Monday, 13 July 2020

Ada Ke Lagi Perempuan Begitu Begini...?

Hai.

Ada kawan up status ni dalam fb nya tentang persoalan-persoalan yang sering berlegar-legar dalam media sosial: 

1) ada lagi ke perempuan yang berani keluar rumah tanpa mekap?
2) ada lagi ke perempuan zaman sekarang yang gaul kunyit pakai tangan?
3) ada ke perempuan yang tak suka emas?
4) ada ke perempuan yang pandai parking reverse?

Kakak pun kehairanan, kerelevenan nya soalan-soalan ni ditanya oleh netizen. Macam...duhhh..mata ke atas, tangan di dada. 
Kesimpulan yang mampu kakak simpulkan, dah takda soalan yang nak ditanya..hahahhaha.

Ok, jom kita kupas sikit. 

1) ada lagi ke perempuan yang berani keluar rumah tanpa mekap?

Aduiii... berlambak dik zen oiii... kena bukak mata besar-besar la dik.. atau adakah maknanya semua perempuan kelihatan begitu cantik sepertinya bermekap sampai tak dapat nak bezakan mekap dengan tidak..hahahha.

Kakak pun sangat-sangat jarang nak berbedak kalau keluar. Sebab malas nak cuci muka beria bagai kalau panggilan 5 waktu memanggil. Selalunya memang muka togel je. Natural beauty gitu....hahahha.

Alah, kalau pergi opis pun, cuma pakai pelembab, foundation, bedak, lipstik. Ready to go to. Senang dan pantas.

2) ada lagi ke perempuan zaman sekarang yang gaul kunyit pakai tangan?

La... dik zen, abis tu gaul pakai apa? Kaki kah? Hahahhah...
Sebenarnya ramai dah sekarang ni gaul pakai sudu atau senduk. Ok je, ikut la mana-mana yang selesa. Janji ikan/ayam/daging bersalut elok dengan kunyit.

Kakak suka gaul dengan kaki..ehhh..tangan... Dah terbiasa.
Nak elakkan tangan kuning lepas tu, make sure lepas gaul kunyit tu, cepat-cepat sabun tangan tu. Alahh...lepas memasak kan banyak aktiviti basuh pinggan, in sha Allah hilanglah kekuningan di tangan tu..

3) ada ke perempuan yang tak suka emas?

Kakak suka emas... yang seadanya la.. takda la gelang sampai ke siku.

Tapi memang ramai je kawan-kawan yang tak minat emas. Yelah, selera masing-masing berbezakan.
Ada tu lebih suka koleksi pandora. Ada jugak minat silver.

Tapi kena ingat ni baik-baik, tak semua yang takda emas aka barang kemas di tangan tu maknanya tak berduit ye. Hah, salah tu kalau ada tanggapan sebegitu.
Berlambak yang lebih suka melabur duit beli benda-benda lain macam periuk belanga, pinggan mangkuk, etc..etc...
Ikut suka masing-masinglah kan...

4) ada ke perempuan yang pandai parking reverse?

HAhahha...kakak mengaku, kakak tak berapa mahir reverse parking.
Boleh la... tapi kalau ada pilihan lain, i'll choose other options tu.
Tapi ramai kawan-kawan kakak, sangat hebat reverse parking ye.. sap sap sui je. Laju je reverse. Tabik spring toing toing toing...

Kalau kakak, terhegeh-hegeh nak masuk. MIntak maaf lah kalau ada kereta kat belakang, silalah tunggu dengan penuh kesabaran, sucikan hati jangan mengata macam-macam ye.

# Rumusan: Kita semua adalah berbeza antara satu sama lain. Raikan perbezaan yang ada :)

Friday, 26 June 2020

Raya PKP 2020

Hai.

Macamana Raya tahun ni?
Raya tetap Raya, kannn.....
Walaupun kemeriahan tak begitu terasa.
Adik-adik tak dapat balik beraya sekali. Masing-masing kena beraya di rumah sendiri. Tapi takpa, sebab masih dapat beraya dengan keluarga kan, cuma takda mak ayah je lah kat sebelah. Nampak fizikal di handphone saja.

Tahun ini buat pertama kalinya kita semua beraya dalam keadaan norma baharu.
Takda aktiviti beraya rumah saudara mara dan jiran tetangga.
Malah, ramai yang beraya di rumah sendiri je, tak boleh balik kampung. Gara-gara aktiviti merentas negeri masih tak dibenarkan masa tu.

