Showing posts with label CRITER. Show all posts
Showing posts with label CRITER. Show all posts

Tuesday, 13 July 2010

GORES DAN MENANG

Pagi ni sempat hadir seminar kepenggunaan kat sini. Salah satu topik yang dibincangkan adalah mengenai gores dan menang. So, teringin nak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan tentang ni. Rasanya ramai yang familiar tentang ni..kan...

Beberapa tahun lepas, masa tu kami baru je pindah masuk rumah yang diduduki sekarang ni. Masa tu bulan puasa. Kalau tak silap, sehari dua lagi dah nak raya. Kiranya tengah berkemas sebelum nak balik kampung la...Masa tu kawasan tu memang dah sunyi, majoriti orang dah balik kampung. Macam kami ni, tak rushing sangat sebab kampung alahai sepelaung je....heh..heh...

Masa tengah sibuk-sibuk tu, tetiba ada sorang amoi ni muncul depan pintu, katanya nak buat survey sikit. Kitorang pun bagi chance la kat dia. Pot pet pot pet dia, tanya tu tanya ni, then tetiba dia offer kami untuk gores salah satu kad yang dibawanya. Malas nak layan sebenarnya, tapi layan je la. Katanya, hadiah best-best dalam kad tu, antaranya kereta perdana. Katanya, tak kena bayar apa-apa pun. Dengan rela tak rela, kami pun pilih satu kad dan gores. Bila dia nampak gambar di sebalik goresan tu, gembira sakan dia, excited giless...Macam dia pulak yang gores. Padahal, tuan rumah yang ‘konon-kononnya menang” tu tak apa-apa, dia pulak yang over. Tapi, memang kelakar bila ingat balik kondisi amoi tu masa tu. Terlompat-lompat depan pintu rumah kami. Ishh..ishh...teruk betul...

Tau apa yang kami “menang”? “Hadiah utama” tu..... Tu fasal la amoi tu melompat macam nak rak..al maklum la..bakal dapat satu “mangsa” kan..Tanpa dia tahu, spesies apa tuan rumah yang dia jumpa petang tu..heh..heh...

Beria-ia la dia yakinkan kami tentang hadiah tu. Siap tunjuk keratan akhbar tentang berita orang-orang yang pernah menang gores ni. Kami pun tak perasan berita tu. Sebab kad tu tertulis hadiah utama, so melayakkan kami untuk gores kad untuk hadiah utama pulak. Hadiah utama, macam kereta, penapis air, etc. Tapi, kena bayar sejumlah wang sebelum boleh gores kad hadiah utama tu. Aikk..tadi kata tak payah bayar apa-apa...Dia kata, at least hadiah gores yang boleh kita dapat, penapis air. Hekk elehh...penapis air buat apa...

Agaknya sebab “pujuk rayu” tak bisa mencairkan hati tuan rumah, siap panggil supervisor dia datang rumah kami. Kononnya nak buktikan yang semua tu adalah benar belaka, tiada yang tak benar, melainkan benar belaka...Siap minta kami pergi company dia lagi, untuk uruskan fasal hadiah tu...Kami minta alamatnya. Diam-diam saya telefon company tapi tak berangkat. Lama jugak la diorang berusaha memujuk kami. Pujuk rayu macam-macam. Siap boleh bagi advice lagi, takda cash takpa, boleh bayar pakai kad atm @ kredit card....Terdesak sungguh diorang ni. Paling best, dia cuba ayat kami, “Raya ni boleh bergaya dengan kereta baru, perdana...”. Huii..bunyi macam best betulkan...Boleh cair la dengarnya.
 
Tapi, seperti yang saya sebutkan kat atas tadi, diorang tak tau spesies tuan rumah ni dalam hal-hal macam ni. Hati batu, keras, terutama en hubby. Pujuklah macam mana pun, tak jalan punya..Cubalah fikir, takkan lah senang-senang orang nak bagi kita hadiah kereta, dengan hanya main gores-gores je. Nak kata masuk peraduan, bukan! Finally, diorang pergi dengan penuh putus asa...(mesti punya...muka kelat je..) tapi sempat lagi tanya “adakah kami tak menyesal tolak tawaran berharga tu...?”....sempat lagi tu....

