sumber: BH
Tuesday, 5 March 2013
11 tahun
Alhamdulillah....sudah 11 tahun ..... aku dan sugar hubby melayari bahtera bernama perkahwinan...
Selama 11 tahun, menjadi roommate, berkongsi kehidupan, bilik, almari, pinggan mangkuk, gelas, makanan, minuman, semuanya termasuk berus gigi....
Terima kasih kerana tetap menyayangi isterimu ini.....
Terima kasih kerana menerima diri isterimu ini seadanya...
Terima kasih kerana bertabah melayani karenah isterimu ini....
Terima kasih kerana sudi berkongsi hidup suka duka dengan isterimu ini....
Terima kasih untuk semuanya....
Moga bahtera kita terus kukuh melayari lautan penuh gelora....
Moga kasih sayang antara kita terus mekar mewangi bak kasturi....
Moga kehidupan kita sentiasa dilimpahi rahmat-Nya dan keberkatan-Nya....
Moga urusan kita dipermudahkan. dimurahkan rezeki dan kebahagiaan berlipat ganda serta diberi kekuatan dalam menghadapi onak dan duri....

HAPPY 11th ANNIVERSARY (1 mac)
Wednesday, 27 February 2013
Sang Epal Putih Berbaju Merah
Lokasi: Kedai makan kat Kempas, Johor
Kejadian: Breakfast
Modalnya: "Breakfast ni Yang bayar ye....abang tunggu kat kereta dengan Nurin hana..." (#hati bengkak, pasai apa besday girl kena bayar pulak...#
Lepas bayar, masuk-masuk je dalam kete..............
SURPRISEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Happy besday ibooo..............
Nurin hana hulur satu bungkusan...............
Mood: Debarrrrrr....
Bungkusan agak besar........... dan berat..........
Kertas pembalut hadiahnya....
Bukak-bukak bungkusan.......
Bertambah debarrrr............ sebab nampak kotak berlogo. Adakah itu? Issshhhh...tepis dulu, kotak tak menggambarkan isi dalam.... Macam don't judge a book by its cover..... Gitulah kekdahnya... Kita bukak lagi dengan perasaan macam-macam...Happy plus debarrrr............. Sekali..............
Terus terkesima...
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................................................
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
actually, takda la siap bercover lagi masa keluar daripada bungkusan....ni masa dah pakaikan baju... merah lagi u......
Nurin hana testing testing 1,2,3 dulu.......
my new baby....................
Terima kasih sekali lagi my dear.... Lepas ni boleh la bagi hadiah best-best lagi.... hehehheheh... Btw, masih lagi misteri, macamana u boleh sorok bungkusan tu all the way from putrajaya to johor hari tu? Pandai yeeee...
Sesunguhnya, ingatan itu sendiri mahal harganya, dan cukup memadai......namun.......
hadiah adalah satu bonus yang perlu dihargai.......gituwww.......
Tuesday, 26 February 2013
Ekspo Buku Islam 6 Putrajaya
biografi pun ada...
Booth upin & ipin pun ada jugak, termasuk ana muslim. Selain buku, ada jugak produk-produk jenama tu. Anak-anak mesti suka... So pandai-pandailah sesapa yang bawa anak kecik tu untuk tarik depa pergi jugak ke booth lain selain duduk bertumpu kat booth ni je...hehehhehe...
ye....untuk penggemar novel karangkraf/alaf 21... banyak novel kat sini. Pilih mana suka, tak cukup satu, boleh ambik 10 novel, janji masa kat cashier boleh bayar. Less 20%.
So, apa lagi, moh kita ramai-ramai serbu.... Rugi kalau tak pergi.... Ada macam-macam buku, plus boleh dapat diskaun untuk buku-buku, 10-20%. Masih lagi berlangsung hingga 3 Mac ni.... Dibuka jam 9 pagi hingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat, kalau Sabtu dan Ahad masa tutup dilanjutkan sikit ke jam 9 malam. Lokasi di Dewan Cempaka Sari, Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Berdekatan Maybank dan pejabat Amanah Saham Nasional Berhad Putrajaya.
Untuk detail, boleh ke sini, http://ekspobukuislam.com
Friday, 22 February 2013
Mudah Lupa? Ni Dia Tips Menguatkan Daya Ingatan
Hahahhaha....macam biskut kan...kejap ada...kejap takda....
