk. Dapat tempat baru yang lebih luas dan terbuka...Apu nak buek... Rasa macam baru masuk servis pulak... Lepas ni takda la privasi dah...korang yang nak datang melawat pun, tak payah la...kita jumpa kat lobi je la ek...

Ok, kita tinggal citer pasal kapal tadi... Walau badai macamna pun menghempas kapal tu, kapal tetap kena jalan dengan para anak kapal dan nakhodanya... Takkan anak kapal nak tinggal belakang kan...dah la tak pandai berenang, kang lemas...

Dalam bulan 5 macam tu kot, kereta aku tercium belakang kereta orang....Ni bukan cium kasih sayang...cium hazab namanya... Waktu petang, on the way balik lepas ambil Nurin hana, di simpang 3. Baik punya sondol....sampai terjongket sikit bonet depan kereta aku. Dan paling tragik, kepala Nurin hana terhantuk kat cermin depan sampai retak cermin tu!!!! Aduhhhh...nasib baik tak jadi apa-apa... Kebetulan masa tu, Nurin hana tak pakai tali pinggang... Hmmm...rasa bersalah sangat... Jangan ditanya macamana boleh jadi sondolan tu... Yang pasti, aku rasa macam aku dah tekan brek, tapi tetap menyondol jugak kereta depan, Rumusan en hubby, perasaan aku je tekan brek, sebenarnya mungkin aku tekan minyak, tu pasal kena tu.. Apapun, benda dah pun jadi...kereta aku pun dah keluar wad selepas seminggu kena tahan. Moral of the story, kena lebih hati-hati lepas ni... Kereta pun dah berwajah ala-ala baru, cat baru tapi warna sama.. Hahahhaa...tetap setia dengan hitam, walau pun teringin nak putih sebenarnya.. tapi bila mengenangkan tahap kerajinan basuh kereta tu terlampau tinggi, terpaksa la pendam je....

Ok, selamat berpuasa buat semua. Diam tak diam, dah hari ke 8 kita berpuasa di bulan ramadhan ni. Tinggal lagi lebih kurang 22 hari nak raya...eh? tetiba... hahhahaha.... Alah..korang pun dah menghitung hari bila nak raya kan....hari-hari duk tengok kalendar...duduk senyap-senyap nyanyi lagu raya...hahahhha...

So, apa nak makan bukak puasa petang ni? Masak? Tunjuk-tunjuk di param? Berbuka di rumah ayahanda bonda? Atau buffet ramadhan? Wahh...banyak gituw pilihan.... Bercakap tentang buffet ramadhan, lama betul tak pergi...mahal la sekarang...padahal nak makan, tak le sebanyak yang dibayar tu... banyak mana je la perut ni boleh isi pun...tangki kecik...tapi kalau ada orang belanja, ok je...Bila? hari ni? esok? lusa? hahahhah....laju je bila bab makan free...

Tahun ni, tahun pertama Nurin hana cuba berpuasa. Paling kelakar, hari pertama puasa tu, bila kejutkan dia bangun tido untuk bersiap ke sekolah, semangat ni bangun bila aku bagitau kata hari ni puasa. Bila nak bersiap, dia tanya, kenapa kena pakai baju sekolah. Eh, kan nak kena pegi sekolah... Terus air mata sang primadona mengalir... Katanya, "ibu kata hari ni puasa...." Eh, memang ye la puasa... Tak tau apa yang terbayang di mindanya bila aku kata hari ni puasa. Apa yang aku boleh rumuskan, puasa maknanya cuti, tak payah pegi sekolah... Hahahhha...hai la anak....

So, hari pertama puasa tu, masa ambil dari sekolah dalam pukul 5.30 tu, nampak je muka aku, terus Nurin hana bagitau, "ibu, boleh tak nak minum...dahaga..." Pujuk pun tak jalan... Bergenang air mata lagi ada... Masuk kereta, melilau mata tengok ke berusi belakang kereta. Cari air, sebab selalunya aku bawak botol air ke ofis...Bulan puasa macam ni, mana la ada botol air... Kesian aku tengoknya.. dengan bibir keringnya, badan lembik nak berjalan pun tak larat. Sudahnya, sampai rumah, terus capai mug, habis satu mug air diminumnya.... Apapun, bravo..bravo...my little princess...dapat jugak berpuasa walau sekerat hari... So selepas tu, memang Nurin hana terus berpuasa....kami panggil, puasa sampai asar....sebab balik sekolah je terus berbuka... Takpa la..pelan pelan kayuh.... proses untuk membiasakan diri...