Hati-hatilah kalau didatangi orang macam ni. Diorang memang pandai bercakap dan memujuk sampaikan tanpa kita sedari, kita mungkin akan terjerat...

Sunday, 25 April 2010

NYARIS TERTELAN DAWAI KOKOT


Assalamualaikum.
Korang tau tak dawai kokot? Ala...ubat stapler tu...besi yang kita letak dalam stapler sebelum boleh digunakan. Hari tu nyaris tak tertelan dawai kokot tu. Sedang enak mengunyah sotong bakar tetiba terasa ada benda tajam mencucuk di daging gusi gigi. Eh, manalah pulak datangnya benda keras dalam sotong ni. Tak terfikirlah yang benda tu dawai kokot. Nasib baiklah tercangkuk kat daging gusi. Kalau tak, selamatlah dalam perut. Sampai hari ni, masih terasa bisa sikit kat bahagian daging gusi yang tercucuk dawai kokot tu. Nak kunyah makanan pun terpaksa berhati-hati..sudahlah gigi yang sebelah lagi dah memang problem. Hilang sekejap nikmat makan..hah..hah... 
Tak paham sebenarnya, apa fungsi dawai kokot tu dekat sotong tu. Sotong kering tu dah dibasuh bersih-bersih sebelum dibakar. Tak perasan kata ada dawai kokot kat badannya. Itulah, kengkadang orang meniaga ni fikirkan nak untung je, tanpa fikirkan keselamatan orang lain. Sabagai contoh, kuih pulut panggang, yang dibalut dengan daun tu. Kalau dulu-dulu diorang gunakan lidi untuk sematkan hujung daun tu. Tapi, sekarang ni rata-rata gunakan stapler dengan dawai kokot. Memanglah senang, tapi kan ke bahaya kalau termakan dawai kokot tu. Nak mudah pun, berpada-padalah sikit. Adakalanya, cara tradisi tu lebih baik daripada cara moden. Amatlah disyorkan kepada semua peniaga, janganlah gunakan dawai kokot semasa penyediaan pembungkusan kuih-muih atau makanan anda. Kalau kita yang dewasa ni pun boleh terlepas pandang dawai kokot tu, cuba bayangkan anak-anak kecil yang bila dapat makanan tu terus nak masuk mulut, tanpa tengok kiri kanan dah.....kes naya tu…