Lama blog tak ber update... kesian...terabai sudah...
Ok, hari ni 22 Februari 2013, nak berkongsi sedikit knowledge sharing tentang cara-cara nak elak kita ni mudah lupa........
Almaklum la....sejak umur dah masuk late 20s ni....hehehheh...propa sungguh..... Tapi, betul la kan...makin meningkat umur, kesihatan tu kena la jaga lebih sikit, jaga makankan... Bila umur dah makin naik ni (ada ke umur makin turun???? heheheh...), memang diakui la ingatan pelan-pelan jadi slow la sikit... Zaman muda remaja dulu, kalau baca buku, sekali je boleh ingat semua point penting. La ni, hmmm...hazabedah sekali, nak ingat point muka pertama pun payah... Situasi ni memang paling terasa masa aku sambung belajar3-4 tahun lepas... seksanya nak ingat dan faham bila baca buku... ambil masa nak ingat.... So, moral of the story, adik-adik kat luar sana, masa tengah bergetah otak bersinar-sinar neuron-neuron otak tengah ligat tu, sila-silalah belajar ye bila berpeluang tu... jangan bila umur dah naik, baru sibuk...... Bulehhhh...tapi kena keje keras extra sikit la...
Pernah tak, satu hari kita dah fikir dah apa nak buat, alih-alih bila tiba masanya, eh, apa tadi yang aku kena buat? Aku kadang-kadang dah plan baik punya ambik sesuatu, bila sampaikan tempat tu, tiba-tiba blur..apa nak buat...apa nak ambik. rasanya nak buat sesuatu kat sini tadi. puas la fikir tapi tak ingat jugak........ sedangkan tadi dah terfikir dah apa bendanya yang kita nak buat nanti.... #lupa..
Kalau dulu-dulu, pelupa ni dikaitkan dengan orang-orang yang dah berumur je. Tapi sekarang ni orang muda pun ramai dah lemah ingatan atau mudah lupa. Orang tua-tua kata sebab banyak minum/makan makanan dan minuman ada semut....
Sumber: Berita Harian, 14 Februari 2013
Ada 12 makanan yang dikatakan mampu meransang dan menguatkan daya ingatan kita:
Apa ni anak-anak? Ye...sayur popeye....aka sayur bayam.... Dulu kecik-kecik, mak selalu cakap, kalau nak kuat macam popeye, kena makan sayur bayam... Ooo...rupanya, bayam ni pun boleh kuatkan daya ingatan.... Rugi pulak sekarang ni takda kartun popeye kat tv kan...kalau tak lagi senang kerja mak-mak nak suruh anak-anak memasing makan sayur.... Ye la, sapa tak nak kuat kan......
Hari tu masa cuti-cuti Malaysia, kat legoland, ada seorang budak ni nak main satu game tu tapi tak boleh sebab tak cukup tinggi. Tau apa mak dia kata kat anaknya, "tu la, ibu suruh makan sayur tak mo, sebab tu la tak tinggi"..... hehehehe....
Ok, dikatakan, bayam yang diambil tiga kali sehari boleh mengembali dan menajamkan ingatan kita. Pasai apa, daunnya yang warna gelap tu mempunyai kandungan mineral dan vitamin (E dan K) yang tinggi.

Sungguh mengujakan sekali warnanya... yummyyyyy.... Buah beri juga termasuk dalam senarai makanan yang boleh membantu menguatkan fungsi otak kita. Semua jenis beri, termasuk strawberi, beri hitam, rasberi, kranberi, beri biru, ceri.
Ha....yang ni mesti ramai tahu, elok untuk otak kita. Makan kismis bagus. Boleh je sama ada makan begitu saja atau dimasukkan dalam masakan, macam nasi minyak kan ada kismis. Ikut selera masing-masing. Dikatakan terdapat zat besi dalam kismis, yang membina darah memastikan bekalan oksigen yang cukup disalurkan ke otak. Bila oksigen kurang, nanti kita cepat mengantuk, lembap, pelupa atau lemah dalam berfikir. Tu pasal kanak-kanak digalakkan makan kismis untuk daya ingatan yang kuat.
ohhh...yang ni sedap ni kalau letak banyak-banyak dalam masakan. Rasa berangin je nanti.
