Monday, 14 June 2010

MONDAY BLUES...

Assalamualaikum.
(google)
Hari ni Isnin @ Monday. Hari pertama bekerja setelah bercuti dua hari di hujung minggu. Hari yang orang selalu gelarkan Monday Blues atau I hate Monday. Iyalah, setelah berehat-rehatan, bila masuk office, berlambak-lambak kerja menunggu untuk disettlekan. Semua urgent dan perlu dibereskan dengan segera.
(google)
Iya.....hari ni saya memang sangat-sangat stress. Pagi-pagi lagi dah 'kena'. Besok ada meeting, so team kitorang memang all out today buat preparation for tomorrow. Semua muka stress je. Bos pun bad mood je. Kitorang pun tak berani nak buat any jokes. Takut beb....
Di samping prepare untuk esok, ada satu lagi task kena settle. Bos punya bos sudah bising, benda tu tak beres lagi. Cuba teka siapa yang dipersalahkan bila benda tu lambat? Ya....saya.....Walaupun that's not my mistake. Lepas discussed together with bos and bos punya bos, so submit the report to bos punya bos punya bos. Berapa banyak bos ke....But it's true...Ikut hierarki.
Lepas hantar, ingat boleh lega, rupa-rupanya ada problem la pulak. Bos punya bos punya bos sudah telefon daa.....Rupa-rupanya, dia ada hantar pindaan report tu tru emel, so dia terkejut la yang  dihantar tu belum dipinda seperti yang dimahukannya. Alamak, macam mana boleh jadi macam ni...Dalam  berhati-hati, sangkut jugak. Rupa-rupanya emel tu belum masuk lagi. masa  hantar report ke atas. Yalah, kerja kenalah pantaskan. 
So, just buatlah amendment. Bos bila tahu, dia macam salahkan kita pulak, kenapa tak hantar yang betul punya....Hah....kena lagi...Kalau lah  tahu ada emel tu, takkan la  'pandai' sangat nak gi hantar yang salah ke atas. Told  him the truth, tapi........ Malas nak berbalah dengan bos. Sabar.......Bos always right..kan...Iyakan je lah...Lagipun, bos  tu sebenarnya memang baik orangnya....So, kena respect lah kat dia....
Fuhh..hari ni memang mencabar fizikal dan mental betullah...
Masing-masing stress...so, tahan je lah.....
Telinga bagi tebal....mulut bagi kunci.....otak bagi jalan, insyaallah semua pasti beres...
Besok macamana lah pulak kan......????
   

Thursday, 10 June 2010

HP BARU....JANGAN MARAH...

Assalamualaikum.
Nampak gambar kat atas tu? Cantikkan....!!!!
Nokia E72. Memang nipis...lagi nipis dari cik berry hitam.
So stylo.
HP baru ni.....baru beli ye....bau kedai pun ada lagi....hmmm.....harumnya...
Tapi........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi, sayang seribu kali sayang...ini bukan I punya la....
Papa Nurin Hana punya...baru beli...HP lama dah 'kong'...terkena badi my HP....terjatuh dalam bilik air..heh..heh...Tapi, yang ni lagi kritikal. Coz' bila kita tengok HP tu lepas jatuh, seolah-olah tengah tengok 'akuarium'. Penuh air kat dalam skrin. Bezanya cuma takda ikan dalam tu. Teruk tak teruknya kondisi HP tu. Hairan jugak kat mana lubangnya sampai air begitu banyak masuk dalam.
Dah selamat masuk ICU (apalagi..tanggal semua part la...), tapi masih tetap dalam keadaan kritikal. Kalau kita call HP tu, ya ampun.....suara sebelah sana sayup-sayup je dengar...lagi teruk dari orang berbisik kat telinga. Speakernya dah rosak agaknya. Saya selalu complaint suruh beli baru je la.....Dah nazak sangat pun....
Dan dalam saya tengah berkira-kira....menimbang-nimbang....untk beli HP baru, cik abe yang beli dulu rupanya.....
Takpalah...lepas ni my turn pulak...
Saya dah buat pilihan...tapi tak boleh beli sekarang...kena tunggu bulan 7 @ 8 bila HP tu masuk market.....Lamanya nak kena tunggu....Takpa, takpa..janji berbaloi...Tengok kat internet, memang cun...model lama saya dah belek-belek..menarik...Ingat nak sambar yang tu je..tapi tiba-tiba nak keluar model baru, kita tunggu tu je lah...harap-harap harga tak mahal sangat... :)

