Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Saturday, 17 July 2010

BANCI 2010

Dengan bangganya nak bagitau, saya dah dibanci....!!!! BANCI ye, bukan BENCI...
Hari pertama banci bermula, 6hb. Masa tu saya baru sampai rumah. Sebelum masuk parking, dah nampak seorang gadis muda dengan beg tersandang di bahu tengah berjalan kat depan rumah jiran sebelah. Sekilas mata saya mengerling, alamak..ada orang jual barang la....sat gi mesti singgah rumah saya ni..malasnya nak layan...Betul tekaan saya, sedang elok saya parking dan nak keluarkan beg dari dalam kereta, adik comel tu pun sampai depan rumah. Dia bagi salam dan bertanya sama ada saya free tak skarang? Saya tanyalah, kenapa (sebelum tu dah jawab salamnya ye....). Suaranya lembut dan sangat polite (sesuai jadi pembanci...mudah convince orang..). Bila dia bagitau je nak buat bancian, okay je...So, dia pun keluarkan dokumen banci tu dan mula bertanya beberapa soalan, antaranya bilangan pengnhuni rumah, pekerjaan, etc. Senang je, dia tanya, kita jawab, dia tick/tulis kat kertas tu.
Saya perhatikan, sangat gigih pembanci tu berjalan dari satu rumah ke rumah, untuk buat bancian. Bagi salam. Saya sempat sembang dengan dia masa banci tu, menurutnya dia datang dah pagi tadi kawasan sini, tapi takda orang. Heh..heh..memanglah dik oii...kat sini tak payah lah datang pagi, sebab hampir 99.9% tuan rumah suami isteri bekerja. Yang tinggal rumah kosong @ maid. Tu yang dia datang semula petang. Ha..time ni bagus, orang dah balik keje.
Lepas dia selesai banci dan sembang lebih kurang, adik pembanci tu bergerak ke rumah lain. Say sempat pesan padanya, selain bagi salam, kena ketuk pintu rumah yang dikunjungi (kalau pintu tutup la....Kalau pintu dah ternganga, buat apa pulak nak ketuk..), sebab kadang-kadang orang kat dalam tak dengar suara salam tu. Nak-nak, suara orang yang bagi salam tu lemak merdu bagai orang berbisik...
Sebenarnya, bagi saya mencabar kerja pembanci ni. Bukan senang nak minta orang bagi kerjasama. Silap-silap dilayan macam salesman pulak. Padahal, orang tu tengah buat bancian negara. Tu belum kes dikejar anjing ke, macam yang saya baca dalam newspaper hari tu.
Kadang-kadang, dah jumpa tuan rumah, tapi, tuan rumah suruh datang besok pulak. Bagilah kerjasama anda. Bancian tu bukannya ambil masa lama pun. Pembanci tu tanya, kita jawab, bukan kita nak kena tulis pun.


Saya suka jugak kaedah yang diamalkan oleh Stats sekarang, bancian secara online dan tinggalkan dokumen bancian di rumah yang tiada penghuni ketika kehadiran pembanci dan akan dikutip keesokan harinya. Maknanya, semua orang takda alasan tak boleh nak banci sebab pelbagai kaedah dah disediakan. Tepuk dada tanya selera, mana kaedah yang disukai. Saya suka secara temu duga berdepan. Dia tanya, saya jawab. Boleh beramah mesra lagi..ahakss... Lagipun, senang, tak payah nak tulis-tulis..heh..heh...
Walau macam mana sibuk sekali pun, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk dibanci bagi memudahkan perancangan masa depan negara, jadi berikanlah kerjasama sewajarnya


Sedikit Info: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan. Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.



Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010.

Tuesday, 13 July 2010

GORES DAN MENANG

Pagi ni sempat hadir seminar kepenggunaan kat sini. Salah satu topik yang dibincangkan adalah mengenai gores dan menang. So, teringin nak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan tentang ni. Rasanya ramai yang familiar tentang ni..kan...

Beberapa tahun lepas, masa tu kami baru je pindah masuk rumah yang diduduki sekarang ni. Masa tu bulan puasa. Kalau tak silap, sehari dua lagi dah nak raya. Kiranya tengah berkemas sebelum nak balik kampung la...Masa tu kawasan tu memang dah sunyi, majoriti orang dah balik kampung. Macam kami ni, tak rushing sangat sebab kampung alahai sepelaung je....heh..heh...