Halia dikatakan bagus untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Boleh dimakan mentah sebagai ulam atau letak dalam masakan. Selain itu, bagus jugak untuk merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal. Nak tau macamana kekdahnya, sila-silalah google ye....
Ini kacang merah. Kalau makan pau, suka pau kacang merah...sedappp.... Errkkk.. teringin pulak nak makan pau yik mun...dulu ada jual kat petronas p9, tak pasti pulak sekarang ada lagik ke tidak. Dah lama tak tengok. Kacang merah mengandungi vitamin B1 yang diperlukan untuk otak terutama bagi proses sintesis asetilkolina mempengeruhi ingatan dan kekurangannya.
Telur bermanfaat menambah kekuatan otak sebab ia lengkap dengan segala protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan aktif tambahan. Huh, banyak tu zatnya.... Tu belum campur tang kuning telur. Bahagian kuningnya pula mengandungi banyak zat (kolin) yang membantu perkembangan memori dan daya ingatan serta boleh mengatasi masalah lemah tenaga batin fizikal dan minda.
Madu itu manis...............
Madu hat yang makan tu la....bukan madu bermadu tu.....hehehhe....
Ia sangat berkhasiat, ada macam-macam jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik, enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan minda. Nampaknya kena mula makan balik madu ni...Dah lama betul tinggal. Lepas ni dengan Nurin hana, dengan sugar hubby, semua kena makan ni. Masa Nurin hana kecik-kecik, tiap-tiap hari bagi dia makan madu, supaya antibody badannya kuat. Tak tau appasal berhenti bagi dah...Hmmmm...
Madu ni jugak ada pelbagai zat galian macam kalisum, sulfur, fosforus dan lain-lain yang baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Dikatakan juga madu boleh merawat penyakit mental, hindarkan kepenatan otak bekerja.
Disyorkan minum 2 sudu teh madu pada pagi dan malam atau dimasukkan dalam minuman.
Sapa suka salmon, angkat tangan.......!!!! Selepas ni, korang boleh teruskan makan dan sesiapa yang tak suka boleh cuba-cuba makan. Sebabnya, ikan salmon berlemak dikatakan makanan berkhasiat untuk otak kerana kaya lemak omega 3 DHA dan EPA. Penting untuk meransang pertumbuhan dan perkembnagan fungsi otak.
Penggemar coklat boleh senyum lebar lepas ni.... Ya...makanan kesukaan ramai ni banyak kelebihannya. Kandungan aktioksidanya meransang aliran darah ke otak. Dan ini membolehkan otak lebih berfungsi menerima data. Kandungan kafein yang ada dalam coklat pula akan menajamkan minda. Disyorkan amal sekurang-kurangnya satu pertiga auns sehari.
Dua jenis nutrisi ini iaitu susu dan yogurt penting bagi pertumubuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim sebab makana daripada produk susu mengadungi protein dan vitamin B yang tinggi. Kedua-duanya mengadungi protein dan karbohidrat yang bertukar sebagai sumber tenaga bagi keperluan otak.
Kedua-duanya juga, membantu menajamkan ingatan, bekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air, yang bagus untuk meransang pertumbuhan badan dan otak.Disyorkan sekurang-kurangnya minum segelas susus pagi dan malam kerana khasiat untuk kesihatan umum.
Oat, makanan kegemaran ketika bersahur di bulan puasa. Makan oat boleh bantu kita rasa lebih kenyang. Ok, oat sebenarnya kaya dengan sumber vitamin E, B dan potassium, omega 3, folat dan kalsium yang berupaya menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak. Oat mengandungi serat yang membantu otak berfungsi dengan baik.
Tuesday, 22 January 2013
bidan terjun
Pada hari penuhbersejarah itu.....
Dengan limpahan lampu yang tak berkedip-kedip....Cahaya tertumpu di satu sudut....
Dalam kesamaran dewan.....
Banyak mata menyorot...merenung...memandang...melihat..
Dan dah tentu mulut berkata-kata....bercerita...pot...pet..pot..pet...
Titik tumpu pada dua manusia berbeza jantina....
Berbeza ketinggian, seorang tinggi melampai,seorang tinggi tak berapa nak tinggi...
Berdiri tegak penuh gaya (cover debar...)...
Sambil membilang masa, bilalah nak abis ni.....
Bergilir-gilir ambik nombor nak bercakap....
Baca masing-masing punya skrip...
Lokasi kejadian:Auditorium opis.
