Katanya, kalau orang sabah, memang tau buah ni...
Aku pertama kali la tengok buah ni dan makan. Anak buah kat opis terima dari sabah. Masa kitorang masuk pantry, masing-masing macam terpegun kejap depan buah tu... takda sapapun yang nak menghulur tangan ambik seulas ke... Sohih la tu, semua baru pertama kali tengok...hahahhahah..... Tapi, bila dah mula makan, ehhh..sedap la...rasanya macam campuran pisang dan cempedak, kata kawan aku, cik puan arma..... Rasanya manis-manis...sedap...
ada duri jugak macam durian, tapi lembut...macam berus pulak aku rasa...
isinya yang putih tu...
Info dari wikipedia:
Tarap merupakan
sejenis tumbuhan berbuah yang terkenal di negeri Sabah, Malaysia khususnya di bahagian pantai barat Sabah
seperti daerah Kota
Kinabalu dan Papar.
Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah,
namun jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika. Tarap mempunyai bau yang agak kuat, namun
mempunyai rasa yang cukup sedap, manis, lembut dan pemakan pasti merasa
kenikmatan apabila merasanya untuk pertama kalinya. Isi buahnya mempunyai rasa
yang seakan-akan Mangga yang penuh
berjus. Namun bentuk buah Tarap lebih seakan-akan buah Cempedak dan Nangka, orang ramai
selalu keliru akan perkara ini.
Buah Tarap berbentuk bulat sehingga ke bujur sama seperti bentuk buah
cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar, dan beratnya boleh
mencecah sehingga 1 kg atau lebih berat. kulitbuah Tarap agak tebal dilitupi
dengan duri yang tumpul mendatar dan lembut. Namun apabila matang struktur kulit
buah lebih keras dan rapuh. Buah tidak akan jatuh ke bawah seperti buah lain
apabila ia telah masak sepenuhnya. Namun jika buah ini telah benar-benar masak
ranum dan mula menampakkan kesan busuknya, buah tersebut akan jatuh juga.
Bahagian interior buah tarap lazimnya seakan-akan isi buah cempedak atau nangka, namun lebih kecil, melekit, berjus dan isinya lebih kepada warna putih susu. Namun pusatnya lebih besar, terdapat sedikit selaput dibahagian yang tidak boleh dimakan dalam bahagian interiornya. Isi aril lebih warna putih dan saiz berbentuk anggur, setiap satunya mempunyai biji bersaiz 15 × 8 mm. Sejurusnya sahaja dibuka, isa tarap atau marang harus segera dimakan dalam tempoh beberapa jam sahaja, keraa buah ini mudah tersejat akan jusnya, dan rasanya akan cepat hilang dan buah ini cepat terdedah dengan kesan oksidatif. Biji tarap juga sesuai untuk dikukus atau dipanggang untuk dimakan.

No comments:
Post a Comment