Saturday, 10 July 2010

Salah Guna Pinjaman Pendidikan

(image: google)
Sekarang ni musim pendaftaran pelajar-pelajar baru di IPT. Macam-macam ragam kita boleh tengok. Yang pastinya, wajah kegembiraan ibu bapa/keluarga yang turut sama menghantar anak-anaknya masa pendaftaran tu. Huii..siapa tak bangga, anak dapat belajar kat IPT,kan. So, adik-adik semua, belajarlah rajin-rajin. Peluang dah diberi, gunakanlah sebaik mungkin. Hadiahkanlah kejayaan pada ibu bapa/keluarga yang telah bersusah payah selama ini, juga pada diri sendiri. Selamat menikmati saat-saat bergelar mahasiswa/siswi. Kehidupan di IPT pasti akan menjadi antara kenangan terindah untuk dikenang nanti......

Sebenarnya, entri saya tentang pinjaman pendidikan. Saya percaya ramai adik-adik yang sedang belajar di IPT mendapat pinjaman, kan! Dalam Berita Harian (Varsiti) ada menyentuh tentang “Salah Guna Pinjaman”.
Sedikit sedutan: “segelintir pelajar IPT yang menerima pinjaman pendidikan, antaranya daripada PTPTN dikatakan membazir bantuan kewangan itu dengan membeli pakaian berjenama, telefon bimbit, berpeleseran dan melabur dalam skim cepat kaya sebaik pinjaman dikeluarkan awal semester pengajian”. (TQ Varsiti, BH).

Heh..heh..al-maklumlah, tiba-tiba dapat duit banyakkan, so cepatlah gelap matanya. Bila check akaun, alamak...duit dah masuklah. Apa nak beli ye...??? Macam-macam dah terbayang kat kepala. Tapi, sampai tengah semester, duit pinjaman dah habis. Jangankan nak guna untuk tujuan belajar, nak makan pun kena ikat perut. Paling murah, makan maggi hari ni, esok, lusa dan seterusnya sampailah dapat duit pinjaman untuk semester akan datang. Masa ikat perut tu, rasa menyesal dan janji pada diri sendiri, lepas ni akan jimat cermat. Tapi, bila dapat duit pinjaman lagi, terus lupa janji-janji yang dibuat pada diri sendiri tu.

Masa zaman saya belajar dulu, biasa kita dengar siswa/siswi makan maggi. sebab duit pinjaman dah habis atau lambat dapat. Setiap kali semester baru dibuka, rata-rata pelajar kena ikat perut dulu (ni kes duit semester lepas dah licin), tunggu duit masuk. Bila dah masuk..yehhh...pakcik/makcik kayo....heh..heh... Saya dulu dapat pinjaman, tapi memang still kena jimat cermat, takut duit tak cukup untuk cover satu semester. Kena pandai-pandai bajet. Yelah, untuk belanja harian lagi, makan, buku, fotostat, etc. Nasib baik saya bukan kaki shopping, kalau tak haru....

Kesimpulannya, dapat duit banyak memang best, tapi ingatlah hari-hari depan yang masih memerlukan duit. Janganlah susahkan ibu bapa/keluarga semata-mata sebab keborosan sendiri. Sendiri mahu ingatlah....

Friday, 9 July 2010

BURGER GERGASI

"Burger gergasi punca banyak kes rahang cedera
TAIPEI: Doktor gigi di Taiwan menggesa rangkaian makanan segera mengurangkan saiz burger dalam menu mereka berikutan semakin banyak kes kecederaan rahang dilaporkan.
Pesakit mengalami masalah rahang atau kesukaran membuka mulut selepas memakan burger gergasi, lapor China Post yang memetik profesor Hsu Ming-lung dari Sekolah Pergigian di Universiti Kebangsaan Yang-Ming. Masalah bertambah apabila penggemar makanan segera memakan burger melebihi lapan sentimeter tinggi, kata Hsu. AFP.” (sumber: Berita Harian).

Huiii..besar mana burger gergasi tu ye sampai boleh mencederakan rahang....8cm tinggi. Mak aiii tingginya...Macamana nak makan tu...Tu kalau ditekan-tekan pun, masih tetap tinggi lagi.