HARI INI DALAM SEJARAH

Assalamualaikum.
Hari ini dalam sejarah! Telah tercipta satu sejarah yang pernah terbayang dulu, tapi baru kini jadi kenyataan....hehhh...heh...
Buat pertama kalinya saya memegang dan membaling sesuatu....baling bola bowling......hahh...hah....Macam manalah boleh terjebak ni....???

Actually, Persatuan Penduduk kawasan kitoang anjur bowling tournament. So sebagai tanda sokongan, kita pun joint lah. Tambahan pulak, en hubby one of the AJK, so sendiri mau ingatlah....kan..kan....
Seriously, saya memang tak pernah main. And tak reti main. Setakat main game hp adalah. Takpun, main bowling mainan dengan Nurin Hana.
Skill memang zero....Gaya out....
Dek terlampau "terror"...., asyik ke longkang je bola tu...Entah kenapa bola tu minat sungguh nak ke tepi kiri....
Memang kelakar gile kalau diingat-ingat balik...hah..hah...Rasanyalah, kalau ada hadiah untuk peserta yang paling banyak masuk longkang, tau dah sapa pemenangnya.....i'll the winner....hah...hah...
En hubby adalah turunkan sikit skill tu, macam kena luruskan tangan masa baling bola..Masalahnya, tangan 'pengkor'..camna nak lurus..hahh...hah...
Masa main syoknya...Bila dah selesai, adoii...sakit sana sakit sini...
Budak kecik tu toksah tanya la....dia pun nak main sama....sama-sama sibuk nak angkat bola yang berat tu dan sama-sama nak baling...Kita pulak yang risau takut kena timpa dengan bola tu.... 
sebelum turun gelanggang, kena isi perut dulu....pekena roti canai dulu..
alamak...hero mana nak ngorat I ni...malulah...nanti I bagitau ibu dengan papa I...
alamak...karaoke ke...?'mamat' ni lah emcee hari tu...good job dear...I punya hubby tu...
apakah yang dilakukannya itu?
habis tisu dikerjakannya...main susun-susun atas lantai...dah boringlah tu...
see....dia pun sibuk nak main sama...agaknya dia kesian tengok ibunya terror sangat main..heh..heh...so, nak tolong kot-kot boleh strike ke...
Nurin Hana dengan papa tengah cuba skill...