Masa tengah sibuk-sibuk tu, tetiba ada sorang amoi ni muncul depan pintu, katanya nak buat survey sikit. Kitorang pun bagi chance la kat dia. Pot pet pot pet dia, tanya tu tanya ni, then tetiba dia offer kami untuk gores salah satu kad yang dibawanya. Malas nak layan sebenarnya, tapi layan je la. Katanya, hadiah best-best dalam kad tu, antaranya kereta perdana. Katanya, tak kena bayar apa-apa pun. Dengan rela tak rela, kami pun pilih satu kad dan gores. Bila dia nampak gambar di sebalik goresan tu, gembira sakan dia, excited giless...Macam dia pulak yang gores. Padahal, tuan rumah yang ‘konon-kononnya menang” tu tak apa-apa, dia pulak yang over. Tapi, memang kelakar bila ingat balik kondisi amoi tu masa tu. Terlompat-lompat depan pintu rumah kami. Ishh..ishh...teruk betul...

Tau apa yang kami “menang”? “Hadiah utama” tu..... Tu fasal la amoi tu melompat macam nak rak..al maklum la..bakal dapat satu “mangsa” kan..Tanpa dia tahu, spesies apa tuan rumah yang dia jumpa petang tu..heh..heh...

Beria-ia la dia yakinkan kami tentang hadiah tu. Siap tunjuk keratan akhbar tentang berita orang-orang yang pernah menang gores ni. Kami pun tak perasan berita tu. Sebab kad tu tertulis hadiah utama, so melayakkan kami untuk gores kad untuk hadiah utama pulak. Hadiah utama, macam kereta, penapis air, etc. Tapi, kena bayar sejumlah wang sebelum boleh gores kad hadiah utama tu. Aikk..tadi kata tak payah bayar apa-apa...Dia kata, at least hadiah gores yang boleh kita dapat, penapis air. Hekk elehh...penapis air buat apa...

Agaknya sebab “pujuk rayu” tak bisa mencairkan hati tuan rumah, siap panggil supervisor dia datang rumah kami. Kononnya nak buktikan yang semua tu adalah benar belaka, tiada yang tak benar, melainkan benar belaka...Siap minta kami pergi company dia lagi, untuk uruskan fasal hadiah tu...Kami minta alamatnya. Diam-diam saya telefon company tapi tak berangkat. Lama jugak la diorang berusaha memujuk kami. Pujuk rayu macam-macam. Siap boleh bagi advice lagi, takda cash takpa, boleh bayar pakai kad atm @ kredit card....Terdesak sungguh diorang ni. Paling best, dia cuba ayat kami, “Raya ni boleh bergaya dengan kereta baru, perdana...”. Huii..bunyi macam best betulkan...Boleh cair la dengarnya.
 
Tapi, seperti yang saya sebutkan kat atas tadi, diorang tak tau spesies tuan rumah ni dalam hal-hal macam ni. Hati batu, keras, terutama en hubby. Pujuklah macam mana pun, tak jalan punya..Cubalah fikir, takkan lah senang-senang orang nak bagi kita hadiah kereta, dengan hanya main gores-gores je. Nak kata masuk peraduan, bukan! Finally, diorang pergi dengan penuh putus asa...(mesti punya...muka kelat je..) tapi sempat lagi tanya “adakah kami tak menyesal tolak tawaran berharga tu...?”....sempat lagi tu....

Hati-hatilah kalau didatangi orang macam ni. Diorang memang pandai bercakap dan memujuk sampaikan tanpa kita sedari, kita mungkin akan terjerat...

Wednesday, 23 June 2010

DIDIK DENGAN MEMUJUK

Read an article today in the newspaper. Very good info especially for fathers and mothers out there, including me la......
Based on the article::

MENDIDIK anak untuk taat kepada ibu bapa adalah satu seni dan ketrampilan yang harus dimiliki ibu bapa. Apatah lagi kini, cara didikan ibu bapa bukan lagi seperti dulu iaitu menerusi cara menghukum. Justeru, setiap ibu bapa harus menggunakan kaedah terbaik untuk berkomunikasi dengan anak.
 
