Thursday, 1 July 2010

KERJA DAN KERJA DAN KERJA

Ya...sudah mari....
Satu..dua..tiga.....empat...bla..bla....
SPD tengah pening, bos sampai la kat anak buah. Anak buah bukan ramai pun, 2 je including me.
Yang 'core' mesti kena buat, nanti tak capai target hujung tahun nanti. Yang 'adhoc' pun kena buat jugak. Adhoc yang telah menjadi besar dan penting dan urgent.
Tugas 1 = URGENT.
Tugas 2 = URGENT.
Tugas 3 = URGENT.
Tugas 4 = URGENT.
Tugas-tugas adhoc = URGENT.
Pendek kata, SEMUA U.R.G.E.N.T.
Takda yang tak URGENT, semua URGENT belaka.
(image: google la...) 

Nasib baik immediate bos tersangatlah okay, willing to share the work load dengan anak buah. Kalau tak, .....????? TQ Dr G. Here, they called him, 'Abah'. Now i'm realised, why they called him 'Abah'. Seorang bos yang mempunyai sifat kebapaan yang tinggi.....selalu menasihati. bagi tips, panduan kerja. Sentiasa guide anak buah, tak dibiarkannya terkontang kanting sendiri. Here, we always work in team. Bak kata lagu "wonder pets - apa yang penting..kerjasama..." Dah group kecik, team work kenalah ada, kalau tak bila nak siap kerja.....
Oh ye, sehingga ke saat ni, sepanjang riwayat kerja ni, bos-bos lelaki yang pernah dapat, semua baik-baik dan sporting dan tak banyak songeh. Harap 'kebaikan' diorang akan turun mengalir kepada anak buahnya, including me la...

p/s: nampak gayanya, warga SPD cepat la tua camni...sebab muka asyik berkerut jerr..stress memanjang..hah..hah...

Thursday, 24 June 2010

KERETA HITAM

Yesterday, i found quite interesting article in HMetro. The title really attracted me to read further.

"Kereta hitam paling banyak kemalangan"
"LONDON: Kemungkinan kereta hitam terbabit dalam kemalangan adalah 47 peratus lebih tinggi berbanding kereta warna lain.
Kajian yang dijalankan membabitkan kemalangan sepanjang 20 tahun lalu mendapati, pendedahan terhadap bahaya adalah lebih tinggi ketika berada dalam kereta hitam sementara putih, warna keemasan dan kuning adalah paling selamat.
Penyelidik dari Universiti Monash di Melbourne itu berkata, ada beberapa warna yang menjejaskan pemandangan terhadap kereta ketika di jalan raya. Menurut mereka, kereta hitam tidak menyerlah pada warna latar jalan raya, pemandangan sekitar dan trafik lain, lapor akhbar Daily Mail.
Begitu juga dengan kereta berwarna kelabu, merah dan biru. - AFP
(sumber: HMetro)"

Why the article so attracted to me? Because my 'sport' car is black. Ulang tulis, black. Adakah ini bermakna, need to change my car's color? or change totally for a new one....heh..hehh..over la tu....
Apapun, itu hanyalah hasil kajian. Yang penting, walau apa warna pun kereta @ kenderaan kita, memandulah berhati-hati dan penuh kesabaran. Ikut peraturan yang ada. Insyaallah, semua okay.... 

Wednesday, 23 June 2010

DIDIK DENGAN MEMUJUK

Read an article today in the newspaper. Very good info especially for fathers and mothers out there, including me la......
Based on the article::

MENDIDIK anak untuk taat kepada ibu bapa adalah satu seni dan ketrampilan yang harus dimiliki ibu bapa. Apatah lagi kini, cara didikan ibu bapa bukan lagi seperti dulu iaitu menerusi cara menghukum. Justeru, setiap ibu bapa harus menggunakan kaedah terbaik untuk berkomunikasi dengan anak.
 
Berikut tujuh panduan mudah untuk mendidik anak agar taat kepada ibu bapa tanpa menggunakan kaedah menghukum:

• Ajar anak anda peraturan yang diluahkan dalam bentuk ayat kasih sayang dan bukannya perintah.
Misalnya sebagai ganti kepada kata-kata, “Jangan letakkan buku sembarangan!” kepada “Buku itu tempatnya di rak buku.”
Menerusi penggunaan ayat penyata, anak tidak akan berasa sebagai objek perintah tetapi dia rasa diperhatikan dan menjadi subjek. Akhirnya, dia akan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap barangnya.
 