Saya kalau makan burger jenis agak besar sikit dari biasa macam double bigmac atau burger king, saya akan tekan-tekan bagi penyek dulu, selaras dengan keluasan ngangaan mulut. Al-maklumlah, mulut cute kan..heh..heh...(naik lift tekan butang sendiri...heh...heh...). Tak pun susah sangat, bahagikanlah kepada 2 bahagian. Atau beberapa bahagian lebih kecil. Kan senang nak makan.

Tapi, tak taulah saya kalau ada etika memakan burger, memang kena makan sebijik bulat macam tu...heh..heh...Kalau orang perempuan makan nganga mulut besar-besar macam tu, ishh..buruk benar rupanya..hah..hah....Silap haribulan, nganga terus tak boleh tutup dah..hah..hah...Tu baru haru...
camni kot saiz burger gergasi.....(image: google)

Thursday, 8 July 2010

SUDOKU

Biasa main Sudoku? Permainan yang memerlukan kita masukkan nombor dari 1 hingga 9 dalam kotak yang disediakan. 

Permainan ni ada keluar dalam newspaper, antaranya NST dan The Star. 
I like this games. Bagus untuk minda. Bought a book last 2 years (during course for Master's preparation). Now, study dah habis, but buku tak habis lagi..heh..heh...

Mula terpikat dengan sudoku ni masa kursus kat INTAN, preparation for Masters tu. Sebelum mula kelas yang heavy, ada la acara ringan-ringan skit supaya semua rasa senang hati dulu, sebelum susah hati dengan subjek berat-berat tu. Each group diberi satu permainan Sudoku dan diminta selesaikannya. Siapa paling pantas siapkan, group tu lah menang. Ni lah first time tengok permainan tu, so tidaklah tahu bagaimana nak mainnya. Just tengoklah depa duk letak nombor kat situ, kat sana, pastu padamlah, buat lain. Apa lah depa cuba nak buat ni. Tapi, tetap bagi support to my group mate untuk siapkan. Tinggal lagi satu dua kotak nak completed, tetiba baru depa realised, ada kotak yang telah diitulis dengan nombor yang salah. Walau pun ada satu yang salah, habis semua rosak. Itulah trick permainan tu. Kena hati-hati. Jangan main tulis ikut suka je. So, group kitorang tak menang. Ada group lain menang, dan bila dirisik-risik, one of them biasa main Sudoku, so 'kacang' je lah... 
Tengahari tu, terus sambar buku Sudoku yang kebetulan ada jual kat Koop. Hati begitu membuak-buak nak tau, macamna depa boleh settlekan permainan tu, dan apa yang menariknya games tu.
Mula-mula buat, memang terkial-kial. Although ada simple guidelines how to play, tapi still blur lagi. Kalau tengok buku tu, kat page depan-depan, memang comot gilezz...conteng sana, padam sana......Tapi, lama-lama bila dah faham teknik main, takda comot dah buku..ahakkss...Dulu tulis dengan pensil, skang ni tulis dengan pen..huh..cam cam terror  benar... heh....heh....
Mula-mula tu memang tekun buat, tapi lama-lama bila busy dengan benda lain, terus terlupa. Sesekali bila nampak buku tu, buatlah juga seround dua. Just nak test skill, ingat lagi tak nak buat...heh..heh..
Baru-baru ni teringat nak buat semula. So, ke hulu ke hilir, duk usung buku tu. Memang dah sedia asal dah nak relai, bertambah lah uzurnya...Little Farhanah looks interested dengan buku tu, sebab ada nombor-nombor kan...Berapa kali dia duk 'kenen' buku tu..Tak mo la nak oii..ibu punya ni..Buku Hana nun kat bawah meja tu, penuh..macam-macam ada...
 Dulu kala pakai pensel
skarang..eksen...pakai pen...heh..heh..