Berikut tujuh panduan mudah untuk mendidik anak agar taat kepada ibu bapa tanpa menggunakan kaedah menghukum:

• Ajar anak anda peraturan yang diluahkan dalam bentuk ayat kasih sayang dan bukannya perintah.
Misalnya sebagai ganti kepada kata-kata, “Jangan letakkan buku sembarangan!” kepada “Buku itu tempatnya di rak buku.”
Menerusi penggunaan ayat penyata, anak tidak akan berasa sebagai objek perintah tetapi dia rasa diperhatikan dan menjadi subjek. Akhirnya, dia akan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap barangnya.
 
• Jelaskan peraturan itu dengan baik kepadanya dan bimbinglah anak.
Misalnya, sebagai ganti kata-kata, “Letakkan kembali mainan adik ke tempatnya!”, gunakan ayat, “Lebih baik sekiranya adik meletakkan kembali mainan ke tempatnya agar tidak rosak.” Sekiranya dia menolak, maka katakan padanya, “Marilah kita kumpulkan mainan ini bersama-sama.”
 
• Apabila anak anda berbuat salah, jangan kaitkan dengan peribadinya, sebaliknya pada perbuatan salahnya.
Misalnya beritahu dia, “Perbuatan ini tidak benar”, jangan katakan “Apa yang sudah kamu buat sehingga jadi begini?”
Jangan pula mengatakannya dengan ungkapan bodoh atau malas kerana ia akan melukai perasaannya dan menjadikannya berasa rendah diri.
 
• Hargailah keinginan anak anda.
Apabila anak anda berkeinginan memiliki semua mainan ketika di kedai atau pusat beli-belah, katakan kepada anak anda, “Adik boleh pilih satu saja mainan, yang lain kita beli pada hari lain ya.”
Selain itu, buatlah perjanjian sebelum ke pusat beli-belah dengan berkata, “Walaupun banyak mainan di kedai, tetapi adik hanya akan dapat satu saja.”
Dengan cara ini, anak akan berasa dia sudah membuat perjanjian dengan ibunya dan harus mengikut perjanjian itu.
 
• Perhatikan dan fahami anak anda.
Adakah dia tidak taat atau menurut perintah kerana ada masalah yang sedang dialaminya? Justeru, luangkan masa untuk berbual dengannya.
Beri peluang kepadanya untuk bercakap dan jangan sesekali anda memotong percakapannya.

• Elakkan cara memberi ancaman
Sekiranya ibu bapa menggunakan cara ancaman secara berterusan, ini akan menyebabkan anak anda sentiasa mencari peluang supaya anda memberi ancaman kepadanya.
Contohnya anda mengatakan, “Mama akan beri mainan baru sekiranya bilik tidur kamu bersih.” Anak anda akan mentaati anda kerana inginkan mainan baru, bukannya ingin membantu keluarga dan melaksanakan tanggungjawabnya.
 
• Berilah pujian kepadanya
Berilah pujian apabila anak anda mengikut arahan anda. Ucapkanlah, “Bagus”, “Jazakallahu khairan”, “Hebat anak mama” atau “Anak yang rajin”, sehingga dia terdorong untuk melakukannya pada waktu yang lain.
Apabila dia berbuat sebaliknya iaitu melakukan perbuatan buruk maka katakan kepadanya, “Rajinnya anak kawan mama kerana bilik tidurnya selalu dibersihkan sendiri” atau “Alangkah hebatnya anak itu hafaz 10 juz al-Quran”.
Ada juga sebahagian ibu memberikan hadiah kepada anaknya untuk memberikan motivasi kepada mereka seperti memberi satu buku apabila anak berjaya menghafaz satu surah. Cara ini juga satu kaedah yang baik untuk melatih anak-anak mengikut perintah ibu bapa.

