Monday, 31 October 2011

Selamat Tinggal K..... Selamat Datang H

Kesian “rumah” ni, lama tak ber update. Selalu bukak, tapi tak sempat nak update, takpun mood takda nak update.

Tuan rumah sibuk pindah rumah. Bukan jauh mana pun, dari jalan k, ke jalan h. Bulan ni aktiviti utama kitorang tiga beranak adalah kemas, membungkus dengan kotak atau plastik semua barang-barang rumah yang boleh diangkut dulu ke rumah baru. Disebabkan asyik kemas dan kemas je, sampaikan bila aku dah rasa penat balik dari keje nak kena mengemas, aku duk merungut kat EA “apa ni, asyik nak kemas..kemas.. je..)...Bila dah penat, mulut cakap ikut sedap je la...

EA kata better angkut dulu mana-mana barang yang boleh diangkut. Ni supaya tak teruk sangat masa hari angkat barang besar-besaran nanti. Mahu dari pagi sampai malam kalau tunggu lori baru nak angkut semua. So, kereta kitorang jadi mini lori la...

And officially, kitorang telah pun selamat berpindah pada 29 Oktober baru ni. Terima kasih kepada semua tenaga kerja aka adik-beradik/ipar-duai/sedara mara yang telah menyumbang tenaga hari tu. Sempena hari kerja berat tu, aku dengan bantuan chef terkenal EA dengan baik hati telah masakkan mee kari (patutnya untuk breakfast, tapi sudahnya dimakan masa lunch sebab aktiviti angkat mengangkat mula lambat...). Pukul 2 pagi aku dengan EA tido malam tu tau, semata-mata nak siapkan kuah mee kari tu... Berbaloi rasanya bila licin semuanya walaupun kurang masin sikit. Bila nak panaskan kuah, dah tak jumpa garam, tah plastik mana dia duduk...

Rumah kitorang sekarang ni macam tongkang pecah. Barang bersepah sana sini. Malam tadi puas mencari beg sekolah Nurin hana, nasib baik tuan punya beg nampak beg dia kat mana. Kalau tak, pergi sekolah bawak plastik je la.... Tu belum lagi bab bedak, sikat aku semua. Cari-cari tak jumpa... Kat plastik mana la nyoroknya...

Mahu makan berhari-hari nak kemas dan susun semua tu. Al-maklumlah, siang-siang kitorang keje, harapkan malam je la. Tu pun singkat je la masanya nak mengemas sebab dah nak kena tido malam pulak, esok nak bangun awal pegi keje. Takpa la, kasi kayuh pelan-pelan... Yang penting kita kasi clear tingkat bawah dulu...Strategi..strategi...heh..heh...(bila ada orang datang, nampak kemas la......, padahal kat atas, bersepah...)

Selamat tinggal K...... Dekat 7- 8 tahun jugak kitorang duduk sana, banyak nostalgia tu...  Sob...sob...sedihhh....
Daripada berdua, jadi bertiga. Rumah yang menyaksikan pelbagai perkembangan dan tumbesaran Nurin hana selama 4 tahun ni... Masih terbayang Nurin hana merangkak-rangkak keliling rumah... Berlari-lari...
Juga, masih terbayang, saat jari jemari EA mengetuk mesin jahit menyiapkan tempahan kain langsir rumah ni. Juga EA mencari idea melukis logo hari merdeka sempena pertandingan mencipta loga hari merdeka tahun bila tah, dah tak ingat...
Selamat tinggal jugak kat pokok betik depan rumah yang banyak berjasa menghasilkan buah yang manis amat. Harap-harap lepas ni EA tanam pokok betik manis macam tu lagi... :).
Untuk pokok mangga kat belakang rumah tu, moga berbuah la kelak bila dengan tuan baru nanti. 4-5 tahun kitorang tunggu, tak jugak berbuah. Daun je rimbun...

Selamat tinggal K....... selamat datang H......

No comments:

Post a Comment