Thursday, 13 December 2012

Tarikh Keramat 18.12.12

Semua orang duk sibuk dengan tarikh 12.12.2012 atau singkatan glamernya 12.12.12....  Dalam suratkhabar pun ada berita pasal ramai yang ambil kesempatan kawin pada tarikh tu...jangan ada yang ambil kesempatan buat benda bukan-bukan tarikh tu sudah la... almaklom la..kunun-kununnya nak ambik berkat tarikh special tu.....

Tapi, aku percaya....untuk kebanyakan orang gomen atau tak mustahil semuanya.......tarikh 18.12.2012 atau 18.12.12 lebih istimewa dan terunggul..... Tarikh keramat yang amat ditunggu-tunggu sejak 06.11.2012 ....sebulan lebih tu..... Menggelupur semua duk tunggu....hehehehheh... Mesti ramai yang duk sibuk hari-hari mengadap kalendar, sambil-sambil nyanyi lagu "menghitung hari...".. sambil-sambil tu buat list panjang...apa benda nak beli nanti..hahahhaa.... almaklom la...dah lama kering kannnn.... Yang best nya, list tu tetiba akan menjadi semakin panjang menjelang hari gaji...tetiba dapat ilham lain...hehehehh... 
ehsan: achik google...

Sekarang ni yang memasing poket kosong pun, alamanda penuh je..bayangkan minggu depan...huhhh...lagi penuh.....maunya berjalan berlaga bagai...orang kedai senyum meleret-leret... end year sale ada lagi ni..sempat la nak shopping sakan.... 

Dan dijangkakan mesin autoteller pada 18.12.12 akan mengalami kesesakan luar biasa..... dan mungkin status "out of service" akan terpampang kat serata mesin.....so, bawak bersabar banyak-banyak...jangan tensen-tensen....esok kan masih ada..... jangan ada yang berkhemah kat tepi autoteller sudah...semata-mata nak jadi orang pertama cucuk duit....hehehehheh....

Apapun, kita tunggu saja 18.12.12 nanti... 

ehsan: achik google lagik..

Alhamdulillah......

Wednesday, 12 December 2012

Buah Tarap

Pernah dengar buah tarap?
Katanya, kalau orang sabah, memang tau buah ni...
Aku pertama kali la tengok buah ni dan makan. Anak buah kat opis terima dari sabah. Masa kitorang masuk pantry, masing-masing macam terpegun kejap depan buah tu... takda sapapun yang nak menghulur tangan ambik seulas ke... Sohih la tu, semua baru pertama kali tengok...hahahhahah..... Tapi, bila dah mula makan, ehhh..sedap la...rasanya macam campuran pisang dan cempedak, kata kawan aku, cik puan arma.....  Rasanya manis-manis...sedap...

ada duri jugak macam durian, tapi lembut...macam berus pulak aku rasa...

isinya yang putih tu...



Info dari wikipedia:

Tarap merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang terkenal di negeri Sabah, Malaysia khususnya di bahagian pantai barat Sabah seperti daerah Kota Kinabalu dan Papar. Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah, namun jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika. Tarap mempunyai bau yang agak kuat, namun mempunyai rasa yang cukup sedap, manis, lembut dan pemakan pasti merasa kenikmatan apabila merasanya untuk pertama kalinya. Isi buahnya mempunyai rasa yang seakan-akan Mangga yang penuh berjus. Namun bentuk buah Tarap lebih seakan-akan buah Cempedak dan Nangka, orang ramai selalu keliru akan perkara ini.
Buah Tarap berbentuk bulat sehingga ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar, dan beratnya boleh mencecah sehingga 1 kg atau lebih berat. kulitbuah Tarap agak tebal dilitupi dengan duri yang tumpul mendatar dan lembut. Namun apabila matang struktur kulit buah lebih keras dan rapuh. Buah tidak akan jatuh ke bawah seperti buah lain apabila ia telah masak sepenuhnya. Namun jika buah ini telah benar-benar masak ranum dan mula menampakkan kesan busuknya, buah tersebut akan jatuh juga.
Bahagian interior buah tarap lazimnya seakan-akan isi buah cempedak atau nangka, namun lebih kecil, melekit, berjus dan isinya lebih kepada warna putih susu. Namun pusatnya lebih besar, terdapat sedikit selaput dibahagian yang tidak boleh dimakan dalam bahagian interiornya. Isi aril lebih warna putih dan saiz berbentuk anggur, setiap satunya mempunyai biji bersaiz 15 × 8 mm. Sejurusnya sahaja dibuka, isa tarap atau marang harus segera dimakan dalam tempoh beberapa jam sahaja, keraa buah ini mudah tersejat akan jusnya, dan rasanya akan cepat hilang dan buah ini cepat terdedah dengan kesan oksidatif. Biji tarap juga sesuai untuk dikukus atau dipanggang untuk dimakan.

