Monday, 31 October 2011

Selamat Tinggal K..... Selamat Datang H

Kesian “rumah” ni, lama tak ber update. Selalu bukak, tapi tak sempat nak update, takpun mood takda nak update.

Tuan rumah sibuk pindah rumah. Bukan jauh mana pun, dari jalan k, ke jalan h. Bulan ni aktiviti utama kitorang tiga beranak adalah kemas, membungkus dengan kotak atau plastik semua barang-barang rumah yang boleh diangkut dulu ke rumah baru. Disebabkan asyik kemas dan kemas je, sampaikan bila aku dah rasa penat balik dari keje nak kena mengemas, aku duk merungut kat EA “apa ni, asyik nak kemas..kemas.. je..)...Bila dah penat, mulut cakap ikut sedap je la...

EA kata better angkut dulu mana-mana barang yang boleh diangkut. Ni supaya tak teruk sangat masa hari angkat barang besar-besaran nanti. Mahu dari pagi sampai malam kalau tunggu lori baru nak angkut semua. So, kereta kitorang jadi mini lori la...

And officially, kitorang telah pun selamat berpindah pada 29 Oktober baru ni. Terima kasih kepada semua tenaga kerja aka adik-beradik/ipar-duai/sedara mara yang telah menyumbang tenaga hari tu. Sempena hari kerja berat tu, aku dengan bantuan chef terkenal EA dengan baik hati telah masakkan mee kari (patutnya untuk breakfast, tapi sudahnya dimakan masa lunch sebab aktiviti angkat mengangkat mula lambat...). Pukul 2 pagi aku dengan EA tido malam tu tau, semata-mata nak siapkan kuah mee kari tu... Berbaloi rasanya bila licin semuanya walaupun kurang masin sikit. Bila nak panaskan kuah, dah tak jumpa garam, tah plastik mana dia duduk...

Rumah kitorang sekarang ni macam tongkang pecah. Barang bersepah sana sini. Malam tadi puas mencari beg sekolah Nurin hana, nasib baik tuan punya beg nampak beg dia kat mana. Kalau tak, pergi sekolah bawak plastik je la.... Tu belum lagi bab bedak, sikat aku semua. Cari-cari tak jumpa... Kat plastik mana la nyoroknya...

Mahu makan berhari-hari nak kemas dan susun semua tu. Al-maklumlah, siang-siang kitorang keje, harapkan malam je la. Tu pun singkat je la masanya nak mengemas sebab dah nak kena tido malam pulak, esok nak bangun awal pegi keje. Takpa la, kasi kayuh pelan-pelan... Yang penting kita kasi clear tingkat bawah dulu...Strategi..strategi...heh..heh...(bila ada orang datang, nampak kemas la......, padahal kat atas, bersepah...)

Selamat tinggal K...... Dekat 7- 8 tahun jugak kitorang duduk sana, banyak nostalgia tu...  Sob...sob...sedihhh....
Daripada berdua, jadi bertiga. Rumah yang menyaksikan pelbagai perkembangan dan tumbesaran Nurin hana selama 4 tahun ni... Masih terbayang Nurin hana merangkak-rangkak keliling rumah... Berlari-lari...
Juga, masih terbayang, saat jari jemari EA mengetuk mesin jahit menyiapkan tempahan kain langsir rumah ni. Juga EA mencari idea melukis logo hari merdeka sempena pertandingan mencipta loga hari merdeka tahun bila tah, dah tak ingat...
Selamat tinggal jugak kat pokok betik depan rumah yang banyak berjasa menghasilkan buah yang manis amat. Harap-harap lepas ni EA tanam pokok betik manis macam tu lagi... :).
Untuk pokok mangga kat belakang rumah tu, moga berbuah la kelak bila dengan tuan baru nanti. 4-5 tahun kitorang tunggu, tak jugak berbuah. Daun je rimbun...

Selamat tinggal K....... selamat datang H......

