sumber: BH
Showing posts with label thought. Show all posts
Showing posts with label thought. Show all posts
Thursday, 10 May 2012
Friday, 9 September 2011
Rekod perkahwinan paling lama di dunia
Sesuatu yang menarik untuk direnung bersama.....
HANOI: Dua warga emas di Vietnam berhasrat memecahkan rekod perkahwinan paling lama di dunia.
Huynh Van Lac, 110, dan isterinya Nguyen Thi Lanh, 106, memecahkan rekod nasional untuk perkahwinan mereka selama 82 tahun minggu lalu, kata Pengarah Vietnam Records Book Centre, Le Tran Truong An. “Kami akan menghantar rekod perkahwinan paling lama kepada Guinness World Records selepas selesai kertas kerja,” katanya. Lac berkata, rahsia perkahwinan panjang mereka ialah tahu bagaimana menyesuaikan diri untuk hidup antara satu sama lain dan mengelak bertengkar.
“Orang ramai perlu tahu bagaimana berkongsi kegembiraan dan kesedihan antara satu sama lain,” katanya.
Lanh berkata, adalah penting untuk ‘sering melakukan senaman dan cuba berfikir positif.’
Menurut Guinness World Records, Herbert Fisher dan Zelmyra Fisher dari Amerika Syarikat berkahwin selama 86 tahun. Herbert meninggal dunia awal tahun ini. – Agensi
sumber: Berita Harian
HANOI: Dua warga emas di Vietnam berhasrat memecahkan rekod perkahwinan paling lama di dunia.
Huynh Van Lac, 110, dan isterinya Nguyen Thi Lanh, 106, memecahkan rekod nasional untuk perkahwinan mereka selama 82 tahun minggu lalu, kata Pengarah Vietnam Records Book Centre, Le Tran Truong An. “Kami akan menghantar rekod perkahwinan paling lama kepada Guinness World Records selepas selesai kertas kerja,” katanya. Lac berkata, rahsia perkahwinan panjang mereka ialah tahu bagaimana menyesuaikan diri untuk hidup antara satu sama lain dan mengelak bertengkar.
“Orang ramai perlu tahu bagaimana berkongsi kegembiraan dan kesedihan antara satu sama lain,” katanya.
Lanh berkata, adalah penting untuk ‘sering melakukan senaman dan cuba berfikir positif.’
Menurut Guinness World Records, Herbert Fisher dan Zelmyra Fisher dari Amerika Syarikat berkahwin selama 86 tahun. Herbert meninggal dunia awal tahun ini. – Agensi
sumber: Berita Harian
Friday, 22 October 2010
Graduan dakwa ditipu syarikat pelaburan
Ini salah satu kes yang dilaporkan dalam suratkhabar.Kes ni bukan yang pertama. Sebelum ni pun banyak kes sama yang dilaporkan.
Bila baca berita tu, teringat dulu-dulu aku pun nyaris-nyaris tak terlibat dalam ‘bisnes pelaburan’ tu jugak.
Masa tu baru lepas grad diploma, sementara waktu senggang tunggu offer degree, aku intai lah mana-mana kerja yang ada. Hari-hari aku kelebek suratkhabar. Siap beli Star lagi, sebab dalam tu banyak iklan kerja kan.
Dalam banyak-banyak tu, tertarik dengan satu iklan yang menawarkan jawatan eksekutif pentadbiran. Huiii...canggih bunyi jawatan tu kan. Syarat pun minimum je, bolehlah cuba ni.
Ada open interview, kat company nya di yow chuan plaza.
Aku pun nak cubalah nasib. Melilau jugak cari company tu, tak jumpa. Plaza tu kan banyak kedai. Dah puas pusing baru jumpa.
Interviewnya simple je. Terus dapat lagi. Besoknya boleh mula keje.....heh..heh...masa tu rasa bangga jugak...yeah..yeah..aku dapat keje....eksekutif pentadbiran lagi...hahhh..hhahhh...hahah...
Tapi, lepas tu bila dengar penerangan tentang skop kerja, hmmm...kena fikir panjang kalau nak menceburkan diri dalam bidang pekerjaan tu.
Gaji rm500 je sebulan. Apa kes ni, ada diploma gaji bagi banyak tu..macam eksen la sikit..haahh..hahh...
Tapi ada komisen, yang akan top up gaji tu jadi tinggi. Kerjanya, kena cari orang untuk buat pelaburan.
Alamak!!!! Kena buat sales ke? Sangatlah aku tak minat...tapi aku tak bagitau masa tu yang aku tak minat.
Habis interview, masa merayau-rayau, jumpa dengan beberapa ‘pekerja’ company tu. Kitorang pun sembang-sembanglah lebih kurang. Diorang tengah cari customer la tu...Bunyinya memang payah jugak keje tu...
