Thursday, 13 September 2012

Catatan Pengalaman LASIK - 3 (akhir)

Alhamdulillah, hari ni genap sebulan tiga hari aku dah buat LASIK.....
Alhamdulillah, syukur diberi peluang untuk kembali menikmati penglihatan yang jelas tanpa bantuan cermin mata lagi.... Alhamdulillah...
Moga dipermudahkanlah juga selepas ni.
Berdasarkan pemeriksaan post-LASIK baru-baru ni, alhamdulillah kedua-dua mata dalam keadaan baik. Rasa syukur sangat sebab dapat kembali nikmat yang tidak ternilai ni..
Juga semakin selesa dengan keadaan baru ni. Cuma sesekali terlupa yang dah takda spek kat muka ni. Sebelum ni memang dah jadi habit, kejap-kejap nak naikkan spek atas hidung, atau cubaan nak bukak spek. Raba-raba...eh..dah takda la spek... hehehheheh...lupa daaaa.... Al-maklum la, 25 tahun pakai spek...dah jadi sebahagian dari diri kan.....


Okay, kita sambung kembali cerita ni...

10 Ogos 2012:

Finally, hari yang dinanti tiba jua....
Dengan lafaz bismillah, ...........PCMC dituju untuk appointment jam 9 pagi. Serius, aku sangat-sangat berdebar dengan apa yang bakal aku lalui nanti...... Namun, kita berserah padaNYA, mohon yang terbaik...

Persediaan sebelum LASIK surgery, tidak dibenarkan memakai sebarang perfumes, deodarant dan mekap. Datang dalam keadaan natural la kiranya....

Macam hari tu jugak, sampai awal dalam 8.30 pagi, orang dah ramai kat klinik mata. Terus mendaftarkan diri dan bagitau datang untuk appointment LASIK surgery. Bila orang kat kaunter tu suruh pergi terus ke LASIK Centre, terus aku bagitau tentang requirement untuk jumpa pakar optometris, Mr Yap belum dibuat lagi. Aku telah dimaklumkan sebelum ni perlu jumpa Mr Yap terlebih dahulu. Sebenarnya kita kena jumpa pakar optometris semasa full screening tapi aku punya lewat sikit sebab optometris tu takda hari tu.

Sepertimana Prof Muhaya yang baik hati, begitu jugak la Mr Yap. Sangat-sangat friendly dan buatkan kita rasa sangat selesa bersembang dengannya. Mr Yap periksa tahap penglihatan kita untuk tahu power yang tepat dan untuk buat calculation untuk LASIK serta bagi penerangan mengenai prosedur LASIK yang sangat jelas dan mudah faham, guna terms layman la kekdahnya. Mr Yap tunjuk demo penglihatan kita lepas buat LASIK. Perbincangan ni terbuka untuk apa-apa persoalan atau kemusykilan yang kita ingin tahu lebih lanjut...... selesai tu, barulah diminta pergi ke Eye & LASIK centre untuk prosedur seterusnya......

Kat Eye & LASIK centre, ada beberapa orang "senasib" tengah tunggu giliran. Kiranya sesi menunggu tu macam tempoh bertenang la.... Nampak beberapa orang yang dah selesai buat LASIK dan terserlah ke excited an depa, muka semua happy je..... Good sign....hahahahha.... Di sini kita akan diberi borang untuk diisi (tandakan je sebenarnya, sebab soalannya, ya/tidak) dan tandatangan. So, sesapa yang pakai contact lense, silalah bawak peneman bersama or else jenuh la mengangkat-ngangkat borang tu ke atas ke bawah sebab tak berapa jelas nak baca. Orang yang pakai contact lense kan kena off lense tu sebelum surgery. Pakai spek okay lagi, masih boleh pakai sampai la tiba turn nak surgery...

Seawal pukul 12 macam tu kot, aku dipanggil masuk ke satu bilik, ala-ala bilik menunggu untuk yang nak buat LASIK dan bilik rehat untuk yang dah selesai. Time aku masuk tu, ada 2-3 orang tunggu turn nak buat macam aku. Yang dah selesai dalam tiga orang kot. Masa ni baru terasa nervous yang amat dan dapat rasakan bunyi degup jantung aku tu memang kuat sesangat... Ke orang sebelah pun boleh dengar? Berperang dengan perasaan sendiri. Kat sini, kita disiapkan sebelum di bawa masuk ke bilik surgery. Bukan siap apapun, pakai baju sarung khas tu, penutup kepala, pastu duduk diam-diam mengenangkan nasib diri.. cuba membayangkan apa yang bakal dilalui kelak... Kecut perut ni memang tak hilang-hilang lagi... aku perlu ubat untuk menenangkan diri...so, minta ubat penenang dengan misi.... hehehhehe...taklah...  Baca la apa-apa ayat Quran apa yang patut untuk menenangkan jiwa/fikiran dan segala-galanya la...  Alhamdulillah, sangat-sangat membantu. So, kalau korang rasa berdebar masa tunggu tu, bacalah ayat Quran, mohon dipermudahkan semua. Aku set kan dalam kepala, operasi LASIK tu berjalan dengan lancar, dan aku dapat melihat dengan jelas lepas tu. Aku bayangkan yang positif dan baik-baik je.....