Source: Harian Metro

Wednesday, 7 April 2010

MARI BAYAR INCOME TAX

Assalamualaikum.
Apa yang terlintas dalam kepala anda semua apabila melihat lambang di atas? Ya.....income tax. Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia?
Guna E-Filing tak? Huii...sangat mudah dan cepat. Cuma masukkan butiran yang dikehendaki, nanti sistem akan calculatekan untuk kita. Senang yang amat. Cuma, kena pastikanlah, password disimpan dengan baik. Tahun lepas, saya terlupa pasword tu, sudahlah masa dah suntuk. Mujurlah bantuan pegawai LHDN banyak membantu untuk resetkan semula. Satu lagi, amat-amatlah tidak digalakkan guna sistem ini di saat-saat akhir (nak dekat-dekat tarikh akhir). Teramatlah problemnya. Nanti 'hang'...Solution kalau kena macam tu, gunakan E-Filing masa orang lain tidak gunakan. Dalam erti kata lain, tengah malam buta atau awal-awal pagi. Hah...masa tu tak berebut dengan orang lain...
Sebenar-benarnya, saya baru terjaga dari lena terperasan yang saya masih belum lagi membuat tafsiran E-Filing untuk tahun lepas. Kebetulan baca newspaper semalam, ternampak news tentang ni. Errr....perlu disegerakan perkara ini. Nanti naya je. Kalau boleh, hari ini juga saya nak buat tafsiran tu, tapi masalahnya masih terdapat beberapa dokumen yang tiada di tangan. Paling penting, penyata pendapatan 2009. Tau-tau sahajalah, sepanjang cuti belajar ni, saya tidak pernah ambil kisah mengenai payslip dan penyata tersebut. Semuanya tersimpan rapi (harap-harapnyalah...) di Parcel C sana. Nampaknya saya perlu mengambilnya dengan kadar segera. Penyata insurans pun takda lagi. Kena check kat rumah bonda nanti.
Manalah perginya pula resit-resit buku ni...hmmm..nak kena cari dulu...
Date line untuk E-Filing bila yer? ......Ohh..lambat lagi....Hah..hah...itulah penyakit yang susah nak diubati. Suka menangguh-nangguhkan kerja. Bila dah last minute, baru kelam kabut. Memandangkan tempoh yang agak jauh lagi...rasanya, dokumen tersebut akan saya ambil masa saya lapor diri bekerja tidak lama lagi. Tidak lama manapun, minggu depan je..huh..huh....

Thursday, 21 January 2010

TIPS SUPAYA HUBBY RAJIN TOLONG BUAT KEJE RUMAH

Assalamualaikum.
Duk kemas-kemas meja desktop (al-maklum la, zaman study bakal berakhir tak lama lagi...en hubby dah komplen, heh..heh...Al-maklum la, student kan, meja memang sepah giler la), terjumpa satu artikel yang menarik kat mingguan wanita. Tentang macamana kita nak buat hubby kita rajin @ ringan tulang bantu buat keje rumah. Jom baca.....
(1) PASTIKAN SUAMI TIDAK TERLALU PENAT.
- jika kita nak minta bantuannya buat keje rumah, pastikan hubby bukan dalam keadaan yang terlalu penat. Janganlah, kita nampak jer hubby balik keje, terus minta dia sidai kain. Tak kuasanya dia nak tolong....
(2) BERIKAN ALASAN YANG LOGIK.
- bagi alasan2 yang logik & mampu diterima akal, kenapa kita perlukan bantuannya selesaikan keje rumah. Contohnya, kita penat sangat ke. Jangan pulak guna alasan, nak tengok drama kat tv...hah..hah...
(3) TAWARKAN SUAMI LAKUKAN TUGAS BERAT.
-  ada certain keje rumah yang perlukan tenaga ekstra,macam bersihkan bilik air, baiki barang rosak. Biasanya kaum lelaki ni suka kalau kita hargai tenaganya, rasa macho la skitkan, heh..heh..
(4) SENTUH PERASAANNYA.
-  cuba rayu hubby dengan menyentuh perasaannya. Kita kena pastikan hubby paham kenapa kita perlukan bantuannya Kalau caranya tepat & dapat menyentuh hatinya yang peka, insyaallah kita dapat membuatkan hubby terus offer diri bantu kita.
(5) RAYU DENGAN HADIAH.
- heh..heh...macam2 hadiah kita boleh tawarkan. misalnya, masakkan favourite food hubby dan macam2lah. 
(6) UCAPAN TERIMA KASIH.
- janganlah lupa ucapkan terima kasih jika hubby nak bantu kita. & pujilah hubby bila dah abis buat keje tu. Ni satu bentuk motivasi kat hubby, akan membuatkan hubby rasa cukup berharga coz' dapat ringankan beban isteri terchenta.
(7) MASA YANG SESUAI
- kita ni kalau nak minta tolong kat orang, kenalah tengok masa juga.Misalnya, ketika hubby tengah relaks takda buat apa-apa & mood pun elok, masa ni mungkin kita boleh minta tolong kat hubby.