Tuesday, 11 December 2012

Konsert "JLo"......

Hahahhah...JLo la sangattt......
Ni bukan JLo...tapi Nurin hana...
Buat ke sekian kalinya, sekali lagi Nurin hana joint persembahan untuk konsert tadikanya. Nampaknya tahap keyakinan semakin meningkat. Takda malu-malu berada di atas pentas, dan boleh melaksanakan dengan baik setiap rutin langkah tarian yang diajar oleh cikgunya. Well done my dear...

Sebagai tanda sokongan dan bukti ibu dan papa yang prihatin, dah tentulah kami berdua hadir dan seperti paparazi dan mamarazi, sibuk meng snap gambarnya sedang menari... abis persembahannya, terus simpan kamera besar..hahahhah...pilih kasihhh sangat...

Keseluruhannya majlis berjalan lancar walau ada kelemahan di sana sini..
Teguran ikhlas untuk tadikanya, sebaik-baiknya cikgu letak tagging pada kerusi yang dikhaskan supaya tidak diduduki oleh orang tidak berkenaan. Kami dah pilih port sesuai sangat, tup-tup cikgu datang dan bagitau semua yang dah ramai duduk situ yang bahagian  tu untuk pelajar 6 tahun dan yang akan dapat hadiah.. Ooo..awat tak habaq mai siang-siang... Kan senang kalau dah ada tagging...

Ada banyak persembahan...dan enjoy sesangat tengok budak-budak riang ni atas pentas... Macam-macam gaya ada... Ada yang sangat lincah..ada pulak yang terpinga-pinga... Biasalah..budak-budak... Yang penting, takda sesapa yang menangis atas pentas atau lari turun bawah...hahhahaha...walaupun berdiri tegak macam tiang, takda satu pergerakan walau seinci pun....sekurang-kurangnya berani tampil ke atas pentas...bravo anak-anak...

Kalau tak salah, persembahan kelas Nurin hana giliran yang ke enam rasanya.. Aku sempat le menjengah ke belakang pentas sebelum persembahan tu, mak aiii...meriahnya bunyi...suara cikgu, suara budak-budak..sama-sama naik... hai..camna la cikgu kawal budak-budak yang ramai ni ye...
Belakang pentas..berdebar tunggu giliran..eh, ye ke...? tengok semua happy je...
Muka macam tepung gomak memasing...cikgu la yang mekapkan depa semua ni....sepit rambut kat kepala tu, bila dah habis konsert, cikgu kutip balik...ingatkan sekali pakej baju tu...heheheh..

apa yang duk teleng tu...??? Bila tiba giliran kelas Nurin hana, ibu dan papa pun sibuk ke depan... bukan hanya setakat 1 kamera, tapi tiga sekaligus...hahhhahaa....gelojoh sungguh... kamera besar, kamera kompak dan dah tentu iphone..senang, nak upload terus dalam fb...

pheewwittttt....anak sapa la ni.... Baju ni cikgu beli...masa awal pendaftaran dulu, salah satu item yang kena bayar adalah duit untuk konsert. Dari situlah, datangnya baju ni... Baru best konsert macam ni, ada pakaian khas...baru nampak menarik... Yang tak bestnya, lepas tu, baju tu tak tau nak buat apa dah... Macam tak sesuai nak pakai sebagai baju harian mahupun jenjalan. Cuma seluar tu la yang boleh re-cycle balik... Tahun lepas punya baju lagi parah, baju merelit, skirt pun merelit...camna nak pakai balik...sudahnya duduk dalam closet je la...

 kenapa tak terbang-terbang lagi ni...sayap dah angkat tinggi ni...

 ewahhhh....gelek..jangan tak gelek.....kata tarian arabkan..mesti la ada gelek menggelek..
Mujur la budak-budak yang gelek ni...kalau tak...mau para bapak duduk kerumun ket depan pentas je la jawabnya..hahahhaha...

