Assalamualaikum.
Last week, my division organized a seminar (SPS for Middle & Support Staff). Dan buat julung kalinya, I was appointed as a fasilitator. At first, kelabu jugak, apa tugas fasilitator ni? Just memantau @ pengawas je dalam group? Atau sama-sama contribute memerah idea untuk group? Sangat-sangat la kelabu asapnya….
Depa ada buat briefing ringkas, so nampaklah sikit cahaya di sana..ahakss…
Okay, secara ringkasnya tugas seorang fasilitator adalah untuk memudahkan proses perbincangan supaya berjalan lebih lancar dan licin. Fasilitator perlu memerhati, menasihati, membantu & membimbing secara maksimum. Tugas-tugas seperti mengurus, mengarah dan mengawal kumpulan dan perbincangan mestilah dilakukan pada tahap yang paling minimum. Fasilitator mestilah mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan bacaan dan ilmu pengetahuan dalam perkara yang dibincangkan. Seorang fasilitator yang baik seharusnya:
i) Berkomunikasi dengan baik.
ii) Menghormati sesame ahli kumpulan.
iii) Berpengetahuan.
iv) Memiliki sifat terbuka.
Saya diletakkan dalam group 3 support staff dengan tajuk perbincangan, “nilai integriti”.
Sangat enjoylah group ni, very supportive & sporting although ada sorang dua yang agak pasif sikit. It’s okay. Kita kena faham, depa ni bukannya biasa diberi peluang untuk berbincang benda-benda yang berat ni. Biasanya kerja je kan. Dan tak dapat lari juga, biasanya dalam sesebuah group mesti ada seorang dua yang seakan-akan cuba menguasai group sepenuhnya, yang mahu setiap ideanya diterima semua walaupun idea tu tak begitu bernas & paling teruk tak mahu terima idea orang lain. Adoi..kak oii…..ni kan kerja bersama, kerja berkumpulan, janganlah pentingkan diri sendiri je. So, secara berhemah (chewahh..hah..hah..), saya buat peringatan secara umum kepada semua ahli untuk saling bekerjasama. Tak mahulah sound direct kat orang yang berkenaan. Bak kata orang, siapa makan cili, dialah terasa pedasnya. Tanpa disangka, dek penangan perbincangan yang begitu rancak, akhirnya saya pun terjebak juga dalam perbincangan depa tu..hah..hah…
Apa-apapun, well done everyone. Group kita yang paling kecoh sekali masa presentation..hah..hah…
tengok tu..bertungkus lumus nak siapkan tugasan...En. Azizi yang duduk menulis kat white board tu..tukang tangkap gambar terhandal..slalunya dia yang busy mengusung kamera canggihnya ke sana sini, but this time, bagi chance orang lain, katanya...
masing-masing tengah sibuk menjana idea...idea..idea..mana nko...
pn fasi? rehat, tangkap gambar....heh..heh...
selesai sudah.....muka semua lega.....tak cukup sorang ni, sudah m.i.a.
No comments:
Post a Comment