So, kita jumpa lagi......

Monday, 24 June 2013

Friday, 26 April 2013

Pentingnya Komunikasi Ibu Bapa dengan Anak


Sumber: Artikel Utusan Malaysia (25/4/2013)

KOMUNIKASI merupakan perkara penting yang menjadi pengikat hubungan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak.

Komunikasi yang berkesan akan mendatangkan hasil yang baik kepada kedua-dua belah pihak. namun jika sebaliknya mungkin jurang antara ibu dan anak-anak semakin renggang dan tidak mesra. Apatah lagi anak-anak itu ibarat kain putih, ibu dan bapalah yang bertanggung- jawab mencorak masa depan mereka.
Namun, dalam mendidik anak-anak, ibu bapa harus peka terhadap perilaku dan respons anak-anak mereka. 
Ini kerana setiap anak berbeza sifat dan tindakan yang turut membentuk personaliti mereka.

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Asmawati Desa berkata, kemahiran komunikasi adalah satu katalis dalam membantu individu mempertingkatkan kemahiran sosial mereka.

"Kebolehan dan keupayaan berkomunikasi secara berkesan dapat membantu mempertingkatkan jati diri, mengukuhkan kepercayaan dalam hubungan, memperkuatkan semangat dan daya saing selain mengeratkan hubungan antara rakan-rakan.

"Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kepercayaan, penghormatan dan kekaguman orang lain terhadap individu tersebut," katanya bersempena wacana isu-isu munakahat kemahiran keibubapaan di Institut latihan Islam Malaysia (ILIM) baru-baru ini.

Tambahnya, berdasarkan ilmu psikologi, terdapat lima personaliti berbeza yang terdapat pada setiap orang anak dengan perbezaan umur dan gaya hidup mereka.

"Personaliti tersebut adalah mempunyai sifat yang bersungguh- sungguh dalam setiap perbuatan yang dilakukan dan teliti, sentiasa menyenangkan, ektraversi, keterbukaan ke arah pengalaman dan neurotisme.
"Dalam kelima-lima aspek tersebut anak dengan personaliti neurotisme mempunyai sifat negatif dan kurang keyakinan diri, selain cepat berasa panik dan mudah bimbang terhadap sesuatu perkara.

"Amat penting bagi Ibu bapa mengenali personaliti anak mereka bagi memudahkan proses komunikasi," kata Dr. Asmawati.

Katanya lagi, untuk membina 'jambatan rasa' di antara anak-anak dan ibu bapa, perlakuan menyatakan sayang antara resipi berkesan yang perlu diamalkan.

Perlakuan tersebut boleh dinyatakan melalui tindakan dan ucapan yang menunjukkan kasih sayang.

"Antaranya meningkatkan masa berbual dan berkongsi cerita, berbincang secara terbuka serta sentiasa bersabar melayani kerenah mereka dan bukannya dengan memerintah.

"Ibu bapa juga seharusnya menjadikan anak-anak seperti kawan baik seperti sentiasa peka kepada minat serta kecenderungan mereka terhadap sesuatu perkara," katanya.

Dr. Asmawati berkata, dalam memastikan keberkesanan komunikasi antara kedua-dua belah pihak, terdapat empat aspek penting yang menjadi kayu ukur iaitu mendengar, bercakap, berfikir dan komunikasi bukan lisan.

Katanya, ibu bapa digalakkan mencari waktu dan suasana yang sesuai untuk berbincang dan bermesra dengan anak-anak supaya mesej serta nasihat yang diberikan diserap anak-anak dengan berkesan.

"Kaedah mendengar secara aktif dan penuh penghayatan menjadikan kita turut rasa dihargai apabila anak-anak memilih kita untuk berkongsi pengalaman dengan mereka," katanya.

Menurut Dr. Asmawati lagi, kemahiran mendengar perlu dipelajari oleh ibu bapa kerana sebanyak 60 peratus masalah dalam komunikasi adalah berpunca daripada kegagalan 'mendengar'.

"Aktiviti mendengar sering disalah erti dengan hear iaitu hanya perbuatan mendengar tanpa memahami dan merasai perasaan orang yang sedang bercakap.