Balik rumah, bila bagitau ayahanda, terus dapat bangkangan seratus peratus. Dengar je lah bebelannya....terkulat-kulat aku di situ...
Sebagai anak yang takut patuh, aku ikut je lah. Lagipun, hati aku tak sepenuhnya nak ambik kerja tu. Gaji ciput sangat Tak minat la, bukan line aku pun...
Nasib baik aku dengar cakap ayahanda aku. Kalau tak, mau jadi macam kes graduan tertipu tu...kesian depa kan...
Mungkin ada company yang betul-betul buat bisnes pelaburan yang sah. Cuma kita kena check betul-betul la supaya tak datang masalah di kemudian hari...
Friday, 30 July 2010
Emel Palsu
Sebelum ni saya biasa membaca dalam akhbar tentang kes penipuan bagi tujuan mencuri wang dalam akaun. Baru-baru saya telah menerima emel, bukan sekali, tapi 2 kali...dari sumber berbeza tapi menggunakan nama ‘maybank2u’. Sekarang, saya dah tahu macam mana orang boleh tertipu dengan kes ni. Kalau kita baca e-mel yang dihantar, memang sebiji macam dihantar oleh bank yang sebenar. Kononnya, kena tukar password la, itu la....
So, sekadar mencuba buka ‘link’ yang disertakan. Memang terang lagi bersuluh, alamat web site yang diberi memang jauh beza dengan alamat yang sepatutnya, tapi yang bestnya bila kita klik kat alamat tu, automatik akan terpapar muka hadapan perbankan online tu. Memang sebijik, tanpa syak wasangka lagi. Saya pun masukkan ID dan password (bukan betul pun...tipu-tipu je...). Eh..eh...terus masuk ke proses seterusnya...
memang sebijik macam real....tapi emel address tu lain macam...
So, peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan di luar sana, berhati-hati dengan pelbagai helah manusia yang suka menipu ni.
Tuesday, 13 July 2010
GORES DAN MENANG
Pagi ni sempat hadir seminar kepenggunaan kat sini. Salah satu topik yang dibincangkan adalah mengenai gores dan menang. So, teringin nak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan tentang ni. Rasanya ramai yang familiar tentang ni..kan...
Beberapa tahun lepas, masa tu kami baru je pindah masuk rumah yang diduduki sekarang ni. Masa tu bulan puasa. Kalau tak silap, sehari dua lagi dah nak raya. Kiranya tengah berkemas sebelum nak balik kampung la...Masa tu kawasan tu memang dah sunyi, majoriti orang dah balik kampung. Macam kami ni, tak rushing sangat sebab kampung alahai sepelaung je....heh..heh...
Masa tengah sibuk-sibuk tu, tetiba ada sorang amoi ni muncul depan pintu, katanya nak buat survey sikit. Kitorang pun bagi chance la kat dia. Pot pet pot pet dia, tanya tu tanya ni, then tetiba dia offer kami untuk gores salah satu kad yang dibawanya. Malas nak layan sebenarnya, tapi layan je la. Katanya, hadiah best-best dalam kad tu, antaranya kereta perdana. Katanya, tak kena bayar apa-apa pun. Dengan rela tak rela, kami pun pilih satu kad dan gores. Bila dia nampak gambar di sebalik goresan tu, gembira sakan dia, excited giless...Macam dia pulak yang gores. Padahal, tuan rumah yang ‘konon-kononnya menang” tu tak apa-apa, dia pulak yang over. Tapi, memang kelakar bila ingat balik kondisi amoi tu masa tu. Terlompat-lompat depan pintu rumah kami. Ishh..ishh...teruk betul...
Tau apa yang kami “menang”? “Hadiah utama” tu..... Tu fasal la amoi tu melompat macam nak rak..al maklum la..bakal dapat satu “mangsa” kan..Tanpa dia tahu, spesies apa tuan rumah yang dia jumpa petang tu..heh..heh...
Beria-ia la dia yakinkan kami tentang hadiah tu. Siap tunjuk keratan akhbar tentang berita orang-orang yang pernah menang gores ni. Kami pun tak perasan berita tu. Sebab kad tu tertulis hadiah utama, so melayakkan kami untuk gores kad untuk hadiah utama pulak. Hadiah utama, macam kereta, penapis air, etc. Tapi, kena bayar sejumlah wang sebelum boleh gores kad hadiah utama tu. Aikk..tadi kata tak payah bayar apa-apa...Dia kata, at least hadiah gores yang boleh kita dapat, penapis air. Hekk elehh...penapis air buat apa...
