Monday, 15 June 2020

Apa Ada Pada PKP

Hai,

PKP
Fasa 1: 18/3/2020 - 31/3/2020
Fasa 2: 1/4/2020 - 14/4/2020
Fasa 3: 15/4/2020 - 28/4/2020
Fasa 4: 29/4/2020 - 12/5/2020

PKPB: 13/5/2020 - 9/6/2020
PKPP 10/6/2020 - 31/8/2020

(Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
(Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

PKP minggu pertama:
Bekerja dari rumah (BDR). Istilah bekerja yang digunakan untuk kebanyakan penjawat awam sepanjang PKP. Semua yang bukan dalam kategori essential services, digalakkan untuk BDR saja. 
Agak mencabar.
Kehidupan seperti surirumah (yang telah lama.diimpikan), menguruskan keluarga kecil ini dan pada masa yang sama menguruskan kerja.
Disebabkan berada di rumah, so tetap kena uruskan rumah jugak di samping menguruskan kerja. Kena fikirkan perut orang yang berada di rumah.
Kena pastikan rumah berkemas juga. Mujur Ramadan menjelma tak lama selepas tu, senang, tak payah fikir nak kena memasak makan tengah hari.  

PKP minggu seterusnya:
Awalnya agak sukar, penasaran mikirkan bagaimana mahu bekerja sedangkan jasad di rumah, segala-galanya di opis.
Namun akhirnya, semakin hari semakin mudah.
Semakin lama semakin dapat menyesuaikan diri.

Sesungguhnya, banyak sungguh nikmat sebalik PKP ini. Antaranya:

1) siapa sangka, kehidupan selepas berpencen dapat dinikmati lebih awal. Ala-ala pra-pencen.
Selalu berangan-angan nak pencel awal. Hah, dapat jugak merasa sipi-sipi.
Duduk rumah sepanjang hari. Bangun pagi, menikmati sarapan pagi bersama ahli keluarga.
Nikmat yang selalunya hanya di hujung minggu. Bertambah nikmat, NF ada bersama-sama. Berganda kenikmatannya.
Selama ni, hanya hujung minggu je boleh luang masa bersama-sama, itu pun sebelum NF masuk asrama.
Sepanjang PPK, hambek... setiap hari mengadap muka masing-masing walaupun work station berbeza. Melekat bagaikan gam semuanya. 

2) siapa sangka, kakak berjaya memasak hampir setiap hari 😅.
Ini memang satu pencapaian terbesar ni. Satu kepuasan pulak dapat tengok semua makan berselera terutama NF, sepinggan penuh nasi nya.
Berjaya la buat beberapa resepi yang tak pernah dibuat: antaranya kuih badak berendam, buah melaka, keria gula melaka, nasi kari, pengat. Memang mak kakak mesti bangga punyalah kalau tahu betapa rajinnya anaknya ini...
Ada banyak lagi menu nak cuba masa tu tapi disebabkan bahan susah nak dapat masa tu, so tergendala la.
Jangan tak tau, kakak siap plan nak buat kuih seri muka, kuih lapis, kuih lopes, donut.
Sesungguhnya berangan tu free, tak perlu bayar kan..

Sesekali rindu lah jugak nak bersidai kat mamak atau kedai makan/food court. 
Sebelum era PKP, sekurang-kurangnya sekali seminggu mesti makan di luar terutama kalau balik lambat dari ofis atau kepenatan mahupun kemalasan melanda, hehehhe.
Kakak ada satu perangai, sampai satu masa kakak akan rasa jemu dengan air tangan sendiri, so kena pergi kedai jugak.
Oh ya, sepanjang PKP ni, ada order juga dari GrabFood, Food Panda. Kan kakak dah kata, bila masa itu tiba, kejemuan pasti melanda, hehehheh..  

3) dapat masuk dapur bersama-sama NF.
Peluang untuk mengajarnya serba sedikit asas-asas memasak.
Sekurang-sekurangmya sekarang ni fobianya pada pisau berjaya diatasinya.
Semakin mahir memotong bebawangan.. bravo my love.
Sekarang ni boleh bagitau secara jarak jauh je minta potong bawang, sayur, bahan-bahan asas masakan. Masak nasi pun dah lepas tu. Sebab kakak yang ajar so guna kaedah jari lah untuk ukur sukatan air dengan nasi.
Nak kena hilangkan fobia minyak terpercik pulak lepas ni. Takpa, perlahan-perlahan belajar ye.
Kakak juga telah sub-con beberapa tugas menguruskan rumah kepada NF, macam menyapu, mencuci tandas, membasuh pinggan dan mengemas pinggan mangkuk kepada NF.
 Inilah masa sesuai untuk membiasakan NF dengan tugasan tu semua.
Biarlah bersusah-susah sekarang, bersenang-senang kemudian.

4) Ramadan tahun ni juga jatuh masa PKP. Semua masjid dan surau ditutup.
Makanya, kakak dapat berjemaah terawih diimamkan oleh en suami sepanjang Ramadan.
Manisnya rasa, semanis kurma awwww. Lengkap tiga beranak.
Alhamdulillah, nikmat mana yang mahu didustakan. 
PKP juga bermakna tiada lagi kunjungan ke bazar Ramadan.
Selalunya memang pergi terutama minggu akhir tu. Tak dapatlah cuci-cuci mata. Terjaga poket...hehehheh..

5) persiapan Aidilfitri. Takda beli apa-apapun.
Kecuali baju raya, kebetulan memang tempah awal tahun hari tu so memang sempat siaplah. Itupun mujur dapat pergi ambil bila telah dibenarkan rentas daerah masa PKP hari tu. Dalam minggu akhir Ramadan. Kalau tak, pakai jelah baju mana yang ada.
Cuma nak cari yang sama tema warna tu mungkin susahlah sikit. Saiz baju NF pun masalah jugak, baju lama semua dah kecik.

6) rezeki dapat mengaji dengan aman sepanjang PKP ni. Alhamdulillah.
Sebelum ni terkejar-kejar hatta nak habiskan satu muka pun. Ni siap boleh pilih waktu mana nak baca. Nak dengan tidak je. Nikmat paling nyata. 


  

No comments:

Post a Comment