PANDUAN MEMBELI TILAM


Assalamualaikum.
Hmmm......sejuknya kat sini. Alangkah bestnya kalau dapat menghamparkan badan atas tilam, alangkah bestnya.....Stop! Jangan harap, sekarang ni kat office ye. Ok, rata-rata kat rumah sekarang ni semua orang tidur gunakan tilam. Tilam tebal, tilam nipis. Jangan tak tau, kita menghabiskan kira-kira 1/3 daripada kehidupan kita dengan tidur. Untuk tidur yang lebih enak...semestinya tidur atas tilam yang paling best, yang boleh membuatkan kita tidur berjam-jam sampaikan alarm jam berbunyi pun tak dengar..heh..heh....
Tapi, kita tau tak yang tilam ni sebenarnya memainkan peranan penting pada kesihatan tulang belakang, ia akan menyokong belakang kita bila berbaring. Honestly, saya tak pernahlah tau benda ni..heh..heh...Beli tilam setakat  beli je. Rembat je mana yang salesman/girl tu syorkan selain kita testing-testing landing atasnya. Rupa-rupanya, sokongan yang teruk akan menyebabkan kita kekejangan otot malah sakit leher dan belakang. Hmmmm....padanlah selalu sakit belakang bila bangun tidur... Kena beli tilam baru ni....hahh..hah.......
Satu artikel ni menyatakan, tilam yang baik dapat mengekalkan kedudukan lengkuangan tulang belakangapabila baring. Ia juga mampu memberi tekanan sama rata ke atas tubuh badan, membantu pengaliran darah, mengurangkan pergerakan badan dan meningkatkan kualiti tidur. Artikel ni juga menyebut bahawa tilam yang baik adalah tilam yang di antara lembut dan keras.
Ok, sekarang dah tau, kena pilih tilam yang tak terlalu lembut, tak terlalu keras. Tapi, nak beli yang jenis spring atau berbusa (foam). Ingat tak kalau kita pergi kedai beli tilam, nanti salesman/girl tu akan bagitau kita tilam ni tilam spring, tilam tu tilam foam. Rupa nampak macam samakan, tapi cuba korang test duduk atasnya, memang lain...Tilam spring megandungi lapisan gelung keluli di antara penebat dan pad. Gelung-gelun tu akan memberi tekanan untuk menyeimbangkan berat badan yang mana ia kaan mewujudkan titik-titik tekanan di bahagian tengkorak, tulang belakang, tulang bau dan tumit. Kemampatan dan ketahanan tilam jenis ni bergantung pada ketebalan dawai dan jumlah gelung. Ini bermkana legi banyak gelung, lagi banyaklah sokongan. So, janganlah beli tilam yang mempunyai gelung yang sikit. Manakala tilam berbusa (foam) dibuat daripada ‘polyurethane foam’, supaya kontor kepada keseluruhan badan. Dibuat daripada tahap kepejalan berbeza, tapi yang tak bestnya tilam ni tidak mempunyai pengaliran udara yang baik so akan menyebabkan rasa panas dan berpeluh masa tidur, unless bilik korang ada aircond atau pengaliran udara yang baik, should be no problem  If not, tilam berspring lebih disyorkan sebab ia lebih sejuk.
Selain tu juga, untuk pasangan suami isteri, tak salah kalau kita melabur membeli tilam yang bersaiz besar @ king size. So, takdalah sempit dan tersiku hubby/wife masa tidur. Al-maklumlah, bila tidur mana kita sedarkan. Sedar-sedar je, cik abe/adik kat sebelah mengeluh kesakitan kena siku dek kita..hah..hah.....Belum tambah lagi kalau anak kecil kita pun tumpang tidur sekatil dengan kita, lagilah sendat jadinya. Nak bergerak pun payah. Berebut space pula.....anaklah untung, kita mesti beralah punya, bagi dia lebih banyak space, so parent nya, sorang sipi kat hujung sebelah kanan katil, sorang lagi sipi kat hujung sebelah kiri katil, huhh...huh.....
Bila dah ada tilam tu, janganlah pula ingat yang life nya long lasting. Tilam pun macam kita jugak, ada expired date nya..hah..hah.....Tilam akan hilang sokongan an kepadatan selepas beberapa tahun. Biasanya purata hayat tilam 10 tahun. Selain tu, macamana kita nak tau bila masanya kita kena tukar tilam baru? Antaranya rasa sakit ketika bangun pagi atau kekejangan, gelisah ketika tidur, dapat tidur yang lebih baik @ lena di tempat lain dan tilam mengendur @ terdapat ketulan dalam tilam.
Ingat ye.....bila nakbeli tilam baru, pastikan kita cubanya dengan betul, baring pada tilam denga kedudukan normal masa tidur. Selama ni kalau beli tilam, just duduk-duduk je atas tilam tu, tak tergamaklah nak landing atas tu....bukan apa, segan kat orang kedai tu...Tapi, lepas ni, kena jugaklah..hah...hah.....Tapi, janganlah pula, landing bagai nak rak, sampai tetidur pula. Paling haru, tak jadi beli...Korang tengoklah muka orang kedai tu nanti...hah..hah....
Apsal story pasal tilam? Sebabnya en hubby dah plan nak beli tilam baru...la..la..la...so, ni kiranya satu panduan merangkap motovasi untuknyalah......:))

Monday, 25 January 2010

RIANG RIA DI HARI ISNIN

Assalamualaikum.