Agaknya sebab “pujuk rayu” tak bisa mencairkan hati tuan rumah, siap panggil supervisor dia datang rumah kami. Kononnya nak buktikan yang semua tu adalah benar belaka, tiada yang tak benar, melainkan benar belaka...Siap minta kami pergi company dia lagi, untuk uruskan fasal hadiah tu...Kami minta alamatnya. Diam-diam saya telefon company tapi tak berangkat. Lama jugak la diorang berusaha memujuk kami. Pujuk rayu macam-macam. Siap boleh bagi advice lagi, takda cash takpa, boleh bayar pakai kad atm @ kredit card....Terdesak sungguh diorang ni. Paling best, dia cuba ayat kami, “Raya ni boleh bergaya dengan kereta baru, perdana...”. Huii..bunyi macam best betulkan...Boleh cair la dengarnya.
Tapi, seperti yang saya sebutkan kat atas tadi, diorang tak tau spesies tuan rumah ni dalam hal-hal macam ni. Hati batu, keras, terutama en hubby. Pujuklah macam mana pun, tak jalan punya..Cubalah fikir, takkan lah senang-senang orang nak bagi kita hadiah kereta, dengan hanya main gores-gores je. Nak kata masuk peraduan, bukan! Finally, diorang pergi dengan penuh putus asa...(mesti punya...muka kelat je..) tapi sempat lagi tanya “adakah kami tak menyesal tolak tawaran berharga tu...?”....sempat lagi tu....
Hati-hatilah kalau didatangi orang macam ni. Diorang memang pandai bercakap dan memujuk sampaikan tanpa kita sedari, kita mungkin akan terjerat...
Saturday, 10 July 2010
Salah Guna Pinjaman Pendidikan
(image: google)
Sekarang ni musim pendaftaran pelajar-pelajar baru di IPT. Macam-macam ragam kita boleh tengok. Yang pastinya, wajah kegembiraan ibu bapa/keluarga yang turut sama menghantar anak-anaknya masa pendaftaran tu. Huii..siapa tak bangga, anak dapat belajar kat IPT,kan. So, adik-adik semua, belajarlah rajin-rajin. Peluang dah diberi, gunakanlah sebaik mungkin. Hadiahkanlah kejayaan pada ibu bapa/keluarga yang telah bersusah payah selama ini, juga pada diri sendiri. Selamat menikmati saat-saat bergelar mahasiswa/siswi. Kehidupan di IPT pasti akan menjadi antara kenangan terindah untuk dikenang nanti......
Sebenarnya, entri saya tentang pinjaman pendidikan. Saya percaya ramai adik-adik yang sedang belajar di IPT mendapat pinjaman, kan! Dalam Berita Harian (Varsiti) ada menyentuh tentang “Salah Guna Pinjaman”.
Sedikit sedutan: “segelintir pelajar IPT yang menerima pinjaman pendidikan, antaranya daripada PTPTN dikatakan membazir bantuan kewangan itu dengan membeli pakaian berjenama, telefon bimbit, berpeleseran dan melabur dalam skim cepat kaya sebaik pinjaman dikeluarkan awal semester pengajian”. (TQ Varsiti, BH).
Heh..heh..al-maklumlah, tiba-tiba dapat duit banyakkan, so cepatlah gelap matanya. Bila check akaun, alamak...duit dah masuklah. Apa nak beli ye...??? Macam-macam dah terbayang kat kepala. Tapi, sampai tengah semester, duit pinjaman dah habis. Jangankan nak guna untuk tujuan belajar, nak makan pun kena ikat perut. Paling murah, makan maggi hari ni, esok, lusa dan seterusnya sampailah dapat duit pinjaman untuk semester akan datang. Masa ikat perut tu, rasa menyesal dan janji pada diri sendiri, lepas ni akan jimat cermat. Tapi, bila dapat duit pinjaman lagi, terus lupa janji-janji yang dibuat pada diri sendiri tu.
Masa zaman saya belajar dulu, biasa kita dengar siswa/siswi makan maggi. sebab duit pinjaman dah habis atau lambat dapat. Setiap kali semester baru dibuka, rata-rata pelajar kena ikat perut dulu (ni kes duit semester lepas dah licin), tunggu duit masuk. Bila dah masuk..yehhh...pakcik/makcik kayo....heh..heh... Saya dulu dapat pinjaman, tapi memang still kena jimat cermat, takut duit tak cukup untuk cover satu semester. Kena pandai-pandai bajet. Yelah, untuk belanja harian lagi, makan, buku, fotostat, etc. Nasib baik saya bukan kaki shopping, kalau tak haru....