Wednesday, 9 June 2010

HARI BERSEMINAR....BERFASILITATOR


Assalamualaikum.
Last week, my division organized a seminar (SPS for Middle & Support Staff). Dan buat julung kalinya, I was appointed as a fasilitator. At first, kelabu jugak, apa tugas fasilitator ni? Just memantau @ pengawas je dalam group? Atau sama-sama contribute memerah idea untuk group? Sangat-sangat la kelabu asapnya….
Depa ada buat briefing ringkas, so nampaklah sikit cahaya di sana..ahakss…
Okay, secara ringkasnya tugas seorang fasilitator adalah untuk memudahkan proses perbincangan supaya berjalan lebih lancar dan licin. Fasilitator perlu memerhati, menasihati, membantu & membimbing secara maksimum. Tugas-tugas seperti mengurus, mengarah dan  mengawal kumpulan dan perbincangan mestilah dilakukan pada tahap yang paling minimum. Fasilitator mestilah mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan bacaan dan ilmu pengetahuan dalam perkara yang dibincangkan. Seorang fasilitator yang baik seharusnya:
i)                   Berkomunikasi dengan baik.
ii)                Menghormati sesame ahli kumpulan.
iii)              Berpengetahuan.
iv)               Memiliki sifat terbuka.
Saya diletakkan dalam group 3 support staff dengan tajuk perbincangan, “nilai integriti”.
Sangat enjoylah group ni, very supportive & sporting although ada sorang dua yang agak pasif sikit. It’s okay. Kita kena faham, depa ni bukannya biasa diberi peluang untuk berbincang benda-benda yang berat ni. Biasanya kerja je kan. Dan tak dapat lari juga, biasanya dalam sesebuah group mesti ada seorang dua yang seakan-akan cuba menguasai group sepenuhnya, yang mahu setiap ideanya diterima semua walaupun idea tu tak begitu bernas & paling teruk tak mahu terima idea orang lain. Adoi..kak oii…..ni kan kerja bersama, kerja berkumpulan, janganlah pentingkan diri sendiri je. So, secara berhemah (chewahh..hah..hah..), saya buat peringatan secara umum kepada semua ahli untuk saling bekerjasama. Tak mahulah sound direct kat orang yang berkenaan. Bak kata orang, siapa makan cili, dialah terasa pedasnya. Tanpa disangka, dek penangan perbincangan yang begitu rancak, akhirnya saya pun terjebak juga dalam perbincangan depa tu..hah..hah…
Apa-apapun, well done everyone. Group kita yang paling kecoh sekali masa presentation..hah..hah…
tengok tu..bertungkus lumus nak siapkan tugasan...En. Azizi yang duduk menulis kat white board tu..tukang tangkap gambar terhandal..slalunya dia yang busy mengusung kamera canggihnya ke sana sini, but this time, bagi chance orang lain, katanya...
masing-masing tengah sibuk menjana idea...idea..idea..mana nko...
pn fasi? rehat, tangkap gambar....heh..heh...
selesai sudah.....muka semua lega.....tak cukup sorang ni, sudah m.i.a.


NAIK STAGE LAGI......

Assalamualaikum.
Pagi tadi ada monthly assembly. Biasalah, masing-masing agensi ada ni kan. Semasa assembly, biasanya akan ada nyanyian lagu kebangsaan "Negaraku". lagu rasmi agensi, penyampaian berita semasa agensi dan lain-lain lagi. Termasuklah "pengenalan penjawat baru". Saya termasuklah dalam kategori baru tu. So, suka tak suka, rela tak rela, kenalah naik stage lagi..huh..huh..

Rasa berdebar jugaklah, tapi bila mengenangkan dalam senarai nama yang diberi, giliran saya yang ke 40-an...oklah tu. Tapi, pagi ni bila masuk audi, urusetia bertugas maklumkan giliran saya yang kedua untuk naik stage. Hah....!!!!!Depa susun ikut gred la pulak...Alamak, punyalah depan. Dahlah semalam tak pergi rehersal, blank je rasa. Bukan tak nak pergi, tapi kena ikut boss gi meeting kat KL la.Nasib baik, ada partner sebelah bagi sikit info panduannya. TQ for your kind assistance. Rupa-rupanya kejutan belum berakhir. Giliran bertukar ke yang pertama pulak.....Orang yang sepatutnya naik dulu tu tak datang, so depa terpaksa anjak ke depan giliran semua. Automatik, sayalah orang pertama akan naik stage....huh..huh...

Heh..heh...bila dah selesai..lega rasanya. Nasib baik tak jadi apa-apa yang tak patut masa nak naik stage tu dan juga masa kat atas tu. TQ Tan Sri. First time face to face dengan Tan Sri. So proud. Mana tau, maybe someday, saya dapat peluang jadi macam dia kan...:)  

Monday, 7 June 2010

KAIN...KAIN....

