Lamanya tak jenguk rumah ni... Kesian...kurang kasih sayang dah.... Macam-macam jadi sepanjang persunyian ni....
Kesibukan luar biasa membataskan masa yang ada untuk bersenggang... Kapal besar yang aku tumpang ni mendapat nakhoda baru so pelbagai haluan yang diinginkan... Anak-anak kapal ni la yang tak menang tangan... Bersilat dalam kapal, pastikan takda yang tenggelam.. Sampaikan anak kapal tak tau nak pegang apa dah, tenggelam timbul jadinya... Baru pegang ni, muncul benda baru pulak. Letak dulu yang lama, godek yang baru, sebab yang baru lebih penting.. Tetiba, arghhhh...nak yang lama tu pulak... Dan yang baru pun pun jalan sekali... Plus extra baru... Maka jadi la, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran......
Sekarang ni pun, dah dapat kotak. Esok lusa sibuk la pulak nak punggah barang masuk kotak. Bye bye bilik yang aku bertapa selama 3 tahun lebih ni... Aku dan rakan-rakan seangkatan kena pindah tempat lain untuk bagi ruang pegawai lain nak masuk. Dapat tempat baru yang lebih luas dan terbuka...Apu nak buek... Rasa macam baru masuk servis pulak... Lepas ni takda la privasi dah...korang yang nak datang melawat pun, tak payah la...kita jumpa kat lobi je la ek...
Ok, kita tinggal citer pasal kapal tadi... Walau badai macamna pun menghempas kapal tu, kapal tetap kena jalan dengan para anak kapal dan nakhodanya... Takkan anak kapal nak tinggal belakang kan...dah la tak pandai berenang, kang lemas...
Dalam bulan 5 macam tu kot, kereta aku tercium belakang kereta orang....Ni bukan cium kasih sayang...cium hazab namanya... Waktu petang, on the way balik lepas ambil Nurin hana, di simpang 3. Baik punya sondol....sampai terjongket sikit bonet depan kereta aku. Dan paling tragik, kepala Nurin hana terhantuk kat cermin depan sampai retak cermin tu!!!! Aduhhhh...nasib baik tak jadi apa-apa... Kebetulan masa tu, Nurin hana tak pakai tali pinggang... Hmmm...rasa bersalah sangat... Jangan ditanya macamana boleh jadi sondolan tu... Yang pasti, aku rasa macam aku dah tekan brek, tapi tetap menyondol jugak kereta depan, Rumusan en hubby, perasaan aku je tekan brek, sebenarnya mungkin aku tekan minyak, tu pasal kena tu.. Apapun, benda dah pun jadi...kereta aku pun dah keluar wad selepas seminggu kena tahan. Moral of the story, kena lebih hati-hati lepas ni... Kereta pun dah berwajah ala-ala baru, cat baru tapi warna sama.. Hahahhaa...tetap setia dengan hitam, walau pun teringin nak putih sebenarnya.. tapi bila mengenangkan tahap kerajinan basuh kereta tu terlampau tinggi, terpaksa la pendam je....

Ok, selamat berpuasa buat semua. Diam tak diam, dah hari ke 8 kita berpuasa di bulan ramadhan ni. Tinggal lagi lebih kurang 22 hari nak raya...eh? tetiba... hahhahaha.... Alah..korang pun dah menghitung hari bila nak raya kan....hari-hari duk tengok kalendar...duduk senyap-senyap nyanyi lagu raya...hahahhha...
So, apa nak makan bukak puasa petang ni? Masak? Tunjuk-tunjuk di param? Berbuka di rumah ayahanda bonda? Atau buffet ramadhan? Wahh...banyak gituw pilihan.... Bercakap tentang buffet ramadhan, lama betul tak pergi...mahal la sekarang...padahal nak makan, tak le sebanyak yang dibayar tu... banyak mana je la perut ni boleh isi pun...tangki kecik...tapi kalau ada orang belanja, ok je...Bila? hari ni? esok? lusa? hahahhah....laju je bila bab makan free...
Tahun ni, tahun pertama Nurin hana cuba berpuasa. Paling kelakar, hari pertama puasa tu, bila kejutkan dia bangun tido untuk bersiap ke sekolah, semangat ni bangun bila aku bagitau kata hari ni puasa. Bila nak bersiap, dia tanya, kenapa kena pakai baju sekolah. Eh, kan nak kena pegi sekolah... Terus air mata sang primadona mengalir... Katanya, "ibu kata hari ni puasa...." Eh, memang ye la puasa... Tak tau apa yang terbayang di mindanya bila aku kata hari ni puasa. Apa yang aku boleh rumuskan, puasa maknanya cuti, tak payah pegi sekolah... Hahahhha...hai la anak....
So, hari pertama puasa tu, masa ambil dari sekolah dalam pukul 5.30 tu, nampak je muka aku, terus Nurin hana bagitau, "ibu, boleh tak nak minum...dahaga..." Pujuk pun tak jalan... Bergenang air mata lagi ada... Masuk kereta, melilau mata tengok ke berusi belakang kereta. Cari air, sebab selalunya aku bawak botol air ke ofis...Bulan puasa macam ni, mana la ada botol air... Kesian aku tengoknya.. dengan bibir keringnya, badan lembik nak berjalan pun tak larat. Sudahnya, sampai rumah, terus capai mug, habis satu mug air diminumnya.... Apapun, bravo..bravo...my little princess...dapat jugak berpuasa walau sekerat hari... So selepas tu, memang Nurin hana terus berpuasa....kami panggil, puasa sampai asar....sebab balik sekolah je terus berbuka... Takpa la..pelan pelan kayuh.... proses untuk membiasakan diri...
So, kita jumpa lagi......

nak tanya la , ketika awak buat pembedahan lasik , berapa kanta mata awak n kosnye??
ReplyDeletepower mata sy memang tinggi dan berbeza antara kiri dan kanan. Mata kita kena lalui pemeriksaan terperinci untuk tentukan sama ada kita boleh buat lasik atau tidak. Kalau tak salah, tahap ketebalan kanta mata amat penting. Makin tebal kanta mata (bukan power mata), makin cerah peluang untuk buat. Apapun, semua bergantung kepada pemeriksaan terperinci tu...
ReplyDeleteTentang kos, boleh semak entry terdahulu... ada dinyatakan kosnya...
akhirnya , akak reply jgk ye . haha . dah baca dari part 1 hinggalah pat3 . hehe . maksud saya kos dari star check mata akak sehinggalah selesai buat pembedahan lasik . tq
ReplyDeleteAda dua pakej yang ditawarkan untuk LASIK iaitu premium LASIK rm6990 untuk yang berumur 40 tahun ke bawah dan laser blended vision rm7990 untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Kos all in termasuk utk check up tu..
ReplyDeletebtw, mohon check semula dengan prince court, takut kos dah berbeza..