Pukul 12 lebih, aku dipanggil ke bilik surgery. Giliran aku sudah tiba.............. Arjuna hati dah menunggu kat luar bilik bercermin tu. Untuk pengetahuan, sesiapa yang menemani kita masa tu dibenarkan melihat operasi LASIK tu sepenuhnya daripada luar. Siap boleh tangkap gambar atau rakam video lagi melalui cermin dinding bilik tu. Aku tunggu di luar bilik tu sekejap sebab ada orang tengah buat LASIK kat dalam tu. So, nampak la sikit-sikit apa yang terjadi kat dalam tu...(tak berapa jelas sebab spek dah simpan sesiap dalam beg...hehehheh...).

Sekali lagi, orang tu pun keluar dengan senyuman gembira...again..good sign.....

Ok, kat dalam bilik surgery, kita akan diminta baring. Sebelum tu, kita diminta baca huruf kat papan "E" yang biasa kita jumpa kalau buat pemeriksaan mata. Sah-sah la tak nampak apa benda pun...kelabu asap semuanya...  Kemudiannya, nurse mekap siapkan bahagian muka pulak. Bersihkan muka, kelopak mata lepas tu letak tuala untuk tutup rambut dengan telinga. Titik ubat bius dalam mata....... Dan..lepas tu operasi pun bermula............ Prof Muhaya duduk di bahagian atas hujung kepala kita. Prof mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah.

Di dalam ni mata kita akan "ditemukan" dengan dua buah mesin canggih, mesin pertama untuk buat corneal flap (flap cutting procedures). Melibatkan aktiviti hiris menghiris.....bunyi macam ngeri kannn...Jangan takut la...bukan pakai pisau pun...Semua aktiviti adalah tanpa pisau (bladeless). Operasi akan dimulakan dengan mata kanan yang telah disengkang dengan satu alat yang dapat elakkan mata daripada berkelip, sementara tu mata kiri ditutup dengan plaster. Sebelum buat LASIK ni, ada jugak aku fikir camana la nak tahan mata ni daripada nak berkelip kan, penat jugak nak jegil sepanjang prosedur. Hehehheh... Rupanya ada alat khas yang diketipkan kat mata...Bila dah pakai tu, kalau berkelip pun mata tak boleh tutup... Selesai mata kanan, prosedur yang sama diulang untuk mata kiri pulak. Kita perlu fokus pada titik lampu berwarna hijau sepanjang proses kat mesin ni.

Selesai tu, katil khas tempat baring tu akan dipusingkan ke mesin kedua pulak. Pesakit tak perlu bangun, baring je diam-diam kat situ. Di mesin kedua ni pulak, lapisan kornea mata dibentuk semula menggunakan laser. Kali ni, mata kita kena fokus pada titik lampu berwarna merah pulak. Masa ni, kita akan terbau hangit sekejap. Jangan bimbang gundah gulana, takda apa-apa yang terbakar. Tu adalah normal semasa laser. Dimulakan dengan mata kanan dan proses yang sama diulang untuk sebelah mata lagi. Yang ni pun sama, tak rasa apa-apa. Kita nampak cahaya, lepas tu nampak jari prof macam sapu-sapu kat mata kita.., tapi tak rasa apa-apapun...








Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Keseluruhan prosedur mengambil masa dalam 10-15 minit. Tapi prosedur mesin menyentuh mata kita hanya beberapa saat je. Sekejap sangat (tapi masa buat tu rasa macam alahai lamanya lah hai.....)...

Sepanjang prosedur tu berjalan, jiwa, hati dan fikiran kita akan diisi dengan pengisian rohani oleh Prof Muhaya di samping ditemani sayup-sayup cd alunan zikir terapi hafiz hamidun yang dipasang. Maknanya, kita dapat two in one la...Jiwa (spiritual) juga dirawat, di samping fizikal (mata).  

Sebaik je bangun dari katil khas tu, serta merta aku boleh baca huruf-huruf kat papan "E" tadi. Speechless...rasa nak menangis pun ada... Tak sangka, selama-lama ni aku bergantung hidup dengan spek, oh spek ku...ko la jantung hatiku....... tapi sekarang tak perlu lagi... Dan buat pertama kalinya jugak aku dapat menatap wajah kesayangan hamba, sang arjuna ku dengan jelas sejelasnya dari jarak sebegitu...rasa magic pun ada...

Ok, selepas LASIK, kita dibekalkan dengan empat jenis ubat, pain killer, 2 jenis ubat titis untuk digunakan dalam tempoh seminggu (vigamox dan maxidex) dan satu jenis ubat titis (vismed) untuk kegunaan sebulan. Ubat titis untuk sebulan tu bertindak seperti air mata palsu la..eye lubricant drop.....supaya mata tak kering...  Lepas LASIK memang mata kita akan rasa kering sikit terutama kalau duduk direct dengan aircond. Pain killer tu tak pakai pun...sebab memang tak rasa sakit langsung. Dalam tempoh beberapa jam  selepas LASIK, mata kita akan rasa pedih sikit, dan berair. Rasa macamana ek? Rasanya macam waktu kita kupas bawang tu kot... Don't worry, dalam tempoh beberapa jam (2-3 jam kebiasaannya) rasa pedih tu akan hilang. Titikkan je vismed tu.    