Kesimpulannya, dapat duit banyak memang best, tapi ingatlah hari-hari depan yang masih memerlukan duit. Janganlah susahkan ibu bapa/keluarga semata-mata sebab keborosan sendiri. Sendiri mahu ingatlah....
Masa zaman saya belajar dulu, biasa kita dengar siswa/siswi makan maggi. sebab duit pinjaman dah habis atau lambat dapat. Setiap kali semester baru dibuka, rata-rata pelajar kena ikat perut dulu (ni kes duit semester lepas dah licin), tunggu duit masuk. Bila dah masuk..yehhh...pakcik/makcik kayo....heh..heh... Saya dulu dapat pinjaman, tapi memang still kena jimat cermat, takut duit tak cukup untuk cover satu semester. Kena pandai-pandai bajet. Yelah, untuk belanja harian lagi, makan, buku, fotostat, etc. Nasib baik saya bukan kaki shopping, kalau tak haru....
Kesimpulannya, dapat duit banyak memang best, tapi ingatlah hari-hari depan yang masih memerlukan duit. Janganlah susahkan ibu bapa/keluarga semata-mata sebab keborosan sendiri. Sendiri mahu ingatlah....
Friday, 9 July 2010
BURGER GERGASI
"Burger gergasi punca banyak kes rahang cedera
TAIPEI: Doktor gigi di Taiwan menggesa rangkaian makanan segera mengurangkan saiz burger dalam menu mereka berikutan semakin banyak kes kecederaan rahang dilaporkan.
Pesakit mengalami masalah rahang atau kesukaran membuka mulut selepas memakan burger gergasi, lapor China Post yang memetik profesor Hsu Ming-lung dari Sekolah Pergigian di Universiti Kebangsaan Yang-Ming. Masalah bertambah apabila penggemar makanan segera memakan burger melebihi lapan sentimeter tinggi, kata Hsu. AFP.” (sumber: Berita Harian).
Huiii..besar mana burger gergasi tu ye sampai boleh mencederakan rahang....8cm tinggi. Mak aiii tingginya...Macamana nak makan tu...Tu kalau ditekan-tekan pun, masih tetap tinggi lagi.
Saya kalau makan burger jenis agak besar sikit dari biasa macam double bigmac atau burger king, saya akan tekan-tekan bagi penyek dulu, selaras dengan keluasan ngangaan mulut. Al-maklumlah, mulut cute kan..heh..heh...(naik lift tekan butang sendiri...heh...heh...). Tak pun susah sangat, bahagikanlah kepada 2 bahagian. Atau beberapa bahagian lebih kecil. Kan senang nak makan.
Tapi, tak taulah saya kalau ada etika memakan burger, memang kena makan sebijik bulat macam tu...heh..heh...Kalau orang perempuan makan nganga mulut besar-besar macam tu, ishh..buruk benar rupanya..hah..hah....Silap haribulan, nganga terus tak boleh tutup dah..hah..hah...Tu baru haru...
camni kot saiz burger gergasi.....(image: google)
Wednesday, 23 June 2010
DIDIK DENGAN MEMUJUK
Read an article today in the newspaper. Very good info especially for fathers and mothers out there, including me la......
Based on the article::
MENDIDIK anak untuk taat kepada ibu bapa adalah satu seni dan ketrampilan yang harus dimiliki ibu bapa. Apatah lagi kini, cara didikan ibu bapa bukan lagi seperti dulu iaitu menerusi cara menghukum. Justeru, setiap ibu bapa harus menggunakan kaedah terbaik untuk berkomunikasi dengan anak.
Berikut tujuh panduan mudah untuk mendidik anak agar taat kepada ibu bapa tanpa menggunakan kaedah menghukum:
• Ajar anak anda peraturan yang diluahkan dalam bentuk ayat kasih sayang dan bukannya perintah.
Misalnya sebagai ganti kepada kata-kata, “Jangan letakkan buku sembarangan!” kepada “Buku itu tempatnya di rak buku.”
Menerusi penggunaan ayat penyata, anak tidak akan berasa sebagai objek perintah tetapi dia rasa diperhatikan dan menjadi subjek. Akhirnya, dia akan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap barangnya.
• Jelaskan peraturan itu dengan baik kepadanya dan bimbinglah anak.
Misalnya, sebagai ganti kata-kata, “Letakkan kembali mainan adik ke tempatnya!”, gunakan ayat, “Lebih baik sekiranya adik meletakkan kembali mainan ke tempatnya agar tidak rosak.” Sekiranya dia menolak, maka katakan padanya, “Marilah kita kumpulkan mainan ini bersama-sama.”
• Apabila anak anda berbuat salah, jangan kaitkan dengan peribadinya, sebaliknya pada perbuatan salahnya.