Kejadian: Majlis Perutusan Khas Tahun Baru.
Perasaan masa tu?
Nervous nya toksah cakap la..... Anak buah kat opis tagged aku kat fb dan tulis, "mesti rasa macam nak gugur jantung kan...".. Ni bukan dah nak gugur....memang dah gugur pun jantung aku di saat dan tika itu... Seribu satu perasaan bersarang dalam kotak fikiran dan perasaan aku... Di kala aku mempositifkan diri, terselit gak yang jahat cuba meracuni diriku yang suci murni ni dengan statement, “apalah jadi agaknya kalau tersalah cakap kat depan ramai-ramai orang ni dengan segala top gun jabatan ada ni? Malu besar la ko tujuh keturunan kalau tersasul cakap...Masih adakah cahaya di depan esoknya di sini?”...... Chis...chis... nyah ko jejauh dariku....
Tak pernah terbayang diminda sedar atau separa sedar aku, tak tercapai dek akal aku, yang aku akan berdiri di depan menjadi juruacara majlis atau glamernya, emcee... Setelah lebih kurang 12 tahun servis....
Tak pernah ku sangka.....Aku akan menjadi titik tumpu bersama partner... kena sportlight la....ala-alanya....hehehee... Berpasang-pasang mata.... Macam artis pulak....Hehehehh...
Kronologi:
Asalnya, nama aku diletakkan sebagai bintang undangan... hahahhha...bintang la sangatttt....tak... depa letak nama aku sebagai calon gantian emcee sekiranya berlaku kejadian tak diingini kepada emcee asal.....hover tau.... Eh, plan b, c, d,e, sumer kena ada...buatnya emcee kena kidnap ke pada hari kejadian, gara-gara pengkidnap salah target ingat artis fofular, rupanya nan hado....
Entah kenapa, entah mengapa, hati aku dah tak sedap bila tengok nama tersenarai sebagai bintang undangan tu.... Emcee utama tang lelaki tu aku tak risau sangat... Tapi emcee utama tang perempuan tu yang membuat aku gundah gulana tak sudah tu...makan tak kenyang, mandi tak basah... (makan tak kenyang sebab diet.. mandi tak basah sebab air takda...).
Ahkak emcee tu merupakan mak buyung kekdahnya... Tengah loya-loya bagai lagi...muntah-muntah... So, what do you expect? Biarkan saja dia muntah-muntah kat podium? Ala, nanti makcik cleaner cuci kasi bersih je nanti.... Namun, jauh di sudut hatiku, “sihat walafiat la hendaknya ahkak ni terutama pada hari kejadian...” heheheh.... Kecut perut beb...kalau aku yang kena ganti...
Dan....kecut perut tu terus bertukar sakit perut memulas-mulas tahap hazabedah punya.... Apa yang aku tak nak, yang aku duk tepis dush..dush..dushh...tu, akhirnya datang berlenggang kangkung kat aku... Comel je mikrofon berlenggang... ala-ala model internasional gituwww.....
Ahkak emcee nak pegi maternity check up la masa hari rehearsal tu........ huwwaaaaa........ mak tolonggggggg!!!!!!!..... abah tolonggggggg!!!!!
So, aku terus dinaikkan pangkat menjadi bintang utama emcee terus..... huwwaaaa...... Walaupun banyak kata-kata semangat ala-ala pakar motivasi fadzilah kamsah yang aku terima, tapi memberi semangat, kata dorongan kat orang memang mudah...tapi tukang yang nak kena berdiri kat depan tu?
Maka, pada malam sebelum hari rehearsal, aku pegi jumpa tok moh..mintak air penenang.... mandi air bunga campuran bunga raya, bunga taik ayam, bunga rampai bawah jambatan putra...makan telur ayam kampong 50 bijik goreng dadar........hahahhahahha..... Takda maknanya nak buat kerja-kerja tu sumer... No...No...No....
Ala, selaku SYMP, kita buat je la mana yang termampu dek kudrat kita ni hah... Dah bos arahkan, so kita buat je la...lagipun, bukannya membahayakan kesihatan arahannya tu punnnn.... Tugasan yang kita boleh lakukan, cuma kita tak biasa lakukan atau tak pernah lakukan... So, kiranya macam cabaran la pada aku...
