Wednesday 17 March 2010

BILA AIR MATA BERGUGURAN

Assalamualaikum.
Bila melihat gambar tersebut, apa yang terbayang dalam fikiran kita? Air mata….tangisan…
Semua orang pernah menangis.
Sejak kecil lagi. Keluar sahaja kita dari perut ibu, kita akan menangis. Kita sendiri akan rasa bimbang kalau anak kita yang baru lahir, tak keluar apa-apa bunyi tangisan dari mulutnya. Semasa bayi, bila kita lapar, kita menangis. Lampin basahpun, kita menangis tidak selesa. Bangun dari tidur pun menangis. Berapa banyak airmata yang tumpah semasa kita kecil? Apa lagi yang mampu kita buat ketika itu? Menangislah satu-satunya alat komunikasi antara kita dengan orang di sekeliling kita, untuk memberitahu atau menyampaikan sesuatu.
Bila kita meningkat umur sedikit, atau zaman kanak-kanak, kita memangis juga. Bila terjatuh ketika bermain-main, atau bergaduh dengan kawan-kawan.
Apabila dewasa? Kita menangis tak? Mestilah. Airmata dan tangisan bukan hanya khusus untuk bayi atau kanak-kanak sahaja. Ia adalah aktiviti normal kita sebagai manusia, tanpa mengira jantina. Kita boleh menangis dalam pelbagai keadaan atau situasi. Menangis merupakan sutau bentuk luahan perasaan perasaan seseorang terhadap sesuatu.
Apabila kita gembira, kita akan menangis. Apatah lagi kalau kita dalam kesedihan.
Menangis boleh meredakan perasaan sedih. Sedih akibat kehilangan, sedih akibat dimarahi, sedih apabila gagal mencapai sesuatu matlamat, dan pelbagai lagi.
Sebenarnya, bila kita dalam kedaan marah juga, kita boleh mengalirkan airmata. Ia merupakan suatu bentuk luahan perasaan marah yang tidak terhingga atau teramat sangat. Ada segelintir orang yang tidak pandai untuk meluahkan perasaan marahnya. Airmata digunakan untuk menunjukkan betapa marahnya dia pada sesuatu. Ini bermakna, orang terdekat dengannya atau di sekelilingnya perlulah bijak memahami dan meyelami individu begini...

Menurut Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan dalam dunia ini: 
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Satu artikel manarik yang aku jumpa mengenai mengapa perempuan mudah menangis? Petikannya:
“.....Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
(info dari http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/kenapa-perempuan-mudah-menangis/)

Tapi, kita mesti ingat, airmata bukan hanya hak ekslusif kaum perempuan sahaja. Kaum lelaki juga ada hak tersebut. Cuma kita jarang dapat melihat lelaki menangis. Mungkin kaum lelaki bijak menyembunyikan emosi dan perasaanya atau tidak mahu dianggap lemah atau lembik oleh orang lain? Sebenarnya buat apa kita menahan segala kesedihan tu....hinggakan rasa macam nak meletup dada, luahkan sahaja kesedihan tu. Biarkan airmata tu keluar.

Kepada semua, kalau rasa hendak menangis, menangis sahajalah. Jangan disimpan di dalam hati atau dipendamkan. Menangis boleh meredakan perasaan dan emosi serta memberi kelegaan pada kita....

3 comments:

  1. istimewanya kita yg bergelar wanita kan mas...sy akan nangis bila dah terlalu marah..huhu..

    ReplyDelete
  2. Good post Mas. Suka sangat. Mmg menangis tu ada baiknya...esp kalau lepas menangis, rasa lega di dada sebab semua yg terpendam dah hilang bersama2 air mata....

    ReplyDelete
  3. ibuhakimhaikal: eh, kita sama la..nangis bila terlalu marah. Sy ni spesis tak brp reti nak luah rasa marah..so dgn nangis jer la caranya..hah..hah...Sgt teruk..hah..hah..
    orang pun konpius gamaknya, minah ni marah ker sedih???hah..hah..

    ica: Rugi la sapa yang tak suka nangis @ pretend kuat, tak mo nangis. padahal, mcm yang nko kata, kita akan rasa lega lepas tu...

    ReplyDelete