Friday, 16 March 2012

Lunch with BFF

Jarak ofis aku dengan ica, tak jauh manapun, ada la sejengkal je....Sama kompleks je...tapi nak jumpa tu bukan main susah... Macam seorang kat presint 1, seorang lain kat presint 2. Tuntutan kerja ica ni menyebabkan dia selalu outstation. Berbeza dengan aku, dari pagi sampai petang memang duduk kat kerusi kat ofis tu sampai lenguh....kecuali kalau ada meeting... Bila masing-masing free pulak, dah ada komitmen lain pulak...Macam-macam...

So, bila ada peluang, apalagi, dating la... Kitorang pergi alamanda. Bajet nak lunch kat sana la, walaupun sedia maklum hari jumaat di waktu lunch hour di alamanda amatlah ramai umatnya... Rehat panjangkan... So panjanglah langkah semua orang. Boleh dikatakan semua tempat makan kat sana memang full house, siap kena queue lagi, termasuklah restoran-restoran yang biasanya tak ramai orang, habis semua penuh... Alah, asal boleh isi perut je..sambil gossiping....hehehheheh...

Lepas tengok food court rasa tutup, so kitorang terus ke secret recipe. Memang ramai, tapi nasib baik ada seat kosong lagi kat luar tu. Rasa berbahang sikitlah sebab kat luarkan...tapi bedal je la...nak tunggu orang kat dalam habis makan, entah bila...

Belek-belek menu, lastly kitorang pilih menu yang sama, kononnya cepatlah sampaikan..air pun setakat warm water je... Sekali....hambikkk ko....berzaman tunggu...Memanglah pelanggan ramai, tapi yang aku tak faham tu air yang hanya warm water je, tak perlu dibancuh bagai, pun tak sampai-sampai... Tak tau pulak, air yang paling senang rupanya paling lambat dihantar. Kalau tau, aku order hot chocalate, puas hati walaupun lambat. Orang yang datang kemudian pun dah dapat makanan dia...

Ica siap pergi kaunter tanya dan cadangnya nak cancel la kalau lambat lagi. Budak tu cakap nasi dah nak letak dalam pinggan dah, pastu yang kelakarnya, tak boleh cancel... Hehehhehe...ada apa hal, kalau kami pergi macam tu je, bukan dia boleh rantai kaki pun kan.. Tapi, sebab kitorang ni berjiwa murni, tunggu jugaklah, since kata nasi nak letak dalam pinggan dah... Tapi serius, servis slow la. Maybe customer ramai, staff pun sikit. Tapi benda macam ni kan boleh dijangka...
thai fried rice, yang ditunggu begitu lama sekali...

Lepas ni kita pergi makan tempat lain la ye, ica... 

1 comment:

  1. yes...next time di tempat lain.... tak larat dah nak tunggu lama macam tu lagi...

    ReplyDelete