Lagipun, ada skrip...boleh membantu... Cuma kena bertindak bijak mengawal perasaan, jantung, otak dan sewaktu dengannya... In sha Allah, yang lain-lain akan baik-baik adanya....
Pengalaman membezakan first timer dan expert... Kena belajar tang lenggok dan sebutan patah perkataan.... Lepas rehearsal tu, macam-macam komen la yang aku dapat...
Tapi, benda ni buat aku sedar, mengomen orang mememang best...keje senang... tapi cuba kita sendiri yang kena duduk depan tu,buat benda tu... Baru tau langit tinggi rendahnya...hahahahhaha.... #mood insaf...#.....
Pada hari kejadian,cuaca amat baik sekali, bagai turut merestui tugasan penting aku pagi tu...macam la buat kat open air...padahal kat audi je.... hahahhahah.... Sampai,terus gi audi. Ambil feel, kata orang..... Berbakul-bakul doa aku baca...Nervous beb....
Dan...tibalah detik dan saat kejadian....
Tetiba............
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Ehhh.......dah abis...hahahah...tu je yang aku ingat... sejak mula bercakap, aku duk ingat nak abis je... so nervous...berdiri depan tu dengan berbiji-biji mata menengok (kot la ada yang nak tengok.....Faham...bila dah reramai dengan rakan sehati sejiwa,orang kat depan bercakap, orang kat belakang pun sama naik, bercakap sama...) dengan ramai top gun lagik...duduk depan tu... Mujur ada partner yang berpengalaman...so rasa selamat la sikit...
Memang rasa lega giless bila dah abis tu.... Masa tu la perut rasa lapar, dahaga bagai... Macam baru lepas kerja berat pulak...hahahha...... Tapi ada terselit gak rasa kerisauan....kot kena bambu pulak dengan bos... sebab.......................
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Sebenarnya, ada kesilapan berlaku masa hari kejadian....
Sapa yang tak peka,memang tak perasan la... Nasib baik dapat diselamatkan dek teguran partner aku... thanks ya khairul...tanpamu, abis la diriku... hahahah....
Ceritanya begini............
Setiap kali perhimpunan,akan ada dua lagu wajib dan satu lagi lagu pilihan organiser yang kena dengan tema perhimpunan. Lagu Negaraku, lagu jabatan dan lagu pilihan. Contohnya kalau bulan ogos, sah-sah la temanya berkisarkan pasal patriotik... So, lagu pilihan tu mesti ada unsur-unsur tu la....
Ikutkan aturannya, selepas dua lagu tu, emcee akan umumkan audiens untuk duduk, dan lepas tu koir akan terus nyanyi lagu ketiga. Hah...masa ni la benda tak sepatutnya telah berlaku...... Jeng..Jeng..Jeng...
Aku, lepas minta semua duduk, boleh tersambung terus dengan"terima kasih" kepada kumpulan koir sebab nyanyi lagu... Bisikan partner bagai mengejutkan aku dari tido yang panjang.......serta merta otak aku ligat berfikir dan baru teringat, belum turn daaa.... Otak aku bagi signal,"eh...lagu ketiga belum la...." Mujur aku tersedar masa tengah announce nama lagu, so aku just stop kat nama lagu kedua.... Adoyaiii.... Hah, tu la,suruh lagi aku jadi emcee....hahahhaha.... Haru betul.... Mujur tak terlepas cakap sampai lagu ketiga.... Selebihnya, alhamdulillah, berjaya melepasi dugaan...

Lepas ni boleh la kalut bubuh dalam profile, dah jadi emcee.... hahahhah...hover tauuuu...... Apa pun,moga ini yang terakhir la aku jadi emcee...macam tak kena pulak...di saat ramai lagi yang muda belia kat opis aku tu...(tetiba...masa ni la nak ngaku tak muda...hahahhahha...), aku pulak kena ke depan...Kita bagi chance la kat adik-adik junior tu....yang comel-comel tu..... upks, sila kembalikan semula tugas peng emcee an kepada mereka yang sepatutnya...
Apa pun, ni adalah pengalaman yang berharga untuk aku....... Bayangkan, seorang yang tidak banyak bercakap, pendiam, lebih suka duduk belakang tabir,tup-tup...nah...hambekkkk.....terus jadi emcee....hahahhah... Sesuatu yang menarik yang boleh dikenang bila dah pencen esok......boleh cerita kat cucu, "tau cu..granny dulu pernah jadi emcee....." hahhahah.... kelasss....granny lagi......hahahhaha....