Kakak masih beraya macam biasa. Maafkan kakak... apa nak buat, kampung sepelaung je bak kata orang tua. Rumah mertua pun dekat-dekat situ jugak.
Cuma kali ni beraya sehari je lah. ikut SOP katanya.
Biarlah orang lain tak ikut. Demi kemaslahatan keluarga dan diri sendiri.
Dapat balik kampung, merentas daerah tu pun dah besar rahmatnya. Dapat jumpa mak abah.
Kalau tak, kakak salah seorang yang menangis kat bucu katil di pagi Raya.
Walaupun dah ready sebenarnya kalau tak boleh merentas daerah... tapi jauh di sudut hati mestilah sedihkan... selama-lama ni tak pernah tak beraya dengan mak abah kan.

Rasanya Raya kali ni best jugak...
Tak perlu kejap-kejap sinsing lengan kena basuh gelas, pinggan mangkuk, tambah lauk, buat air..hehehheh..
Rehat banyaklah kali ni. Heaven rasanya hahahahah...
Kerjanya di hari Raya kejap-kejap bukak tudung saji, heeeeeeeeeeeeeeeee...

Kakak pesan dah kat mak abah, jangan ajak sesapa pun datang rumah. Kalau ada orang telefon bagitau nak datang pun, suruh tangguhkan dulu hasrat murni tu.
Tau, kunjung mengunjung di hari Raya amalan mulia. Tapi tak sesuai masa tu.
Rasanya semua orang faham kan...
Ohh tak, ada jugak yang tak faham. Tetap kunjung mengunjung.
Takpalah, kita jaga kita je sudah..
Maybe kakak hover, tapi biarlah.. diri kita, family kita kan...
Kita sendiri je tau apa yang terbaik buat family kita.

Pagi-pagi raya adik dah video call dengan mak. Adegan air mata pun berlakulah.
Yelah, hati seorang mak kan.. walaupun anaknya tu bukan beraya seorang, siap ada keluarga dan anak-anak, siap juadah Raya bagai. Mak tetap seorang mak, walaupun anak-anaknya dah besar panjang.

Menu Raya: ada rendang ayam, rendang tok, kuah lontong/lodeh, kuah kacang.
Kat rumah mertua pulak dah tentu ada menu wajib, asam pedas tetel selain rendang-rendangan tu.
Ada jugak lemang, ketupat palas, nasi impit, lontong.
Oh ya, ada sesuatu yang lain kat rumah mertua, lemang pulut hitam. Hmmm...sedap jugak, first time jumpa.
Kesudahannya, burrpppp...
Perut kenyang dan muncit, hati senang tapi gusar jugak dengan kemuncitan tu...hahahahah...





Kali ni sesi beraya paling singkat.
Dalam masa sehari, settle kan dua-dua buah rumah. Malam terus balik rumah.
Biarpun singkat tapi bermaknalah jugak, yelah dapat beraya dengan mak abah.
Cuma bila bangun tidur pagi Raya kedua tu, ehh..dah ada kat rumah sendiri ke ni? Hahahahah.
Selalunya pagi-pagi breakfast kat kampung habiskan saki baki lauk Raya yang masih ada.
Kali ini, kat meja makan rumah sendiri je. Menikmati hasil tapauan semalam.




Thursday, 18 June 2020

Emas Berduri

Hai..

"oh kome.. derghoyan udah luruh
Lebih baik cepat pergi suluh
Lambat sikit kome dapat habuk
Kalau tido jawabnye tinggey pokok"..



Yezza, musim durian sudah kembali.
Ke sana ke sini, gerai jual durian merata.
Tertarik dengan satu status yang bertebaran di wasap dan fb.
Katanya, durian dilahirkan di Malaysia, dibesarkan di Malaysia tapi harga mahal.
Betul jugakkan..hehehheh...

Harga durian memang mahal sekarang.
Bagaikan membeli emas kekdahnya.
Cuma beli emas, boleh simpan atau dileburkan kemudian.
Beli durian, hadam di perut je, hehehhe.
Mungkin sebab masih di awal musim, jadinya harga mahallah kot.
Mungkin bila dah banyak buah luruh nanti, harga jatuh..kannn. Marilah kita doakan sama-sama....dapatlah berkendurian puas-puas.

Tapi itulah, mahal macamana pun, tetap ada pembelinya. Yelah, penggemar durian ni ramai.
Walaupun mulut memberontak merungut tentang mahalnya durian ni, tapi kehendak hati siapa mampu tolakkan.
Umpamanya tiada apa yang mampu menghalangnya daripada mencium bau durian di tangan selepas selesai menjamahnya.
Lagipun kita bukan beli durian hari-hari kan?
Nak rasa, kita belilah jugak.
Ke ada yang beli hari-hari? Aiyoooo...kayanya beliau...hahahhah.

Untunglah sesiapa yang ada durian durian. Boleh tunggu buah luruh dan kutip bawah pokok dan terus takuk. Fresh from dusun tu..huhhuhuhuh..