Misalnya beritahu dia, “Perbuatan ini tidak benar”, jangan katakan “Apa yang sudah kamu buat sehingga jadi begini?”
Jangan pula mengatakannya dengan ungkapan bodoh atau malas kerana ia akan melukai perasaannya dan menjadikannya berasa rendah diri.
• Hargailah keinginan anak anda.
Apabila anak anda berkeinginan memiliki semua mainan ketika di kedai atau pusat beli-belah, katakan kepada anak anda, “Adik boleh pilih satu saja mainan, yang lain kita beli pada hari lain ya.”
Selain itu, buatlah perjanjian sebelum ke pusat beli-belah dengan berkata, “Walaupun banyak mainan di kedai, tetapi adik hanya akan dapat satu saja.”
Dengan cara ini, anak akan berasa dia sudah membuat perjanjian dengan ibunya dan harus mengikut perjanjian itu.
• Perhatikan dan fahami anak anda.
Adakah dia tidak taat atau menurut perintah kerana ada masalah yang sedang dialaminya? Justeru, luangkan masa untuk berbual dengannya.
Beri peluang kepadanya untuk bercakap dan jangan sesekali anda memotong percakapannya.
• Elakkan cara memberi ancaman
Sekiranya ibu bapa menggunakan cara ancaman secara berterusan, ini akan menyebabkan anak anda sentiasa mencari peluang supaya anda memberi ancaman kepadanya.
Contohnya anda mengatakan, “Mama akan beri mainan baru sekiranya bilik tidur kamu bersih.” Anak anda akan mentaati anda kerana inginkan mainan baru, bukannya ingin membantu keluarga dan melaksanakan tanggungjawabnya.
• Berilah pujian kepadanya
Berilah pujian apabila anak anda mengikut arahan anda. Ucapkanlah, “Bagus”, “Jazakallahu khairan”, “Hebat anak mama” atau “Anak yang rajin”, sehingga dia terdorong untuk melakukannya pada waktu yang lain.
Apabila dia berbuat sebaliknya iaitu melakukan perbuatan buruk maka katakan kepadanya, “Rajinnya anak kawan mama kerana bilik tidurnya selalu dibersihkan sendiri” atau “Alangkah hebatnya anak itu hafaz 10 juz al-Quran”.
Ada juga sebahagian ibu memberikan hadiah kepada anaknya untuk memberikan motivasi kepada mereka seperti memberi satu buku apabila anak berjaya menghafaz satu surah. Cara ini juga satu kaedah yang baik untuk melatih anak-anak mengikut perintah ibu bapa.
Wednesday, 5 May 2010
Wanita cantik bawa penyakit????
Assalamualaikum.
Hari ni dalam satu artikel di Harian Metro menyentuh tentang 'Wanita Cantik Bawa Penyakit'. Ni artikelnya:
Menemui wanita cantik adalah tidak baik untuk kesihatan anda. Menurut kajian saintis Universiti Valencia, dengan hanya lima minit bersama dengan seorang wanita jelita boleh meningkatkan paras kortisol, hormon stres tubuh. Kesan itu meningkat di kalangan lelaki yang percaya wanita berkenaan bukan setaraf mereka. Kortisol dihasilkan oleh tubuh di bawah tekanan fizikal dan psikologi dan dikaitkan dengan penyakit jantung.
Penyelidik menguji 84 pelajar lelaki dengan meminta setiap seorang daripada mereka duduk dalam bilik dan menyelesaikan teka-teki Sudoku. Dua orang asing, seorang lelaki dan seorang wanita juga berada di bilik yang sama. Apabila wanita berkenaan meninggalkan bilik dan responden hanya tinggal bersama lelaki asing itu, tahap tekanannya tidak meningkat. Bagaimanapun, apabila responden hanya berdua dengan wanita asing itu, tahap kortisol mereka meningkat.
Penyelidik merumuskan: “Dalam kajian ini, kami menganggap, bagi kebanyakan lelaki, kehadiran wanita jelita mungkin mencetuskan persepsi bahawa terdapat peluang untuk berkenalan.
Walaupun sebahagian lelaki mungkin mengelak menemui wanita jelita kerana beranggapan mereka tidak setaraf, majoriti akan berasa bimbang serentak dengan tindak balas hormon.
Kajian ini menunjukkan paras kortisol lelaki meningkat selepas pendedahan sosial lima minit dengan wanita muda dan jelita. Kortisol boleh memberi kesan positif jika dosnya kecil. Tetapi jika parasnya meningkat begitu tinggi, ia boleh memburukkan kesihatan seperti menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan mati pucuk. - Agensi
Hmm...kalau ikutkan kajian tu, maknanya kaum lelaki tak bolehlah jumpa wanita-wanita cantik ni...nanti jatuh sakit...hah..hah....