Monday, 3 October 2011

Meraih perhatian si kecil

(sumber: Utusan Malaysia, 22 Sept 2011)

Kesibukan ibu bapa berkerja kerap kali membuatkan masa untuk berada di sisi anak-anak begitu terbatas.

Maka tidak hairanlah apabila si kecil lebih mesra dan selesa dengan pembantu rumah atau adik beradiknya yang lain berbanding dengan ibu bapa sendiri.

Mengimbangi keadaan itu banyak cara boleh dilakukan bagi 'membayar balik' masa bersama anak-anak yang hilang disebabkan kesibukan bekerja di pejabat.

Antara tip mudah yang boleh dilakukan:


1) Jangan bawa balik kerja ke rumah


Ketika di rumah, masa ibu bapa sepatutnya milik penuh anak-anak bukannya membuat kerja-kerja pejabat yang dibawa pulang.
Sebaiknya luangkan masa sepenuhnya untuk bermesra dan bergurau senda dengan anak-anak.

Hmmm...kengkadang kesibukan di opis sambung menyambung ke rumah. Berangkut bagai semua kerja-kerja opis tu buat kat rumah. Kesian anak kan....dahlah kita takda kat rumah sehari suntuk, bila dah ada depan depa pun, kita still sibuk nak buat kerja opis lagi. Sebab tu, aku kalau bawka kerja opis balik aku akan buat lepas dia tidur atau.....tak buat terus sebab aku dah tertidur masa nak tidurkan dia....

2) Keluar bersiar-siar


Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan bawalah anak-anak keluar. Banyak yang boleh dituju atau dilakukan seperti keluar makan, ke taman permainan, bermain di pantai, berkunjung ke zoo atau muzium. Lebih bagus kalau tempat atau aktiviti yang mahu dilakukan sesuatu yang disukai anak-anak. Apa yang penting aktiviti itu dilakukan hanya membabitkan ibu bapa dengan anak-anak.

Ni aktiviti yang selalu dipraktikkan. Bila weekend, bawak Nurin hana breakfast kat kedai. Sesekali pegi jogging kat taman sama-sama. Bawak main kat taman. Pergi jalan-jalan makan angin. Penting tu, supaya dia tak terperap dalam rumah je. Terbuka minda. Dahlah kat rumah tu bila toleh kanan nampak papa, toleh kiri nampak ibu. Pendek kata pergilah sudut manapun dalam rumah, memang nampak ibu dengan papa je la... Kalau ada adik, bolehlah main-main dengnan adik kan...Apa nak buat, belum rezeki nak tambah ahli keluarga...

3) Minta bantuan si kecil


Ibu bapa sering menyuruh anak-anak bermain sendiri supaya mereka tidak menganggu ketika ibu bapa sedang sedang bercakap di telefon atau ketika sedang memasak di dapur.
Jadi supaya si kecil tidak menjadi 'pengganggu' sekali gus tidak membuatkan diri mereka berasa kurang penting, libatkan mereka dalam kegiatan anda yang tidak terlalu rasmi.
Antaranya, seperti meminta mereka bersama-sama membantu mencuci kereta, berkebun, mengemas rumah atau membantu memasak di dapur.
Ini akan membantu membenihkan rasa percaya pada diri sendiri kerana dengan cara sedemikian anak akan berasa dihargai atas usahanya.

Yes, anak-anak memang suka kalau kita libatkan dia dalam semua aktiviti yang kita lakukan. Lagipun, elok untuk didik dari kecil untuk tolong ibu bapa kan. Melentur buluh biarlah dari rebung. Nurin hana memang suka benar kalau dapat tolong kitorang. Antara part yang paling dia suka adalah, cuci pinggan dan cawan. Bukan pinggan dan cawan kaca ye, plastik je. Sebijik cawan akan mengambil masa seperti membasuh berbijik-bijik cawan. Main air la...apa lagi.. Tapi, at least, ada usaha di situ untuk tolong basuh kan... Nurin hana pun dah pandai lipat kain baju dia, dek gara-gara selalu benar tolong kitorang. Walaupun tak kemas mana macam yang kita buat tapi pujian tetap diberikan sebagai tanda penghargaan. So, next time dia akan tolong lagi...