Sekarang ni nak lebih selamat, kakak beralih beli durian yang dah siap letak dalam bekas. Jadi takda rasa kecewa bila beli berbiji-biji durian, tapi yang eloknya sebiji dua je.
Setakat ini, alhamdulillah semua durian dalam bekas yang kami beli dalam keadaan elok.
Berbaloi la beli.

Kalau nak cuba, boleh cari ezydurian (FB) dan durian.kotak (IG).
Rasanya banyak je delivery kat luar sana. Cuma kena rajin mencari la.
Dua ni yang memang kami dah cuba dan berpuas hati la.

Hmmm...tengok gambar durian lalu lalang kat wall FB, teruja pulak rasanya..hahahha...

Monday, 15 June 2020

Apa Ada Pada PKP

Hai,

PKP
Fasa 1: 18/3/2020 - 31/3/2020
Fasa 2: 1/4/2020 - 14/4/2020
Fasa 3: 15/4/2020 - 28/4/2020
Fasa 4: 29/4/2020 - 12/5/2020

PKPB: 13/5/2020 - 9/6/2020
PKPP 10/6/2020 - 31/8/2020

(Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
(Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

PKP minggu pertama:
Bekerja dari rumah (BDR). Istilah bekerja yang digunakan untuk kebanyakan penjawat awam sepanjang PKP. Semua yang bukan dalam kategori essential services, digalakkan untuk BDR saja. 
Agak mencabar.
Kehidupan seperti surirumah (yang telah lama.diimpikan), menguruskan keluarga kecil ini dan pada masa yang sama menguruskan kerja.
Disebabkan berada di rumah, so tetap kena uruskan rumah jugak di samping menguruskan kerja. Kena fikirkan perut orang yang berada di rumah.
Kena pastikan rumah berkemas juga. Mujur Ramadan menjelma tak lama selepas tu, senang, tak payah fikir nak kena memasak makan tengah hari.  

PKP minggu seterusnya:
Awalnya agak sukar, penasaran mikirkan bagaimana mahu bekerja sedangkan jasad di rumah, segala-galanya di opis.
Namun akhirnya, semakin hari semakin mudah.
Semakin lama semakin dapat menyesuaikan diri.

Sesungguhnya, banyak sungguh nikmat sebalik PKP ini. Antaranya:

1) siapa sangka, kehidupan selepas berpencen dapat dinikmati lebih awal. Ala-ala pra-pencen.
Selalu berangan-angan nak pencel awal. Hah, dapat jugak merasa sipi-sipi.
Duduk rumah sepanjang hari. Bangun pagi, menikmati sarapan pagi bersama ahli keluarga.
Nikmat yang selalunya hanya di hujung minggu. Bertambah nikmat, NF ada bersama-sama. Berganda kenikmatannya.
Selama ni, hanya hujung minggu je boleh luang masa bersama-sama, itu pun sebelum NF masuk asrama.
Sepanjang PPK, hambek... setiap hari mengadap muka masing-masing walaupun work station berbeza. Melekat bagaikan gam semuanya. 

2) siapa sangka, kakak berjaya memasak hampir setiap hari 😅.
Ini memang satu pencapaian terbesar ni. Satu kepuasan pulak dapat tengok semua makan berselera terutama NF, sepinggan penuh nasi nya.
Berjaya la buat beberapa resepi yang tak pernah dibuat: antaranya kuih badak berendam, buah melaka, keria gula melaka, nasi kari, pengat. Memang mak kakak mesti bangga punyalah kalau tahu betapa rajinnya anaknya ini...
Ada banyak lagi menu nak cuba masa tu tapi disebabkan bahan susah nak dapat masa tu, so tergendala la.
Jangan tak tau, kakak siap plan nak buat kuih seri muka, kuih lapis, kuih lopes, donut.
Sesungguhnya berangan tu free, tak perlu bayar kan..

Sesekali rindu lah jugak nak bersidai kat mamak atau kedai makan/food court. 
Sebelum era PKP, sekurang-kurangnya sekali seminggu mesti makan di luar terutama kalau balik lambat dari ofis atau kepenatan mahupun kemalasan melanda, hehehhe.
Kakak ada satu perangai, sampai satu masa kakak akan rasa jemu dengan air tangan sendiri, so kena pergi kedai jugak.
Oh ya, sepanjang PKP ni, ada order juga dari GrabFood, Food Panda. Kan kakak dah kata, bila masa itu tiba, kejemuan pasti melanda, hehehheh..  

