Thursday, 29 March 2012

Cerita Sungai Petani dan Nasi Ganja....

Aku balik, enche asrul keluar pulak. Oustation. Aku baru balik outstation. Kiranya aku punggah baju keluar beg, ganti dengan baju enche asrul pulak la.... Kebetulan pulak kali ni kami keluar pada tarikh yang dekat-dekat. Tu pun nyaris tak serentak...kalau tak, Nurin hana kena balik kampung la jawabnya...kena ponteng school la.. opss...Nurin hana ada exam minggu ni. Ujian penilaian....Kesian kan..kecik-kecik dah exam... Bila aku tanya macam mana exam, katanya dia jawab elok-elok...

Ok, nak cerita fasal outstation baru ni. Tak jauh mana pun, ke sungai petani, kedah je... Naik kereta ofis... Kitorang pergi bertujuh termasuk bos sekali. Bukanlah naik satu kereta je...mana nak muat sumbat tujuh orang dalam satu keretakan ...Naik dengan 3 kereta.

Kali ni buat pertama kalinya aku pergi outstation dengan perasaan tak tenteram dan sangat stress. Bukan stress sebab kena hadir seminar merangkap urusetia. Tapi sebab aku jugak kena bagi ceramah dekat satu kursus pegawai kanan ni yang kebetulan dibuat di sungai petani jugak. Bos kata, alang-alang dah pergi sana so might as well, sektor kitorang je yang bagi ceramah. Padahal, ada je expert tajuk ceramah tu kat ofis ni. What to do... saya yang menurut perintah...huhu.huhu.. Walaupun stress, tapi aku tetap pandang dari sudut positif jugak. Anggapkan itu satu cabaran. Pada masa yang sama, macam satu bentuk latihan jugaklah kan.. .

Sebenarnya, aku stress sebab tak begitu mahir dengan tajuk yang aku nak ceramahkan tu. Knowledge kurang so apa nak digorengkan? Masa yang diperuntukkan adalah 2 jam...lama tu... nak kena bercakap 5 minit pun rasa lama..ni kan pulak 2 jam.....

Pada hari ceramah tu, bos aku ambik slot pertama dan aku slot kedua lepas minum pagi. Mula-mula tu, aku duduk kat belakang dewan tu, dengan niat nak sesuaikan diri dengan environment kat situ dan jugak nak tengok style bos aku bagi ceramah. Memanglah dah pernah tengok sebelum ni, tapi biasanya sebelum ni lebih kepada bidang tugas. Mula-mula tu okay, lama-lama aku tak boleh tahan...cabut keluar dari situ, pergi tempat seminar kitorang. Lagi stress tengok bos berceramah. Betullah..orang berpengalaman ni lain sikit... Lebih dulu makan garam, kata orang.. Pengalaman dapat membezakan ceramah dari orang lama dengan orang baru selain pengetahuan tentang topik tu. Dengan pengalaman kerja berbelas, berpuluh tahun, mudah untuk mengaitkan isi ceramah dengan pengalaman sendiri atau dalam erti kata lain, banyak benda boleh digoreng la...Tapi, aku boleh belajar dari situ, kaedah-kaedah menggoreng..

Apapun, hidup perlu diteruskan...Takkan nak terjun bangunan pulak hanya disebabkan kena bagi ceramah... Apa yang terdaya, buatlah sebaik yang aku boleh. Insyallah, ni cubaan pertama. Banyak yang boleh diperbaiki. Disebabkan skil menggoreng tak banyak so aku hanya mampu bagi ceramah selama 1 jam saja... Apapun, well done untuk diri sendiri...Bravo..bravo...

Okay, di sungai petani ni, kitorang dapat bilik di penginapan baru kat sana. Wahh..cantik la.. klass...ala-ala hotel gitu... Kitorang adalah orang pertama yang duduk kat tempat baru tu...bahan uji kaji la kiranya... Alhamdulillah, semua ok...al-maklumlah tempat baru kengkadang tu kan macam horror sikitkan.... Cuma lif utama agak kerap rosak, nasib ada lif satu lagi. Pastu aku nyaris tak terkurung dalam bilik...scary jugakk... nak bukak lock pintu tak boleh...semua serba baru kan... biasalah ada kurang sana sini. Tapi overall, ok lah..puas hati duduk sana..

Cuma....tak larat berjalan kaki jauh dan mendaki bukit... Pusat latihan ni memang sinonim dengan mendaki bukit, takpun tangga...Kiranya, berjalan kaki tu aktiviti wajib la kat mana-mana pusat latihan ni. Ko makan kenyang-kenyang masa lunch atau dinner, bila ko berjalan kaki mendaki ke tempat penginapan, by the time sampai bilik, lapar balik... So, masa makan tu kena makan banyak-banyak la..nak cover yang hilang masa mendaki tu...
ada dua katil single disediakan. bilik ni actually sharing berdua, tapi kitorang dapat sorang sebilik. disebabkan bilik ni khusus untuk berdua so everything barang-barang dalam bilik adalah untuk dua orang, kecuali macam telefon, tv, fridge tu kena share la guna....

bilik air pun moden dan selesa dan luas. siap ada baldi dengan gayung lagi. aku terkial-kial masa mula-mula nak guna shower tu..puas la cari mana tempat nak on kan air tu..semua yang boleh dipulas aku pulas...
view dari bilik aku, kat tingkat 5. bilik 504. nun yang sayup-sayup mata memandang tu gunung jerai, rasanya..

On the way balik putrajaya tu, kitorang dibawa singgah makan kat ipoh. makan nasi ganja yang famous tu..walaupun kampung aku kat ipoh tapi tak pernah pun sekali makan situ. Takdapun orang kampung pernah cerita fasal tempat tu...

Tak mampu menahan nafsu untuk makan lagi, padahal baru je bersantap tengahari tadi, kira-kira tiga jam sebelum. Nasi ganja ni macam nasi kandar la... namanya sebenar adalah nasi vanggey. Yang kitorang makan, nasi vanggey biasa je, iaitu berlaukkan ayam seketul, telur masin, timun, sambal kelapa dan dah tentu campuran kuah kari yang pekat dan melekat baunya kat tangan... Pada aku, sedaplah..kena dengan tekak aku. Aku memang suka nasi ala-ala kandar ni. Aku tapaukan dua bungkus untuk buah hati dua orang kat rumah tu... Aku? sebab dah makan sepinggan so just tapau kuih favourite, kuih india tu dua ketul, makan cicah dengan kuah kari..

Kalau sesapa berminat nak cuba, boleh google cari direction ke restoran nasi vanggey, ipoh..

No comments:

Post a Comment