Assalamualaikum.
Hmm....mano nak poie ni ekk...???? Agak-agaknya......??? Ya..betul.....Tu, nampak tak yang tertulis paling atas tu? N.I.L.A.I.
Apa lagi, shopping kain untuk baju raya la...Apalah cerita pasal raya, posa pun belum mula lagi..ahakss...Huii, preparation awal tu penting...karang tak pasal-pasal takda baju raya pula nanti. Yalah, kalau lambat, makcik tailor tak mau ambik tempahan dah..haru.....
So, untuk mengejar dateline makcik tailor, kitorang jalan-jalan makan angin kat Nilai 3. Kali ni pergi petang sikit, takda panas sangat. Kebetulan hujan lebat petang tu. Nasib baik masa sampai, dah reda sikit. Kalau tak macamna nak merayapkan...!
 
Adeiii...macam biasa la, kalu mai sini, memang rambang mata dibuatnya. Macam-macam kain ada. Tu cantik, Ni cantik. Pendekata, semua cantik...hah...hah...Ada setengah tu, alangkah cantinya dilihat dari kejauhan, bila dekat, alahai kusamnya color. Tapi, cantik tu kan subjektif....
Kali ni tak jalan jauh sangat. Masuk kedai kedua, terus rembat kain dah. Malas nak ronda-ronda lagi. Pening sihh...banyak sangat pilihan. Kiranya, kain yang dipilih tu yang paling lawa dah la...hah..hah...
Cuba teka, apa color pilihan kitorang raya tahun ni? "Biarlah rahsia...., bak kata Tok Ti...hah..hah....Tak boleh bagitau, nanti orang tiru.....hah..hah...Kitorang memang tetapkan warna tema baju setiap kali raya. Barulah best skit..sedondonkan...
Sebelum balik, layan tuan puteri main dulu kat playground tengah-tengah Textile Walk.

Saturday, 5 June 2010

JOM LAYAN SHREK FOREVER AFTER


Assalamualaikum.
Ada sesapa di luar sana peminat Shrek? Gergasi hijau yang dikenali sebagai ogre, yang mempunyai perasaan seperti manusia dan jatuh cinta dengan Puteri Fiona. Masa opening hari tu, kitorang sempat bawa Nurin Hana gi tengok kat wayang. Saya memang minat cerita ni daripada mula lagi. My dear princess looks really excited in the cinema. Boleh dengar gelak tawanya melihat aksi movie tu.

Kali ni berkisar tentang kehidupan bahagia Shrek di samping Fiona dan tiga cahaya matanya. Tapi, kemanisan tu mula  bertukar bila Shrek mula bosan dengan rutin harian yang dijalaninya. Shrek mula rindu pada kehidupan lampaunya yang bebas buat apa saja.    
Ha..kat sinilah muncul watak antagonis, Rumpelstiltskin yang umpama menangguk di air keruh. Shrek terpedaya dengan tipu muslihat Rumpelstiltskin dan bersetuju membuat perjanjian yang membolehkannya kembali ke kehidupan lampaunya tanpa mengetahui ada udang di sebalik perjanjian tu. Apa yang diimpikan Shrek menjadi kenyataan tapi banyak kejutan yang berlaku. Fiona tidak lagi mengenalinya. Diorang seolah-olah tidak pernah bertemu dan jatuh cinta. Kawan baiknya sendiri, Donkey dan Puss juga tak kenalnya. Shrek mula sedar akan kesilapannya & cuba mengembalikan kehidupan asalnya sekaligus menyelamatkan keluarga dan kawan-kawannya.
Fiona kali ni adalah seorang pahlawan yang gagah berani dan ada pengikut tersendiri. Lebih ganas daripaad Shrek sendiri..hah..hah…Puss, si kucing perkasa sebelum ni, tampil berbeza…….badan yang gempal tapi maintain cute. Terutama masa, dia buat muka kesian tu..So cute…   
Antara moral of the story daripada cerita ni:
i)                   Hargailah apa yang kita ada/disamping kita.
ii)                Fikir sebelum membuat sesuatu keputusan.