3) dapat masuk dapur bersama-sama NF.
Peluang untuk mengajarnya serba sedikit asas-asas memasak.
Sekurang-sekurangmya sekarang ni fobianya pada pisau berjaya diatasinya.
Semakin mahir memotong bebawangan.. bravo my love.
Sekarang ni boleh bagitau secara jarak jauh je minta potong bawang, sayur, bahan-bahan asas masakan. Masak nasi pun dah lepas tu. Sebab kakak yang ajar so guna kaedah jari lah untuk ukur sukatan air dengan nasi.
Nak kena hilangkan fobia minyak terpercik pulak lepas ni. Takpa, perlahan-perlahan belajar ye.
Kakak juga telah sub-con beberapa tugas menguruskan rumah kepada NF, macam menyapu, mencuci tandas, membasuh pinggan dan mengemas pinggan mangkuk kepada NF.
 Inilah masa sesuai untuk membiasakan NF dengan tugasan tu semua.
Biarlah bersusah-susah sekarang, bersenang-senang kemudian.

4) Ramadan tahun ni juga jatuh masa PKP. Semua masjid dan surau ditutup.
Makanya, kakak dapat berjemaah terawih diimamkan oleh en suami sepanjang Ramadan.
Manisnya rasa, semanis kurma awwww. Lengkap tiga beranak.
Alhamdulillah, nikmat mana yang mahu didustakan. 
PKP juga bermakna tiada lagi kunjungan ke bazar Ramadan.
Selalunya memang pergi terutama minggu akhir tu. Tak dapatlah cuci-cuci mata. Terjaga poket...hehehheh..

5) persiapan Aidilfitri. Takda beli apa-apapun.
Kecuali baju raya, kebetulan memang tempah awal tahun hari tu so memang sempat siaplah. Itupun mujur dapat pergi ambil bila telah dibenarkan rentas daerah masa PKP hari tu. Dalam minggu akhir Ramadan. Kalau tak, pakai jelah baju mana yang ada.
Cuma nak cari yang sama tema warna tu mungkin susahlah sikit. Saiz baju NF pun masalah jugak, baju lama semua dah kecik.

6) rezeki dapat mengaji dengan aman sepanjang PKP ni. Alhamdulillah.
Sebelum ni terkejar-kejar hatta nak habiskan satu muka pun. Ni siap boleh pilih waktu mana nak baca. Nak dengan tidak je. Nikmat paling nyata. 


  

Wednesday, 28 September 2016

BIDAN TERJUN TAK JADI

Assalamualaikum...

Di saat senja rembang, tunggu azan maghrib berkumandang, tetiba ada mesej WA masuk. Alamak, mesej bos..ni yang tak best ada apps WA ni...tak kira masa tak kira tempat, senang je bos nak carik...hahahhaah..

Lepas baca mesej bos, terus rasa terkesima
tak tau nak gelak ke
atau nak nangis
ambik masa jugak nak bertenang



Bos mintak masuk pertandingan pidato!!!!!! Wakil bahagian tu
Ya Allah, seumur hidup sejak tadika sampai dah habis sekolah, sampai dah kerja ni tak pernah la aku berpidato...hoiiiii seram kot..
malah tak pernah terfikir pun, sebab akak ada darah gemuruh...hahhhahah
alergic kalau kena bercakap depan ramai orang
tu, buat pembentangan masa mesyuarat, bagi ceramah, ok je,,,
hah, yang tu kes lain...kerja punya pasal, gagahlah jugak
nampak je berani, dalam hati, tuhan je tau kot...

Bosss.....agak-agak la bos...saya mana reti bos..  T____T
serba salah nak tolak sebenarnya
tapi pertandingannya esok paginya!!!! Ye esok pagi
bila masanya nak buat karangan, nak hafal, nak prektis
ohhh.....berat sungguh tu
mau keras kejung akak kat atas stage esok ni
ua..ua..ua.. je nanti atas tu

Hmm...memang kesian kat bos
tapi terpaksa jugak la tolak
serius akak tak mampu nak terima
masa suntuk sangat
kalau ada masa seminggu lagi ke
ku gagahi juga
pakcik google kan ada
belajar ja la kat youtube kan

p/s: kebetulan, belah siang tu NF masuk pertandingan bercerita english, takkan keesokannya mak dia pulak nak kena berpidato...hahahah..seramm...


Friday, 12 August 2016

Demi keria

Assalamualaikum...
 
Whoaha...lamanya tak jejak kaki kat sini..
Mood tak berapa nak ada nak update cerita walaupun berlambak cerita ada untuk diceritakan..hahahah..

Ni semua gara-gara instagram... hahahaaa.. senang, ambik gambar, upload..
Tapi blog ni tetap kesayangan jugak..walaupun dah macam dianaktirikan (versi anak tiri zaman dulu kala, dipinggirkan dan selalu nangis di bucu lemari dapur..)..
Banyak kenangan disimpan sini..
 