Berdasarkan Wikipedia BM: Sudoku adalah permainan berdasarkan logik. Merupakan hak cipta rasmi Nikoli Co. Ltd di Jepun. Matlamat permainan ini adalah untuk memasukkan satu digit bernombor dari 1 hingga 9 dalam satu sel grid 9x9 dengan subgrid 3x3 yang dipanggil 'kawasan' bermula dnegan beberapa nombor 'diberi' dalam sesetengah sel lain. Setaip sel dan kawasan hanya boleh mempunyai satu kali sahaja satu nombor digit dati 1 ke 9 sahaja. Menghabiskan permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik. Mula diterbitkan pada 1979. tapi mula popular di Jepun pada 1986. Popular di peringkat antarangsa pada 2005.

Wednesday, 7 July 2010

Dinner @ Pasar Ikan Manhattan & Al-Jazeera

Fuhh....beberapa hari lepas, kami kekenyangan menjamu selera di Pasar Ikan Manhattan (Manhattan Fish Market) di New York Alamanda & Restoran Al-Jazeera kat negara arab @ Presint Diplomatik. Oppss....bukannya dinner dalam satu malam ye....tapi, for 2 nights..heh..heh...
Masa dinner di Mahanntan, saya berpuasa so dinner merangkap berbuka puasa la. TQ en hubby darling, for your treats. As usual, kalau singgah sini, kami akan order "Seafood Platter for 2". For little Hana, kami order kids menu, "Fishing Nets" (ia adalah "fish & chips"..). Masa order tu, terbayang dah dalam kepala, nanti kalau Hana tak habis makan tu, ibu nya nak tolong settlekan..hahh..hah..Nafsu orang posa ni memang lain macam skit..heh..heh...Alih-alih bila sampai order, alamak hai..kocik je portion tu..Dah kids menu, sepadan la kan...heh..heh...Menu tu datang bersekali dengan "orange juice". Bukan main dia minum jus tu..al-maklum la jus tu sejuk...(kes jarang-jarang dapat minum air sejuk la ni....)
Air, for me "hot chocolate" & en hubby "iced lemon tea".
Food averall okay, cuma nasinya terlalu berlemak & sweet, maybe sebab cream/mayanonis terlebih letak kat atas tu, so bila mix dengan nasi, tak lalu nak makan banyak. Biasanya okay je, cuma malam tu, tersalah sukatan kot..hehh..heh...
Hot chocolate tak seperti yang selalu. Rasa seperti susu tepung Hana perisa coklat..Rasa coklat tak terasa, susu je lebih. Hot chocolate kat Kopi 1, pasar tani, much better...
muka orang merajuk....pantang tegur..ni la dia...
mood dah okay...
abaikan dekorasi makanan yang dah bersepah tang nasi tu...dah kena senduk masuk mulut..heh..heh...

The next day, dinner kat Al-Jazeera pulak. Rasanya, dulu restoran ni kat Cyberjaya, berhampiran Restoran Saba. Ni restoran arab. Sama macam Saba. Cuma bezanya Saba tersangatlah ramainya manusia..tapi, Al-Jazeera tersangatlah sikitnya orang @ time kitorang datang, salah timing kot..orang tak datang lagi...
Sini, kami order 'Hanith Chicken' for me (saya tak makan kambing.....) & 'Matbi Lamb' for en hubby. Hana? Kongsi nasi dengan Ibu & Papa.....
Minuman, teh o panas & teh arab. Teh arab tu best..ada rasa pudina...Hana kejenya menuang teh tu dalam gelas kecil (cute sangat gelasnya..agaknya Hana ingat macam cawan mainannya kat rumah tu..). Pastu, ceduk gula letak dalam gelas, kacau-kacau skit, pastu minum. Sesekali tertangkap jugak kat mata, budak kecik ni, dia kautnya gula dalam gelas tu masuk dalam mulut dia..amboi..ingat tak nampak yer....
Overall, makanan memang sedap. Tu yang heran , kenapa customer tak seramai Saba.
Oppss..portion nasinya agak sedikit berbanding dengan Saba...Kalau Saba, satu pinggan nasi macam untuk dua orang makan...Yang ni, memang standard untuk seorang makan. Sebab order 2 nasi untuk 3 orang makan, so kena jimat cermatlah makan, kang budak kecik tu tak cukup makan pulak...Ibu dengan Papa tak cukup takpa, yang penting anak kena cukup makan..betul tak...????
Matbi Lamb....En hubby kata sedap...tapi sikit sangat..(ala-ala tak cukup la tu..heh.heh..)
Chicken Hanith. Ayamnya dibungkus dengan aluminium foil tu. Lembut ayam tu. Sesuai untuk orang yang takda gigi dan sewaktu dengannya. Sedap, tambah-tambah lagi makan dengan sambal dia tu..marvelous...
Nampak tak 2 teko kecil kat belakang tu? satu berisi teh yang dicampur dengan daun pudina yang dinamakan teh arab, yang satu lagi gula. 