Selepas berehat dalam sejam lebih, kami terus bergerak balik. Sepanjang jalan tu aku sibuk membaca macam-macam tulisan yang ada kiri kanan jalan tu. Rasa begitu teruja. Perasaan yang terlalu sukar untuk digambarkan......  oh ya, Sebelum balik, kita kena set next appointment untuk post-LASIK.

muka happy......selesai suda...... Ni lebih kurang sejam lebih selepas LASIK. Spek hitam tu termasuk dalam pakej LASIK. So kalau sesapa datang nak buat LASIK, tak payah bimbang nak cari spek hitam, memang tersedia dah...

spek yang amat berjasa........
kenangan bersama Prof Muhaya, masa jumpa untuk post-LASIK hari tu...
Moga Allah merahmati dan memberkati kehidupan beliau.. Terima kasih Prof...  

Ok, tentang kosnya pulak. 
Macam biasa, kalau nakkan sesuatu yang amat bernilai, dah tentu ada harga yang perlu kita laburkan untuk tu....Tapi, apalah sangat harganya tu kalau nak dibandingkan dengan impak utama LASIK tu, nikmat penglihatan jelas yang kita perolehi tu...ternyata mengatasi pelaburan tu....berbaloi..memang berbaloi...

Ada dua pakej yang ditawarkan untuk LASIK iaitu premium LASIK rm6990 untuk yang berumur 40 tahun ke bawah dan laser blended vision rm7990 untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Tapi, biasanya kalau umur kita dah dekat-dekat 40 pun akan dinasihatkan untuk buat blended vision. Bergantung pada keputusan pemeriksaan mata dan pandangan doktor. Blended vision ni doktor akan buat untuk rabun jauh dan dekat sekali. Macam kes aku, aku dinasihatkan untuk buat blended vision sebab dah ada sign rabun dekat tu, walaupun ai mudah remaja lagi, lambat lagi nak umur 40....hehhehehe....


Kosnya diakui memang agak mahal..... Tapi, untuk sesuatu yang memang amat-amat kita inginkan, apa salahnya buat pelaburan sikit...tapi faedah/kesan yang kita perolehi amat besar..... 

Dari segi pantang larang. Pemakanan, memang takda pantang apapun, semua boleh makan. 
Cuma, tangan tu jangan gatal nak gosok-gosok mata bagai atau sentuh mata tu... ni untuk elak flap yang dibuat kat mata tu terlari... Dalam erti kata lain, jaga mata dari sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan termasuk bila tidur tu jangan tertekan mata, pastu kena ingat jangan gosok masa tidur, kot la tak sedar kan...sesapa yang ada masalah tangan gatal tu, boleh la pakai pelindung mata ketika tidur... Do not rub or apply pressure to the eye..
Pastu kalau nak basuh rambut, pastikan syampu tak terkena mata. Kaedah yang digalakkan adalah basuh style salun rambut...yang memang basuh rambut saja tu.. Bila mandi pun, sabun (sabun muka/mandi) jangan terkena kat mata. Lindung mata dari terkena air bersabun. Jangan percik air kat mata.. Don't splash water into eyes or submerge them under water. Don't swim/dive for the first 2 months. Advisable avoid contact sports for the first 2 months. 

So, kepada yang berminat nak buat LASIK tapi agak takut, jangan bimbang, ia langsung tak menyakitkan... 

Kepada yang mata elok tu, bersyukur dan jagalah anugerah tu sebaik mungkin. Hargailah mata anda.... 

8 comments:

  1. as salam.
    adik sy buat di satu hospital swasta. dia kata ada satu sesi tu amat menyakitkan apabila mata seolah di tarik keluar untuk diperbetulkan urat mata.

    masa puan buat di PCMC sama juga ke?

    ReplyDelete
  2. Assalam. Tumpang tanya. Sekarang penglihatan puan masih ok? Sebab nampak gambar puan macam pakai spec lagi.

    ReplyDelete
  3. saya pun dah booking lasik ngan prof 15 dis ni, moga dpermudahkan oleh Allah

    ReplyDelete
  4. Did lasik in excelview midvalley..Vision is not good.. Night vision is terrible with glare, haloes and starbust. It is so real.. please share with others. Be responsible and spread love.

    ReplyDelete
  5. Thank you very much for writing such an interesting article on this topic. This has really made me think and I hope to read more. Michigan Laser Eye Surgery

    ReplyDelete
  6. Your website is really cool and this is a great inspiring article. correction center of northwest ohio

    ReplyDelete
  7. Great articles and great layout. Your blog post deserves all of the positive feedback it’s been getting. Yaldo Eye Center Grand Rapids, MI

    ReplyDelete