Disebabkan sini memang tempat untuk disimpan kenangan..meh la kita update pasal kuih keria...
K.E.R.I.A. ye..bukan KERA....ehhh....hahahah..
keria bukan sebarang keria....
 
Hujung minggu baru ni, jejak kaki di tanah hang tuah..
memenuhi jemputan kenduri kahwin saudara belah en suami..
alang-alang dah ke sini, jom la kita cuba kuih keria yang katanya terkenal tu..

Macam biasa, kita google la baca sikit review dan lokasi kedai.. ok, ada satu  kedai yang dikatakan jual kuih keria sedap & sedap.. paling banyak orang review: kuih keria antarabangsa haji jalil
 
So memang berkobar-kobar la nak pergi beli..kalau boleh petang sabtu tu jugak nak pergi
tapi dah lewat petang, takut kedai tutup pulak.. hahaha...over excited sungguh..

So kita pergi la ahad tengahari tu..tanpa mengetahui sesuatu yang sangat mencabar sedang menunggu aku kat situ... yang aku tau, kuih keria je duk tunggu..
 
Tapi keria kena tunggu la dulu..kita pergi hilangkan dahaga di kala matahari rembang panas terik ni kat coconut shake original klebang dulu..
Mak aiii..ramainya umat..nasib baik dapat meja..sejuk je rasa bila coconut shake tu lalu kat tekak.. hahahah.. tambah pulak pekena nasik lemak bungkus..fuhhhh...memang terbaik la..
  

Lepas tu pi la jalan-jalan muzium kapal selam kat klebang dalam keadaan cuaca yang amatlah panas..sampai sepet mata tak boleh bukak
Tak peduli walapun aku sorang je berpayung kat situ..lantak la apa orang nak kata..janji aku dengan NF nyaman..

Rasa insaf sekejap bila masuk dalam kapal selam tu.. dengan sempitnya, tak selesanya, tu la kehidupan para askar yang duduk dalam kapal selam tu.. pengalaman yang kita takkan jumpa tempat lain.. so sayangilah abang askar ehhhh....hahahahha..

Nasihat untuk para pelawat yang masuk dalam kapal selam tu, tolong la pastikan laluan pejalan kaki tu tetap sehala, kalau rasa nak patah balik nak belek-belek lagi alatan dalam tu, sila la keluar dan masuk semula ikut pintu masuk ye.. laluan tu dah la sempit, jangan la tambahkan lagi kesempitan yang ada tu..

So far, kat area muzium tu cuma ada kapal selam dgn 2 jet pejuang.. bayaran nak masuk muzium murah je..
 
Dah berpanas terik kat situ, jom la kita cari kuih keria pulak..
Rupanya dekat je dengan kedai coconut shake tu..jalan terus lagi ke depan, pasti akan jumpa sebab berderet kereta kiri kanan jalan tu.
 
Mula-mula kita singgah kuih keria antarabangsa hjh rahmah dulu.. ada terbaca review pasal kuih keria sini..
nampak orang berkumpul depan kedai macam menghurung sesuatu..
aku pi intai, eh tak nampak kuih pun.. oh..rupanya kena tulis nama ko kat buku order.. padan la semua macam rehat-rehat je kat situ..
aku belek-belek la buku tu, mak oiii berderet nama, berhelai-helai.. ada terdengar orang belakang tu bagitau dia dah tunggu dekat sejam.. gulppp... telan liur dengar..
 
Ok, takpa..kita teruskan ke destinasi sebenar yang kita nak pi..keria haji jalil..
depan sikit je lokasinya.. sebelah masjid limbongan..
Kedai tepi jalan utama.. kereta berderet depan kedai, kiri kanan jalan
Nampak orang berbaris kat tepi meja kecik depan kedai



Masuk je dalam kedai... oh..oh..oh...
Panjangnya baris..ada dua baris.........huwwwaaaa.....
kegilaan apakah yang aku tengah hadap ni..
aku berdiri jugak la dalam baris, dalam hati duk bolak balik nak tunggu ke atau pulang ke pangkuan kereta je..
tapi bila tengok baris tu bergerak ke depan, macam ehh..boleh la kita tunggu je dalam baris
 
so, agak-agak berapa lama aku berbaris? 5 minit? 30 minit? No...No...No.....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
2 jam ko............... T_____T
 
tak sangka aku pun disampuk "kegilaan" tu....
aku berani jamin, tetiba la kalau ada mak buyung atau pakmakcik uzur yang tetiba dating berbaris
aku tak fikir ada orang akan pelawa "ahkak/makcik/pakcik meh sini beratur kat depan.."
berjam-jam dah berdiri kot..bunyi kijam sangat kannn...
tak baik tau suami ahkak mak buyung tu atau anak-anak pakmakcik tu pergunakan depa tau..notty sangat
 