"Sebaliknya, kaedah mendengar yang sebenar adalah listening , satu kemahiran yang perlu dipelajari. Ia melibatkan proses memahami apa yang di dengar dan dalam masa yang sama cuba merasai situasi penyampai tersebut," katanya.

Ujar beliau, terdapat beberapa peraturan mendengar yang efektif bagi memastikan komunikasi kedua-dua belah pihak berkesan.

Seeloknya kata Dr. Azmawati lagi, apabila anak bercakap, ibu bapa perlu berhenti bercakap dan memberi tumpuan untuk mendengar sepenuhnya maklumat yang hendak disampaikan.

Pada masa yang sama tunjukkan minat melalui isyarat bukan lisan seperti angguk, kontak mata, ekspresi muka dan sebagainya.

Lakukan kontak mata dan buatkan individu tersebut berasa selesa.

"Selain itu, elakkan tindakan yang mengganggu seperti perlakuan mengetuk-mengetuk meja, jangan menyampuk, empati dan bersabar dan tidak membuat anak tersebut berasa tidak dihiraukan," katanya.

Beliau berkata, untuk memberi kepuasan dan tidak timbul salah faham kedua-dua belah pihak, jika anak ingin menceritakan apa yang mereka rasai dan masa pula tidak mengizinkan, beritahu anak-anak bahawa perbincangan tersebut akan dilakukan kemudian.

"Dalam proses mendengar secara aktif, tujuan ibu bapa mendengar adalah benar-benar untuk berhajat membantu anak mengatasi masalah.

"Selain itu, mereka sentiasa bersedia untuk menerima pendapat anak walaupun besar kemungkinan pandangan anak adalah berbeza," kata Dr. Asmawati.

Tuesday, 9 April 2013

Happy Birthday...Happy Birthday...Happy Birthday...

Alhamdulillah.... Hari ni genap sudah 6 tahun usianya nurin hana... 

Selamat hari jadi sayang.... Buah hati pengarang jantung ibu dan papa... Ibu dan papa sentiasa mendoakan yang terbaik buat nurin hana.... Ibu dan papa sayang nurin hana ketat-ketat... 


Ya Allah,
panjangkanlah umurnya..
kurniakanlah kesihatan yang baik..
terangilah hatinya dengan Nur pancaran iman-MU
dekatkan dia kepada kebaikan, jauhkan dia dari segala kejahatan
kurniakanlah kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari -MU dalam menempuh cabaran
dan liku-liku kehidupan di dunia dan di akhirat...

Friday, 22 March 2013

Sawi

Balik dari school, Nurin hana sibuk bagitau yg cikgunya suruh bawak "sayur sawi" esok. Eh, nak buat apa bawak sawi. Heran jugak la. Esok ada 2 lagi paper exam, jawi dgn pendidikan seni. So, kalau fikir logiknya sawi tu mesti utk pendidikan seni la patutnya kan.... tapi.... Boleh buat apa dengan sawi? Sepanjang-panjang riwayat hidup mak kamu ni, tak pernah la pulak bergelumang dengan sawi untuk pendidikan seni... Ke, cikgu nak ajar masak? Tapi apsal sawi je?

 (sumber: google)

So, sebagai mak yang prihatin, aku sms cikgu tanya, kena bawak sawi je ke? Sekali.... Tau apa reply cikgu......
:
:
:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



"Bukan sawi kak.... Kena bawak bendi...."

(sumber: google)


Hahahhaah.... Camna la pulak bendi boleh tukar ke sawi tu... Jauh benar bezanya... Nak nak budak tenit tu bukan pemakan sayur, tak tau pun sayur tu nama sawi....

Bila ditanya, katanya dia tak ingat la cikgu sebut apa.... Ni kes main hentam saja la ni.....Hmmm..macam-macam....

Nasib baik la mak kamu ni sms cikgu. Kalau tak, penuh bergaya la esok gi school dgn sawinya.... Hahahahh....

Hmmm....Bendi ni mesti nak guna utk cop cop kat kertas lukisan tu... Macam kita dulu-dulu... Potong bendi, pastu sapu berus yg dah colek kat water color tu kat tempat kena potong tu pastu cop cop cop.... Takpun, tak payah susah payah, celup je kat water color tu... ^___^