Assalamualaikum.
Pagi tadi ada monthly assembly. Biasalah, masing-masing agensi ada ni kan. Semasa assembly, biasanya akan ada nyanyian lagu kebangsaan "Negaraku". lagu rasmi agensi, penyampaian berita semasa agensi dan lain-lain lagi. Termasuklah "pengenalan penjawat baru". Saya termasuklah dalam kategori baru tu. So, suka tak suka, rela tak rela, kenalah naik stage lagi..huh..huh..
Rasa berdebar jugaklah, tapi bila mengenangkan dalam senarai nama yang diberi, giliran saya yang ke 40-an...oklah tu. Tapi, pagi ni bila masuk audi, urusetia bertugas maklumkan giliran saya yang kedua untuk naik stage. Hah....!!!!!Depa susun ikut gred la pulak...Alamak, punyalah depan. Dahlah semalam tak pergi rehersal, blank je rasa. Bukan tak nak pergi, tapi kena ikut boss gi meeting kat KL la.Nasib baik, ada partner sebelah bagi sikit info panduannya. TQ for your kind assistance. Rupa-rupanya kejutan belum berakhir. Giliran bertukar ke yang pertama pulak.....Orang yang sepatutnya naik dulu tu tak datang, so depa terpaksa anjak ke depan giliran semua. Automatik, sayalah orang pertama akan naik stage....huh..huh...
Heh..heh...bila dah selesai..lega rasanya. Nasib baik tak jadi apa-apa yang tak patut masa nak naik stage tu dan juga masa kat atas tu. TQ Tan Sri. First time face to face dengan Tan Sri. So proud. Mana tau, maybe someday, saya dapat peluang jadi macam dia kan...:)
No comments:
Post a Comment