sebenarnya half way beratur tu, macam rasa putus asa sangat
terfikir kenapa la nak kena susah payah berdiri sampai kejang kaki kat sini
buang masa sesaja je kat sini
penatnya toksah kata la.. ni kalau orang cuit sikit pun mau melenting jadinya...hahahhaha
emosi terganggu sangat rasanya
stress tau tengok depa bawak sedulang kuih keria tu ke meja depan
sekelip mata langsai..
rasa berdebar je bila tunggu dulang keluar
kalau sedulang je, confirm kaki ko melangkah setapak dua je la ke depan
kalau dua tiga dulang ada harapan la lima lapan tapak
cepat betul licin kuih dalam dulang
ye la, orang yang datang tu sekali beli berpuluh-puluh
tempoh menunggu tu memang sangatlah mencabar..
serius!!! kalau korang bukan jenis penyabar dan berhati kental, tak payah la beratur sama
pi je la cari kuih keria biasa
ye la..dulang keluar lambat dari dapur pun dah boleh meningkatkan paras ketensionan hahahha
sampaikan terfikir, awatlah depa ni uli dan goreng sikit-sikit, kuali kecik sangat ke...
hahahahha..parah betul..
aku pun heran bin ajaib macamna aku boleh stay dalam baris dengan cukup setia..hahahhaha
ni semua sebab dah alang-alang dah sampai, nak jugak rasa sedap sangat ke kuih keria ni kannn..
so bertahan je la, di mana ada kemahuan di situ ada jalan..hahahahahh haktuiii...
 
di kala beratur la jugak rasa nak shi shi sangat..aduhaiiiiii
en suami dalam kereta teman NF ketiduran, so sudahnya bertahan je la..
mujur takda insiden memalukan..hahahaha..boleh jadi viral beb
pompuan cun terkucil di kala berbaris tunggu giliran beli kuih keria...hahahahh..
 
paling best, makin dekat giliran, makin lambat pulak masa menunggu tu..dushhhh...
sabar je la...
ada sekali tu, masa aku dah masuk baris kedua, ada dua baris masa tu
Akak kedai datang dan bagitau orang di baris pertama, lagi dua jam kalau nak tunggu
pelan-pelan baris tu hilang...hahahhaha...see....bila hati tak begitu kental...
sekajap je baris hilang, lepas tu wujud baris baru balik
ramai betul peminat kuih ni
 


Akhirnya berkat kesabaran dan ketabahan serta kekentalan hati dan perasaan dan emosi semua
dapat la jugak aku menjinjit dua plastik kuih keria...hahahhahah
selepas dua jam ye....
alang-alang dah kejang kaki, "kak, beli 50 bijik kuih keria ni.."
hahahhahah...hambekkkkk...50 bijik terus..
bunyi macam tamak kan..
mula-mula ingat nak beli setakat 10-15 bijik je, ye la buat apa banyak-banyak
nak makannya dua makhluk je, aku dan en suami
sekali en suami bilang, alang-alang dah beratur sikit punya lama tu, beli je la 50
baikkkk....sebagai isteri solehah ai follow la
tapi betul jugak..lama kot beratur, takkan beli singgit dua ringgit
kena berbaloi la dengan masa dan kudrat tenaga berdiri tu
kita bagi la jiran tetangga sorang sikit merasa
hasil perjuangan beratur ni
tapi kan...brader depan aku tu beli dua ringgit je
aku macam...ehh..biar betul...ingat salah dengar, tapi telinga dah siap-siap korek sebelum tu
sekali betul, memang akak tu bungkus dua ringgit je
dua jam beratur, beli dua ringgit je..
memang tabik spring la kat brader tu
ni baru betul-betul pejuang..hahahhah
 
review lepas makan kuih keria...
yee...memang sedap...kena dengan tekak
tak sia-sia beratur dua jam...hahahahha
keria biasa bersalut dengan sira gula putihkan
ni sira dengan gula Melaka la apalagi.. Melaka beb..don't mess with me..
rasa agak berbeza dengan keria biasa
oh ye, harga kuih keria ni lima puluh sen je
so siapa nak mencuba, sila la..
siapkan diri dengan apa patut...hahahhah
cuma kalau pergi weekdays mungkin tak ramai kot beratur...
 
 



Thursday, 30 July 2015

Raya 2015

"Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersukaria 
Lalalalalaalala..."
 
"Selamat Hari Raya...
Kepada saudara serta saudari
lalalalallala..."

echewahhhh.....
 
