Friday 6 February 2009

KENANGAN DPA, ITM

kenangan dinner DPA 93-96, bersama classmates & lecturers


students DPA 93-96, ITM

belek-belek emel yang ada, terjumpa gambar nie. actually, my friend cik ana yang emelkan. so, terjiwang karat ler sekejap. heh..hheee. teringat kenangan-kenangan lalu semasa di ITM (93-96). nie ler geng dari mula semester (1) sampai grad. lama tu..3 tahun beb...kiranyer banyak ler yang terjadi zaman tu..antaranya criter cintan cintun kengkawan. sapa tu? heh..heh...criter lama...
lecturers sumer best. especially, encik ibni hashim, one of my favourite lecturer. sebab apa? sebab teman slalu dapat markah tinggi, heh..heh..! hai encik/puan lecturers sumer, apa kabar?
kaum hawa dalam group nie kecik jer. yang ada dlm gambo tu jer ler. kiranyer, kaum adam @ kumbang-kumbang yang ramai tu kira melindungi kitorang ler, kononnyer..
disebabkan bilangan pompuan yang sikit, so akrab ler masa tu. paling best, kitorang ada t-shirt kaler hitam yang tertulis singkatan nama masing-masing beserta gambar kartun garfield kat belakang t-shirt. t-shirt tu masih ada dalam simpanan teman. elok lagik dan masih dipakai. sumer duduk kolej delima (kecuali kak su). so, slalu makan maggi sesama @ in another meanings "parti maggi", heh..heh.. tapi, sedap tu bila kongsi makan reramai. lazat tak terkata. kalau makan sensorang, rasa lain skit. gamaknyer aura kongsi tu kot. korang ingat tak, kita ambik telur rebus kat dewan makan, pastu buat sandwich. member kita sorang tu ler terror bab masak-memasak nie. sorang lagik lak, slalu wangi jer baju-baju dia. sebab apa? sebab dia rajin pakai softlan. kalu lalu tepi penyidai dia kalau lepas sidai baju, mesti wangi jer bau softlan....
kita pun slalu lepak kat rumah member kita kat pulapol sana. best gak gi sana, tengok abang-abang polis berkawat dalam zone-zone tertentu. tu pasal, ada skali tu, terserempak dgn abang polis berkawat dgn tangan pegang plastik kuih (baru lepas beli kuih). heran gak, rupa-rupanya, dah masuk dalam zone yang kena jalan berkawat. heh..heh..patut pun..
ingat lagik satu stori. satu hari tu "cik ...." asyik komplen bunyi jam sapa lak asyik berdering jer. contoh kunci jam kul 4, so jam tu akan berdering tiap kali kul 4. lama lak bunyi tu. seolah-olah takda tuan. rupa-rupanyer? jam loceng dia sndri yang tersorok dalam kotak. nie kes packing barang pastu blom kluarkan lagik la tu. apa la...
banyak sangat ler kenangan dengan korang sumer. tak muat nak criter sumer. cik lin'z, cik ija, cik syea, cik ina, cik ica, cik faz, cik shima, cik ana, cik lie, cik ainina, cik shidah, kak su...
sumer classmates lelaki pun memang best ler, sporting. bagi sokongan masa games netball. bila diorang main football, kitorang lak bagi support.
lepas grad, masing-masing bawa haluan sdnri. ada sambung blaja, keje, etc. cik syea, cik ica, teman sndri terus bersama di sintok.
dulu ada cik ana organize gathering. sronok dapat jumpa balik kengkawan yang dah lama tak jumpa, although tak sumer dapat hadir. tapi, since organizer dah duduk jauh nie, payah ler...
what ever it is, anda sumer sentiasa dalam ingatan...

1 comment:

  1. Assalamualaikum puan,

    Saya dari Persatuan Alumni Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM sedang dalam rangka kerja untuk mencari kembali alumni2 dari DPA ITM untuk dimuatkan dalam database alumni, jadi kami mengalu alukan alumni untuk berdaftar dengan kami..sebarang pertanyaan boleh hubungi 0148443730 - Idi-

    ReplyDelete