• Jelaskan peraturan itu dengan baik kepadanya dan bimbinglah anak.
Misalnya, sebagai ganti kata-kata, “Letakkan kembali mainan adik ke tempatnya!”, gunakan ayat, “Lebih baik sekiranya adik meletakkan kembali mainan ke tempatnya agar tidak rosak.” Sekiranya dia menolak, maka katakan padanya, “Marilah kita kumpulkan mainan ini bersama-sama.”
 
• Apabila anak anda berbuat salah, jangan kaitkan dengan peribadinya, sebaliknya pada perbuatan salahnya.
Misalnya beritahu dia, “Perbuatan ini tidak benar”, jangan katakan “Apa yang sudah kamu buat sehingga jadi begini?”
Jangan pula mengatakannya dengan ungkapan bodoh atau malas kerana ia akan melukai perasaannya dan menjadikannya berasa rendah diri.
 
• Hargailah keinginan anak anda.
Apabila anak anda berkeinginan memiliki semua mainan ketika di kedai atau pusat beli-belah, katakan kepada anak anda, “Adik boleh pilih satu saja mainan, yang lain kita beli pada hari lain ya.”
Selain itu, buatlah perjanjian sebelum ke pusat beli-belah dengan berkata, “Walaupun banyak mainan di kedai, tetapi adik hanya akan dapat satu saja.”
Dengan cara ini, anak akan berasa dia sudah membuat perjanjian dengan ibunya dan harus mengikut perjanjian itu.
 
• Perhatikan dan fahami anak anda.
Adakah dia tidak taat atau menurut perintah kerana ada masalah yang sedang dialaminya? Justeru, luangkan masa untuk berbual dengannya.
Beri peluang kepadanya untuk bercakap dan jangan sesekali anda memotong percakapannya.

• Elakkan cara memberi ancaman
Sekiranya ibu bapa menggunakan cara ancaman secara berterusan, ini akan menyebabkan anak anda sentiasa mencari peluang supaya anda memberi ancaman kepadanya.
Contohnya anda mengatakan, “Mama akan beri mainan baru sekiranya bilik tidur kamu bersih.” Anak anda akan mentaati anda kerana inginkan mainan baru, bukannya ingin membantu keluarga dan melaksanakan tanggungjawabnya.
 
• Berilah pujian kepadanya
Berilah pujian apabila anak anda mengikut arahan anda. Ucapkanlah, “Bagus”, “Jazakallahu khairan”, “Hebat anak mama” atau “Anak yang rajin”, sehingga dia terdorong untuk melakukannya pada waktu yang lain.
Apabila dia berbuat sebaliknya iaitu melakukan perbuatan buruk maka katakan kepadanya, “Rajinnya anak kawan mama kerana bilik tidurnya selalu dibersihkan sendiri” atau “Alangkah hebatnya anak itu hafaz 10 juz al-Quran”.
Ada juga sebahagian ibu memberikan hadiah kepada anaknya untuk memberikan motivasi kepada mereka seperti memberi satu buku apabila anak berjaya menghafaz satu surah. Cara ini juga satu kaedah yang baik untuk melatih anak-anak mengikut perintah ibu bapa.

Source: Harian Metro

Tuesday, 22 June 2010

BENCI BILANG CINTA

"Jangan benci bilang cinta...
jangan marah bilang sayang..
jangan mendustai hati..
bila engkau memang suka..
jangan engkau merasa jauh..
bila kau dekat denganku..
jangan kau menganggap cinta..
mudah datang mudah pergi.."


Heh....heh...Rasa-rasanya ramai yang familiar dengan lagu tu kan...! Lagu tema sinetron yang tengah hangat kat Astro 104, Benci Bilang Cinta.
(image: google la..)

Adoiii...entah macamna terperangkap dengan sinetron ni. Al-kisahnya, last week, my MIL & SIL came to our home sweet home. My SIL had an interview with PSC. After came back from office, joint them watching tv..(no need to cook, MIL & SIL dah prepared it..:)..). At first, tak ambil kisah sangat jalan cerita tu. Entah kenapa, tiba-tiba bagaikan ada satu magnet yang bagaikan menarik kuat untuk terus mengadap tv. Eh..best la rupanya...Apsal la dah banyak episod baru tengok, aisehh...Actually, tak minat sangat sinetron ni. Ceritanya banyak yang tak masuk dek akal, yang boleh dipertikaikan. Tapi, saya sudah jatuh cinta dengan cerita BBC ni...