Assalamualaikum..
 
masih terasa-rasa lagi enaknya nasi impit (ketupat susah jumpa..), pedasnya rendang ayam, kuah kacang yang marvelous, kuah lodeh yang cukup perisa tak lupa juga rendang hati yang meruntun jiwa
aduyaiiiiiii...meleleh airlio...hehehheheh
tu pasal bila raya, berat boleh naik double daripada yang berjaya diturunkan sepanjang bulan puasa
katakan berjaya turun 5kg, lepas raya bila timbang, arghhhhh naik balik 10kg...
mulalah salahkan ketupat rendang lemang bagai
padahal sapa yang mampu menolak juadah raya yang maha sedap tu..hehehehhe
diet semua selamat tinggal.....
 
tahun ni giliran raya rumah mil dulu tapi sebenarnya tak kisah pun mana-mana dulu pun 
almaklum kawin orang sebelah kampung je
pagi breakfast nasi impit lauk rendang ayam bersambung lunch kat rumah mil pastu petang minum petang nasi impit cicah kuah kacang dengan dinner lauk rendang ayam rumah mak aji pulak
dua tiga hari bermalam rumah mil pastu dua tiga hari rumah makpak aji pulak
tu la hikmahnya kawin orang dekat tak payah tunggu berhari-hari baru dapat jumpa makpak
apapun bersyukur la dengan apa yang ada
 
kali ni ada satu pembaharuan
kitorang pakat ambil cuti sehari sebelum raya
selalunya aku la penunggu setia ofis sehingga saat-saat hari terakhir sebelum raya
kali ni nak rasa feeling- feeling persediaan nak raya kat rumah pulak
persediaan la sangat kannnnnnn...
itupun, bercinta nak menghabiskan isnin hingga ke rabu tu, ofis takda orang dah sunyi sepi
rabu angkut NF masuk ofis sekali
aduiiiii..sekolah kebangsaan awal sangat start cutinya, isnin dah start
nak buat apa cuti awal-awal sangat, makpak bukannya cuti lagi
nasib baik rumah transit masih on macam biasa
kalau tak, ke ofis jugak la jawabnya
 
apa buat cuti awal tu? balik kampung awal ke....
 hahahahha..takpun...
merendang ayam, daging ke mengketupat melemang??
hahahahahhah...
takda buat apapun..lepak-lepak kat rumah, kemas-kemas apa patut, kemas baju dalam beg almaklum nak balik kampung kekdahnya
aku kalau nak balik cuti beraya mesti pening fikir apa berapa banyak baju nak sumbat dalam beg
cuti lama kan..kena fikir elok-elok apa baju nak bawak, berapa helai pastu kena ambilkira lepas dah sampai kampung nak balik kampung lain pulak lagi, pening..pening
tu pasal selalunya berjam-jam nak kemas baju dalam beg tu
berkuap panas la aku dalam bilik tu pilih baju
aku jenis tak suka baju tak cukup kalau pegi satu-satu tempat tu
biar berlebih jangan tak cukup, lagipun naik kereta kannnn..lain la kalau naik bas ke memang la kalau boleh nak bawak seminima mungkin
 sebelum balik kampung tu jugak, kenalah jugak pastikan keselamatan rumah yang nak ditinggalkan
jangan fikir nak seronok raya je, kang kita berseronok, pencuri pun berseronok kat rumah kita
 
sebab tahun ni beraya kat rumah mil dulu so dapatlah tengok takbir raya
yang bergerak dari rumah ke rumah
alhamdulillah, nampaknya tradisi tu masih diteruskan kat kampung tu
walaupun ramai orang-orang lama dah takda
kekdahnya depa akan singgah mana-mana rumah yang bukak pintu luas-luas
so tak payah la nak bagi salam kat rumah yang pintu rapat tu ye
maknanya kehadiran tak dialu-alukan la..
konsep main terjah tak terpakai kat sini ye...heheheh
bila bertakbir kat satu-satu rumah tu, so tuan rumah kena la sediakan sedikit makan minum
biasanya aku tengok kalau kat rumah mil, makanan raya tu la yang akan dihidangkan
en suami rajin ikut kumpulan takbir tu so dia bagitau ada rumah yang jamu sate la, bakso la
amboiii..kenyang sungguh depa ni
 
menu raya wajib rumah mil is gulai asam pedas daging tetel
kegilaan en suami dan adik beradiknya biasanya sapa lambat tak merasa la
aku suka je asam pedas tapi sebab aku makan isi (daging) je kan, tang lemak-lemak urat tetel tu payah la sikit
so biasanya aku makan tang isi-isi yang masih ada kat tepi-tepi tu
rendang ayam pencen ada, rendang ayam biasa pun ada
dah tentu-tentu la aku pilih rendang ayam biasa..tak berapa suka ayam pencen ayam kampung sebab tekstur daging tu agak liat
 