Wednesday, 20 January 2010

KEBAIKAN SUSU IBU

Assalamualaikum.


Di zaman serba mencabar ni, masih banyak ibu bekerjaya yang mampu menyusukan anaknya dengan susu badan atau omputeh kata, breastfeeding. Berdasarkan pengalaman aku sendiri, memang banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh, terutama macam kita yang bekerja ni. Kena pegi outstation, kursus, training, etc. Kalau tak kuat semangat dan mengenangkan si chomel, mungkin usaha murni tu tak akan berjaya. Tapi, sesungguhnya, tanpa usaha yang bersungguh-sungguh, tak mustahil usaha tu akan gagal walaupun niat baik tu dah ada. Alhamdulillah, niat dan usaha murni aku tu berjaya, aku berjaya fully breastfeed Nurin Farhanah selama 2 tahun. Aku nak kongsi sedikit info dari artikel yang aku jumpa kat website ni pasal breastfeeding.
"Susu ibu adalah makanan semulajadi yang dianugerahkan khusus untuk bayi anda. Ia mengandungi segala khasiat yang diperlukan dengan komposisi yang betul. Ia mudah dicerna dan sentiasa tersedia dalam suhu yang sesuai pada bila-bila masa. Susu ibu mengandungi antibodi yang tidak ternilai yang dapat melindungi bayi anda daripada jangkitan dan alahan,terutama dalam bulan-bulan pertama. Perkembangan dan kecerdasan seseorang bayi juga adalah lebih baik bila mendapat khasiat susu ibu.

Kebaikan



Untuk bayi :



  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :


  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya


Lain - lain kebaikan :



  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

So, apa lagi, jom la kita kaum ibu yang diberi keistimewaan ini menyusukan anak kita dengan susu ibu. Tapi, aku dah khatam @ grad. Good luck untuk para ibu dan bakal ibu yang lain. Insyaallah, dengan niat yang baik beserta usaha yang gigih dan tawakkal, pasti akan berjaya.
-credit to www.susuanibu-pk.gov.my, www.myhealth.gov.my

Friday, 27 February 2009

criter BEDAK

  • recently, kita dikejutkan dengan al-kisah BEDAK TALKUM dalam newspapers.Musti sumer rasa seriau punyer terutama ladies. orang pompuan kan pengguna bedak utama. ada setengah tu, tak leh kuar rumah tanpa tempek bedak. kena bersiap cun giler, baru boleh kuar. (aku, ok jer..slalunyer more ala-ala natural beauty, gitu..ahak....)
  • issue nie sebenarnyer dah lama. aku pernah baca somewhere yang ngatakan bahan utama dalam bedak iaitu 'talc' memang bahaya. aku rasa sumer bedak talkum ada benda nie. tak caya, gi check!! kalau ada yang takder, boleh ler rekemen kat aku, boleh aku gi beli..
  • tapi, biasa ler, issue nie havoc sat jer...pastu slowly hilang bak ditiup angin lalu...kita pun lupa..
  • dalam artikel newspaper tu that NGO ada bagi solution, guna tepung kanji/beras if not mistaken sebagai pengganti bedak, terutama untuk dipakaikan kat baby. kengkadang kita biasa tengok orang suka benar pakaikan bedak kat tang 'tut.tut..' baby. aku tak tau sgt apa fungsinyer.(sebab aku tak suka buat kat anak aku..). but maybe supaya bahagian tu rasa kering kot.....
  • aku pun pengguna bnedak gak. takut memang takut. tapi, ikutkan sekeliling kita nie, barang-barang kegunaan diri yang kita guna memang ada bahan kimia. payah kita nak elakkan. SO, APA YANG PERLU KITA BUAT ADALAH, SETIAP APA YANG DIGUNAKAN, GUNA LER SECARA BERPADA-PADA. TAK GITU...?