Ada tiga jenis baju untuk tarian ni dengan tiga color, pink, biru muda dan ungu. Nurin hana dapat yang color ungu...

well done my dear...tak sia-sia training berbulan lamanya.....

Friday, 7 December 2012

Burger bakar abang burn @ ramal food junction

Wooo...wooo....burger bakar sekarang ni hangat diperkatakan sana sini... jadi satu fenomena pulak... Macam-macam burger bakar ada, burger bakar rawang, burger bakar abang burn... dan macam-macam lagi...

Aku pun tergoda jugak bila tengok dalam website, rupa paras burger bakar tu...ohhh...sungguh mengujakan....

So, untuk memenuhi nafsu membuak tu dan ala-ala mengikut perkembangan zaman kannn...kami bertiga singgah ke gerai burger bakar abang burn kat ramal food junction... Pengakuan suci, ni lah pertama kalinya kami menjejak kaki kat tempat ni... walaupun berjuta-juta kali lalu depannya... wahhh..nampak heaven sangat... Kami pergi malam, so memang ramai orang dan aku tengok meja semua penuh.. Siap ada yang berdiri-diri tunggu meja kosong... Hmm..arjuna..next time maybe kita boleh try makan kat sini pulak???? Ramai orang so, automatik tanggapan standard, mesti sedap punyalah kan.........

Masuk-masuk je ramal food junction tu terus tercari-cari manalah burger bakar ni... Kena masuk ke dalam food court sikit baru nampak. Tapi tak susah nak nampak sebab ada signboard.....

Nampak orang berbaris..tapi tak panjang sangat. Kami tapau je sebab tengok meja semua dah penuh, pastu kenangkan anak dara ni mana makan burger canggih ni.... seleranya pada burger hanyalah burger yang simple tanpa mayanis, sos mahupun sayur bagai. Hanya daging burger yang diapit oleh roti je... Bertuahlah sapa dapat tackle anak dara aku ni... hahhahah....macam-macam tak makan...jimat duit korang...

Bila tiba turn nak order, rambang mata tengok macam-macam style burger ada. Sampai nak order pun tak tau. Kami ambik special chessy chicken/beef with extra patties ... *mood: tamak...*
Lepas bayar, kami diberi no giliran so tunggu la...

Kebetulan pulak masa menunggu tu, dapat meja... So taklah penat tunggu sambil berdiri. Lepak-lepak sambil minum air... Banyak kali dulang burger bakar lalu lalang sebelah kami... Tapi nombor kami tak jugak dipanggil-panggil. No. 96. Sebelum tu ada no 95. Tungu punya tunggu, tetiba terdengar nombor seratus lebih pulak..Ehhh... macamnaa pulak boleh sampai nombor seratus pulak dah ni... Takda pulak dengar dia panggil nombor kami, padahal meja sebelah je.. Mula tu aku syak mungkin depa sediakan untuk yang makan situ dulu kot..tapi pelik pulak bila nampak satu couple tu datang kemudian tapi dah dapat. Dalam sejam tunggu tu, aku pegi tanya kat salah seorang pekerja kat situ.....

Laaaaa..................rupanya dah berzaman siap..bila dipegang bungkusan burger tu dah tak panas... Diorang siapkan tapi mungkin tak panggil nombor kami...sebab tak dengar pun...meja kami tu sejengkal je dari situ.... tak tau la terlupa ke apa.... Nasib la aku bangun pergi tanya..Buatnya kalau duduk je tunggu, jadilah macam tunggu buah yang tak gugur... (sorry dear...tak dengar cakap u suruh tanya...ni kena daulat la ni ek...).. So, rasanya sebenar-benarnya tempoh menunggu tak la lama sangat...bergantung kepada berapa panjang barisan la... Kebetulan lepas kami order tu tetiba barisan jadi pannnnjanggg....

Balik rumah terus menikmatinya...agaknya kalau makan panas-panas lagi syok kot.. tapi walaupun dah suam-suam tapi layannnnnnnnnnnnnnn............................. sedappppppp......tapi jenuh nak menghabiskannya..... kalau perut dah kenyang, tidak digalakkkan beli burger cheese extra patties ni....kelak sendat perut nak perabihkan...

rupa dah tak sememeh...tapi rasa...fuhhhh...hanya perut dapat menjawabnya... ^__^


Ada banyak cawangan burger bakar abang burn ni. Boleh like fb nya. Sesiapa yang tinggal area putrajaya, bangi, kajang, boleh ke ramal food junction, kajang.... bukak dari jam 5.00 petang sampai 12.30 malam.