Bukankah semua orang dilahirkan cantik? Yang membezakan hanya pandangan mata seseorang tu....:)
Sunday, 25 April 2010
NYARIS TERTELAN DAWAI KOKOT
Assalamualaikum.
Korang tau tak dawai kokot? Ala...ubat stapler tu...besi yang kita letak dalam stapler sebelum boleh digunakan. Hari tu nyaris tak tertelan dawai kokot tu. Sedang enak mengunyah sotong bakar tetiba terasa ada benda tajam mencucuk di daging gusi gigi. Eh, manalah pulak datangnya benda keras dalam sotong ni. Tak terfikirlah yang benda tu dawai kokot. Nasib baiklah tercangkuk kat daging gusi. Kalau tak, selamatlah dalam perut. Sampai hari ni, masih terasa bisa sikit kat bahagian daging gusi yang tercucuk dawai kokot tu. Nak kunyah makanan pun terpaksa berhati-hati..sudahlah gigi yang sebelah lagi dah memang problem. Hilang sekejap nikmat makan..hah..hah...
Tak paham sebenarnya, apa fungsi dawai kokot tu dekat sotong tu. Sotong kering tu dah dibasuh bersih-bersih sebelum dibakar. Tak perasan kata ada dawai kokot kat badannya. Itulah, kengkadang orang meniaga ni fikirkan nak untung je, tanpa fikirkan keselamatan orang lain. Sabagai contoh, kuih pulut panggang, yang dibalut dengan daun tu. Kalau dulu-dulu diorang gunakan lidi untuk sematkan hujung daun tu. Tapi, sekarang ni rata-rata gunakan stapler dengan dawai kokot. Memanglah senang, tapi kan ke bahaya kalau termakan dawai kokot tu. Nak mudah pun, berpada-padalah sikit. Adakalanya, cara tradisi tu lebih baik daripada cara moden. Amatlah disyorkan kepada semua peniaga, janganlah gunakan dawai kokot semasa penyediaan pembungkusan kuih-muih atau makanan anda. Kalau kita yang dewasa ni pun boleh terlepas pandang dawai kokot tu, cuba bayangkan anak-anak kecil yang bila dapat makanan tu terus nak masuk mulut, tanpa tengok kiri kanan dah.....kes naya tu…
PANDUAN MEMBELI TILAM
Assalamualaikum.
Hmmm......sejuknya kat sini. Alangkah bestnya kalau dapat menghamparkan badan atas tilam, alangkah bestnya.....Stop! Jangan harap, sekarang ni kat office ye. Ok, rata-rata kat rumah sekarang ni semua orang tidur gunakan tilam. Tilam tebal, tilam nipis. Jangan tak tau, kita menghabiskan kira-kira 1/3 daripada kehidupan kita dengan tidur. Untuk tidur yang lebih enak...semestinya tidur atas tilam yang paling best, yang boleh membuatkan kita tidur berjam-jam sampaikan alarm jam berbunyi pun tak dengar..heh..heh....
Tapi, kita tau tak yang tilam ni sebenarnya memainkan peranan penting pada kesihatan tulang belakang, ia akan menyokong belakang kita bila berbaring. Honestly, saya tak pernahlah tau benda ni..heh..heh...Beli tilam setakat beli je. Rembat je mana yang salesman/girl tu syorkan selain kita testing-testing landing atasnya. Rupa-rupanya, sokongan yang teruk akan menyebabkan kita kekejangan otot malah sakit leher dan belakang. Hmmmm....padanlah selalu sakit belakang bila bangun tidur... Kena beli tilam baru ni....hahh..hah.......
Satu artikel ni menyatakan, tilam yang baik dapat mengekalkan kedudukan lengkuangan tulang belakangapabila baring. Ia juga mampu memberi tekanan sama rata ke atas tubuh badan, membantu pengaliran darah, mengurangkan pergerakan badan dan meningkatkan kualiti tidur. Artikel ni juga menyebut bahawa tilam yang baik adalah tilam yang di antara lembut dan keras.