lewat pagi raya baru orang bukit turun...hahahahh..gelaran untuk famili adik ipar aku sebab dia duk kat area berbukit sana
dah complete famili, apa lagi sesi bermaaf-maafan la
tua muda saling bermaafan kosong kosong ye semua
takda air mata yang tumpah pagi tu, semua control cun kang abis make-up
lepas tu sambung makan lagi dan lagi
apa lagi aktiviti raya selain makan dan makan
makan kat rumah sendiri makan kat rumah yang diziarahi
 
petang baru pegi beraya rumah mak aji dengan pak aji pulak
dan makan lagi dan lagi
kali ni forum famili tak cukup, pakngah dan paklang takda balik beraya rumah pil
so yang ada hanya famili aku, pak uda dengan pak usu
itupun bukan lekat rumah budak dua orang tu, orang bujang la katakan
sesi salam menyalam terpaksa ditunda bila semuanya balik nanti
sesi bergambar pun takda
tapi la ni rasa menyesal pulak takda sebab walau tak cukup korum pun, still boleh on jugak kan..
rugi..rugi...
cuma ada sesi bergambar kat rumah mil je
 
macam biasa kat rumah mak aji, lauk pauk tetap meriah
sampaikan aku konpius sapa la nak makan banyak-banyak ni
lauk wajib rendang tok, rendang ayam, kuah lodeh dengan kuah kacang
padankan dengan nasi impit dengan lemang
rindunya la hai dengan ketupat, payah betul nak dapat sekarang ni
rendang hati pun ada, special request oleh anak pompuan kesayangan...hehehhe
tapi pagi raya takda lagi, raya ketiga baru mak aji masak sempena kepulangan aku ke rumah
hehehehheh.. I love u mak..
tu la kan...sayang tak sayang mak tu dengan anak-anak dia
mak aji siap simpankan sikit rendang ayam dengan kuah lodeh tu untuk paklang sedangkan paklang balik rumah raya ke lima, sah-sah dah tak berapa elok kondisi makanan tu
sayangkan anak, gitu la...dengan harapan anak dapat nikmati air tangan mak
walaupun sudahnya ke tong jugak sebab dah tak elok...
takpa la..yang penting ingatan tu ada
 
raya kedua famili mil semua pakat beraya ke melaka dengan rembau
rutin tu kalau giliran beraya rumah mil
aku suka je pi beraya, ajar anak-anak ni tradisi ziarah menziarahi ni kan
sehari suntuk kat melaka ye la duduk atas jalan pun dah makan berjam-jam
agaknya duduk atas jalan lebih lama dari beraya kat rumah sedara mara tu
ni masa jalan-jalan di melaka dengan rembau...rumah sedara mara belah mil
bertolaknya pagi tapi sudahnya sampai melaka petang jugak
kitorang siap singgah rumah dulu hantar plastik baju kotor, siram pokok bunga baru bergerak ke melaka pastu sangkut kat atas jalan berejam nak masuk tol alor gajah
nasib baik pemandangan pokok rambutan yang lebat berbuah berjaya menyejukkan hati
tapi, serius la best sungguh tengok rambutan lebat bukan main
boleh kata setiap rumah ada je pokok rambutan
siap bayangkan duduk bawah pangkin bawah pkok rambutans ambil kupas rambutan makan...hmmmmmm...nyamannnnnn...
angan je la, sebab pokok rambutan kat rumah tu tak besar-besar pulak...hmmmm
aku rasa tuan rumah pun tak lalu nak makan kot sebab dah terlampau banyak
nak jual, sapa pulak nak beli sebab masing-masing pun ada pokok sendiri
orang luar macam kitorang je la excited terlebih 
inlaw duk kerjakan pokok rambutan rumak nek tam
dapat la seplastik besar, ampun manis sungguh haihhhh
nyaris-nyaris rambutan tu abis dikerjakan rombongan kemudian yang datang hehehehhe
pasai kami semua pi beraya rumah depan pulak takkkan nak angkut plastik tu sekali kan 

kat rembau pulak, merasa la jadi rombongan pertama ke open hauz
awal giler kot sampai..dalam pukul 9 pagi macam tu
makanan memang dah ready, tetamu je tak sampai-sampai lagi
pagi sangat kot....

ni kat rumah mak aji masa ni semua dah ada kat rumah
walaupun hanya ada 5 budak kecik, huiiiiii...kebisingannya toksah cakap la
tu belum ramai macam rumah mil, lagi la bergegar rumah dibuatnya
budak-budak kan nak cakap apa lagi

ehhhh...baru perasan, takda gambar makanan raya pulak..huhhuhhuh
tak teringat langsung nak ambil gambar
sesungguhnya makan itu lebih enak daripada ambil gambar makanan

btw, hangpa semua dah puasa enam kah? moh le kita puasa
sementara belum ada apa2 jamuan kat ofis ni...heheh