Friday, 23 November 2012

leko leko bersama Leko Leko!

Tengahari ni tak berapa rasa nak makan heavy..bukan diet..tapi dalam pukul 10 macam tu dah pekena nasik lemak sepinggan... balun masa meeting..tu yang rasa "i'm full" lagi tu...

Tapi, tak boleh la tak makan langsung tengahari, sebabnya petang karang confirm perut mendidih hazab lapar punya pasal... Sekarang memang macam kenyang, tapi tunggulah petang-petang sikit...hussshhh...seksaannnn...

So, ala-ala untuk alas perut, singgah beli keropok lekor... bukan keropok lekor biasa ye... ni moden style...  aku pilih leko cheezzy mayo... keropok lekor yang dibanjiri cheezzy mayo dan cili sos... First time cuba, not bad...... Satu kelainan...biasa kita makan keropok lekor yang biasa tu je kan...so yang ni ala-ala western sikit la...

Ada tiga jenis size bekas yang boleh dipilih, small, medium dan large... Ikutlah tahap kelaparan memasing.. Aku order medium je, rm4.50. Sekali bila tengok dia letak keropok lekor tu..mak aiii...banyak la pulak... Ni bukan alas perut dah...memang kasi kenyang sungguh ni..... 


So, kalau nak tera...boleh pegi ke presint diplomatik, presint 15, putrajaya sebaris dengan mydin... 
Katanya, tera sekali nak lagi......

Tuesday, 6 November 2012

Tips: Mari Jimat Masa Di Dapur....



Kebanyakan kita ni, balik je kerja, letak beg, tak sempat nak bernafas rehat, tanpa sempat tukar uniform pun terus sarung apron, ... Terus berperang kat dapur..kelekang kelekung..kelekang kelekung... Sambil-sambil main masak-masak tu, sempat lagi pegi masukkan kain baju kotor dalam mesin basuh... Bayangkan, tu pakat ada dua tangan dua kaki...... Kata orang masa tu kan emas... mana yang sempat tu, kita buat la... Multitasking gituuuu.... 

Okay, ni ada satu artikel nak dikongsikan tentang macamana kita nak jimatkan masa kat dapur tu. Maknanya, masuk je dapur dah boleh start masak... tak perlu nak buat yang basic-basic preparation to cook tu... Kekdahnya, kita siap sediakan apa yang patut lebih awal dulu....

(Sumber: NST 10 okt 2012)
1) Be Prepared. 
Siap sedia lebih awal..... antaranya, stok bahan mentah atau benda yang digunakan untuk masak tu dah tersedia dalam fridge atau pantry. Bukannya bila nak masak, baru pegi beli.. So, kena pastikan senarai barang-barang nak beli masa shopping tu ada. Dalam situasi aku, rumah jauh bukan main dari kedai runcit so kalau asam keping habis la contohnya, takkan la cik abe nak start enjin kereta gi belik asam keping semata...tu buang minyak namanya... solution? tak payah bubuh asam keping...hehehehe... 

Artikel tu jugak nasihatkan untuk guna peralatan memasak/dapur yang bagus sebab katanya walaupun mahal sikit tapi boleh bantu kita sediakan makanan dengan lebih cepat dan jimat masa. Yang ni tak pasti pulak aku... Mungkin dimaksudkannya macam mikrowave tu kot... 

Tempat penyimpanan bahan masak pun kena tersusun, dilabel secara kemas. So, senanglah nak cari bila kita nak guna. Kan dah jimat masa tu... Bukannya sampai kena punggah satu fridge/pantry nak mencari satu bahan je pun... Tu buang masa..dah la punggah tadi dah ambik masa, nak kemas pun satu hal lagi....

2) Plan Out Meals With Calendars Or Menu Planners.
Hahahhaha.....jangan tiru macam aku...bila petang baru fikir apa nak masak balik keje nanti. Paling teruk, dah masuk dapur, check-check apa ada, baru decide nak masak apa... Tapi masak untuk dua orang plus satu budak kecik, tak la susah sangat nak fikir... Biasanya ikut selera budak kecik tu la...

Menurut artikel ni, bila kita duk tercangak-cangak, terfikir-fikir apa nak masak, melambatkan lagi proses nak masak. Cadangannya, kita gunakan kalendar dan catatkan apa makanan yang disukai oleh setiap orang dalam rumah dan dari situ boleh plan masak apa. Letakkan jugak hari-hari yang kita tak perlu masak, maknanya makan luar la.... Bagaimanapun, kesesuaian menu yang kita nak masak untuk satu-satu hari tu jugak bergantung kepada bahan masak yang tersedia kat dapur. Paling penting, menu sihat...