Hari ni isnin. 25 jan. so, what??? hari nie la semua orang gomen senyum2 sampai ke telinga. pergi opis pun semangat je. sungguh riang ria. pagi2 lagi mesti ramai dah beratur kat mesin ATM. buat apa lagi, aktiviti cucuk-mencucuk la...
pagi ni, aku pun dengan semangatnya nak rasa riang ria tu, pegi la ke ATM dekat P9. Sampai2 tu, isshh..apsal takda orang pun beratur? semua pakat simpan gaji dulu ke??? ke depa semua dah pakat serbu ramai2 sesudah subuh tadi??? masuk2 je, hmm..no wonder la takda orang....out of service daaa....both machine. hebat tak hebatnya penangan orang gomen pagi ni, sampai abih duit kat dalam mesin tu, hah..hah...
so, misi aku hari ni, tergendala sebentar. selamat duit aku..

Monday, 30 November 2009

Salam AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha buat sumer. cam biasa, raya2 kena le balik kg kan, walaupun kg tu nun dekat sinun jer, heh..heh..

p/s: tapi, raya kali nie rasa tak sronok. ada la hal skit, yang tak mampu dirungkai kat sini. aku rasa tensen jer disebabkan hal tu. abih rosak mood raya aku. sedih pun ya...huh..huh...

Friday, 20 November 2009

duit oh duit

bila la nak masuk gaji nie...kering kontang dah nie...bulan lepas kan dapat gaji awal. so, bulan nie rata-rata orang gomen sumer gelisah menanti hari 'indah' tu. dengar-dengarnyer awal next week. hmm....tak sabo nyer rasa..heh..heh...

Thursday, 19 November 2009

cantik tak bertempat...

last sunday, kitorang tengok tv citer bahang ravina. best citernyer, psl anak menderhaka dgn ibu dia. memang sadis la...tapi, yang kelakarnya, ibu dia tu orang kampung (lokasi rumah maybe pinggir bandar kot..), orang biasa jer, ambik upah menjahit, tapi bulu mata huiii...cam artis. bertingkat...heh..heh...
kengkadang aku pun heran, depa nie sebelum berlakon, tak ker buat ulangkaji skit, mcm sesuai ker tidak nak pakai sesuatu tu..
pengarah pun satu, peka la skit...

Thursday, 29 October 2009

PeRIStiWa YaNG LePAs

Assalamualaikum, salam sejahtera...
hampir aku terlupa dengan kewujudan blog ku nie. lama tak tulih any stories. padahal, banyak perkara berlaku sepanjang lebih kurang 3 bulan lepas. hmmm...sibuk menguruskan famili, study, life, etc. so, the summaries are here...:
1) my little princess kena demam denggi. tah bile kena ketip aedes, kat mana? kat rumah ker? memang huru hara hidup ku tika tu, coz' kebetulan masa tu ada beberapa projek assignment nak kena hantar & present, huh..huh. tambah lak, diri aku sendri demam. takut woo...masa tu kan h1n1 tengah hot!!mujur demam biasa jer (rasanyer la..:-)) ). She's warded for 2 days. alhamdullillah, cepat sembuh. maybe sbb tindakan pantas papa dgn ibunya bawak gi hospital lepas demam smula (before that, dah demam tapi dah baik. but, dalam 2/3 hari lepas tu demam smula). takut woo...kitorang. tq doktor rose & nurses at azzahrah bangi.

2) dalam seminggu ramadhan, farhanah demam lagik. kali nie, chicken pox!!! blom sempat nak amik dos tu, dah kena dulu. kebetulan masa tu kat rumah famili kat kg (cuti hari merdeka). so, terpaksa la extend 'cuti' lagik kat sana dlm seminggu. tak boleh hantar dia ke nurseri. terpaksa la stay kat kg jer. cam biasa la, student cam aku nie, assignment tak abih-abih. settle kat kg jer la. kalau kat rumah nanti, alamat tak terbuat la keje aku tu. hmm..again..huru hara...
p/s: sem 03 nie, memang banyak betul dugaan & tekanan. tapi, betul la, setiap dugaan, setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. walaupun aku tensen tahap 'gaban' sem tu, alhamdulillah dipermudahkan rezeki untukku. score smua!!! alhamdulillah.

actually, banyak lagik...tapi nie pun cukup la...