Tuesday, 6 July 2010

Jom Jogging

Last Saturday, kami bawak little Hana jogging kat Tasik Cempaka. Dah lama betul tak mengeluarkan peluh secara berlari-lari anak ni...heh..heh...Budak kecik ni memang suka, pagi-pagi dah bangun. Kebetulan pagi tu ada sikit hujan renyai-renyai..Tapi, kami keluar jugak dengan harapan, kat taman sana taklah hujan...Kesian kat Hana, dah janji kan...Nasib baik bila sampai sana, hujan dah reda. So, boleh la mulakan aktiviti....
lepas puas berpeluh, kita pekena mihun sup (Hana) & mee kari (Ibu). Papa punya nasik lemak, tak sempat snap, lambat sgt..

Saturday, 3 July 2010

POKOK BETIK DI DEPAN RUMAH

Ni adalah pokok betik yang ditanam oleh Papa Nurin Hana aka En Hubby. En Hubby beli anak pokok kat Pasar Tani Putrajaya aka Pasar Malam. Alhamdulillah, nampaknya membesar dengan baik. Apa taknya, selalu diberi 'makan'. Tak lupa jugak, diberi 'minum'. Nurin Hana kalau menyiram pokok betik ni, sampai jadi kolam keliling pokok tu. Penuh dengan air. Tapi, memang boleh diharaplah untuk siram pokok....pandai anak Ibu..
Hmm..bila la dapat merasa buahnya ni......
Jangan pulak jadi macam pokok mangga belakang rumah, dekat 4 tahun dah tanam dari anak benih, sampai la ni, takda hasil pun. Tinggi bukan main, dengan daun yang lebat. Kan bagus kalau buah yang lebat. Mangga harum manis tu..sedap...Tapi, rasa-rasanya, sampai sudah tak merasa la buah mangga tu. Takda ciri-ciri langsung nak berbuah...
Tapi, nampaknya tak lama lagi kalau ada rezeki, dapatlah kitorang makan betik ni...nampak tak dalam gambar tu, dah mula berbuah...bestnya...

Thursday, 1 July 2010

MASA UNTUK MENDAKI

(image: google)
Sekarang ni kat sini para bosses sedang dalam proses buat penilaian untuk landasan kerjaya tru sistem. Canggihkan sekarang ni. Semua dalam sistem. Klik saja dan semua maklumat di hujung jari anda..heh..heh...
Sebenarnya tahun ni, dah sampai masanya untuk batch kitorang dinilai untuk melangkah ke tahap seterusnya. Moga dipermudahkan semuanya. 
Tapi, tadi bos baru panggil. Bertanyakan tentang penyertaan dalam kursus untuk tahun-tahun kebelakang. Ada point untuk setiap item macam kelulusan akademik, penglibatan luar, kursus, penulisan, etc. Sekarangkan promotion based on merit. No more ikut seniority.
Memang tahu ada tahun yang 'lopong' takda kursus. Last year, pegi master for one complete year, so mana pulak ada kursus. Pastu, tahun 2007, dalam buku servis, takda catatan satu kursus pun. Puaslah menyelongkar kat rumah, cari sijil-sijil kursus tahun tu untuk dimasukkan dalam sistem dan buku servis tapi tidak ketemu....Takkanlah tak pegi kursus langsung dalam setahun tu...???? Musykil...musykil....
Dah rugi markah kat situ.
Hmm..nak buat camna...Ada rezeki, adalah.
Kalau dah ditentukan rezeki tu milik kita, insyaallah ada. Tak gitu...???
Kalau tak, belum masanya la tu...