4) Hadiah


Tidak harus selalu memberikan hadiah untuk membuat anak gembira. Sebaliknya, pelukan, ciuman, pujian, belaian dan sentiasa berada di sisinya merupakan hadiah yang luar biasa yang boleh diberi oleh oleh ibu bapa kepada anak-anak.
Secara emosi, pelukan, ciuman, pujian dan belaian akan membekas di benak anak dan membuatkan si kecil selalu mengingati dakapan hangat ibu bapa mereka.
Mereka akan berasa dilindungi secara fizikal mahupun emosi.

Setuju sesangat. Hadiah paling best untuk anak adalah pelukan, ciuman, pujian dan sewaktu dengannya. Lagipun, masa kecik ni la kita boleh nak peluk-peluk dan cium selalu. Esok dah besar, tak nak nya dia. Tapi, apa salahnya pun kalau dah besar panjang pun, masih lagi dipeluk dan dicium oleh ibu bapa.
Aku percaya, anak yang selalu dipeluk dengan penuh kasih sayang, akan lebih mendengar kata (dalam erti kata lain, tak degil la...).

Friday, 30 September 2011

Kerja Waktu Lunch Hour

Early lunch hour tadi, di saat rakan-rakan lain sedang berhorey-horey ngabiskan duit di sana sini, maklumlah break panjang ditambah dengan kocek masing-masing yang penuh, aku sibuk menyiapkan satu kerja yang telah dipertanggungjawabkan kat aku sempena ketiadaan opsmate ku.


Aku duk depan pc lepas pekena spageti buatan tangan anak buah kat opis ni (thanks su...jimat sikit duit lunch hari ni... :)), duk pinda lampiran table tu. Aku heran, apsal la bila nak taip nombor kat ruangan bilangan tu, tak boleh. Asal taip je, dia lari ke table lain. Ishhh..apsal pulak ni... Takkan nak kena buat table lain kot. Arrgghhh...masak ni, benda tu dah la banyak.


Adjust sikit-sikit table, pun tak mau.


So, untuk siapkan jugak kerja tu, terpaksa la aku copy setiap nombor, lepas tu paste kan dekat tempat yang tak boleh ditaip secara biasa tu.... Jenuh aku meng copy paste...


Dah siap, aku emel kat bos untuk semak, sebelum hantar kat bos besar pulak.


Lega.... at least sekejap....


Dah beres..barulah boleh jalan-jalan kat alam maya.......


Dan......................................masa aku nak log in blog, sekali lagi berlaku kes nombor tak boleh taip. Apahal pulak ni????


Bila aku belek betul-betul keyboard, aisehmennn.............
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Ter off butang "Num Lock" tu la... Padanlah tak mau keluar semua nombor yang aku taip... Penat je aku copy paste tadi....

Tuesday, 20 September 2011

Decision...Decision....

Masa terus berjalan. Dah makin suntuk. Hati masih berbelah bagi... nak terima offer tu ke, tidak...


Dilema nak pilih antara rumah baru vs rumah sekarang... dua-dua pun bukan rumah aku pun..rumah kerajaan... ;)

Kenapa aku kena ambik offer tu:
  • Teringin nak merasa rumah cam tu
  • Lokasi masih dekat dengan kawasan rumah aku sekarang
  • Masih dekat dengan sekolah, tadika
  • Rumah yang luas dan besar untuk kitorang 3 beranak ni...
  • Laman tepi yang luas..puas Nurin hana main lari-lari tu
  • Corner lot
  • Ruang dalaman yang lebih luas, memudahkan aktiviti bermain Nurin hana
  • Bagi peluang kat orang lain untuk duduk kat rumah aku pulak
Dan kenapa pulak aku rasa macam nak stay je rumah sekarang:

  • Dah selesa kat sini, jiran baik (tapi, esok-esok jiran baik pindah?)
  • Sekolah sepelaung je
  • Barang-barang ya ampunnn..banyakk...jenuh kalau nak pindah ni...
  • Tak tau kondisi rumah baru tu elok ke tak..intai-intai macam ok je...
  • Kat area rumah baru, banyak rumah bos. Tak boleh la nak buat jahat sikit kan...
  • EA kata rumah baru tu pintunya tepi, tak best. Rumah tu memang pelik sikit, patutnya pintu depan kat depan la kan..tapi ni tak, pintu depan berada di sebelah tepi rumah...lepas parking kereta, ko kena jalan ke tepi rumah baru boleh masuk rumah.
Alamak, senarai pro & cons sama banyak. Camana tu....

Kalau aku reject offer ni, aku kena queue semula. Tunggu lagi 6 bulan dan ke atas. Ala-ala blacklist sekejap la. Offer yang ni pun, cepat sampainya. Aku mintak seminggu sebelum raya hari tu, dua minggu lepas raya terus dapat. Sungguh efisyen. Risau jugak, rumah lain yang di offer lepas ni, lokasi tak best, pastu rumah pun tak best jugak.

Surat offer dah ready, kunci pun ada. Tinggal ambik kat hartanah je.

Hmmm..........Decision...decision....

Friday, 9 September 2011

Rekod perkahwinan paling lama di dunia

Sesuatu yang menarik untuk direnung bersama.....

HANOI: Dua warga emas di Vietnam berhasrat memecahkan rekod perkahwinan paling lama di dunia.

Huynh Van Lac, 110, dan isterinya Nguyen Thi Lanh, 106, memecahkan rekod nasional untuk perkahwinan mereka selama 82 tahun minggu lalu, kata Pengarah Vietnam Records Book Centre, Le Tran Truong An. “Kami akan menghantar rekod perkahwinan paling lama kepada Guinness World Records selepas selesai kertas kerja,” katanya. Lac berkata, rahsia perkahwinan panjang mereka ialah tahu bagaimana menyesuaikan diri untuk hidup antara satu sama lain dan mengelak bertengkar.


“Orang ramai perlu tahu bagaimana berkongsi kegembiraan dan kesedihan antara satu sama lain,” katanya.

Lanh berkata, adalah penting untuk ‘sering melakukan senaman dan cuba berfikir positif.’

Menurut Guinness World Records, Herbert Fisher dan Zelmyra Fisher dari Amerika Syarikat berkahwin selama 86 tahun. Herbert meninggal dunia awal tahun ini. – Agensi

sumber: Berita Harian

Tuesday, 30 August 2011

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Di kesempatan ni, 10 jari disusun mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap.

Kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Jangan terburu-buru. Takda apa nak dikejarkan, kampung halaman tu dah sah-sah duduk diam kat sana, takda hilang mana. Ingat, sedetik kita terleka, ke tempat lain la perjalanan kita lepas tu. So, memandu dgn berhemah ye...

Kepada yang main mercun dan bunga api tu, Main-main jugak, jangan sampai putus jari sudah la. Elok-elok ada jari cukup 10, tinggal berapa batang je pulak nanti. Pandai-pandai la korang ye kalau kena tangkap Pak polisi :)

So, selamat menikmati segala juadah raya. Makan sampai tak ingat dunia.....Eh...Eh...takdalah... Makanlah berpada-pada. Perut kan dah sebulan training, nanti terkejut pulak perut tiba-tiba macam-macam benda masuk.

Selamat Hari Raya daripada kami sekeluarga...

Saturday, 27 August 2011

Mak, the best chef ever

Aku brani jamin klau kita tanya kat mana2 orang pun, siapakah chef terbaik? Mesti depa jawab mak, kan...

Jauh mana pun kita pegi, pasti kita tetap nak carik air tangan mak kita. Mana kan tidak, dari kecik kita membesar dengannya. Orang kata dah sebati kan..

So, hari tu balik kg buka rumah mak, mak masak menu yg aku suka.

Tima kasih mak...i love u...

 masak lemak (kering) udang, sedap sampai pengsan dibuatnya...

lopes..special request