3) Use The Internet...
Ini aku selalu guna.... lagi mudah..type je resepi apa kita nak...berderet macam-macam resepi keluar...
Cara ni digunakan bila kita tak tau apa nak masak, dan bergantung pada bahan masak yang kita ada, cari dalam internet resepi yang menggunakan bahan-bahan tu... So boleh pilih mana yang sesuai dan kita rasa mesti sedap punyaaaa.... 

4) Take Out Supplies Beforehand...
Sebelum kita tidur malam atau keluar rumah pergi keje tu, disarankan untuk keluarkan peralatan-peralatan dapur dan bekas-bekas rempah ratus letak setempat. Bila nak masak, semua dah ready, tinggal capai je... 
Meja makan pun boleh siap awal-awal, dalam artikel ni kata boleh minta anak kita untuk bantu. Tapi pada aku, takpun minta je tolong enche hubby terchenta...apa salahnya tolong isteri kan...nak makan sedap kan...nak makan cepatkan... so, meh la ringankan tulang tolong apa patut.

5) Pre-Cut And Place In The Fridge For Storage
Untuk jimat masa, potong siap-siap sayur atau bahan-bahan masak yang lain, bahagi-bahagikan ikut berapa banyak yang kita nak pakai dan simpan dalam bekas bersih dalam peti sejuk. Kalau kekdah aku, bila beli bahan mentah untuk masak, macam ayam ikan daging udang semua, aku akan siang siap-siap, basuh bersih-bersih dan simpan dalam bekas yang dibahagikan beberapa bahagian. Satu bekas untuk digunakan satu kali masak. So, senang keje, hanya perlu thaw je... 
Satu lagi, kalau ikut kekdah makcik aku, dia akan blend siap-siap campuran bawang merah, bawang putih untuk guna masa menumis dan simpan untuk stok contohnya seminggu. 

6) Make Seasonings In Advance...
Disarankan untuk mana-mana masakan yang guna campuran rempah dan perasa, boleh asing dan siapkan awal-awal, letak dalam bekas. Bila nak guna esoknya, senang.

7) Save Time With Slow Cooker Recipes..
Menurut artikel ni, untuk daging yang liat biasanya tu, masak resepi guna slow cooker. Masukkan je bahan-bahan sepatutnya dan slow cooker akan buat kejenya sendiri. Lebihan masakan tu boleh digunakan untuk digunakan dalam resepi lain pulak... Aku takda slow cooker, so tak reti lah macamana kekdah penggunaannya...

8) Prepare Meals In Batches And Freeze...
Penulis artikel ni sarankan mana-mana resepi masakan yang sesuai, biasanya  western style seperti lasagna, pie dan casseroles boleh disediakan lebih awal dan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Masak satu bahagian untuk kegunaan malam tu dan simpan selebihnya untuk guna kemudian.


So? Tips dah bagi..apa lagi...bolehlah praktikkan mana yang sesuai... bukan untuk sapa pun, untuk kesenangan kita jugakkan...bila balik keje tu taklah terkejar-kejar semua nak buat...kita kena akui, kita ni hanya ada dua tangan, dua kaki... Masa yang terhad mulai sampai ke rumah dari opis hingga masuk tido tu, gunakanlah sebaik-baiknya seperti luangkan masa dengan anakanda (selalu rasa bersalah sangat...dapat luang masa singkat je...).. jugak dengan enche hubby....

Kita ni walau diberi masa 24 jam sehari pun, rasa macam tak cukup je kan...  Macam-macam nak buat la kononnya.....sampai tak sempat tu, tak sempat ni... Agaknya, mesti best kalau ada 30 jam sehari, mesti boleh buat macam-macam....Hahahahha... Iyo la tu.... samalah jugak kekdahnya...

Friday, 2 November 2012

SUNYI

Ada orang...
tapi seperti tiada orang....
Ada bunyi....
tapi seperti sunyi sepi....
Bagai tiada sesiapa di situ.............


Tiada sahutan...
tiada bualan...
tiada sapaan...
tiada gerakan...tiada apapun...
bagai memasuki dimensi ruang baru...
asing..sungguh terasing...
ruang kosong.....

sumber: google.