Ok, sekarang dah tau, kena pilih tilam yang tak terlalu lembut, tak terlalu keras. Tapi, nak beli yang jenis spring atau berbusa (foam). Ingat tak kalau kita pergi kedai beli tilam, nanti salesman/girl tu akan bagitau kita tilam ni tilam spring, tilam tu tilam foam. Rupa nampak macam samakan, tapi cuba korang test duduk atasnya, memang lain...Tilam spring megandungi lapisan gelung keluli di antara penebat dan pad. Gelung-gelun tu akan memberi tekanan untuk menyeimbangkan berat badan yang mana ia kaan mewujudkan titik-titik tekanan di bahagian tengkorak, tulang belakang, tulang bau dan tumit. Kemampatan dan ketahanan tilam jenis ni bergantung pada ketebalan dawai dan jumlah gelung. Ini bermkana legi banyak gelung, lagi banyaklah sokongan. So, janganlah beli tilam yang mempunyai gelung yang sikit. Manakala tilam berbusa (foam) dibuat daripada ‘polyurethane foam’, supaya kontor kepada keseluruhan badan. Dibuat daripada tahap kepejalan berbeza, tapi yang tak bestnya tilam ni tidak mempunyai pengaliran udara yang baik so akan menyebabkan rasa panas dan berpeluh masa tidur, unless bilik korang ada aircond atau pengaliran udara yang baik, should be no problem If not, tilam berspring lebih disyorkan sebab ia lebih sejuk.
Selain tu juga, untuk pasangan suami isteri, tak salah kalau kita melabur membeli tilam yang bersaiz besar @ king size. So, takdalah sempit dan tersiku hubby/wife masa tidur. Al-maklumlah, bila tidur mana kita sedarkan. Sedar-sedar je, cik abe/adik kat sebelah mengeluh kesakitan kena siku dek kita..hah..hah.....Belum tambah lagi kalau anak kecil kita pun tumpang tidur sekatil dengan kita, lagilah sendat jadinya. Nak bergerak pun payah. Berebut space pula.....anaklah untung, kita mesti beralah punya, bagi dia lebih banyak space, so parent nya, sorang sipi kat hujung sebelah kanan katil, sorang lagi sipi kat hujung sebelah kiri katil, huhh...huh.....
Bila dah ada tilam tu, janganlah pula ingat yang life nya long lasting. Tilam pun macam kita jugak, ada expired date nya..hah..hah.....Tilam akan hilang sokongan an kepadatan selepas beberapa tahun. Biasanya purata hayat tilam 10 tahun. Selain tu, macamana kita nak tau bila masanya kita kena tukar tilam baru? Antaranya rasa sakit ketika bangun pagi atau kekejangan, gelisah ketika tidur, dapat tidur yang lebih baik @ lena di tempat lain dan tilam mengendur @ terdapat ketulan dalam tilam.
Ingat ye.....bila nakbeli tilam baru, pastikan kita cubanya dengan betul, baring pada tilam denga kedudukan normal masa tidur. Selama ni kalau beli tilam, just duduk-duduk je atas tilam tu, tak tergamaklah nak landing atas tu....bukan apa, segan kat orang kedai tu...Tapi, lepas ni, kena jugaklah..hah...hah.....Tapi, janganlah pula, landing bagai nak rak, sampai tetidur pula. Paling haru, tak jadi beli...Korang tengoklah muka orang kedai tu nanti...hah..hah....
Apsal story pasal tilam? Sebabnya en hubby dah plan nak beli tilam baru...la..la..la...so, ni kiranya satu panduan merangkap motovasi untuknyalah......:))
Saturday, 17 April 2010
TANDA-TANDA CINTA DALAM PERKAHWINAN
Assalamualaikum.
Disebabkan begitu banyak masa membaca minggu ni, terjumpa satu artikel yang sangat menarik yang boleh kita kongsi bersama.
Seorang ulama terkenal, Ibn Ayyim Al-Jauziah menyatakan cinta dalam perkahwinan mempunyai tanda-tanda berikut, antaranya:
1. ketika saling mencintai, mereka suami isteri sama sekali tidak akan pernah saling mengkhianati. Mereka akan saling memberikan semua komitment mereka.
2. ketika seseorang mencintai, maka dia akan mengutamakan oarng yang dicintainya. Isteri akan mengutamakan suami dalam keluarga dan suami akan mengutamakan isterinya dalam semua hal. Mereka akan sama-sama saling mengutamakan dan tidak ada yang merasa hebat.
3. ketika mereka sedang saling mencintai, sesaat pun mereka tidak ingin berpisah. Jiwa dan raga saling bertaut. Walaupun fizikal berjauhan, namun hati seperti saling terikat.
4. isteri yang solehah akan sentiasa mendoakan keselamatan suami agar suami selamat dalam perjalanan dan peroleh kejayaan dalam pekerjaan. Sentiasa menadahkan doa supaya suami selalu dalam perlindungan dan tidak tergelincir dari landasan akidah dan niat.
5. suami, ketika sedang asyik mencari nafkah, sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia sedang mencari nafkah yang halal untuk isteri dan anak-anak tercinta. Sedangkan ketika itu, isterinya sedng berdoa untuk kesejahteraan untuknya, lalu tanpa disedari ia jadi satu semangat.