Cuma masa siarannya, 6.30-7.30 malam. Kebetulan masa tu bertembung dengan masa cerita favourite Nurin Hana, Ultraman kat 611. Macamna nak tengok..Kang pegi tengok kat atas, apahal pulak dia kat bawah. Kalau Papa dah balik, alright la jugak. Satu lagi, masa tu adalah masa tengah sibuk memasak. for dinner. Nak tangguh masak lepas 7.30mlm? Tak boleh...kang pukul brapa pulak nak makan, nak tidur. Masa tidur untuk Nurin Hana dah ditetapkan tak lewat dari jam 10.00 malam. Hmm...camna ek...

Solution: lepas tidurkan Nurin Hana, bangun dan tunggu ulangan jam 11.00 mlm. Tadi baru ternampak kat slot rancangan tv dalam newspaper, ada ulangan tengah malam. Tapi, sanggup ke.....????
Satu lagi, tadi baru terbaca kat blog kawan, siri tu ada siaran non-stop on saturday petang, rasanya....ni satu option yang agak baik..heh..heh...Tapi, sabtu kadang-kadang nak pergi jalan...so how????
Senang cerita, mana yang sempat tengok, kita tengoklah...
Nanti tengok kat internet je, atau beli dvd...abih cerita...:) 

Monday, 21 June 2010

HAPPY FATHER'S DAY

Happy Father's Day to all "Papa/Daddy/Abah/Ayah/Babah/Walid/etc.." out there, and
especially to my father, Abah Rosni and my hubby, En Asrul Azlin.
May God bless both of you.

To my Abah, TQ, because of you, I'm what I'm now.

To my love, Papa Nurin Farhanah aka En. Asrul Azlin, TQ because you bring a joy & happiness to my life. 

Thursday, 17 June 2010

SAMPAI KECUT TANGAN....



Pagi ni seperti biasa kalau cuti, Nurin Farhanah suka main dalam bilik air. Ada satu set mainan yang akan dibawanya dalam bilik air, main dengan air. Pagi ni lama betul dia duduk dalam tu. Dah berulang kali ibunya ni panggil keluar. Dia buat tak tau je. Tiba-tiba dia panggil. Dia tunjuk tangannya dan tanya, “ibu, kenapa tangan Nurin Hana?” Saya tengoklah,  oooo....jari-jemarinya dah kecut. Penangan lama sangat main air. Terus dia nak keluar dari bilik air dah, takut tengok tangan dah kecut..heh..heh….
Tapi, masalahnya, belum mandi lagi. Dari tadi duk main je. Terpaksalah saya pujuk supaya mandi dulu sebelum keluar..Nasib baik nak dengar. Tapi, dapat mandi sekejap je lah. Dia dah tak sabar nak keluar…risaukan tangannya tu..heh..heh…Tu la, lain kali, jangan main air lama-lama sangat...
 

Wednesday, 16 June 2010

PAPA DEMAM....

Ya....sekarang semua orang "demam" kan....Especially for guys and some ladies also...World Cup fever....

Seriously, I'm not a kind of football fans. But, in this house, we have peminat tegar bola...if i can say that....Heh..heh...
He can stay up until early morning...tak tido maaa....Bertemankan segelas kopi.....bersama kudapan-kudapan ringan....(Dear, kena beli banyak keropok/kerepek for stok laa....). I don't know macamana la boleh tahan mengantuk. Maybe sebab minat + suka, so rasa mengantuk semua tolak ke tepi.


But, unfortunately, this lovely man terpaksa menonton sorang-sorang....Takda kawan. So kesian...Sorry dear tak dapat teman u....What to do? Tak sanggup rasanya nak berjaga malam semata-mata nak tengok games tu...huii...tak sanggup....Dahlah pagi-pagi nak kena bangun awal pagi. Tak pasal-pasal lena kat opis pulak nanti. Maybe, later when our little princess besar, boleh la teman Papa dia...:)

Ada orang tanya, musim-musim bola ni takda ke kes rebut-rebut tv (rebut channel). Apa nak direbutkan. Because of the football, we have 2 sets of astro (tv memang dah ada 2)...heh..heh...Beberapa tahun yang lampau, had some argument, u know when 2 people with different interest, sit together in front of tv, and everyone have their own favourite channel? Heh..heh...since that, no more rebut-rebut. U can choose, either one, menonton tv di tingkat atas atau di tingkat bawah....Masing-masing puas hati, takda masam-masam muka.  
So, kepada peminat bola semua, enjoy....tapi jangan terlalu asyik sampai lupa 'dunia' sekeliling...:)