Wednesday, 16 January 2013
Cinta Bertaut Kembali
Di kala orang berbondong-bondong meng install whatsapp, aku masih lagi ketinggalan. Ica dah berbuih mulut merayu bagai (hover..) suruh aku install... Sampai la satu hari, godek-godek phone (favourite aku ni, godek tengok apa yang latest kat apple store), aku ternampak status whatsapp= FREE.... Hah!!!!! Wahhh, kena ambik ni...dasar nak free semua...hahahah....
Sebelum ni, kat iphone, whatsapp kena bayar kalau nak install. Aku mana pernah ambik yang bayar-bayar semua... Semua app yang ada dalm iphone aku memang yang free belaka.... Dasar.....
Then now, aku tau kenapa chenta hatiku tak berenggang dengan telefonnya...sampai naik rimas aku...Rupanya, memang syok berbalas-balas message dengan kengkawan ni... Syok, syok jugak, tapi terkawal la... Banyak benda lain aku boleh buat daripada duk ngadap tu je... Kena ingat, jangan disalahgunakan dan leka dengan semua tu..... Masih ada kehidupan lain kat depan tu...
Sejak ber whatsapp ni, cinta lama bertaut kembali... Bertemu semula kekasih lama..... Tak sangka, whatsapp menyatukan semula cinta kami... Semarak dan bercahaya, macam zaman dulu-dulu...
Dulu masing-masing masih muda, hingusan lagi kata orang.. tiga tahun menyulam cinta, sejak umur 18 hingga 20 tahun...lama tu, tiga tahun berhuha sana sini.... Lepas tu terputus..... dan kini, bertaut erat balik......setelah hampir berbelas tahun...
Cinta persahabatan bersama kengkawan group coursemate masa DPA, ITM dulu... Tak sangka pulak, persahabatan tu akan bersambung semula... melalui whatsapp... fb memang ada tapi tak semeriah whatsapp ni...hahahha....

lebih kurang 18 tahun dulu... chomel-chomel, cute-cute belaka...la ni? chomel jugak...tapi versi lain la...hahahha.... Group ni tak lengkap...Ada yang keciciran dalam gambar ni. Nina, Rafidah, takda..
sweet memory.... bersuka-sukaan dengan lecturers...
Dear sir/madam, thanks a lot.....
Kitorang memang rapat sebab sepanjang tiga tahun belajar tu, memang muka yang sama je kita akan jumpa dalam setiap kelas... Kursus yang sama kan.... Masa tu, subjek yang diambil dah ditetapkan setiap semester so, memang muka-muka tu je la dalam kelas. Berbeza di Uni, kita akan berjumpa dengan orang berbeza untuk hampir setiap kelas.
Tempoh tiga tahun membuatkan kami rapat. Kolej pun dekat-dekat. Perempuannya kat perwaja, lelakinya kat perindu... sebelah menyebelah.... kalau bernasib baik, dapat la saing pegi kelas, bila terserempak kat jalan.... Belajar sama-sama, partner in crime jugak...hahahha.... alah..zaman budak-budakkan...
Sekarang, masing-masing dah dewasa, matang.... dah berkeluarga, ada kerjaya.. tapi perangai zaman belasan tahun dulu masih ada lagi...hahhahaha...Warung dpa di whatsapp kini menyatukan kami...harapnya, reunion yang dicanang-canang dalam whatsapp akan terlaksana tak lama lagi... Boleh la kita tengok, sapa yang maintain, sapa yang kembang setaman, berderet ketapi, bla..bla... hahahhaa...
Ok guys... may our friendship last forever...
To Chief warung dpa,ana norhana, thanks dear...usaha membukak group warung dpa dan menyatukan kami semua...
May Our Friendship Last Forever
May ourfriendship last forever;
May I sail upon your sea.
May we go through life together;
May there always be a "we."
May I beyour endless sky;
May you breathe my gentle air.
May you never wonder why
Each time you look for me, I'm there.
May we befor each a smile
Like the warm, life-giving sun;
Yet when we're in pain awhile,
May our suffering be one.
May weshare our special days,
The happiness of one for two;
And if we must go separate ways,
Let my love remain with you.
(kredit: http://www.poemsforfree.com/)
Subscribe to:
Posts (Atom)