Friday, 24 July 2009

SEHARI DI SINUN...

Lama jugak tak gi library kayesem. last skalik aku gi, last 2 sem kot. cam biasa la..bila ada esemen kena buat, yang perlukan rujukan buku2 kat sana, muncul la muka aku kat sinun. Disebabkan dah lama tak gi sana, terkejut aku biola tengok parking kat belakang tu..penuh!!!kat tepi2 jln tu pun kete berderet. slalunyer time2 pagi camtu, still banyak lagik space kosong kat belakang mot sinun. terpaksa la aku memarking kete itam ku yang sporty tu kat tepi jalan gak...dgn harapan tak kena kunci tayar dek guard. jangan memain, situ guard strict skit. aku pernah nampak kete kena kunci tayar....hari nie aku tengok kete memang banyak giler parking bukan kat tempat sepatutnyer, so akal aku nie cuba mengatakan bahawa "takkan ler depa ada banyak sgt kunci, nak gi kunci tayar sumer kete, pastu larat ker nak buat sumer.." akal ku berkata...
sib baik cik is ada ari nie kat library,,,senang skit nak mintak tolong. dapat ler pinjam few things dari library department kat bawah. kat atas takder bahan rujukan tu, coz' library bwh dah spesifik utk expertise tu. dengan bahan2 yang ada, dengan tekunnyer aku menaip input2 untuk esemen tu.....awal2 jer, pastu dah tak brp tekun dah...bila jumpa kengkawan kat sinun..heh..heh...
dapat jumpa kawan aku nie, kebetulan dia gi collect data untuk research dia kat department bwh. lama betul tak jumpa, sejak aku 'cuti daripada bekerja' nie..
dapat jumpa gak kawan aku sorang nie. kebetulan dia kena posting kat division lama aku....under my ex-boss & also bilik dia skrg adalah bilik aku dulu...masa gi bilik dia, teringat la kenangan lalu...ooppss..terjiwang lak...
banyak ler jugak citer2 sensasi yang aku dengar hari tu..heh..heh...si polan buat tu..buat nie...si polan eksen la...mcm2 la....
sempat agk aku ziarah opis lama aku, jaytiem. kondisi masih sama. cuma banyak new faces.
walaupun actually tak sampai sehari pun kat sana, tapi boleh la mengubat kerinduan pada kengkawan yang ada.
sempat gak aku terpikir...camna la besok2 aku nak masuk keje smula????camna nak berfungsi smula sbg sorang pekerja???mesti lemau punyer...hah..hah...heh...
tak per la, aku ada few months to go...few months to enjoy this "amazing holiday"....

p/s.: kete aku masih slamat..tak kena kunci tayar...lega..




Friday, 6 February 2009

HEH..HEH..SERAM TU..

just to share (from the email)...

Subject: Kisah di suatu malam...

Peringatan bagi mereka yg menggunakan jalan melalui (Kuala selangor)

Kisah bermula pada suatu malam...

Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie bersama

Rakannya (nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan

dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya

dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina Dan kawasan pembakaran mayat

India... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun

Dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai.

Mamat nie Dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan Dan mereka Cuba mencari bantuan jika Ada kenderaan yang lalu.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor.

Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Tanpa membuang masa mereka pun pergi ke arah bas tersebut. Oleh kerana terlalu

perlahannya bas tersebut, mamat tue Dan rakannya dapat jugak menaiki

bas tersebut walaupun IA sedang bergerak. Alangkah terkejutnya

mereka berdua kerana tiada pemandu yang memandu bas itu. Mereka

memberanikan diri untuk masuk ke dalam bas Dan apabila mereka tiba

di bahagian kerusi terakhir bas tersebut, mereka ternampak sesuatu

di luar bas melalui cermin belakang bas Dan...ya Allah!.........

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas

tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.


heh..heh...