6. tidak dinafikan, laut mana yang tidak bergelora, pantai mana yang tak dilanda badai. Begitu juga perkahwinan. Pasti ada masanya cinta diduga. Apabila situasi itu melanda, dinasihatkan suami isteri sentiasa bermuhasabah diri.
7. ketika suaminya mengharapkan isterinya berperilaku seperi Siti Khadijah, maka suami juga perlu meniru perilaku Nabi SAW kepada isterinya. Begitulah juga sebaliknya. Perempuan yang paling mempersona adalah isteri yang soleha, isteri yang ketika suami memandangnya pasti menyejukkan mata. Ketika suami menuntutnya kepada kebaikan maka dengan sepenuh hatinya dia akan mentaatinya. Juga ketika ketiadaan suami, dia akan amanah menjaga harta dan kehormatannya. Isteri yang tidak mudah terleka dengan kemewahan dunia adalah isteri yang selalu bersegera merebahkan diri dalam dakapan keredhaan suami.
8. lelaki yang terbaik adalah suami yang memuliakan isteri dan selalu mengukirkan senyuman di wajah isterinya, mencari rezeki yang halal untuk keluarga, sentiasa berlemah lembut dalam mendidik isteri, dan suami yang menjadi nakhoda kapal keluarga dalam mengharungi lautan agar selamat menuju tepian yang hakiki iaitu syurga.
- credit to NONA-
Wednesday, 17 March 2010
BILA AIR MATA BERGUGURAN
Assalamualaikum.
Bila melihat gambar tersebut, apa yang terbayang dalam fikiran kita? Air mata….tangisan…
Semua orang pernah menangis.
Sejak kecil lagi. Keluar sahaja kita dari perut ibu, kita akan menangis. Kita sendiri akan rasa bimbang kalau anak kita yang baru lahir, tak keluar apa-apa bunyi tangisan dari mulutnya. Semasa bayi, bila kita lapar, kita menangis. Lampin basahpun, kita menangis tidak selesa. Bangun dari tidur pun menangis. Berapa banyak airmata yang tumpah semasa kita kecil? Apa lagi yang mampu kita buat ketika itu? Menangislah satu-satunya alat komunikasi antara kita dengan orang di sekeliling kita, untuk memberitahu atau menyampaikan sesuatu.
Bila kita meningkat umur sedikit, atau zaman kanak-kanak, kita memangis juga. Bila terjatuh ketika bermain-main, atau bergaduh dengan kawan-kawan.
Apabila dewasa? Kita menangis tak? Mestilah. Airmata dan tangisan bukan hanya khusus untuk bayi atau kanak-kanak sahaja. Ia adalah aktiviti normal kita sebagai manusia, tanpa mengira jantina. Kita boleh menangis dalam pelbagai keadaan atau situasi. Menangis merupakan sutau bentuk luahan perasaan perasaan seseorang terhadap sesuatu.
Apabila kita gembira, kita akan menangis. Apatah lagi kalau kita dalam kesedihan.
Menangis boleh meredakan perasaan sedih. Sedih akibat kehilangan, sedih akibat dimarahi, sedih apabila gagal mencapai sesuatu matlamat, dan pelbagai lagi.
Sebenarnya, bila kita dalam kedaan marah juga, kita boleh mengalirkan airmata. Ia merupakan suatu bentuk luahan perasaan marah yang tidak terhingga atau teramat sangat. Ada segelintir orang yang tidak pandai untuk meluahkan perasaan marahnya. Airmata digunakan untuk menunjukkan betapa marahnya dia pada sesuatu. Ini bermakna, orang terdekat dengannya atau di sekelilingnya perlulah bijak memahami dan meyelami individu begini...
Menurut Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan dalam dunia ini:
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
Satu artikel manarik yang aku jumpa mengenai mengapa perempuan mudah menangis? Petikannya:
“.....Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
(info dari http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/kenapa-perempuan-mudah-menangis/)
Tapi, kita mesti ingat, airmata bukan hanya hak ekslusif kaum perempuan sahaja. Kaum lelaki juga ada hak tersebut. Cuma kita jarang dapat melihat lelaki menangis. Mungkin kaum lelaki bijak menyembunyikan emosi dan perasaanya atau tidak mahu dianggap lemah atau lembik oleh orang lain? Sebenarnya buat apa kita menahan segala kesedihan tu....hinggakan rasa macam nak meletup dada, luahkan sahaja kesedihan tu. Biarkan airmata tu keluar.
Kepada semua, kalau rasa hendak menangis, menangis sahajalah. Jangan disimpan di dalam hati atau dipendamkan. Menangis boleh meredakan perasaan dan emosi serta memberi kelegaan pada kita....
Subscribe to:
Posts (Atom)





