Thursday, 16 February 2012

Gugur Jantung!!!!!

Aku pernah berhadapan dengan satu incident yang amat menakutkan. Rasanya tak pernah lagi aku setakut tu. Kalau diingat-ingat sekarang pun, seriau rasanya.
Kerana kealpaan aku (salahkan diri sendiri....takkan nak salahkan orang pulak kan..) walau sesaat sahaja, nyaris Nurin hana hilang. Kat Sogo, ada sales masa tu. Bayangkan kesesakan Sogo masa sales.... Sana-sini ada orang... Berlaga-laga tu biasa la....

Biasanya kalau kami shopping, arjunaku, En Asrul akan menjaga Nurin hana, sementara aku memilih barang. Petang tu, Encik Asrul nak membeli kasut pula lepas kami memborang pakaian Nurin hana. Disebabkan pada masa yang sama aku nak cari kasut kerja, so kami berpecah dek nak jimatkan masa.

Semasa tengok-tengok kasut, aku tengok-tengok jugak handbag. Nurin hana pun sibuk menggayakan handbag yang ada. Kiranya mak dengan anak sama naik laaa..... Walau pun sibuk membelek, tapi mata memang sentiasa kat Nurin hana je....

Tapi, entah macamana, tiba-tiba Nurin hana hilang dari pandangan mata aku. Mungkin aku teralit sekejap, sesaat kot... Nurin hana dah takda.... Tak boleh aku nak bayangkan keadaan aku masa tu... Kalau diingat-ingat sekarang...sumpah memang aku takutttttttttttt ya amattttttttt...... Aku tak pernah membayangkan yang aku akan berada dalam situasi begitu....

Mujurlah, Nurin hana ada disebalik rak display handbag tu...... Nurin hana tengah ambil handbag lain untuk digayakan depan aku........ Apa jadi kalau dia takda di sebalik tu? Dah terlepas ke mana-mana? Nauzubillah...tak sanggup aku nak fikir lebih jauh lagi....

Incident tu sebenarnya sebagai satu peringatan kat aku supaya extra hati-hati lagi. Jangan terleka walau sesaat pun bila membawa Nurin hana ke mana-mana terutama tempat yang sesak.... Maaf anak ibu sayang...kelalaian ibu hampir membawa satu musibah kepada kita.....

Sekarang ini, baru aku merasai perasaan ibu-ibu, mak-mak yang anaknya hilang. Walaupun Nurin hana hanya hilang sesaat tapi sudah cukup untuk membuatkan muka aku pucat kalau ditorehpun tak berdarah, jantung berhenti berdegup.

No comments:

Post a Comment